Archive for June, 2008
saya tak mahu cerita byk2 lah kerana saya sangat eksaited dengan gambar2 zikry ini
dia takla comel, dia biasa biasa saja
tapi apa saja yang dia buat
nampak comel di mata saya
sampai saya rasa nak picit2, lipat masuk dalam poket
kadang2 rasa mcm zikry belum layak jadi anak sulung
maksud Ammar Zikry = the one who flourishing my memory
mcm sentimental kan?
tapi kalau zikry jadi anak bongsu, sape pula nak jadi anak sulung?
(apeke mengarut mommy dia petang2 ni)
saya bawa zikry tengok saya makan di McD
dia dah boleh duduk di high chair!
dan mukanya sangat bosan sebab saya tak bawa toys
sudahnya dia main buih dengan air liur
(ah,kretif la anak ibu ni)

semalam saya belikan cap utk zikry
gambar mickey mouse
saya sangkakan muat utknya
rupanya besar…tp saya sarungkan jua pagi tadi
tgk,muka zikry masa lepas nangis
ibu dan ayah tengah bersiap nak pergi kerja
dia minta didukung ke sana kumari
first time ibu biarkan saja dia nangis
sebab dah terlambat ke ofis
bila saya dah siap pakai tudung dan cuba memujuknya
dia buat muka masam seperti di bawah
(bukan mukanya sentiasa masam kah?)

dalam kereta, iki rasa kepalanya berat
jadi dia tunduk saja
sampai saya angkat dagunya, utk pandang ke depan
barulah dia ada keyakinan diri utk pandang ke depan
dan bila dia dah boring, dia cuba buka cap sendiri
haishh..
korang,nanti anak no 2, no 3 dan no 4….sempatkah ku buat blog utk mereka?
minggu lepas saya pergi rumah sepupu, ada kenduri kahwin
saya sampai rumah pengantin dah pukul 3
orang dh cabut bangsal
jadi saya makan habiskan lauk hidangan pengantin
(sebab pengantin kan tak lalu makan)
sempat saya tidurkan zikry dulu sebelum pulang semula ke KL
sementara zikry dan ayahnya tidur
saya pergi mandi
dalam bilik air saya dengar suara budak gelak ketawa kukik kukik
dan saya dengar suara nadrah (pengantin) menjerit
“wei budak budak, ape main kat dapur ni..nak main sorok2 main la kat jamban”
*jamban bersebelahan dengan bilik air
dan….
mereka betul2 masuk jamban utk menyorok!
saya dengar ada 2 suara
“weh..kalau dia jumpa kita cemane weh”
“ala.kita kat jamban la,mesti dia tak jumpa”
“tapi,dia mesti nampak kasut kita punya”
ha?bebudak ni masuk toilet tinggal kasut kat luar ke?
“eh aku nak terkencing la”
“ok la,aku pandang belakang”
*****bunyi kencing******
saya dah geleng2 kepala, lari mood ku nak mandi
tiba tiba “HAAA..jumpa jumpa!!”
*kawan dia dah jumpa diorg la tu
(dah saya tak jadi mandi, asyik fikirkan pasal game diorg)
pastu kawan dia tu ketuk pintu bilik air yang ada saya kat dalam
“oi bukak oi…aku tau ko ada kat dalam”
kang tercabut pulak pintu bilik air ni kalau kubiarkan saja
lalu saya menjerit “oi, bebudak..nak main sorok2 main la kat dalam bilik pengantin”
mereka diam dan berlalu
saya mandi dengan aman
Nota ibu iki : korang rasa diorg nyuruk tak dalam bilik pengantin?
sekalung tahniah buat umie zikry yang selamat melangsungkan majlis pertunangan
pada hari lahir agung, 7 June 2008
semoga majlis yang dirancangkan pada 12,13 & 14 Disember nanti akan berlangsung seperti yang diatur
Amin…
*nanti malam 13 Disember tu bulehla iki potongkan kek pengantin harijadinya ya!
Dah setahun anak ibunda
(Bunda dh nak masuk 27 tahun?)
eh..usahla kita bicara kisah tak best (kisah peningkatan umur)
meh cite kisah majlis umie zikry
petang jumaat kami sampai kuala kangsar, tp iki menjerit meragam ragam
mommy tidurkan dia, dan ayah pun ikut sekali tidur (confuse?)
oo…ayah mengantuk sbb malam sebelumnya dia pulang jam 7 pagi dari Genting Highland
dan terus bersiap ke tempat kerja dengan mommy
patutlah…hihi
bangun dari tidur, saya terus cari cari kerja apa yang patut
kakyong (umie iki) minta saya susunkan buah hantaran
tiba tiba ada suara sumbang “emm..baik kakyong beri sue task yang dia boleh buat”
helo…abg ingat saya tak reti susun buah dalam bekas ni ke?
emm, campak2 je kan kakyong?
sudahnya saya sambung menjahit manik di tangan baju kakyong
dan kakyong susun buah ![]()
nampak tu..tudung purple,baju coklat (saya la tu!)
kakyong sudah buat banyak..saya cuma tambah sikit sikit saja
tak dapat buat lama, bila anak menjerit, saya berenti dan tidur
(haish, takleh pakai punye tenaga kerja)

itu kisah persiapan di dalam rumah
diluar rumah, kita serahkan pada yang pakar
ini group catering abg edi dari UPSI
Sedap sungguh makanan yang disediakan abg edi
Cuma saya tak boleh makan banyak banyak banyak sangat
Abg edi faham fahamlah kan, saya ada byk lemak tepu di sana sini
jadinya saya cuma ambil bau sikit2 dan makan sepinggan penuh saja
free2 nanti saya ambil resipi ya abg edi!
(free = zikry dan adik2nya dh besar nanti)

dipagi hari, ada majlis naik buai Nur Intan Fatimah (anak cousin suami)
dua pupu iki
mama intan cerita, asalnya nak namakan Nur Fatimah Az Zahra
Tapi entah bagaimana, asyik panggil Intan..terus ayahnya letak nama Intan
intan memang intan payung mama & ayahnya
shomel sangat dalam buaiannya yang dihias oleh umie & ayah iki
(ibu iki dukung iki yang asyik minta didukung)

lepas majlis memotong motong dan merenjis
rambut intan dibotakkan
hasilnya…….intan jadi lebih comel! YEAY!
Intan, bila intan dh pandai baca blog, mama sue doakan intan sentiasa sihat
cemerlang, gemilang & terbilang!
(sempat turtle abg iki interframe dlm gambar intan)
sambung balik cerita pasal majlis pertunangan kak yong
berseri seri bakal pengantin
(bakal pengantin la kan?bulan disember nanti)
awal pagi kami dah bersiap (kami?saya pun join bersiap awal)
rombongan lelaki datang lepas zuhur
jadi kami makan makan sambil ngumpat kat dapur dulu
kak yong tk ngumpat buleh ckp banyak2, dia gelak saja

kami sekeluarga serba hijau
dalam gambar di bawah,saya temankan kakyong prektis senyum
nak beginikah? begitu kah? ke tak perlu lebar sangat kah?
sudahnya,nampak saya yang over…
mungkin kerana saya tidak nervous
ya ya, inikan majlis kakyong, jadi kakyong pasti nervous
(saya nervous juga, harap2 si kecil tak meragam)
Keluarga terdekat memakai serba hijau
kawan kawan yang datang pun memakai baju berwarna hijau
sejuk….mata memandang
(pst, kak lin di bawah ini masih single)
jom kita beralih ke kisah hantaran
saya tak tahu nak cerita dari mana
yang pastinya, hantaran memang shantek shantek di mata saya
kakyong buat sendiri
saya tak tolong apa apa pun
pada yang berminat, cepat cepat chup kakyong utk majlis kalian
untuk bulan ogos & oktober dahpun ada tempahan
untuk disember, majlis kak yong sendiri
jadi tempahan hanya utk tahun 2009 sahaja ya!
buleh kontek saya …. (haish, jadi spokeperson gitew)
hantaran utama, sepasang kain baju melayu dengan sampin
untuk dipakai semasa majlis nikah pada 12 Disember 2008, insyaAllah

buah buahan yang kakyong susun
(selepas dia rasa kurang yakin dengan cara saya berimaginasi dengan susunan buah)
saya tak tahu macamana gambar ni boleh jadi begini
suami ialah photographernya
berpusing pusing, sampai sukar dikenal pasti buah apa dlm sangkar tu
(kalau tau abg nak ambil gambar pusing2 camni, biar syg je susun buah tu)
mcm tak puas hati je lagi pasal kes susun buah..hihi
coklat2 dan manisan
hui..penat saya tgk makanan
jom kita tgk benda lain pula nak?
haa….pernah tak nampak Power Rangers di tengah makanan
inilah Power Rangers iki
berebut2 abg sepupu dia nak main
sudahnya mommy suruk dalam lemari baju opah
dan masa nak balik terlupa nk keluarkan
mujur iki belum kenal lagi Power Rangers nya itew..
kalaulah dia mengamuk nak ambil balik, jauh juga nak patah balik kuala kangsar ambil Power rangers

semasa rombongan lelaki tiba
si kecil saya sibuk nak menyusu
(setelah penat dipegang dan dibawa org ke sana kumari)
jadi saya tiada di ruang tamu melihat diskusi mereka
mujur ada gambar…
sesudah majlis hampir selesai
barulah saya sempat menyibuk di pelaminan kakyong
baru nak bersenang lenang lps anak menyusu, iki poo poo pula
jadi sebab tu gambar saya tak banyak (mujur…kata suami)
meh kita masuk bab iki pula nak?
sambil umie bersiap,mommy suapkan iki rice cereal
oh ye, iki start makan 5 bulan 2 minggu
kenapa cepat? kenapa tak tunggu 6 bulan tepat?
sebab malam malam iki menangis selang sejam
hilang sabar mommy yang penyabar dan sopan santun neh
dia makan rice cereal yang sangat runny
(sampaikan nampak lebih byk yang keluar dari yang masuk)
kamera ayah bulky sangat sampaikan ganggu konsentrasi iki nak makan
maybe kita perlukan kamera powershot SD1100 IS digital elph warna pink tak yah?
*hint di situ* hint*
kalau tgk gambar iki makan di bawah ni
perasan tak cincin perkahwinanku longgar
*haish…sampai ke tua lah cincinku longgar
(sebab sampai tua pun saya tidak gemuk..YEAY)
muka iki jadi begitu sebab kena kukunya panjang panjang
dicampur dengan ayah terlupa pasangkan ubat nyamuk malam tadi
dan ekzemanya yang melampau
mana bajunya? bolen berpampers gitew?
kalau pakai baju sambil makan, akibatnya maka baju itu akan jadi kain lap nestum
lalu mommy biarkan dia bolen sambil makan
messy sesangatlah tempat iki bergolek
maklumlah,rumah kenduri ![]()
dia skrg sibuk angkat bontot, dan mengengsot
tak lama lagi ibu jumpa anak ibu bawah sofa la ..sigh
oh ye, ayg kata iki ikut muka suami
air mukanya saja ikut saya
saya kata iki ikut muka & air muka saya
ups….saya cakap berdasarkan fakta, bukannya cakap kosong saja ye
bila perut dah kenyang, iki melompat lompat
macam biasa….
mommy sengih2 dengan tetamu
macam biasa…


iki dan fateh
iki abang sebulan, fateh lahir 20 january 2008
mentang2lah fateh itu baik urangnya
iki belek sana, belek sini, cuit fateh di sana sini
dan si adik diam sahaja
(buleh imajin iki buat adik dia macam tu?)
rasa rasa mcm dlm hati iki berkata
“eh, ada lagi urang sekecilku..kusangka ku sorang”
bila iki dah puas main dan meragam
saya masukkan dia dalam buai intan
intan? intan tidak meragam
dia budak baik…
eh.itu tidak bermakna iki tidak baik (ayat kaver nanti2 bila iki pandai membaca)
cuma iki menganggap meragam itu sebagai hobi
kan ki?
dan mommypun posing di depan buaian anak
dan gosip-ing di depan buaian anak?
ya, muka saya nampak macam tegar kan?
sebenarnya tiada apa apa yg serius
cuma membincangkan harga minyak yang naik dengan Crystal (kawan kakyong) sahaja
bergambar satu keluarga
melekit2 dah semuanya, sbb dah petang
masa utk iki mandi…..
gambar dia mandi tiada kalineh ya!
ha..mingguni ku belum apdets blog lagi
saje,tunggu sya,ain,hb semua tertanya tanya
haih kalian ni, jomla sembang direct je ngan saya
susah payah baca dalam blog
saya lebih shantek menarik tertarik kau memang daboom diluar tau
saya sebenarnya nak update cerita majlis pertunangan kakak ipar saya
tp nak kena edit gambar bagai
jadi semalam saya download software Image Resizer dari Microsoft
supaya saya tak perlu ngedit satu demi satu gambar
leh resize kan sume sekali dengan sekali klik
harini bila saya nak gunakan software baru itu
harddisk yang saya simpan gambar itu digunakan oleh sang si suami pula
sebab dia nak burnkan DVD Desperate Housewife season 4 utk saya
pada yang mahu DVD Desperate Housewife Full Season 1, 2 and 3
jangan malu malu beritahu saya ya!
(macam menyukung cetak rompak saja)
skip kisah majlis pertunangan kakak ipar pada hari sabtu
saya ceritakan kisah saya ke kenduri cousin saya pada hari Ahad
pada hari ahad, cousin saya Nadrah Tunaim selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati Sakri
bila kulaan (sedara dlm bahasa Banjar) saya pegang Zikry dan bertanyakan namanya
mereka kata “ya ya,lebih kurang saja zikry dan sakri”
banyak lagi yang lebih kurang ngah (makcik dalam bahasa Banjar), lemari, fitri, lori, sarsi, sarsi?
saya tiada gambar pengantin
mahupun gambar zikry di rumah pengantin
kerana kamera saya,sudahpun saya beri pada bapa saya
hobinya mengambil gambar
di handphone nokia sabunnya penuh dengan pelbagai gambar yang kabur kabur
kasian pula rasa hati saya
jadi saya berikan dia kamera kesayangan saya itu
kerana abah saya pun antara benda (benda?) yang saya sayang
maka biarlah mereka (kamera & abah) digandingkan bersama,kan?
buat masa sekarang, saya ambil gambar guna handphone fink
oh ye, haritu saya ke Handphone Fair di The Walk PGRM Cheras
meronta ronta nafsu naluri saya mahukan handphone lagi
tapi handphone yang ada pun bukannya saya jaga pakai sangat
(buktinya saya tertinggal handphone dirumah, dalam plastik beli barang semalam)
Eh eh, kepada pengantin terbang sejoli, semoga berbahagia hingga ke akhir usia
hari Isnin masa saya sampai ke ofis
saya nampak benda ini didepan rak kasut
Saya ingatkan kipas server manalah agaknya
rupanya ia ialah shoe rack
*nampak kasut saya dalam shoe rack itu?

Saya udah tanya tanya jua beli dimana
*bolehla beli satu dua utk rumah saya nanti
Zikry?dah besar sesangat
tiap tiap pagi duduk dalam car seat nya masa kami hantarnya ke babysitter
dia suka tiap kali dibuckle up
*perasaan jadi angkasawankah?pemandu dilitar sepangkah?

haritu masa balik kg
zikry nak duduk kerusi sorang sorang
tanak share dengan sesape
senang dia nak tertonggeng tonggeng bergerak agaknya
kejap2 sengih, kejap ketawa kuat
kalau kita terjatuhkan barang atau terjatuh di hadapan dia
SANGAT KUAT dia ketawakan kita
(siapa lah ajar..kurang rasa simpati dan empati sungguh la iki ni)
NOTA iki : iki tidur pukul 9 malam sampai 4 pagi…4 PAGI??
kusapu sapu habuk di blogku ineh
maklumlah,lama tak jenguk
(kes sakit jatuh katil)
mcm ala ala tekanan jiwa gitew
bila saya berkata perlahan tapi kasi suami dengar “susahnya menjaga anak kecil”
si dia jawab “menjaga sue lagi susah”
kak elly itu lah ..dia tanya soalan cepumas POPKUIZ
“hb sue tiga suku cam sue?”
saya pula tanpa syak wasangka menjawab
“tak,dia straight je, takde tiga suku”
tetiba cam tersentapz
“by the way,siapa yg akak cakap tiga suku tu?”
sambil memandang kiri kanan…hak hak
haih,seminggu iki dok ngan abah n mak
pagi2 mereka main dengan cucu
petang2 sampai kemalam mereka main dengan iki
sampaikan skrg bila abah n mak saya dh balikpun
iki ajak main masa tengah2 malam..haih..
ayah nak main, anak nak main…nyeh nyeh
ini iki dengan syasya
si dia kata muka syasya default senyum dan muka iki…em….hihi…
oh ye,sebenarnya beza iki dan syasya hanya 2 minggu
iki abg,syasya adik
tapi iki keluar on december, jadi beza umur mereka ialah sebulan 2 minggu
dan di tahun persekolahan, beza umur mereka ialah setahun..nyeh nyeh
ok juga, lain kertas UPSR,lain kertas PMR
(adala alasan soalan susah ke, pemeriksa strict ke etc etc)
kupandang2 iras sape la syafini ineh ya
iras zikry ker?
jenuh mommies diorg bujuk suruh senyum dalam gambar
tapi dedua masam, pelik tgk org ramai2 keluarkan kamera
haha…

tengokgambar di bawah
macam iklan minyak yu yee cam limau
“nape dik?sakit perut ke?”
“mak saya selalu sapukan minyak yu yee cam limo”
(mementangla iki tak nangis masa ni..)
pagi hari tok abah dia ajak tengok burung
malam hari tok abah ajak tengok lampu rumah flet
aduih…

hujung minggu,hari ayah bersenang lenang
letak iki di hujung jari kaki saja

di tangan iki ada lion
mommy belikan di Kiddy’s Place
tiap kali iki angkat tangan, lion akan berbunyi..
(sudahnya iki tak angkat tangan yg ada lion..dia malas..)
hujung minggu lepas, mommy bawa iki ke water world
terkejut ayah tgk nak masuk water world kena bayar RM42 seorang
kitorang cari cari juga rumah Mawi dan Stacy, tak jumpa pula
iki duduk bawah mushroom
dia badmood sbb dia mengantuk

walaupun begitu semua org dok godek godek dia jua
mana la dia tak tension

dalam gambar di bawah
nampak macam mommy & mak long yang beria ria kat a famosa water world,kan?
zikry wat biasa biasa saje
mandi pakai seluar mandi je ye yang!

baru mandi celup celup sekejap
iki dah naik ke darat
tukarkan baju dan tidur atas meja
cian anak mommy,penat temankan mommy mandi manda

masa zikry tidur, mommy pakat main apa yg ada dalam water world tu
alang alang dah bayar kan..
dari pukul 12 sampai pukul 6 kami berendam
masa pak guard nak tutup gate water world baru kami keluar
daddy bergambar dengan iki
kes takde sape amikkan gambar dia
nampak hidung je yah?

mommy bergambar ngan mak ngah
semua bahagian nampak besar
haih..takpelah, besar kecik kan hanya kata sifat sahaja
(pujuk diri sendiri)

sebelum masuk kereta, bergambar dengan ayah n zikry
*eh yah,kita lebih kurang sama shomel tinggi je ye?

senang ada gambar byk2
mommy tak perlu mengarut tulis pepanjang
di bawah ni gambar susu utk zikry dalam freezer
kaler nye berbeza mengikut mood mommy
ah yeh, zikry itu…breastfeeding exclusively
insyaAllah hingga ke bekalan expressed breastmilk(ebm) yang terakhir..
amin..





















































