Saya sampai ofis, terkujat tengok door stopper neh
shomel gila lah rasa nak bawa balik
manalah Miss L neh jumpa benda benda shomel neh
Teruja staff dia nak beli 2-3 di rumah

Ingat tak entry 3 June mengenai expressed breast milk saya?
Update pada 8 July 2008 =)
penuh sudah peti ais saya
bangun2 pagi masa tengah kelam kabut nak bersiap ke tempat kerja
sempat saya luangkan beberapa minit
termenung lihat stok ebm saya
ianya membuatkan saya happy =) (tengok stok pun happy?)
happy bila mengenangkan susah payah penat jerihnya mengumpulkan stok
siang dan malam
(bunyi cam org membanting tulang di sawah padi kan?)
haritu la Nizi tanya saya
mengenai perasaan anak kedua saya yang belumpun lahir
katanya, mungkinkah kisah anak kedua saya akan sebanyak kisah Ammar Zikry?
mungkinkah gambar anak kedua akan ditempek hehari di blog?
mungkinkah?
kerana beliau adalah anak kedua
dan beliau kecil hati dengan saya. apakah?
oh tidak, beliau bukan berkecil hati dengan saya
beliau cuma melontarkan pandangan tentang blog saya
saya tidak jawab apa apa pada soalannya itew..sigh
Ammar Zikry yang masam di pagi hari?
Dia suka buat mulutnya begitu
adakah itu tanda sedang serius?
*nampak beg saya di tepi car seatnya itu
ada stok baju2 utk dipos
dan ada limau utk breakfast
saya kelam kabut dengan diri sendiri, anak, suami, rumah, makanan etc etc

hujung minggu lepas saya duduk di rumah bermain dengan zikry
main gelak2, cuit cuit, tonggeng2
perangai dan akal zikry dah macam org besar
suka melepek…suka melompat…suka gelak kentut dengan kuat
dia dah mula marah
bila tak dpt apa yang dimahukan
contohnya mahukan remote control TV, tp tk terjangkau dek jangkauan tangannya
atau mahukan majalah fotografi ayahnya
atau mahukan burger di tangan mommy
dia marah bila toys di tangannya di ambil sesuka hati oleh ayah

rambut iki jarang disikat
selalunya betul2kan guna jari jemari ibu saja
hari sabtu kami berjalan ke seri kembangan dengan aunti lia dan uncle niza
muka zikry nampak tension sbb ayahnya pegangnya kuat2 semasa kami sedang makan
kalau tidak dipegang, zikry akan tolong jatuhkan pinggan, cawan ke lantai

lagi gambar di kedai makan
banyak sangat dah gambar zikry neh
biarlah ibu interframe sekali sekala kan?
tengok mulut zikry, muncung lagi
tandanya dia sedang serius
fokus pada sesuatu…

dia sedang busy mengerjakan purse kecil pink mommy
kerobek sana sini
cungkil apa yang boleh
“ah,susah sangat pakai tangan, pakai mulutlah terus”

semua benda masuk mulut zikry sekarang ni
tangan mommy, tangan uncle niza & aunti lia, purse mommy, his toys
semalam dpt emel dari abby di langkawi
katanya toys iskandar khilfi dibahagikan kepada 2 jenis
90% yang dah tak cukup sifat, dan hanya 10% sahaja masih kekal dibentuk asal
abby, zikry pun dah begitu
tengok, apa yang dikerjakannya semalam…
siapa nak tengok gambar power ranger sebelum
Susah sket nak tgk power ranges tu sbb zikry sama sama merah.
mujur masa balik kg haritu, atuknya belikan power ranger biru pula
sekurang2nya power rangers biru masih selamat…kan anak?
*positif ibumu neh..

sekarang kan lebih jelas, siapa lebih power? power iki atau power rangers?
Related posts:












