perkembangan terbaru saya & iki?
saya sama mcm selalu, makin kembang
iki makin bijak melampau lampau dan membahagiakan
(wowwie, ayat mcm norhayati berahim tak?)
saya sudah mula kurangkan makanan instant utk iki
jadi selang 2 hari saya mula selak buku recipe
yang paling zikry suka, bubur nasi dengan spinach dan daun sup
tambah 2 biji bawang putih, dan ikan bilis
dan seterusnya blender sekejap sahaja
kerana saya baca di artikel, baby ini perasaannya mcm nenek tua yg tidak bergigi
tetapi masih mau makan makanan kental2 sedikit
tak mahu lembek2, runny2 …ya!

kadang kadang kentang (menggantikan nasi) dimasak bersama sayur & ikan bilis
iki sukakah?
entah..saya hantarnya ke rumah pengasuh sahaja
pengasuh kata, habis…jadi saya assume dia suka boleh makan la kan?

iki is a busy baby
busy memanjat semua org
saya baru pulang kerja, seluar kerja pun belum cabut
sudah dipanjatnya :sigh:
gambar gambar iki masa dia ‘bekerja’
banyakkan? itupun banyak lagi dalam hardisk saya
tak tahu nk pilih mana satu
kerana mukanya tidak berubah
nampak sama saja
mcm tiada perasaan apa apa
macam tengah cakap “hoooo” sahaja…=)
ingat cite iki si hidung belang?
ini ada lagi gambar2 nya yg belum ditempek
semasa beliau sibuk….

makan biskut teethingnya yang pertama
dan hasilnya biskut itu melekat merata rata pada baju mamanya..
benar,merata rata (tudung, lengan, kain, leher baju…) sigh
sesampai di kampung, org kampung kata zikry didera ibu ayah
rashes sana sini, calar sini sana
tengok zikry ok saja
taksakit la agaknya kan ki kan..hihi..
zikry sibuk main dengan adik Iman
adik Iman sibuk main dengan jari jemari kakinya
adik Iman sangat comel selaku baby perempuan
ya,banyak sedikit berbeza dengan zikry…
zikry sedikit kurang sabar…(sebab tu masa kecil,saya panggilnya Ammar Sobri)
dah penat main,zikry lena
aefy kata licinnya kepala zikry
fy…tu dahi iki la fy…hahaha
adakah itu maknanya dahi iki amik ruang byk sangat?
erm dengan kata lain, berdahi luas…hihihi…
pagi2 zikry takde mood ketika dihantar di rumah pengasuh
kasian dia kan?
cuma, kalau mommynya tidak bekerja, pasti lagi kasian kan?
zikry jangan sedih2, mlm nanti bila mommy balik kerja
kita pergi jalan jalan ya
shopping barang dapur ke,beli pampers ke..
(kategori jalan jalan juga tu nak taww)
Ammar Zikry yang masham, awak kena belajar main sorang2 taw
Mommy belum ada idea macamana nak tinggalkan awak masa mommy nak mandi atau ke bilik air
Kadang2 bila zikry menangis dengan kuat malam malam
*bila terjaga dari tidur
saya tanyanya “zikry nak apa,mommy tak faham”
dia jawab “blua blublu blublua”
haiseh…laaagila mommy blur…
Oh ye, zikry dah pandai sebut babay dan wave goodbye
bunyinya begini : blua blua blua (eh mcm sama je semua dialog iki)
rupanya beginiĀ : mcm tengah nyanyi lagu cak ceko udang gamit
kalian imejinkanlah ye….=)
Related posts:





















hihihi..
iki comel laa sue..:)
rasa cm nak cubit2…
semoga iki membesar dengan sihat dan kuat…
boleh geng ngan kakak iffah laa..suka makan sayur…