Archive for August, 2008
haih,penatlah mommy iki neh
si dia dan si kenit dah ZzzzZzzz
being a mom memang kena multitasking
asalnya td saya nak online cek order di diyaluna pada jam 9 mlm
badan rasa lekit2,mandi dulu lah
lepas mandi, sebelum pakai baju,teringat nak buatkan bubur anak
basuh beras,nampak pinggan mangkuk penuh sesinki
basuh pinggang dulu
sebelah sinki ada mesin basuh
tadi sidia memesin baju, saya sidai baju pula
sudahnya….lepas sidai baju baru basuh pinggan
baru potong2 sayur bagai utk ziki
tanak dalam periuk nasi biarkan semalaman
barulah online…….dan dah pun pukul 11:11 pm skrg neh!
makanan ziki yang sihat2 khasiatnya
garlic, potato, sawi, ikan bilis
makanan saya?
em….nak megi kari ke megi tomyam? hihi….


Kalian, kalian
Saya rasa perlu dibahagikan kepada beberapa bahagian
satu bahagian utk perniagaan
satu bahagian utk pekerjaan
satu bahagian utk anak anak
bahagian lain utk makan minum baju suami
dan kemas kemas masak masak di rumah
ya ya, bahagian kecil utk update blog!
terima kasih atas ucapan lawatan & perhatian kalian pada blog & store diyaluna ineh
lagi lagi cerita, 9 & 10 Ogos saya akan membuka booth di Karnival Usahawan Wanita 2008
dan insyaAllah 25& 26 Ogos di Ministry of Finance
Konteki saya ya!
minggu lepas hidup saya huru hara
sambung lagi minggu minggu seterusnya
untungnya tidaklah banyak
tp penatnya banyak sehingga ke hari ineh
dan ragam zikry pun makin banyak
marah agaknya ditinggal lama pergi berniaga
dan kebetulan dia selsema & batuk
lagilah marah dia pada mommanya =)
birthday akak ke ted?
belum pun lagi birthday yang ke26 itew
si dia dah membeli benda berwarna pink lagi utk saya
terima kasih daun keladi wak
lain kali, belikan warna pink banyak banyak penuh rumah lagi ye

saya belum pandai pakai lagi kerana ada banyak setting di sana sineh =(
sebenarnya saya nak tunggu tarikh perasmiannya…16 Ogos gitew
haih…agak ngada ngada yeh!
jadinya dalam blog ineh…ada sekeping saja gambar zikry yang saya ambel guna pink 2(kamera)
yang lain semuanya guna pink 1 (henpon)
zikry sedang nonton TV
dekat kan jaraknya?
dia suka begitu….tengok pembaca berita dari dekat
Farah Fauzana , Melodi tu dekat dekat
Anuar Zain, Sheila Rusly, Harun Salim Bachik semuanya dia tgk dari dekat
(Boleh imejin ziki dengan spek?)

kalau bawa ziki jalan jalan window shopping
dia tak suka duduk dalam strollernya
tapi oleh kerana beratnya sudah 8.5 kg
maka kami terpaksa biarkannya menangis & masam di dalam stroller
habis menangis, dia main kaki masuk mulut =)
di bawah ni ziki dan mak ngah
mak ngah malu malu amek gambar dengan ziki? haish..
ok kisah di playpen ziki
nampak power rangers besar itu?
atuk abah nya belikan….besarkan?
besar dari iki…
atuknya belikan sebab iki dah bocorkan power rangers lamanya
ayah ziki tampal pakai cellotape pun tak buleh
tetap bucur…
kalau ziki bucurkan juga power rangers yg besar ni
mau tok abahnya bawa power rangers real dari jepun datang cheras!

makin ziki besar, dia dah makin iras ayahnya
perangai pun dah macam macam
atuk ayah yang pegangnya kata “pegang ziki cam pegang belut”
tak reti duduk diam
cuit sana, tarik sini, lompat setempat, berbunyi “AAAAAAAA”
untuk aunti ayang, bucik amy dan aunti qas yang wendukan ziki
jemputlah kerumah main power rangers dengan iki =)
happy birthday to u-ul
semoga u-ul jadi anak yang baik dan solehah
dengar cakap abu ye…abu sangat sayangkan u-ul tawww…
muahss dari aunti sue =)







