Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for September, 2008

Kalaulah boleh, setiap yang terdetik dlm hati saya
mahu saya blogkan
cuma setiap kali ianya terdetik
saya sedang basuh baju, mandikan anak, tukar pampers, shopping etc etc
saya cuma sempat mengupdate blog malam lepas anak & suami zz
(dahpun pukul 1 am)
iki pantang nampak laptop (saya mahupun suami), dia sangkakan kompang
ditepuk2, diduduk2, di sembur2 dengan air liurnya
kerana itu si putih saya ni hanya boleh di ON masa iki zz sahaja :)
untuk mengelakkan laptop saya terbahagi 2 (skrin & keypad), nauzubillah!

kami sekeluarga dahpun sampai di kampung malam semalam
bertolak dari Cheras jam 5 petang
jammed di Jalan Loke Yew sampai pukul 6.30 pm :sigh:
si dia nak melalui jalan lama ke Ipoh
(melalui Selayang-Rawang-Tanjung Malim-Slim River-Bidor-Gopeng-Ipoh)
katanya tak mahu terperangkap dalam jammed di PLUS
tapi saya tau……..abg nak test GPS barumu kan? kan? :P
orang lelaki ni mudah teruja dengan teknologi lah, haih!
seronok juga lalu jalan lama
lalu pekan Selayang, Pasaraya Warta, lalu Taman Templer yg gelap
dan sampai sahaja kawasan gelap, GPS mulai recalculating mencari path
saya “haih abg,usahla sampai sini dia tatau mana nak tuju”
*dia = gadis GPS yang peramah dan bertoleransi, bagaimanapun sedikit persistent
(haruslah, ianya kan diprogramkan begitu)
dan saya dalam tempoh penyesuaian berada di dalam kereta bersama suami, anak dan dia(gadis GPS)
kerana suami memilih shortest path, maka gadis GPS membawa kami pusing2 kawasan perumahan
lalu lalu lorong belakang rumah org, apakah?
sampai di Bukit Beruntung, saya ajak suami masuk PLUS
suami tanya “kenapa nak masuk PLUS?”
saya diam sahaja
sebenarnya saya runsing bila gadis GPS asyik suruh 100 meter turn right, turn right, turn right
padahal ianya jalan lurus sahaja,tiada simpang!
kadang kadang gadis GPS pun pening bila sudah lama berjalan
harus direstart semula ..hihi…

masuk di PLUS, kenderaan bergerak lancar
tiada jam, tiada kemalangan, alhamdulillah
dan kami sampai di Sg Siput jam 10.30 malam (5 jam perjalanan,KL-Ipoh)
hampir 2 jam di jam di dalam KL, it was expected
tapi naluri nak balik kampung & berhari raya mengatasi semua halangan..hihi
sampai di kampung, zikry yang tertidur dari dalam kereta semasa di Rawang terbangun
dan main dengan atuknya
kasian iki, selalunya dia tidur jam 8 malam
tapi dah 2 hari di kampung, dia main sampai jam 11 malam
terkebil2 matanya menahan ngantuk
saya pun selalunya zz jam 8 masa tidurkan anak
tapi alang alang cuti ni, saya ambil kesempatan kurangkan masa tidur
lebih produktif gitu boleh update account rumah, membuat lawatan ke blog teman2 dan update entry syok sendiri di blog

persiapan raya?
sangat sederhana (saya rasa sederhana..hehe)
baju melayu, suami recycle baju nikah
baju kemeja, gunapakai baju kerja
baju kurung saya, memang saya tempah sepasang dua utk guna ke ofis
sebenarnya ianya bukan baju raya
tapi kerana ianya pink, saya labelkan lah juga ianya sebagai baju raya saya :)
dan untuk iki, baju melayunya saya minta mak teh jahitkan (warna pink)
dan opah iki ada belikan sepasang baju melayu warna hijau
saya & suami tak ada baju melayu & kurung warna hijau
jadi ok kah kalian kalau kami makai baju zen sports club?
kasut raya pun iki tiada
tunggu iki jalan dulu lah ye nak :)
saya & suami sepakat mengatakan baju baru kami ialah semua yg dibeli pada tahun 2008
jadi, banyaklah baju baru kami yang boleh dijadikan baju raya :)
(banyak = lebih dari 1)
kuih raya, beli dari cousin wan 1, dari pengasuh iki 1, dari cousin yan 3
kerepek raya, order dari mak huda, huda hantar sampai ke dapur
malas sederhana kan?
duit raya utk anak anak kecil dahpun di pack
jumlahnya tidaklah banyak
diniatkan sebagai sedekah dan sekadar utk menggembirakan kanak kanak
hari raya inikan hari bahagia mereka?
zakat fitrah sudahpun suami bayar siang tadi
RM7 satu kepala, tahun lepas suami bayar utk 2 org
tahun ni utk 3 org, tahun depan masihkah 3 org?kekeke

sebenarnya niat saya nk menempek gambar iki
yang saya hutang di blog ini
masa tu saya tak boleh upload gambar guna IE

gambar2 ni diambil semasa saya sedang sibuk membuat akaun selepas event booth di TM
kasian iki, tak mahu main sendiri
dia minta saya main dengannya
tapi saya punyain banyak kerja utk diselesaikan
letaknya di dalam walker tidak menyelesaikan masalah nak-main-dengan-laptop-mommy
Mommy,let\'s play!

Gaa..i want a laptop too!

How can I reach mommy from here?

Peekaboo playtime

dah diterangkan berkali kali pun dia tak faham dan mahukan 120% attention
sudahnya, saya join dia main dan tidur bersama sama
sebab saya terfikir
niat saya berniaga, antara lain utk iki, utk keluarga
kalaulah oleh kerana urusan business ini menjauhkan saya dengan keluarga
mahupun merenggangkan hubungan kami anak beranak
dan mengecilkan hati iki (atau suami) kerana iki terpaksa main seorang
maka tidak tercapailah niat saya itu kan?
saya pun berhenti buat kerja, dan layankan iki dulu :)
family will always be first.. I can do it!
Ganbate Mommy!

Summary berbuka puasa Ramadhan 1429,
weekdays – kami akan berbuka puasa di rumah (hb masak)
reasons being:
- dia masak sedap
- dia rela masak dari jaga anak :)
dan weekend, kami keluar makan di tempat2 yg kami teringin makan
susah sikit nak berjalan sebab kami kena sesuaikan dengan masa tidur zikry
kadang2 sedang lena pun saya angkat jua (dah mak dia meroyan nak makan luar)..geh geh

Jalan jalan cari makan

9 month iki

Close up Iki

ramai yang kata iki iras saya
dimataku, iki iras ayahnya
dari bentuk kepala, ke rambut yang halus, ke eyelashes
perangai, saya rasa iki iras Himawari (adik Sinchan)
jerit “tatatata” sambil merangkak
dan suka benda berkilat2 :)

hari pertama iki di kg sg siput
saya dah niatkan cuti 9 hari ni, untuk ‘melekat’ dengan iki
dan dia sangat gembira hari ni
aktif berbual, dan bekerja mengemaskan rumah

Tergolek lion dikerjakan iki

haritu saya ke Sogo bukannye belikan iki baju raya
tapi beli toys raya ..hehe
seronok iki menolak activity walker ni ke sana kumari

Zikry is learning \'how to walk\' using activity walker

Come, walk to mommy dear

apa?kalian rasa senang ke nak tolak?
susah tau..
tak percaya, tgk gambar iki di bawah

Ganbate ne , aniki-kun!

rambut ziki yang sedikit dah mula panjang
beberapa orang mencadangkan saya utk memotong sedikit rambut di bahagian telinganya itu
saya sengaja tak mahu
kerana rambutnya hanya sedikit
sayang pula nak dipotong potong

Iki Bad Hair Day?

dah penat main,iki baring di sofa
saya dah mula ajar iki menggunakan sippy cup
untuk minum air kosong
dan ebm (pada hari bekerja)
maka selepas iki mahir, bolehla saya menyimpan botolnya

Iki melepaks

Learning on howto drink water using sippycup

sekali pandang macam sippy cup tu masuk lubang hidungnya kan
usah risau, air takkan terkeluar kalau tidak disedut
kerana ada valve di bahagian dalam cup

iki peramah, rajin tegur org sana sini
tak pernah senyap sunyi

Ha mommy, did you call me just now?

dan, selepas seminggu tumbuh gigi
baru saya dapat ambil gambar gigi pertama iki
upper – middle left teeth(central incisor) tumbuh dulu
dan 2 hari lepas lower – middle right teeth pula tumbuh (tk nampak dlm gambar)

Iki\'s first tooth

Gaaa...

iki ada double chin? ergh..

So hot!

iki bolen kerana rumah atuknya panas
sampai tercirit2 iki sepanjang hari
kasian….

ha, kalini mommy nak join bergambar sama

Mommy join sekaki!

sengaja saya tempekkan gambar iki shomot makan biskut
masa dia tengah meraih simpati ajak main dengannya

Iki shomot

Shomot makan biskuts

I love you lah!

saya nak bersiap utk sahur…hampir 3 jam digunakan untuk mengupdate sebuah entri
patutlah saya bukan wartawan mahupun novelis

untuk kawan2 blog samaada customer,mahupun kawan forum, dan kawan MMU
salam aildilfitri!

kalian, lama ku tak apdets blog
sebab ku uninstallkan Mozilla Firefox dari laptops neh
kerana ianya tidak stabil bla blabla (tk tahu nk terangkan panjang2) dengan laptops Asus
selepas itu,setiap kali ku nak apdets blog
dan cuba aplods gambar menggunakan IE & chrome
tidak sukses sukses yeah pula

sudahnya tengah malam jam 12.30 ku install mozilla firefox version 2
sambil ditemani iki yang zz di sebelah
iki tak nakal ayang, iki dah mula berakal
dan menyembur
dan berbual terjerit jerit sambil melambai
pandai memilih, tak mahu ayah, nak mommy sahaja
selalu fikir dia adalah sebahagian dari anggota badan mommy
macam mata, tangan, perut, ketiak, iki

masa dia bekerja mengemas rumah,mommy harus duduk tepinya
atau sekurang2nya tengok Maya Sutera
asalkan tidak bangun dari tempat duduk
haish macam ni gayanya
tak sempat beregek (berhias) la mommymu
mandi pun jirus jirus nak cepat
rebonding, mosturizer bagai, ape tu?

kak nurul, hafeez tk mahu ebm ye kalau ada ibu?
zikry pun sama
sebab ziki rajin jerit jerit dalam bahasa dia
“tatata blu blu brrrr….mamatata..brrrrr” ( i love mama’s milk)

i love you to, iki dan ayah iki
wouldn’t trade my life for anything

anything in the world =)

Hampir 3 hari saya menonton laporan di TV mengenai pencemaran melamin di dalam susu tepung
Yang menyebabkan 3 orang bayi meninggal dunia dan 6,200 yang lain ditahan di hospital
(sehingga 17 Sep 2008)

Laporan berita itu buat saya sentapz
Kalaulah ibu2 disana menyusukan anak,pasti mereka kurang susah hati dengan kesihatan bayi mereka
Bercerita tentang kisah banjir di Johor beberapa bulan lepas
dimana antara bekalan yang paling diperlukan oleh mangsa banjir ialah susu tepung utk anak anak mereka
dan… kalaulah mereka menyusukan
tidaklah anak mereka kelaparan menunggu bantuan

mengikut statistik, hanya 14% ibu terus menyusukan anak mereka setelah mula bekerja
dimana jumlah itu terlalu kecil
86% ibu lain menggantikan ‘hak’ anak mereka dengan susu formula
Dan terpanggil utk berkongsi sedikit ilmu breastfeeding yang saya tahu
Bagaimanapun, tulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya dan menquote beberapa info yang saya tau, tidak berniat menyinggung mana mana pihak mahupun mewakili pendirian mana mana perbadanan di Malaysia.

“Melamine adalah bahan organik yang antara lain digunakan dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam dan baja.

Kesan toksik akibat pendedahan terhadap melamine secara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata.

Selain itu, kesan toksik kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine adalah kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.”

Syarikat susu formula menambahkan melamine dalam susu kerana terbukti meningkatkan kandungan protein dalam susu
dan secara tak langsungnya mereka boleh menaikkan harga susu formula mereka

Pasti ada sesuatu yang boleh dijadikan tauladan utk kita, utk semua kan?

“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”

pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW
dan mengaku depan baginda,
dia telah berzina hingga melahirkan anak.
dia meminta supaya dirinya dihukum
sebaliknya,
Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah
menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahun
kemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

kisah di atas sebagai idea asal, yang semua ibu harus menyusukan anak mereka
kerana susu ibu mengandungi semua yang bayi perlukan selama 6 bulan pertama
dan seterusnya sehingga bayi berusia 2 tahun

Semasa saya mengandungi,tidak pernah terlintas di fikiran mengenai opsyen susu utk anak
Dan kadang kadang bila saya bertanyakan mereka yang sedang pregnant (bukan semua)
Adakah mereka akan menyusukan anak mereka secara ekslusif?
Antara jawapan ialah “terpulang kepada keadaan nanti”
bergantung kepada banyak atau kurangnya susu saya “
“eh susu formula yang mana brand elok ye?”
“cukup ke susu saya nanti ye, sbb baby boy minum banyak”
“mungkin susu saya tak banyak sbb mak saya pun jenis susu tak banyak”
“takut nanti baby tknak minum susu formula bila saya dah masuk kerja, susah pula”
“saya nak campur, siang minum formula, malam baru breastfeed”

Kalian,jika itulah jawapan kalian
itu bermakna, kefahaman dan knowledge kalian mengenai breastfeeding masih kurang
masih sempat utk mencari info yang betul
knowledge is a treasure, ait?
saya sentiasa di sini utk bergebang membantu sedaya saya, insyaAllah

Susu formula asalnya dicipta utk membantu ibu2 yang tidak mampu menyusukan anak mereka
SEMUA ibu mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya (ekslusif) kecuali 12% ibu iaitu:
1.ibu yang berpenyakit AIDS (atau penyakit2 lain yang tidak boleh memindahkan liquid dari badan kepada anak)
dan
2.ibu yang pernah melakukan pembedahan pada bahagian payudara dan mengubah struktur asal lalu mengakibatkan pengtidakhasilan susu ibu.

Tetapi dek kerana nilai komersial, ditambah dengan iklan susu formula yang menjadi jadi di kaca TV.
“rumput segar, lembu sihat
lembu sihat, susupun segar
susu segar, anakpun sihat”
(sungguh hati saya sakit dengan iklan ini, lembu sihat baru anak sihat? anak disusukan oleh lembu?kan lebih manis kalau ibu sihat, anakpun sihat?)
dan ditambah DHA, GHA, probiotik,ABCDEFZ..
secara rambangnya bakal ibu bapa akan merasakan susu formula adalah pilihan yang terbaik utk bakal anak mereka
kerana semua bayi minum susu formula
kerana anak kakak minum susu formula, dan anak adik pun begitu
dan anak jiran pun begitu
dan mereka dulupun begitu, minum susu formula juga
sihat, pandai sehingga sekarang
mereka tidak menafikan ’susu ibu adalah yang terbaik’
cuma mereka juga tidak nampak apa kurangnya susu formula
(saya adalah salah seorang antara ‘mereka’ semasa zikry berumur 2 bulan pertama) 

Allah berjanji bahawa semua anak kan ada rezekinya
secara simbolik, susu ibulah makanan pertama yang paling sesuai utk bayi
bukan s26 gold, bukan enfalac, bukan dumex etc etc

harap harapnya ada ibu yang ‘terbeli’ apa yg cuba saya sampaikan
dan cuba untuk eksklusif breastfeeding
iaitu
menyusukan anak mereka dengan susu ibu sahaja (sama ada melalui pemberian terus (direct feeding) atau susu perahan(expressed breast milk-ebm)
bermula dari hari pertama sehingga bayi berusia 6 bulan
dan meneruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia sekurang2 nya 2 tahun
walaupun selepas bayi makan makanan pejal

selamat bermula dengan langkah pertama
iaitu NEKAD untuk fully breastfeed
kalau org lain boleh, kita pun pasti boleh kan?

saya akan sambung dengan langkah yang seterusnya
dalam artikel yg seterusnya

eksklusif breastfeeding bukannya mudah, tp tidaklah terlalu susah
you can do it………… because u are a mom and mom really knows the best for her kids

selamat utk semua, ibu dan anak…amin…

Jenguk2 artikel dari pakar laktasi bertauliah 

 

Kalian, kalian,
ku kan susah nak update blog
sebab ku selalu nak buat sesuatu itu dengan teliti (ha la sangat)
contohnya nak update blog tapi gambar ada dalam desktop di office
dan ada di dalam laptop kecil itu
dan separuh lagi dalam kamera
sebelum update blog, ku harus kumpols semua gambar itu dulu kan?
ha…logik tak alasan kenapa ku jarang update blog?

Tapi harini Ena mentag ku pula
terasa nak merapu la pula petang2 ineh
takyah tempek2 gambar ya!

First Name – Siti Nur Suraya – ah sudah, ku kasi nama penuh pula..
Nickname -  Gadis (prrffff)
Birthday – 16 Ogos (ku tak edit pons ena, birthday kita kan sama)
Birthplace – PJ
Time of Birth – 7.15 pm (Meghrib dah)
Zodiac sign – Leo (roarrr)

–This or That–
Flower or Chocolate – Black Forest Cadbury? Kinder Bueno & Ferrero Rocher itu sedap jua. Bunga nanti berabuks la pula bang (Haih perasan si dia nak kasi bunga!)
Pepsi or Coke – Ku rasa ku milih pepsi
Pop or Rock – Hah..ku tak sempat dengar lagu. Ape? Rock? oh tidak, bukan rock! (ku tak faham apa rocker tu bubling cakap)
Relationship or One Night Stand – One Night Stand (gaaaa.tipu je) Satu malam berdiri, okeh apa?
School or Work – Work (Masa skulah takde uwang)
Love or Money – Dua dua boleh? Kusayang kalau dilengkapi dengan satu lagi itu. Tapi kalau tak ada yang itu itu tu, kita kerja lah cari itu kan yang =)
Movies or Music -Movies!
Country or City – City! Ku ala ala sepi kalau di kampung, bunyi itik, ayam, serangga belum cukup utk menghapuskan rasa sepi itu. Sebenarnya masa kecil ku sudah puas duduks di kampung.
Sunny days or Rainy days – Rainy! Bergoleks tidur sedap neh..
Friends or Family – Dua dua! Haih siap ada tanda seru tu tak tahan…

–Have you ever–
Lied – Pernah..selalunya bila takut kena marah =)
Smoked – Tak pernah
Broke someone’s heart – Tak pernah (Wow, kompiden neh dengan hidung kembang2)
Had your heart broken – Pernah, tapi tak heran lah :p (sekarang la tak heran, dulu nangis basah bantal gak :p ) ai malu jee
Wish you were a prince/princess – Tak pernah
Liked someone who was taken – Tak pernah
Shaved your head - Ada plan nak buat tapi belum terbuat lagi (eh tak pernah dan tak akan boleh )
Been in love – Pernah
Used chopsticks – Tak reti
Sang in the mirror to yourself – Tak pernah (ku kan kurang keyakinan diri)

–Favorites–
Flower – Emm….coklat? (refer soklan atas tadi) Bunga eh, emm…..Ha! Bunga = kawan lama (refer entry nickname ku tadi)
Candy – Ku tak makan candy
Scent -  Ku skrg tengah suka Tommy & Davidoff Cool Water for Women, try la kalian..pasti kalian suka!
Color – Warna pelangi! (…..pink)
Musical Instrument – Piano? Biola? Gambus? Ala yang the 12 girls main itu..
Movie – Shrek? Ku tengok masa mengandungi Zikry, sampai mimpi2 anakku keluar rupe Shrek tau
Actor/Actress – Rain (hihih..gatai!)
Junk food – Air milo kotak!
Animal – Ku tak suka ah animal
Ever cried over someone – Pernah kah?
Is there anything you wish you could change about yourself – Tak ada! Tukar baju raya, langsir etc etc tak termasuk kan?
Do you think you’re attractive – Ada ada.sampai sekarang, menarik di mata ziki dan ayahnya..(ya ya, ku masuk lif tekan sendiri)
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose – Sindarela
Do you play any sports – Ya, angkat ziki berat sambil masukkan barang dalam kete di pagi hari

–List (8) random facts about yourself –
1. Ku selalu perasan (bila org kata iki comel, mcm ibunya) Tak semena mena aku rasa orang tu kata aku comel!
Weh..baby memang la sentiasa comel, maksud diorg mcm ibunya itu…mungkin features(hidung,mulut) macam ku, tp comel tu dia sendiri yang comel tak de kaitan dengan ibu okeh (cubaan menenangkan diri sendiri)

2. ku suka natural parenting, natural living.
Macam breastfeeding, macam cloth diaper, macam makanan organik, macam cari tempat guna peta (tak perlu GPS :P ), macam kira kira guna kertas dan pen.

3. ku suka budak budak (dulu)
masa mengandungi iki, ku tak main dah dengan budak2 sebab ku tau ku akan sangat busy selepas iki lahir
.
lepas iki lahir, ku sangat suka iki sampai tak sempat sukakan budak lain
tapi ku tetap tak pernah tak suka budak budak =) aren’t they ALL cute?

4. ada banyak benda ku nak buat. artikel resipi masakan, artikel cloth diaper, artikel iki.
tapi ku tak sempat sbb bila iki tidur, ku tidur.
iki bangun, ku layankan dia nyanyi lagu kodok ngorok, buai laju laju, twinkle twinkle little star (serius ku selalu salah salah nyanyi lagu ni)

5. wah banyaknya, nak 8 juga ke? ku beri 5 je la, termasuk yang ineh =)

- mangsa seterusnyaa: ku amat mahu baca merapuan dari kalian ini:
1. Acu Dijah
2. Ayang Wilda
3. Angah Zura
4. Miss Rin
5. Miss W

Ho?Harini update lagi?selalunye se dua minggu sekali baru update
Ni kisah baca blog VirusPadu la neh
sangat best la blognya, kisah dia, kisah nisa
dan kisah sedih leesha (basah bantalku srot srot nangis)
rasa rasa mcm ku pernah berselisih bahu dengan cik viruspadu ineh
di chatbox main kuiz 5 tahun lepaskah?
(ah asal pemes,ku terus mengaku kawan)
oh ye, yang kucuba beritau, cik vp neh update blog hehari lepas anak tidur
ku cuba la buat mlm tadi lepas iki tidur
on laptop, tunggu loading….sempat iki hek hek merengek
nak tidurkan kena gunapakai mommynya
sudahnya ku tertidur sekali, dan laptop on sampai ke pagi
cam takleh pakai saja formula update blog cik vp tu pada saya dan keluarga saya?

sudahnya hb subscribekan saya Celcom Broadband
dan dengan berbaik hatinya membelikan modem dari Dato K bukan siti punya
(jangan ingat dato siti je ada dato k tau)
senang katanya kalau nak update blog di mana sahaja pada bila bila masa
*uih,mcm blog chedet saja lagaknya, perlu diupdate selalu
gagaga…
entry kalinih ku nak cerita pasalku saja
dah banyak entry iki..hihi
sekali sekali kasi can mommy menyempil ye tak

keterujaan baruku—Cloth Diaper(CD) untuk iki
cloth diaper ineh sebenarnya adalah seperti lampin kain yang kita pakai masa kecik2 dahulu
(okeh, mak kita pakaikan pada kita sebenarnya)
cuma diperbaharui dengan lapisan lindung bocor di bahagian luar lampin
cara penggunaannya, sama seperti disposable diaper (MamyPoko, Drypers, Huggies etc etc)
3-4 jam sekali lepas berat dan lenjun, tukar CD yang lain
bezanya….perlu basuh(menggunakan mesin basuh pun boleh), tk seperti disposable diaper yang hanya perlu dicampak di bawah katil, tepi meja  solek dalam tong sampah
kelebihannya..tiada bahan kimia seperti yang terkandung dalam disposable diapers
kenapa saya bertukar angin kepada CD?
kerana kulit iki yang amat sensitif merah merah di bahagian sini sana
saya kasihan kan dia
tak mengapalah, biar saya bersusah susah basuh CD guna washing machine
asalkan iki kurang terdedah pada bahan kimia di sekelilingnya
natural parenting…back to natural ways seperti suatu ketika dulu

iki baru ada 1 CD
sepatutnya utk sehari, baby perlu ada 5-6 CDs
perlahan perlahan lah iki ye, mommymu kumpul sen sen yang ada utk membeli CD =)
*pist,yang kepingan2 itu namanya insert utk diisi didalam CD
cloth diaper pertama iki
bulan puasa kali inih kami agak M stand for malas giler
makan apa yang ada, tak mahu fikir2 pasal makanan macam selalu
sudahnya kami berbuka di rumah masak sadin dan sup sayur
dan kadang2 telur dadar sahaja
dan sahur,kami bersahurkan oat yang dibancuh dengan horlicks dan ditabur dgn raisin
sekali sekala berubah angin sahur

bukan makanan mommy

 owh, kami sekeluarga baru mendaftar insurans baru
sebelum ini saya dan suami menggunakan khidmat Takaful Malaysia
pembayaran adalah melalui online payment Maybank2u
walaubagaimanapun kami dapati setiap kali pembayaran di buat, transaksi hanya diterima selepas 2 bulan
maksudnya jika bayar on January
dalam rekod, bayaran diterima pada Mac
dan secara logisnya, pada bulan January & February
kami tidak dilindungi apa apa atau dengan kata lain
jika sesuatu berlaku kepada kami, claim itu tidak valid dek pihak insuran
makanya, bagi mereka yg membuat pembayaran insuran melalui online
semak semaklah dengan syarikat insuran anda ya!

sementara mencari2 insurans yang sesuai untuk kami sekeluarga
saya mengambil pelan AIG Insurance setelah agen AIG asyik calling is caring saya
polisinya tidak kami teliti sangat
kerana kononnya utk sementara sahaja
saya setuju utk mengambil AIG kerana ia akan menolak caruman bulanan (caruman kan?) daripada kad kredit
lebih mudah kan?

akhirnya kami jumpa insurans yang sesuai, iaitu Takaful Ikhlas
saya ambil pelan Ikhlas Wanita Takaful
yang melindungi penyakit khusus wanita seperti SLE, kanser payudara, serviks,vulva, vagina etc etc
dan pembentukan semula muka dan buah dada (atas sebab2 kemalangan sahaja)
termasuk komplikasi semasa melahirkan mahupun kematian bayi semasa mengandung

untuk zikry dan suami, pakej Ikhlas Savings Takaful
dimana iki dilindungi sehingga umur 23 tahun bujang trang tang tang
katakan usia pembayarnya tak panjang, caruman akan ditanggung oleh pihak insuran
sehingga usia yang dicatatkan di atas

dan untuk suami, pakej insuran perlindungan selama 30 tahun
yang melindungi 40 penyakit kritikal (yang syarikat insuran lain pun cover)

mengapa insuran?
bila saya duduk2 dan termenung berfikir, kedua dua saya & suami bukanlah kakitangan kerajaan yang dilindungi dengan pelbagai benefit
(saya apply2 tak dapat2 keje gomen..hehe)
jadi kami perlukan perlindungan untuk sampai ke umur 55 (kalau hayat panjang, amin)
iaitu 30 tahun lagi (ai perasan 25 you)

ops, kisah di atas hanya utk cerita syok sendiri saya
jika ada yg mengguris perasaan atau tersentuh, saya pohon ampun maaf ya!
sekadar kisah suka suka yg mungkin boleh dibuat modal utk bersembang

phew, entry ini saya karang dari ptg semalam
bawa ke malam, zikry hek hek hek
bawa ke lepas sahur….barulah siap
saya nak subuh gajah sebentar
bye!

Related Posts with Thumbnails