Bulan Ramadhan datang lagi
Tahun lepas kami melalui Ramadhan berdua
tahun ni bertiga dan tahun seterusnya bertambah tambah
azam Ramadhan kalini, mcm selalu
nak berpuasa penuh disamping men’gurus’kan badan
kadang2 sampai kompius saya dengan dialog kami suami isteri
“sue, untuk menjayakan lagi project pen’gurus’an kita, jom kita sahur makan oat”
sekali dengar macam saya & si dia bukak management office kan?
Sebelum itu, saya reply komen2 dulu ya!
(nakbagi entry saya nampak panjang..hihi)
Kak Ina wrote
ala shomel2 iki shayang nangisss…sian mommy asek amik pic ye….
Kak ina, dia suka menangis hek hek hek
saya jarang bawanya keluar kerana tak mahu bersusah hati
tambahan pula jika bawa berjalan
dia akan kepenatan dan muntah2 (macam malam haritu)
kasian……marila alysha mai rumah aunti sue
buleh main dengan iki =)
kak ina, sebenarnya kan
dah kurang sangat gambar iki yang saya ambil
dulu tiap2 hari rasanya mahu kusnap snap gambarnya
sekarang ini, kadang2 seminggu sekali
dan selalunya 2 minggu sekali
makin lama ku makin tak sempat terkejar kejar dengan kehidupan…haih
tambahan pula,bukannye senang nak snap gambarnya
dia asyik bergerak gerak melompat lompat..grrrr
Ibu Hafeez wrote
waduh2, makin sehat anak sudara ku inih. geram geram..grrr
alhamdulillah kak nurul
sehat sejahtera si iki itu
semoga dia tak demam2,rashes sana sini…amin…
hafeez udah pandai mengiring2 nak meniarap?
sikit lagi boleh race dengan abg iki ye =)
Kak Ti Ummimon wrote
cam muka mak lah dia nih.
meter tu rosak kot.
happy bday.
ps rumahku atas bukit belakang jusco cheras selatan itu saja. kalau terserempak dengan mak budak pakai tudung instant indon dengan pakai selipar, mungkin itu diriku ha ha.
Haih kak ti yang shomel
kenapa berat ringan mu hanya 45 kg
kuberangan…kalaulah ku 45 kg
pasti muat baju2 lamaku kan…hihi
ha, rumahmu dekat je dengan rumahku
ku jarang2 ke Jusco Cheras Selatan itew
selalu zass ke Tesco Extra shopping pampers saje =)
Ena Aqim said
ahahahaha… kalo tunggu mu agak²nya bila tuh? nanti bagitau ek? ekekekeke… ku ajer yang meroyan nak menambah, cik hubby tak mo lagi la sue… katanya nak tunggu aQim besar sket huhuh
Haha..memikirkan keshomelan bebudak itu
memang harus ku tambah dua tiga kucing berlari
tapi bila memikirkan kesibukanku yg tiada masa utk diri sendiri bagai
ku rasa nak seorang itew sahaja la ena..gaga..
Kalini saya nak berkongsi tips2 berpuasa untuk ibu bekerjaya yang menyusukan anak mereka
Pertama sekali ingin saya jelaskan
Yang berpuasa itu sebenarnya TIDAK akan mengurangkan volume of milk supply
kerana ironi nya, susu tetap berkurang walaupun bukan semasa bulan puasa
Magisnya, komposisi susu ibu itu akan diadjust mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa
dan semasa berpuasa, secara automatis badan ibu akan membuat perubahan terhadap metabolic adaptions hariannya untuk memastikan produksi susu tidak terganggu
walau bagaimanapun, ibu tetap perlu mengikuti diet dan tips2 pemakanan
antaranya:
- makan nasi, ayam, ikan ataupun daging, sayur dan buah pada setiap kali waktu berbuka dan bersahur
- elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, nescafe dan kopi kerana kafein akan menyingkirkan zat yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh (lebih2 lagi semasa bulan puasa neh)
- sediakan 2 liter air kosong dan minum sedikit2 bermula dari waktu berbuka dan sehingga waktu sahur
- mengepam selama 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit sebelum atau selepas sahur
- jadual mengepam semasa hari siang berlangsung seperti biasa (2-3 jam sekali)
- makan makanan milk booster seperti Soya Organic dan Milk maid Tea selain daripada itu minum air longan, kurma merah dan lobak putih
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah ini
Sekiranya ibu menyusu mengabaikan diet di atas
berkemungkinan besar mereka akan mengalami hard time to get the milk supply back
Situasi lebih mudah jika bayi berusia lebih daripada 6 bulan
kerana meal susu bayi boleh digantikan dengan makanan
bagaimanapun, sila monitor penghasilan susu harian anda semasa berpuasa
sekiranya milk supply amat kurang berbanding baby’s daily consumption
dibolehkan untuk membuka puasa dan berusaha untuk meningkat kembali milk production
apapun, selamat berpuasa dari mommy iki & iki
mommy baru pulang meniaga dengan tudung instant bagai
memang macam org seberang dgn muka berminyak minyak
jom cuci mata lihat iki dan mommy
iki rajin berbual dengan MAMAMA dan YAYAYA (ayah)
BABABA (semasa babay)
dan HM…HONGGE? (e=ekor) semasa dia nak tanya, buat apa tu? kenapa?bagaimana?
semuanya berbunyi HONGGE….mana mu belajar nak….geleng kepala
i tell you..susah nak ‘paksa’ anakku bergambar
dia sibuk dengan stereng, wiper bagai
masa ni ku sedang menanti sang suami
kumesejinya “abg, ku nantimu di depan opis, cepat sikit ye.anakmu sibuk berangan memandu di F1″
iki sebenarnya sedang demam
bajunya selebeh2 tertumpah ubat yang dipaksa makan
kanku dah beritahu kalian
iki is a busy baby, he is

ni masa teman mommynya shopping barang2 utk bulan Ramadhan
ayam goreng instant, semuanya instant
lagi pula ayah iki kan nak diet
makanya, haruslah ku makan sorang….
Honggeh from zikry..
Susah sangat anakku nak senyum kan
gaga…biarlah nak, dirimu kena sedekah duit kalau tanak sedekah senyuman
sedikit aktiviti menggeletis mommy
fish spa…wiu wiu….
macik suka….
Related posts:













alang, iki dh mula ckp ek..bagus bagus bagus..nanti leh sembang2 ngan ibunya..
comel je alng pakai tudung instant. ayg kalo pakai jd bolat mukaku. kena adjust2 n wat tudung instant sendiri. hehehe.
sue, selamat berpuasa. lama tak log in actually.
semangat tul sue describe pasal bf during ramadhan hehehe..akak actually tak tepikior pun pasal supply. since dimana ade demand, di situ mesti ‘terpancut’ supply kan?? akak rasa kurma pun helps,lagi best kalu sue sumbat kat iki gak mcm aydan, yang bestnya asal sahur jek mesti dia pun sahur kurma then tido balik.
nti syawal sue nak kena datang umah akak kat puchong ni, kunjungan balas (biarpun kunjungan pertamaku adalah urusan bisnes hheehe..)..sebabnya akak dah lupa route to your house.kad raya kena ade pelan umah la!
hopefully kite berdua sabar menjaga baby2 ini sementara puasa yang banyak cabaran. aydan memerap nk berdukung, amatla mencabar puasa akak, tp ngenangkan bila berdukung dia terkekek ketawa rasa ilang marahku.
byk pulak merepek kali ni, err…stok baru ape cerita??