
Nipple preference atau nipple confusion ialah keadaan di mana bayi akan mula tak mahukan minum direct dari ibunya setelah beberapa kali menggunakan botol atau puting.
Nipple Preference boleh berlaku seawal bayi berusia 2 minggu. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu give-up utk menyusukan kerana setiap kali nipple ibu masuk dalam mulut bayi, dia akan menangis (dengan kuat!).
Dan hanya senyap selepas minum susu dari botol (samada ebm ataupun formula).
Keadaan yang berterusan akan mengakibatkan susu ibu semakin berkurangan.
Maksudnya, ada 2 isu besar disini:
1-abundant milk supply
2-nipple preference where baby prefers to drinks milk in bottle(either ebm or formula) rather than latch on to mommy’s breast.
utk isu yg pertama(abundant milk supply):
1-susukan baby on demand (bila bila ms dia cooing, berbunyi2)
2-mengepam 3 jam sekali (20 minit setiap breast) semasa bekerja/baby tiada disisi
3-sambung mengepam (15 minit setiap breast) setiap kali lps baby menyusu
4-dapatkan pam standard hospital (spectra 3, medela swing, ameda) – eletrik & dual pump
5-gantikan sesi yang anak tk mahu direct feeding dengan mengepam 20 minit setiap breast (sementara mengatasi isu no 2-nipple preferencenya)
dan utk isu yg kedua (nipple preference)
1-gunakan botol MAM masa terpaksa beri baby ebm (semasa bekerja)
2-jgn beri baby guna pacifier/puting selama 30 hari pertamanya
3-mulakan latih baby utk direct feeding masa dia mamai mlm2.hari jumaat mlm sabtu adalah waktu yg sesuai kerana sepanjang hari sabtu dan ahad (siang & mlm), kita boleh berikan baby direct feeding sahaja (no bottle at all).kena tidur2 ayam.
4-sentiasa offer nipple pada baby (setiap 30 minit).kdg2 baby mengamuk sakan bila kita letak nipple di mulutnya.tapi lps nangis 5 minit gitu,dia akan ‘terima’ nipple kita itu.
5-kaedahnya : offer nipple padanya sebelum dia lapar.baby yang terlalu lapar akan mengamuk jika kita ‘paksa’ dia minum dari nipple. “isy,aku dahle lapo…nak suruh isap2 susah2 pula” <–lebih kurang gineh dialognya.bila baby tidak lapar sangat, dia masih boleh bertolak ansur,insyaAllah.
6-topless semasa di rumah/bilik.tak perlu pakai bra.baby hanya pakai pampers.bawa dia ke hulu ke hilir, dapur, tgk tv, bilik belakang, ruang tamu, baca buku wpun semasa dia tidur. Banyakkan skin-to-skin contact.biar dia kenal bau ibunya.
7-susukan nya di tempat sunyi.sesetengah baby cepat distract.kalau ramai2 anak buah,mak mertua keliling nak tgk “ada susu?””keluar tak?”.bila dengar suara org lain pun kdg2 baby tensi dan malas minum.
8-ambil cuti 3 hari, mungkin isnin-rabu.sepanjang 5 hari tu(sabtu-rabu), beri direct feeding tiap kali dia berbunyi walaupun hek hek..insyaAllah, dia akan “master breastfeeding” selepas itu dan walaupun dia minum guna bottle di nursery/babysitter, dia akan tetap mahukan direct feeding dr ibunya.
Selamat mencuba!
Related posts:







Hafeez sgt pandai, bile masuk je rumah dia, mcm tau n da setting otak dia kat umah hanya susu ngan ibu. kdg2 ade balance susu dr umah bbsitter dia tolak xmau abihkan. ngamuk nk minum tek ibu.
bagus btol kisah nipple preference mu ini.
ni ku ada lagi satu soalan di blog ku(sempena bulan posa nih…)
mai mai tulun jawabbb…
salam sis luna..
tq sbb bg ilmu kat sini.
anyway, acu dah cuba..malangnya baby acu tetap menolak.
kadang-kadang memang sedih sbb baby mudah diserang selsema..
buntu tak tau nak buat camne lg..huhu
aisehh.. topless tu yg tak tahan tuu :))
konsep easy access ye
———
sue ehem ehem : nak biasakan baby dengan bau ibunya
Salam ..
Akan ku lakukan spt yg Sue ajarkan
x sabar tggu ahad ni. nk jmp Sue & Farah .. Nak Beli Botol MAM…
esok nyer nak dok umah dgn baby Haifa yg sudah merajuk nak direct BF dgn Umi nyer
Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Doakan daku sahabat sekalian
—
Salam Elfi : Hari hari Sue doakan Haifa dan Elfi supaya sabar dan belajar perlahan lahan
Kita jumpa Ahad ni ye, hari Sabtu dan Ahad ni cuba pujuk Haifa lagi..(Ingat,mulakan masa dia tenang = sesuai waktu susuan malam hari)
ank saya, rafeeq xmoo minum susu dr botol.pening pale saya.baik susu perah atau susu fm.next week da stat ngaja.. Tlgla bg saya tips ye.tq
—
Hirda: Dimana location Hirda?
Sekiranya Hirda berada di area Lembah Klang, Sue cadangkan Hirda berjumpa mana mana kaunselor laktasi atau berjumpa Sue sendiri. Saya berada di Cheras.
Selain itu, Hirda boleh menggunakan cara lain utk melatih bayi minum susu perahan (elakkan susu formula) seperti menggunakan cup kecil atau syringe.
hi su…saye ade masalah…sekarang saye pregnant 7 month,nipple saya crack…..saye dah cuba letak vaseline …dia elok lepas tu jadi balik…ia berlaku sebelah kakan sahaja….boleh ke saye menyusukan dgn keadaan nipple yg crack tu lepas delivery nanti….rasa sakit jugak le….
—
Salam Jamaliah : Jamaliah perlu berjumpa dr utk memastikan kenapa ianya berlaku. Saya tak dapat jawab samada boleh atau tidak Jamaliah menyusukan sbb saya tak melihat sendiri keadaannya. Sebaiknya, jumpalah dr utk merawat keadaan itu terlebih dahulu ye
Salam Sue
Lps amik coti 3 ari plus mc 1 ari (hehehehe), alhamdulillah ..
Seronok sgt sbb baby Haifa dah mau direct bf. cume skang tgh usaha nak increse milk plak .. mcm mane ye?
stok EBM dah tggl 5 botol je (5 oz each).. pam kat opis + tgh mlm .. dpt max 2 botol je
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
—
Salam Elfi : Elfi boleh cuba minuman penambah susu dan amalkan semua makanan/minuman yg berkhasiat.
Elfi jgn putus asa, insyaAllah susu akan meningkat hari demi hari..
Kak su..ssaya pun ada masalah nipple preference ni..baby saya suka direct bottle ebm..saya dah bagi direct breast feed tapi dia minum sekejap je..pastu nipple saya yg sakit..mcmne nak buat ngan nipple sakit ni..saya dah hampir giveup…
—
Nana kena check latching position yang betul untuk mengelakkan nipple sakit. Dimana location Nana? Mungkin kita boleh berjumpa..
salam kak sue..dynas ada masalah tentang nipple preference ni..baby dynas da 3 bulan tp still xpandai breastfeed ..dia minum susu fm ja dr lahir..boleka dynas berikan dia susu ibu/bf kembali..dynas betul2 nak dia bf sehingga termimpi2 dia bf..tlgla..
—
Dynas boleh refer artikel mengenai relaktasi dan artikel artikel lain mengenai bf di blog ini sebagai panduan untuk memulakan kembali penyusuan.
Salam.. skrg sy pun tgh alami mslh yg same.. baby dh x mau direct feeding.. bile bg mengamuk2 die.. .. kalau die minum direct pun mlm2 waktu die tgh mamai jer.. so, akhirnyer terpakse bg ebm stok walaupun waktu x bekerja.. skg risau sbb stok pun dh makin kurg.. tp akan ku cube tips2 ni … Tq so much!!!
—
Salam Linn : Pengenalan terhadap botol & puting yang terlalu awal boleh menyebabkan masalah ini dan seterusnya mengganggu proses penyusuan. Selamat berusaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ebm semasa tidak berkerja ye dear.
Salam kak sue. Aisyah bru jer bersalin baby girl ( Damia ) dlm 3 mggu lps. Masalah aisyah skrang berbeza dgn kwn2 lain. Damia tak nak lgsung susu ebm dr botol. Kalau direct dr aisyah, laju jer. tp, bila bg ebm dr botol, Damia akn keluarkan balik susu tue. huhuhu… masalahnye, masa mggu pertama n kedua, boleh jer Damia minum susu dr botol. but, starting from yesterday, Damia dh xnk lgsung ebm dr botol. kiranye, dh 2 hari gak ler cuba bg ebm dr botol. mmg smpai Damia melalak gak r. last2, kesiankn Damia, aisyah bg la gak susu direct. Aisyah bru semang
at nk buat stock ebm..bila jd gini, frust gak ler. maybe bila nk p mengajar nnti, aisyah kena hntr Damia umah pengasuh yg sebelah sekolah ler. kena ulang alik g umah penagsuh la kot. cz, my mum ckap, adik aisyah ada yg cerdik mcm tue. so, mmg my mum ulang alik dr tmpat keje tuk susukn adik aisyah.huhuhu.. ape pdpt kak sue. aisyah skrang tgh try cari maklumat psal nipples yg lembut mgkin. mcm nipples ibu ker… hmmmm..
—
Salam Aisyah, tahniah kerana bersungguh menyusukan Damia. Susukan Damia secara direct sehingga usianya (lebih dan kurang) 50 hari.
Hantar Damia seminggu awal ke nursery bersama2 susu perahan. Bekalkan cup kecil dan botol.
Damia akan faham bila mommynya perlu berkerja dan perlahan laha belajar minum susu perahan, insyaAllah.
salam
problem sye lain lak…..nipple sye ni jenis yg pendek & terbelah….sgt pendek & almost inverted. b4 deliver sye ade pegi bf preparation class & kaunselor tu ckp sye bole breastfeed cam biase tp tula mmg dr anak saye lahir dye xleh nak latch.bkn dye je nangis, dgn saye2 skali nangis. skang sye pkai nipple shield brand mam. sye tingin sgt nak dye direct xyah pakai mende tu tp dye xleh gak. fyi bb sye da sebulan setengah. camne ye?
—
Salam Is,
Saya cadangkan Is berjumpa konsultan laktasi bagi penilaian yang lebih tepat. Cuba elakkan penggunaan nipple shield semasa menyusukan anak.
Pam dulu sebelum menyusukan supaya nipple lebih ‘mudah’ diambil baby. Selamat menyusukan!