Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Kalaulah boleh, setiap yang terdetik dlm hati saya
mahu saya blogkan
cuma setiap kali ianya terdetik
saya sedang basuh baju, mandikan anak, tukar pampers, shopping etc etc
saya cuma sempat mengupdate blog malam lepas anak & suami zz
(dahpun pukul 1 am)
iki pantang nampak laptop (saya mahupun suami), dia sangkakan kompang
ditepuk2, diduduk2, di sembur2 dengan air liurnya
kerana itu si putih saya ni hanya boleh di ON masa iki zz sahaja :)
untuk mengelakkan laptop saya terbahagi 2 (skrin & keypad), nauzubillah!

kami sekeluarga dahpun sampai di kampung malam semalam
bertolak dari Cheras jam 5 petang
jammed di Jalan Loke Yew sampai pukul 6.30 pm :sigh:
si dia nak melalui jalan lama ke Ipoh
(melalui Selayang-Rawang-Tanjung Malim-Slim River-Bidor-Gopeng-Ipoh)
katanya tak mahu terperangkap dalam jammed di PLUS
tapi saya tau……..abg nak test GPS barumu kan? kan? :P
orang lelaki ni mudah teruja dengan teknologi lah, haih!
seronok juga lalu jalan lama
lalu pekan Selayang, Pasaraya Warta, lalu Taman Templer yg gelap
dan sampai sahaja kawasan gelap, GPS mulai recalculating mencari path
saya “haih abg,usahla sampai sini dia tatau mana nak tuju”
*dia = gadis GPS yang peramah dan bertoleransi, bagaimanapun sedikit persistent
(haruslah, ianya kan diprogramkan begitu)
dan saya dalam tempoh penyesuaian berada di dalam kereta bersama suami, anak dan dia(gadis GPS)
kerana suami memilih shortest path, maka gadis GPS membawa kami pusing2 kawasan perumahan
lalu lalu lorong belakang rumah org, apakah?
sampai di Bukit Beruntung, saya ajak suami masuk PLUS
suami tanya “kenapa nak masuk PLUS?”
saya diam sahaja
sebenarnya saya runsing bila gadis GPS asyik suruh 100 meter turn right, turn right, turn right
padahal ianya jalan lurus sahaja,tiada simpang!
kadang kadang gadis GPS pun pening bila sudah lama berjalan
harus direstart semula ..hihi…

masuk di PLUS, kenderaan bergerak lancar
tiada jam, tiada kemalangan, alhamdulillah
dan kami sampai di Sg Siput jam 10.30 malam (5 jam perjalanan,KL-Ipoh)
hampir 2 jam di jam di dalam KL, it was expected
tapi naluri nak balik kampung & berhari raya mengatasi semua halangan..hihi
sampai di kampung, zikry yang tertidur dari dalam kereta semasa di Rawang terbangun
dan main dengan atuknya
kasian iki, selalunya dia tidur jam 8 malam
tapi dah 2 hari di kampung, dia main sampai jam 11 malam
terkebil2 matanya menahan ngantuk
saya pun selalunya zz jam 8 masa tidurkan anak
tapi alang alang cuti ni, saya ambil kesempatan kurangkan masa tidur
lebih produktif gitu boleh update account rumah, membuat lawatan ke blog teman2 dan update entry syok sendiri di blog

persiapan raya?
sangat sederhana (saya rasa sederhana..hehe)
baju melayu, suami recycle baju nikah
baju kemeja, gunapakai baju kerja
baju kurung saya, memang saya tempah sepasang dua utk guna ke ofis
sebenarnya ianya bukan baju raya
tapi kerana ianya pink, saya labelkan lah juga ianya sebagai baju raya saya :)
dan untuk iki, baju melayunya saya minta mak teh jahitkan (warna pink)
dan opah iki ada belikan sepasang baju melayu warna hijau
saya & suami tak ada baju melayu & kurung warna hijau
jadi ok kah kalian kalau kami makai baju zen sports club?
kasut raya pun iki tiada
tunggu iki jalan dulu lah ye nak :)
saya & suami sepakat mengatakan baju baru kami ialah semua yg dibeli pada tahun 2008
jadi, banyaklah baju baru kami yang boleh dijadikan baju raya :)
(banyak = lebih dari 1)
kuih raya, beli dari cousin wan 1, dari pengasuh iki 1, dari cousin yan 3
kerepek raya, order dari mak huda, huda hantar sampai ke dapur
malas sederhana kan?
duit raya utk anak anak kecil dahpun di pack
jumlahnya tidaklah banyak
diniatkan sebagai sedekah dan sekadar utk menggembirakan kanak kanak
hari raya inikan hari bahagia mereka?
zakat fitrah sudahpun suami bayar siang tadi
RM7 satu kepala, tahun lepas suami bayar utk 2 org
tahun ni utk 3 org, tahun depan masihkah 3 org?kekeke

sebenarnya niat saya nk menempek gambar iki
yang saya hutang di blog ini
masa tu saya tak boleh upload gambar guna IE

gambar2 ni diambil semasa saya sedang sibuk membuat akaun selepas event booth di TM
kasian iki, tak mahu main sendiri
dia minta saya main dengannya
tapi saya punyain banyak kerja utk diselesaikan
letaknya di dalam walker tidak menyelesaikan masalah nak-main-dengan-laptop-mommy
Mommy,let\'s play!

Gaa..i want a laptop too!

How can I reach mommy from here?

Peekaboo playtime

dah diterangkan berkali kali pun dia tak faham dan mahukan 120% attention
sudahnya, saya join dia main dan tidur bersama sama
sebab saya terfikir
niat saya berniaga, antara lain utk iki, utk keluarga
kalaulah oleh kerana urusan business ini menjauhkan saya dengan keluarga
mahupun merenggangkan hubungan kami anak beranak
dan mengecilkan hati iki (atau suami) kerana iki terpaksa main seorang
maka tidak tercapailah niat saya itu kan?
saya pun berhenti buat kerja, dan layankan iki dulu :)
family will always be first.. I can do it!
Ganbate Mommy!

Summary berbuka puasa Ramadhan 1429,
weekdays – kami akan berbuka puasa di rumah (hb masak)
reasons being:
- dia masak sedap
- dia rela masak dari jaga anak :)
dan weekend, kami keluar makan di tempat2 yg kami teringin makan
susah sikit nak berjalan sebab kami kena sesuaikan dengan masa tidur zikry
kadang2 sedang lena pun saya angkat jua (dah mak dia meroyan nak makan luar)..geh geh

Jalan jalan cari makan

9 month iki

Close up Iki

ramai yang kata iki iras saya
dimataku, iki iras ayahnya
dari bentuk kepala, ke rambut yang halus, ke eyelashes
perangai, saya rasa iki iras Himawari (adik Sinchan)
jerit “tatatata” sambil merangkak
dan suka benda berkilat2 :)

hari pertama iki di kg sg siput
saya dah niatkan cuti 9 hari ni, untuk ‘melekat’ dengan iki
dan dia sangat gembira hari ni
aktif berbual, dan bekerja mengemaskan rumah

Tergolek lion dikerjakan iki

haritu saya ke Sogo bukannye belikan iki baju raya
tapi beli toys raya ..hehe
seronok iki menolak activity walker ni ke sana kumari

Zikry is learning \'how to walk\' using activity walker

Come, walk to mommy dear

apa?kalian rasa senang ke nak tolak?
susah tau..
tak percaya, tgk gambar iki di bawah

Ganbate ne , aniki-kun!

rambut ziki yang sedikit dah mula panjang
beberapa orang mencadangkan saya utk memotong sedikit rambut di bahagian telinganya itu
saya sengaja tak mahu
kerana rambutnya hanya sedikit
sayang pula nak dipotong potong

Iki Bad Hair Day?

dah penat main,iki baring di sofa
saya dah mula ajar iki menggunakan sippy cup
untuk minum air kosong
dan ebm (pada hari bekerja)
maka selepas iki mahir, bolehla saya menyimpan botolnya

Iki melepaks

Learning on howto drink water using sippycup

sekali pandang macam sippy cup tu masuk lubang hidungnya kan
usah risau, air takkan terkeluar kalau tidak disedut
kerana ada valve di bahagian dalam cup

iki peramah, rajin tegur org sana sini
tak pernah senyap sunyi

Ha mommy, did you call me just now?

dan, selepas seminggu tumbuh gigi
baru saya dapat ambil gambar gigi pertama iki
upper – middle left teeth(central incisor) tumbuh dulu
dan 2 hari lepas lower – middle right teeth pula tumbuh (tk nampak dlm gambar)

Iki\'s first tooth

Gaaa...

iki ada double chin? ergh..

So hot!

iki bolen kerana rumah atuknya panas
sampai tercirit2 iki sepanjang hari
kasian….

ha, kalini mommy nak join bergambar sama

Mommy join sekaki!

sengaja saya tempekkan gambar iki shomot makan biskut
masa dia tengah meraih simpati ajak main dengannya

Iki shomot

Shomot makan biskuts

I love you lah!

saya nak bersiap utk sahur…hampir 3 jam digunakan untuk mengupdate sebuah entri
patutlah saya bukan wartawan mahupun novelis

untuk kawan2 blog samaada customer,mahupun kawan forum, dan kawan MMU
salam aildilfitri!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Hari Isnin Selepas Raya
  2. Bahang hari raya
  3. Selamat Hari Raya!
  4. Kuih Raya 2010
  5. Selamat Hari Raya Dari Alya

3 Responses to “Raya!”

  • amboi, sampai 3 jam meng update blog. hebat! hehe.. selamat hari raya Sue.

  • CT:

    Waaaa dah sampai kampung rupanya awak.. CT masih lagi di ofis tempat kali 1 kite bersua..ecewah..ayat skema la plak

    OKla..nak ucapkan Salam Aidilfitri buat Sue sekeluarga. Moga selamat perjalanan berhariraya tak kira ke mana destinasi yg dituju, dekat ataupun jauh ek…:)

    hugs n kissess to Iki tu ye…:)

  • omey2 iki..geram auntie nengok
    nak cubit2 pipi montel tuh..alysha dah tumbuh byk gigi..selalu tergigit nipple..sakit ooo

Leave a Reply