Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for September, 2008

Assalamualaikum teman teman sekalian
Ku agak pura pura busy kebelakangan ineh
Booth di Menara TM masih berlangsung dan hari terakhir adalah esok!
Jadi pada yang mencari barang2 breastfeeding seperti Spectra 3, bebotols
leliners, bebags, makanan dan minuman organiks, baju raya berjenama untuk anakanda tercinta
(Levi’s,Guess,Carter’s,Mothercare), pakaian menyusukan dan pakaian mengandung
Mari mari zassss ke sana
jika mahu ketemuku, harus bertemujanji dulu Sue(012-5880515)

Ahad lepas ku ke booth mengemaskan apa yang patut dan tidak
Sementara bekerja, zikry ku letak atas kanvas penutup booth
tercengang2 dia tengok ku bekerja
setengah minit je duduk, selebihnya merangkak ke sini sana
sudahnya tak boleh buat kerja sbb ku tak mahu dia merangkak sana sini
lantai itu kan kurang bersih nak?
Mommy, can I help you?

lantas kuberinya biskut
sebenarnya ku memang cuba elakkan makanan instant
tapi lama lama ku notice iki hanya diam bila dapat makanan
(atau sesuatu yang boleh dibuh dalam mulut tanpa ku menjerit “NO”)
dia leka makan biskut
dia tak belum ada gigi
tapi dia gigit biskut tu pakai gusi (you rock!)

I got my \'biskuat\', yeay!

Nyam nyam..

dan kalau biskutnya sudah habis
mulutnya bising meminta lagi
“hemm…hemmm?hemmm…hooo…ahhh….hemm…”
ku jawab “hemmm….hemmmm…bam bam”
translate : tak boleh banyak2 nak, nantimu bam bam (hihihi..)

Urk..can I have more?

sudah mengemas di booth
kami ke MidValley
terjerit2 zikry di dalam stroller,dia minta didukung
kami lihat anak org lain diam saja dalam stroller
saya sukahati simpulkan, 2 bulan sekali baru zikry diletakkan dalam stroller
sebab kami jarang berjalan ke tempat2 yang memerlukan zikry dok didalam stroller
selebihnya zikry duk dalam troli tesco, giant, carrefour
haih, macamana nak melatihnya supaya sukakan strollernya
lenganku dan suami dah lenguh2 mendukung iki
iki jangan masam masam nak
kalau dibiarkan lama lama,boleh jadi asam keping nanti
(cubaan mommy menyakatmu walaupun dirimu tak faham)

I hate my stroller!

petang semalam semasa sampai rumah dari kerja
saya terus mengepam
dan iki itu akan cuba ‘menolong’ sedayanya
korek sana, tarik tube sini, pegang shield lagi satu
mungkin tak lama lagi iki pandai ON OFF kan pam?

Where should I put this on?

boring dengan breastpump saya, dia beralih ke rak TV
kalian ingat tak, cubaan suami membeli rak kecil warna merah biru itu
katanya utk simpan barang2 nya
katanya supaya ziki tak dapat mencapai dan makan barang2nya
tapi itu cuma katanya
kita tanya apa kata iki…

Messy-go-around

What is this?

Wiuw....habis rumah mommy

kenapa saya biarkan saja?
kerana saya sedang mengepam dan hanya mulut yang berbunyi
“ziki, that is not food”
“ziki, put it back”
“ziki, dont eat that”
“ziki degil ye?tunggu mommy siap mengepam ni…mommy kemaskan balik sumenye

haih ziki…ziki…

Nipple preference atau nipple confusion ialah keadaan di mana bayi akan mula tak mahukan minum direct dari ibunya setelah beberapa kali menggunakan botol atau puting.

Nipple Preference boleh berlaku seawal bayi berusia 2 minggu. Keadaan ini boleh menyebabkan ibu give-up utk menyusukan kerana setiap kali nipple ibu masuk dalam mulut bayi, dia akan menangis (dengan kuat!).
Dan hanya senyap selepas minum susu dari botol (samada ebm ataupun formula).

Keadaan yang berterusan akan mengakibatkan susu ibu semakin berkurangan.

Maksudnya, ada 2 isu besar disini:

1-abundant milk supply
2-nipple preference where baby prefers to drinks milk in bottle(either ebm or formula) rather than latch on to mommy’s breast.

utk isu yg pertama(abundant milk supply):
1-susukan baby on demand (bila bila ms dia cooing, berbunyi2)
2-mengepam 3 jam sekali (20 minit setiap breast) semasa bekerja/baby tiada disisi
3-sambung mengepam (15 minit setiap breast) setiap kali lps baby menyusu
4-dapatkan pam standard hospital (spectra 3, medela swing, ameda) – eletrik & dual pump
5-gantikan sesi yang anak tk mahu direct feeding dengan mengepam 20 minit setiap breast (sementara mengatasi isu no 2-nipple preferencenya)

dan utk isu yg kedua (nipple preference)
1-Jangan beri baby pacifier (puting kosong)
2-Jgn beri baby guna botol selama 40 hari pertamanya
3-Mulakan latih baby utk direct feeding masa dia mamai mlm2.
Hari jumaat mlm sabtu adalah waktu yg sesuai kerana sepanjang hari Sabtu dan Ahad (siang & mlm), kita boleh berikan baby direct feeding sahaja (no bottle at all).
4-Sentiasa offer nipple pada baby (setiap 30 minit) dan alert dengan bayi.
Kdg2 baby mengamuk sakan bila kita letak nipple di mulutnya.tapi lps nangis 5 minit gitu,dia akan ‘terima’ nipple kita itu.
5-Kaedahnya : offer nipple padanya sebelum dia lapar.baby yang terlalu lapar akan mengamuk jika kita ‘paksa’ dia minum dari nipple. “isy,aku dahle lapo…nak suruh isap2 susah2 pula” <–lebih kurang gineh dialognya.bila baby tidak lapar sangat, dia masih boleh bertolak ansur,insyaAllah.
6-Topless semasa di rumah/bilik.tak perlu pakai bra.baby hanya pakai pampers.bawa dia ke hulu ke hilir, dapur, tgk tv, bilik belakang, ruang tamu, baca buku wpun semasa dia tidur. Banyakkan skin-to-skin contact.biar dia kenal bau ibunya.
7-Susukan nya di tempat sunyi.sesetengah baby cepat distract.kalau ramai2 anak buah,mak mertua keliling nak tgk “ada susu?””keluar tak?”.bila dengar suara org lain pun kdg2 baby tensi dan malas minum.
8-Ambil cuti 3 hari, mungkin isnin-rabu.sepanjang 5 hari tu(sabtu-rabu), beri direct feeding tiap kali dia berbunyi walaupun hek hek..insyaAllah, dia akan “master breastfeeding” selepas itu dan walaupun dia minum guna bottle di nursery/babysitter, dia akan tetap mahukan direct feeding dr ibunya.

Selamat mencuba!

Bulan Ramadhan datang lagi
Tahun lepas kami melalui Ramadhan berdua
tahun ni bertiga dan tahun seterusnya bertambah tambah

azam Ramadhan kalini, mcm selalu
nak berpuasa penuh disamping men’gurus’kan badan
kadang2 sampai kompius saya dengan dialog kami suami isteri
“sue, untuk menjayakan lagi project pen’gurus’an kita, jom kita sahur makan oat”
sekali dengar macam saya & si dia bukak management office kan?

Sebelum itu, saya reply komen2 dulu ya!
(nakbagi entry saya nampak panjang..hihi)

Kak Ina wrote
ala shomel2 iki shayang nangisss…sian mommy asek amik pic ye….
Kak ina, dia suka menangis hek hek hek
saya jarang bawanya keluar kerana tak mahu bersusah hati
tambahan pula jika bawa berjalan
dia akan kepenatan dan muntah2 (macam malam haritu)
kasian……marila alysha mai rumah aunti sue
buleh main dengan iki =)
kak ina, sebenarnya kan
dah kurang sangat gambar iki yang saya ambil
dulu tiap2 hari rasanya mahu kusnap snap gambarnya
sekarang ini, kadang2 seminggu sekali
dan selalunya 2 minggu sekali
makin lama ku makin tak sempat terkejar kejar dengan kehidupan…haih
tambahan pula,bukannye senang nak snap gambarnya
dia asyik bergerak gerak melompat lompat..grrrr

Ibu Hafeez wrote
waduh2, makin sehat anak sudara ku inih. geram geram..grrr

alhamdulillah kak nurul
sehat sejahtera si iki itu
semoga dia tak demam2,rashes sana sini…amin…
hafeez udah pandai mengiring2 nak meniarap?
sikit lagi boleh race dengan abg iki ye =)

Kak Ti Ummimon wrote
cam muka mak lah dia nih.
meter tu rosak kot.
happy bday.
ps rumahku atas bukit belakang jusco cheras selatan itu saja. kalau terserempak dengan mak budak pakai tudung instant indon dengan pakai selipar, mungkin itu diriku ha ha.

Haih kak ti yang shomel
kenapa berat ringan mu hanya 45 kg
kuberangan…kalaulah ku 45 kg
pasti muat baju2 lamaku kan…hihi
ha, rumahmu dekat je dengan rumahku
ku jarang2 ke Jusco Cheras Selatan itew
selalu zass ke Tesco Extra shopping pampers saje =)

Ena Aqim said
ahahahaha… kalo tunggu mu agak²nya bila tuh? nanti bagitau ek? ekekekeke… ku ajer yang meroyan nak menambah, cik hubby tak mo lagi la sue… katanya nak tunggu aQim besar sket huhuh
Haha..memikirkan keshomelan bebudak itu
memang harus ku tambah dua tiga kucing berlari
tapi bila memikirkan kesibukanku yg tiada masa utk diri sendiri bagai
ku rasa nak seorang itew sahaja la ena..gaga..

Kalini saya nak berkongsi tips2 berpuasa untuk ibu bekerjaya yang menyusukan anak mereka
Pertama sekali ingin saya jelaskan
Yang berpuasa itu sebenarnya TIDAK akan mengurangkan volume of milk supply
kerana ironi nya, susu tetap berkurang walaupun bukan semasa bulan puasa
Magisnya, komposisi susu ibu itu akan diadjust mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa
dan semasa berpuasa, secara automatis badan ibu akan membuat perubahan terhadap metabolic adaptions hariannya untuk memastikan produksi susu tidak terganggu
walau bagaimanapun, ibu tetap perlu mengikuti diet dan tips2 pemakanan
antaranya:
- makan nasi, ayam, ikan ataupun daging, sayur dan buah pada setiap kali waktu berbuka dan bersahur
- elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, nescafe dan kopi kerana kafein akan menyingkirkan zat yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh (lebih2 lagi semasa bulan puasa neh)
- sediakan 2 liter air kosong dan minum sedikit2 bermula dari waktu berbuka dan sehingga waktu sahur
- mengepam selama 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit sebelum atau selepas sahur
- jadual mengepam semasa hari siang berlangsung seperti biasa (2-3 jam sekali)
- makan makanan milk booster seperti Soya Organic dan Milk maid Tea selain daripada itu minum air longan, kurma merah dan lobak putih

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk risalah ini

Sekiranya ibu menyusu mengabaikan diet di atas
berkemungkinan besar mereka akan mengalami hard time to get the milk supply back

Situasi lebih mudah jika bayi berusia lebih daripada 6 bulan
kerana meal susu bayi boleh digantikan dengan makanan
bagaimanapun, sila monitor penghasilan susu harian anda semasa berpuasa
sekiranya milk supply amat kurang berbanding baby’s daily consumption
dibolehkan untuk membuka puasa dan berusaha untuk meningkat kembali milk production

apapun, selamat berpuasa dari mommy iki & iki
mommy baru pulang meniaga dengan tudung instant bagai
memang macam org seberang dgn muka berminyak minyak

jom cuci mata lihat iki dan mommy
iki rajin berbual dengan MAMAMA dan YAYAYA (ayah)
BABABA (semasa babay)
dan HM…HONGGE? (e=ekor) semasa dia nak tanya, buat apa tu? kenapa?bagaimana?
semuanya berbunyi HONGGE….mana mu belajar nak….geleng kepala

i tell you..susah nak ‘paksa’ anakku bergambar
dia sibuk dengan stereng, wiper bagai
masa ni ku sedang menanti sang suami
kumesejinya “abg, ku nantimu di depan opis, cepat sikit ye.anakmu sibuk berangan memandu di F1″

iki sebenarnya sedang demam
bajunya selebeh2 tertumpah ubat yang dipaksa makan
kanku dah beritahu kalian
iki is a busy baby, he is

ni masa teman mommynya shopping barang2 utk bulan Ramadhan
ayam goreng instant, semuanya instant
lagi pula ayah iki kan nak diet
makanya, haruslah ku makan sorang….


Honggeh from zikry..

Susah sangat anakku nak senyum kan
gaga…biarlah nak, dirimu kena sedekah duit kalau tanak sedekah senyuman

sedikit aktiviti menggeletis mommy
fish spa…wiu wiu….
macik suka….

fish spa...wiuu

Related Posts with Thumbnails