Hari Isnin kami sekeluarga kembali menjalani kehidupan
macam hari2 sebelumnya
macam minggu2 sebelum raya
macam sebelum cuti selama seminggu
indahnya bercuti walaupun unpaid leave
jumpa sudara mara, teman teman & yang paling seronok
mengulit iki siang & malam
(hari2 biasa balik kerja, badan & otak dah penat, iki dah meragam, mengantuk & tertidur)
selama 9 hari ni, sempatlah saya membelek iki masa dia tidur
cuit sana, sentuh sini, belek kening iras siapa, tengok bibir depan cermin sama kah?
kadang2 muka iki mcm sudah dewasa sebaya mommy
dan selalunya macam kanak2 yang sudah noti
dah kurang aura bayi shomels putih gebuuu
bila zikry berjaga, saya pujuknya tidur
bila dia tidur, saya bisik2 ajaknya bangun & main
tengok gambar ni,mcm dia pura2 tak dengar ajakan saya utk bangun tidur kan?

tok abahnya ke pasar minggu di sg siput
beli kereta polis & helikopter utk iki
ternganga-nganga iki dengar siren kereta polis
first time iki dengar siren sekuat itew ![]()
bila nampak kipas helikopter pula, iki tolong cabutkan kipas
bila iki main, kena ada org dewasa yang memerhatikan
takut ada bahagian yang tertanggal & masuk ke mulutnya
toys ini tidak sesuai untuk kanak2 bawah 3 tahun
apapun, terima kasih tok abah
the thought that counts, ait!
tengah iki main, tok mak dtg bawa topi kait
katanya topi arwah adik saya masa kecil
saya pun sudah kelam kelam ingatan yang short term memory lost ini
disarungnya ke kepala iki
macam kata ayah, iki lebih shomel (read:bulat) jika ada sesuatu menutup rerambutsnya
tapi tak lama pun topi ni di kepala iki
adala beberapa saats…
sebelum dicampak di bawah TV
lepas meng buli adun iki, mommy & ayah kembali membuat rutin harian
ayah ada hati nak buka laptop depan anak
kan abg tau, iki rajin mengutil keypad
mengorek monitor etc etc etc?
mommy pula barula merasa nak baca paper
sebab sejak dua menjak ni iki dah mula pandai main sendiri
dengan syarat, toys penuh depan mata
digoyang sana, dicuit sini, dikorek korek la toys dia tu
dan sampai mood lapar, ditelannya!
sebab tu toys iki kena besar besar dari mulutnya..gaga..
pasal makan, iki memang suka makan bubur nasi
kadang2 mommy buatkan ala ala sup
kadang2 ala ala bubur saja (ah bukan ala ala, memang bubur pun!)
tambah ayam, tambah carrot, tambah daun sup, garlic, ikan bilis
memang sedap..walaupun tawar tanpa garam
penuh dengan rasa asal sayur sayur itew sendiri
sempena raya, merasa la iki makan ketupat kosong ![]()

time time iki tidur, ayahnya prektis guna kamera
snap gambar anak, shomel sikit
kalaulah disnapnya gambar sang isteri yang shomot tgh tidur, harus ada yang tak bertegur sapa pakai baju raya kaler lain2 di pagi raya..hihihi
time mommy sibuk update blog & upload gambar
umi & opah sibuk di dapur
ayah layankan iki main
kelakar kan dia tarik rambut ayah gitu
mesti dia fikir “emm…kalau nak selamat, berpaut pada rambut ayah lah!”
dia sangat sangat sangat seronok bila terkena tali kipas itu
sangat sangat…
sampai satu rumah berhenti buat kerja
berhenti dan gelakkan iki yang sedang gelak
pagi hari raya, iki belum mandi lagi dah kusarungkan baju bee
baju bee ni hadiah dari umi
sebab mommy iki teringin tgk anaknya pakai baju bee
baju ni dibeli sblum iki lahir lagi ![]()
dah umur hampir 10 bulan, baru sedang elok di badannya
memang macam bee, bee yang nakal ..nyam nyam
sudah mandi dipagi raya, iki pakai baju melayu kurung johornya
ayah smskan ukuran, opah teh yang jahitkan di kampung
sangat comel kanak kanak kecil berbaju melayu
rasa tak berhenti sengih senyum melihatkan keshomelan kanak kanak
mommy & ayah berbaju biasa sahaja
(ayah tertinggal baju raya nya di KL)
sudahnya pakai apa yg ada
mommy pula pakai baju kerja
tapi kami gembira :biggrin:
mungkin kerana kami(read:saya sahaja gembira) PINK?
gambar di bawah ni mommy try test cuba pakai kamera ayah
owh camera pink mommy sudahpun di letgo
kerana ku tak reti pakai, kena setting sana sini dulu
(sebenarnya ada hati nak mengendeng dslr….gaaaaaa
)
iki berposing dengan pokok mata kucing atuk
sangatlah sedap buah mata kucing ni
rasa laici, berlapis2 dan manis sekali
dan sejuk….mcm baru keluar peti ais
iki pun suka makan buah neh, cuma mommy lebih suka suap ke mulut sendiri …gagaga
lain kan kaler baju kami
si dia kata “ok ape yang, baju abg, sama ngan bebunga di baju syg. baju ziki, sama ngan tudung syg”
(sambil sengih sengih)
cubaan memujuk sbb dia tertinggal baju rayanya yang sama warna dengan baju ziki
ah, ada apa dengan warna!
janji hari raya, janji hari raya!
masa raya ni, muka ku menggelupas pula
silap2 org tengok, org sangkakan air liur basi apa pula
tempek bedak pun tak menghilangkan kelupasan itu
terlebih makan ketupat dan rendangkah?
alergi kuih samprit?
(oh ya, sebalang kuih samprit yang kakyong buat, kuhabiskan seorang)
sebalang okeh!
gambar famili berhari raya di Kuala Kangsar
dari tepi, umi, atuk, opah, mommy & ayah
dan iki yang sibuk belek amende ntah di depan
mommy nak ajak bergambar bertiga pun iki terjerit2 suda
dia bukannya boleh disuruh2 paksa
balik dari kk, kami terus ke sungai siput
iki bergambar dengan tok abah
orang kampung ku kata…iki macam tok abah junior
haih, part rambut yang kurangkah yang sama?
tok abah buhkan kepiah pada ziki
besar, tak muat dek kepala iki yang shomel shomel itew
dan selaku seorang yang tidak suka di adun adun
beberapa menet saja kepiah tu selamat digigit gigit
bergambar di sungai siput
dari kiri, tok mak, tok abah, bikpok(adik mak)
depan, ayah, iki & mommy gediks
nampak tok abah umpan iki dengan henpon?
dan seterusnya kami ke bagan datoh, melawat kubur
dan sudara mara
sampai rumah bik imah, iki test naik mainan syakir
muka dah merah merah digigit manja sang nyamuks
kami bertiga anak beranak tidur di rumah family mak saya di Bagan Datoh
ramai kan pakcik2 iki..
boleh tak, semua tanak jadi pakcik?
semua suruh panggil abang, apakah?
haih korang ni, memangla kakak ni muda remaja anak sorang
tapi korang jangan la memerasankan diri macam kakak
dari bagan datoh kami wiu wiu ke bota rumah bikni
ada majlis terbuka seisi keluarga yang ramai tu
dalam gambar, papa ziad tengah dukung irfan syakir
yang baju kuning tu aunti linda, pengantin baru kahwin bulan August haritu
yang 2 lagi tak nampak muka, aunti yun & aunti yaya
oh ye, gambar ni di ambil malam 2 Oct, tengahari 3 Oct aunti yun bersalin
baby girl nama khairol izyana syakila binti khairol ziad
birthday nya sama dengan mama nya (3 Oct)
Zikry dengan Hanis Al Husna & Izyani Syakirin
hanis suka sangat mengasuh kanak kanak
didukungnya zikry yang sudah hampir 9 kg itew ke sana kemari
hari Sabtu, kami beraya ke Taiping
agenda pertama, melawat Adhan Haziq yang baru berumur 20 hari
Haziq anak sulung Fadzura(kawan skulahku) & Zaini
geram sesangatlah iki pada haziq
haziq meragam malam tadi sbb selsema
siang hari baru dia tidur
iki tolong kacaukan haziq
dia baru pandai menunjuk guna jari telunjuknya
jadi semua benda ditunjuknya
termasuklah hidung haziq, mole mommy, bintang di langit, spek ayah, lubang hidung sendiri
etc etc etc (punyala panjang list yang iki tunjuk)
dari rumah fadzura, kami zas ke rumah ayang wilda
sampai depan rumah ayang, ternganga nganga mulut saya, suami & iki
besar & canteks….mujur lalat tk masuk mulut kitorang
sangat canteks, kemas, lawoo….saya kata rumah ayang ni tempat penggambaran cerita hindustan
ayang gelak je, ayang kata tingkat atas tak siapa duduk sbb semua adik beradik duduk bawah
saya kata nanti saya angkat kain baju duduk tingkat atas
dan ayang sangat alu alukan ![]()
gagaga…ayang jangan terkejut tengok alg yang menggediks ini ye
iki pun seronok (refer gambar)
berseri seri ayang di hari raya
tengok saya shomot tudung senget2 keluar rambut
harus ayang ngeri nak ada anak..hihi
selesai sudah entry Aidilfitri iki
di kesempatan ini, mommy shomel, ayah dan iki memohon ampun
atas kekurangan ajar atau kelebihan gedikan yang menyinggung mana mana hati di hening Aidilfitri neh
kami hanya manusia biasa yang cuba memperbaiki kekurangan dari hari ke hari, insyaAllah
salam sayang muah muah dari kami
Related posts:








































ayg berazam
-mahu putihkn kulit
-xmau pakai pink terang lg
ayg sgt x fotogenik kn alang? ish..
alang raya tahu dpn mcm mana? kepingin jumpe semula adik bradik kte ramai2.:)
dtg lg ke rumah ye..tp lepas ni g ke sebeleh tu yg lebey cantik. hehehe