Semalam saya nak update blog mlm2 lepas anak tidur
Tapi ‘ter’ singgah blog VirusPadu lagi
sangat shomel bertudung (dulu shomel, skrg laaagi ayu)
*gaga..pujian ikhlas, tk ada komisen taww
lama pula saya singgah di blog beliau
hari hari dia update blog
cerita nisa, cerita ketupat, cerita barang barang pink (i like!)
sekarang ni, kalau ada yang bertanyakan kerjaya saya
kembang kempis idung saya menjawab ‘blogger’
tapi kalau blog pun berupdate 1 minggu sekali
belumlah boleh saya bergelar blogger tegar kan?
nantilah, saya fikirkan perkara2 menarik selain saya yg menarik utk distori morikan di dalam blog setiap mlm ye?
kalian, kalian..cerita copy paste dari blog casper
Semalam adalah malam yg mengerikan bg kami sekeluarga. Terutama kepada sy dan en.atan. Memang ngeri. Ok saya cerita.
Sy pergi ambil en.atan balik kerja dalam pukul 9 pm. Sy hantar kereta kawan dia dan kami balik ke rumah dgn motor jer. Lepas singgah beli barang sikit dan merayau sana sini kami sampai kerumah dah hampir jam 10pm. lepas letak danish ..sy ke dapur nak bersih kan pinggan , kemas dapur sikit. En.Atan pula nak makan nasi. Sy tak perasan si danish ikut sy di belakang. Sedang sy sibuk nak bersihkan pinggan dalam sink tiba2 sy terpandang danish. keadaan dia?? reaksi mukanya mcm menangis tapi suara tak keluar langsung. sy tunjuk pada en.atan. en.atan segera mendapatkan danish dan muka dia dah biru. kami berdua panik. kami panggil2 nama dia tapi x de reaksi. tiba2 mata nya putih dan dia dah jadik lembik. sy dah x tau nak buat apa. sy panik . sy goncang2 badan dia. senyap!!!. en.atan pusing kan danish dan tepuk2 belakang dia…kemudian en.atan korek mulut dia. takut ada benda yg tercekik. dan baru lah dia bersuara….tapi suaranya lemah.. en,atan suruh sy korek lagi mulut dia..tapi x ada apa yg keluar. jadik kami nak bawak dia ke hospital tapi kereta masuk workshop. sy dah blurrr terusss. mujur en atan tak panik macam sy. dia call kawan di tempat kerja dia dan kami ke hospital dgn kawan dia.
Lepas check dan x-ray Alhamdulillah tak ada apa dlm tekak dia. doktor tanya sy ada bg dia minum apa2 tak. ya sy bg dia minum air lepas dia bersuara tu. doktor kata mungkin benda yg dia makan tu dah larut dgn air. Alhamdulillah.
Jadik sy ingin berpesan kepada ibu2 yg lain dan kepada diri sy sendiri:
1. jangan sesekali tinggal kan anak di bawah usia 2 thn tanpa pengawasan org dewasa. Dalam kes danish sy yg lalai. sbb sy tggal kan dia tanpa pengawasan kerana sibuk nak buat kerja rumah, sy tidak tahu apa yg dia kutip, masukkan dlm mulut dia kemudian telan. masa muka dan mulut danish biru dan dia senyap sy dah terdetik dlm hati apa kah sy akan kehilangan danish.
2. jangan panik. sy mmg panik semalam. yg saya tahu panggil nama danish goncang badan dia. kalau tak ada en.atan tak tau la saya.
3. pastikan tak ada sebarang benda atas lantai. kerana budak2 kecik mmg suka mengutip masuk dalam mulut kemudian telan. sbb semalam sy mmg tak menyapu rumah lagi ..alasan? letih…dan sbb alasan tu lah …apa yg dah jadi pada danish.
4. harus ada basic CPR or rawatan kecemasan. itu penting . knowledge sy ttg ni zero. dan lepas ni sy akan belajar dan ambil tahu pasal ni. sbb kejadian ngeri pasal semalam pasti sy akan igt sampai bila2.
lepas saya baca kisah danish ni
harus saya tak harap iki main sorang2
24-7 mesti depan mata & pengawasan org dewasa (saya,suami ataupun pengasuh)
ha, masa balik sg siput raya haritu
kami shopping di pasaraya swee hin chan beli barang2 utk buat chilled lemon cheese cake
sambil lalu, sempat saya capai Pureen Liquid cleanser
selama ni saya beli di Farmasi Multicare di Taman Suntex Cheras berharga RM19.90
tapi di Sg Siput, harganya cuma RM12.90
beza sampai RM7 yeh!
sepanjang di ofis tadi, saya mengemas meja
sambil asing asingkan setem dari sampul surat yang Tupperware hantar setiap bulan pada saya
simpan untuk hobi iki masa iki sekolah rendah nanti
(jauhkah saya berfikir?)
yang terbaru, department sales,project management & engineering dpt handphone menggantikan elaun hp bulanan yg diberi selama ini
handphone nokia basic sahaja
tapi saya lihat, semua org gembira melebih-lebih
testing ring tone, tanya nombor kawan kawan
kelakar pula….
sebab masing2 ada PDA bagai, masih teruja dengan handphone basic
betullah kan, free thing is the best
balik kerja, bergolek, berulit dengan iki
pakaikan dia CD(cloth diaper) barunya
terpinga pinga iki cari kepalanya yang ditutup tuala dek ayah
ayah….ayah…… (ku geleng kepala lihat anak dibuli)
*padahal sibuk gelak2 sambil amek gambar
kalian kalian, gambar2 nih di ambil menggunakan kamera henpon pink saya
kelam kelam kabur kan?
ada juga singgah kedai handphone, survey2 hp yang kameranya berpixel tinggi (agaaa…)
mereka yg prihatin, perasan tak baju tidur iki ni dah besar & panjang?
sebenarnya, baju bersaiz 3 hingga 6 bulan dah ketat sendat mendat
jadi saya belikan iki baju yg sama cuma saiz berbeza (9 ke 12 bulan)
sebab tu ada banyak lebihan kain di bahagian kaki
untuk ena (teman birthdayku), tahniah atas berita gembira itew
kutumpang gumbira walaupun mu tak tungguku..haih
seronok aqim(teman birthday iki) nak dpt adik dah..
jaga diri, jaga makan, ambil supplemen yang mana perlu
ena kena sentiasa dalam keadaan tenang dan sihat ya!
*ayg,ayg canteks, muka kurus dalam gambar
(sebab diluar pun kurus)
alg perlu ada angle yg sesuai, baru leh tempek gambar di blog
No related posts.










