meh saya stori mori bagaimana menjadi mommy yg gemilang, cemerlang & terbilang
pagi pagi sampai opis harus makan supplement
b kompleks, vitamin c & iron tablet
saya cuba amalkan setiap hari sepanjang mengandung & menyusukan zikry
memanglah selalunya ter tak makan
tapi, eden torai!
lately ni badan rasa sengal sengal penat
nak buka mulut untuk makan berbual pun malas
silent is golden ye tak?
lantas haruslah ku gigih mencari supplement
untuk kecantikan yang lebih menyerlah (bleh…..)
dan tenaga yang lebih optimum (gaa…..)
alyn sajeskan ku makan Bidadari
nantilah ku shopping ngonline beli minuman kesihatan itu
oh ye, semalam si yvonne masuk blog saya
dia tanya “sue, i tak faham apa you tulis. ini bukan bahasa malaysia kan?”
saya yang memalu “bukan, bukan..ini bahasa syok sendiri sue”
yvonne”kalau macam itu, i tengok gambar sajalah”
saya yang pemalu “ha a, you tgk gambar i yang shomel tu je lah yvonne”
sampai opis, saya kemas meja yang selalu selerak
lepas susun2, banyaknya notebook saya!
apa saya nak tulis dalam buku banyak2 macamni?
dalam banyak2 tu, semuanya FREE (tu yang acik paling suka)
nak buang, sayang pula rasanya
nampak, buku 555 pun ada!
ha yang ini saya beli, klinik gomen suruh bayar RM1 untuk buku ni
dia nak tulis pil2 yang saya ambels
hisyh, membazir je kan?
lainkali harus saya bawa buku nota yang lain2 ni ke klinik gomen
tak perlulah beli buku 555 dengan harga RM1!
tapi, kalau fikir logiknya, dia yang nak menulis nota
haruslah dia yang sediakan buku nota (gaa……)
lepas tu saya lap2 beg pakai wet tissue
dah setengah tahun saya pakai beg ni belum tak tukar tukar lagi
sebab, ianya belum koyak lagi
dan muat segala barang, dari laptop ke pampers zikry
ke wet tissue, ke lotion zikry, ke charger bagai
ada suara suara caring menyapa saya
“if it is a leather, you should clean it using baby lotion”
cait, ni bukan leather la!
tapi saya cuci juga beg guna lotion bagai walaupun ianya bukan leather (gagaga…..)
lepas kemas2,barulah saya ada mood buat kerja
fokus fokus fokus…..
dah tengahari, ajak si dia pulang rumah sebab saya tertinggal barang
*selaku seorg mommy, anda akan selalu terlupa barang
berselisih dengan kereta idaman si dia
haritu mau order sebelum raya, tp cuma warna hitam saja available
dia mahukan kaler coklat2 gineh
nanti bang ye, kite kumpul2 ringgit yang ada
dan susun2 mimpi bersama…baru pergi Toyota buat test drive (gaga…)
hah, dah petang pulang kerja
lepas masak panaskan lauk, saya buatkn bubur zikry
pukul 8, zikry dan si dia dah masuk tidur
tinggallah saya sorang layan Pencarian Gadis Melayu di TV9
ada yang berlakon ditinggalkan kekasih
ada yang demo pakai kain batik
ada yang baca doa makan “Allahummarabba..eh salah salah”
ada yang “kalau saya tak sopan santun, takkan la saya datang sini kan”
ada yang “gadis melayu itu dari dalam diri sendiri”
tak kurang yang bertegas “tak semestinya gadis melayu itu berbaju kurung & kebaya sahaja!”
kejap2 saya telepon watie, nak cakap betapa menyesalnya saya tak join pencarian neh
sungguh, saya tak tau ada peraduan camnih
(muka serius neh…ekeke)
hasilnya………..?
nota bubur mommy : alahai omak, kawinkan aku….
Related posts:









