kan ke kami (saya & ehem ehem) seopis
*haih, cam anak dara malu2 je saya panggil dia ehem ehem kan (gaa…)
ramai yang kata “senang la kan, jimat minyak kereta”
jawabannya “tidak juga, kerana dia selalu di site.jadi kira 2 expenses jua”
ada juga “waha, bolehla selalu pandang2 jeling2″
jawaban “haih korang neh, dia sangat busy. saya saja ada masa jeling2 semua org. org lain sume busy taww”
dan saya kan pendiam (harus..)
jadi hanya cakap benda2 penting
seperti appointment, org nk datang rumah, anak poo poo
shopping jusco, sogo etc etc

jadi saya mahu la menambahkan sedikit serbuk perisa kemesraan di opis
saya bancuhkan la 2 milo
(selalunya saya bancuh 1 sahaja)
tengok gambar, kalian rasa yg mana satu mug saya?
haruslah yg pink dan besar gedabak itu kan
saya kan praktikal orgnya
tak mahu berulang alik ke pantry (bukan panty ye)
(haih, defensive youu..)
lepas bancuh, malu pula saya nak berinya
(serius saya rasa saya gediks malu sangat masa tu)
sebab dia tengah meeting ramai ramai
takkanlah dia minum sorang2 je kan
yang sedikit harus dikongsi sama rata, ye tak
jadi apa saya buat?
saya bawa mug saya sekali ke dalam bilik meeting
jadi seisi bilik meeting fokus pada mug saya
“besarnya sue!”
“tamak gilos!”
“badan je kurus kecik, selera besar!”
tak sudah mereka mencela saya
dan mereka tak perasan pun saya letakkan mug berisi milo pada si dia
menjadilah kan taktis saya?
sidia “bakponya tawar melo neh”
saya “karang2 syg update blog, abg tengoklah sendiri”
balik kerja jumaat lepas, kami terus ke Cheras Leisure Mall
mencari kasut untuk zikry
acik garuk kepala taw…zikry tak pernah berkasut
tiba tiba memerlukan kasut utk sesi fotografi esok (sabtu)
acik berkonan dengan crocs biru neh
tapi kaki zikry separuh kasut tu je
sebijik macam kasut pinjam jiran punya
*dahle fotografi sesi pun pakai baju sponsor kan..keke
susah sungguh nak kasi dia try kasut
pakai pampers yang wajib pun dia merajuks manja
inikan pula kasut yang sunat muakkad neh
(hah,sesuko kasi hukum)
last2 kami ameks 3 kasut & 3 socks
hah, apa rupa kasut nya?
nanti saya upload gambar2 di kemudian hari tua ye
sidia “hari hari zikry kena pakai kasut tu”
saya “yolah…eden torai”
zikry memang rajin menolong semasa saya sibuk mengepam
bila saya on je pam, dia pun on sekali
dia keluarkan semua botols, tarik2 tiub, on off kan pam
saya tak sampai hati nak marah bila tgk mukanya sedang bereksplorasi
marah sikit sikit setakat “no zikry, jangan”
“iki, janganla…”
sikit2 mcmtu ala ala hembusan bayu je ditelinga iki
lullaby cd dia lagi kuat dari tu..ekeke
sabar punya sabar
punya sabar
tiunggg..tergolek nasta kegemaran saya
cepat2 saya kemas balik
*saya mengepam sambil makan nasta
pada mereka yg datang beraya rumah saya
haruslah faham, mengapa saya tak hidang nasta neh…(gaaa..)
walaupun dalam keadaan tertekan sebegitu
dapat juga hasil mengepam yang tak seberapa
ala buat simpan stok expressed breast milk (ebm)
gigih nak menyusukan zikry sampai 2 tahun umurnya
saya anggap menyusukan itu sebagai tanggungjawab sosial, hadiah ikhlas dari saya pada zikry
(gaaa….macam ucapan ketua wanita bahagian tak?)
ini sahaja stok yang ada
selepas mengalami kemeruduman susu 2 bulan lepas
saya bangkit dari ke-kosong-an stok!
chaiyok!
Related posts:














