Archive for October, 2008
sebagai blogger tegar baharu mahupun lama, anda akan berhadapan dengan beberapa halangan & cabaran
antaranya type pepanjang,upload bagai, linkkan memacam
klik publish, dan tak keluar apa apa
haihs..memang membakar pembuluh dara darah acik taw
menjawab persoalan haritu, tentang buku apa yg saya sibuks buat buat baca masa sesi fotografi iki haritu?
saya mula excited nak beli buku neh selepas baca review dari VP
(ha, sepuluh kali saya beritau pasal VP ni, tapi acik tk pernah jumpa dia lagi)
dah 2 kedai buku Popular saya pergi
saya tanya adik kedai buku “adik, adik, akak nak cari buku motivasi bertajuk separuh kosong separuh penuh”
adik yang shanteks “sape penulisnya kak?”
saya“tatau la diks,tapi pemes taw buku ni…ala ala bestseller gitu lah.kawan akak la sajeskan (diapuns blogger cam akak juga lah)”
adik buat muka boring “takde la kak”
ha,memang hoverkan saya?
bukan apa, saya memang mudah terpengaruh teruja dengan benda benda yg mengujakan
dan haruslah adik tu tak jumpa buku ni dalam database kedai buku
sebab tajuknya setengah dan bukannya separuh
dan penulisnya pilih ayat berisi bukannya penuh
saya jumpa buku ini di Popular Cheras Leisure Mall
naskhah terakhir di rak buku
kelam kabut cepat cepat saya pegang buku ni takut org sebelah saya rampas
(haih, hover lagi.org sebelah saya ialah hb saya yg sedang tolong carikan buku ini utk saya)
penulisnya Parlindungan Marpaung (harus sangat saya tak hengat namanya)
buku ini adalah buku motivasi best seller di Indonesia setelah terjual melebihi 100,000 naskhah
dan yg paling tak tahan, ada ditulis bakal bestseller di Malaysia!
bunyinya sangat yakin kan?
cara2 dia jadi bakal bestseller?
ada org kasi VP buku ni, VP promotes
saya beli, saya promotes
mungkin ramai lagi yg teruja mcm saya,akan beli & promotes (hiks)
sebenarnya saya belum sempat baca
baru sempat part prakata, pendahuluan dan kisah yang pertama
iaitu kisah perkongsian
kisah sepasang suami isteri yg sudah tua
kembali ke kantin ofis masa mereka bekerja masa muda muda remaja bershenta bagai dahulu
mereka kembali ke kantin dan order satu set makanan
satu nasi, satu daging, satu sudu, satu garfu
(saya dah mula senyum2, mesti dulu diorg susah kan, tu yg diorg sharing is caring)
sambung cerita pacik macik tadi
selepas dapat makanan yg diorder, mereka menuju ke meja makan
pacik makan dulu, macik tengok je
pacik suap, macik senyum
pacik kunyah, macik pandang pandang jeling jeling
haih…sweetkan..
pekerja di kantin tu dah mula rasa kesian kat macik
lalu seorg abg hensem dan baik (sukati je ku ckp dia hensem sbb dia baik)
datang kepada macik dan offer nak belanje makanan
(dahla hensem, baik, manyak duit pulak abg neh..)
macik senyum sambil menggeleng
(maka bukan semua diam tanda setuju taw bang, geleng wpun senyum pun adalah sort of rejection)
dah lama……macik tak makan makan lagi
pacik kunyah tak sudah sudah
abg hensem tadi tak sabar dah
dia tanya direct “macik, saya belanja puns macik tanak?boleh tak macik jelaskan pada saya nape macik tanak makan..”
macik senyum simpuls
saya senyum lebey lebey dulu
maklumla….saya kan penolong penulis lantik sendiri
ala,mesti macik nak cakap ayat standard buku motibasi…macik nak tgk muko pacik puas2 macam suatu ketika dulu la dek non.macamla kao tak biasa!”
rupanya macik cakap
“acik tunggu gigi palsu, pacik tengah pakai”
aiyah!
serius ke macik?
sweetnye……
moral of the story: perkongsian itu indah dan magisnya, pasangan yg selalu berkongsi akan hampir mirip wajahnya dek kerana keserasian yg dicipta bersama.
moral of the story mommy iki : lepas ni jalan jalan bawa satu je lah berus gigi yah! (ga..)
iki dah hampir 10 bulan 2 minggu
dah hampir berubah dari bayi kepada kanak kanak lelaki yang dh banyak akal
bangun pagi, harus meragam dulu
lepas kasi hp pink saya, pasang lagu sekejap lalu dia leka la
haih,kata leka, tapi apesal muka dia macam neh kan?
*sebab saya sibuks amek hanphone pink tu untuk amek gambar dia!
“mommy kacau la……uuuuu”
dalam kereta, saya bergambar lagi dengan iki
serius muka iki bosan sesangat
dia nak handphone tu utk dengar lagu
iki dengar lah lagu guna radio kereta nak..:P
kalian,tak saluran ceria la saya pakai warna grey kan?
nantilah acik cari color2 pink ceria memeriahkan blog neh kan
“sudahla tu mommy”
“hoooo…lama lagi ke mommy”
kalian, kalian….buai muah2 dari saya & iki!
ayah moncongs tak sbb gambar iki & mommy je penuh kat blogs?
hiks…ni mommy tempeks kan gambarmu makan shendols kat rumah kenduri
yela, kalau la ayah ada cita cita murni nak belikan mommy dslr kamera
pasti penuh blog neh dengar gambarmu buat itu, ini, itu…tut tut tut (hiks..) kan?

skrg project virtualization baru start
jadi ayah dah mula buat2 busy di ofis
tak sompat pandang pandang jeling jeling dah ye
mujur rumah dekat, jadi petang2 sidia hantarkan saya pulang dulu
jemputs si kecik, geletek2 iki, tukar baju dulu
dan datang baliks opis
dan haritu dihangkutsnya sekali diriku & si kecil neh
siap cakap “ala,nanti kan keluar juga utk makan diluar kan.bukannya masak pun, marilah..”
cait, nampak sangat ku tak memasaks!
ku kan sedang mengalami tempoh transformasi transformers perlahan lahan
nanti suatu hari nanti, haruslah ku master semua
jaga anak, masak, kemas rumah, teman anak buat kerja sekolah etc etc
eh, ni teman abg kerja pun nak kena masuk sekali..
manyaknyaa….gaaa…
harini kami sekeluarga tak berapa sehat
bila sidia gi kliniks, doktor yang baiks tu beritahu yang tekanan darahnya agak tinggi
(tekanan darah hbku, bukan doktor baiks tu)
salah satu sebab ialah sebab asyik makan luar
makanan di luar kan kurang sihat berbanding yang dimasak sendiri oleh isteri jelita
minyak yang sama mungkin digunakan berulang kali
lebih garam,lebih bahan perisa, lebih telur, lebih mahal
nantilah syg beli buku resipi chef wan weekend neh ye!
owh ayah sgt seramsejuk suka dengar mommy nak masak ye :peace juga:
iki sampai tertidur di pejabat ayah
dia tidur awal kol 8 gitu dan menggoda ajak mommy golen2 join sekali
kalau nak tidurkan dia, harus sambil beri susu & pura pura pejam mata
kalau dpt buat bunyi dengkur, laaagi baiks..
terkekek2 dia bangun, duduk & cungkil mata mulut saya
kadang2 dia jadi karnivor
minum susu, berhenti, beralih ke perut saya, geget
berhenti, beralih ke kaki, geget
berhenti, beralih ke tangan, sambung geget
gambar? haruslah takde, sebab ianya melibatkan lemak2 daging yang saya miliki
kalau ada gambar mesti ramai yang mual2 sambil kelam kabut click x kat bahagian atas tu kan?
sebelum kita masuk kisah & vacuum
saya saje gediks nak tanya
kalian penah tak masa kecik2 comels, time kaler tak cantik tak kenan dimata hati
lalu korang koyak buku
dah koyak bahagian depan, haruslah belakang terkoyak kan
sudahnya buku jadi nipis…
*refer gambar kalau korang tak paham apebenda acik ni cakap koyak,nipis,depan belakang neh
dulu bila abahku tanya “nape koyak buku?”
daku “hisyh ni kedai buku la neh…kasi buku nipis”
sekali nampak, cam ku menipu kan
(ala bukan macam, memang menipu puns tapi takdenye abah tertipu & serang kedaibuku tu)
kenapa jadi begitu?
sebabku takut kena marah
bila ku jadi mommy neh baru kutau apa yg kuperlukan sebagai anak gadis berumur 10 tahun
kuperlukan seseorg yang mendorongku
memberitahu yg mana salah, yang mana betuls
yang mana boleh kuperbaiki untuk mengelakkan kes koyaks buku terjadi lagi & lagi
pasti cara org tua dulu berbeza dengan kita sekarang
pada masa itu abah saya sibuk berfikir nak survive dengan gaji RM700 nya
(rumah dah RM350, perbelanjaan isteri dan anak anaks lagi)
ups ups..point saya bukan gaji/duit
maksud saya, dia ada urusan yang lebih penting berbanding menggalakkan saya berself esteem bagai
apapun, saya berterima kasih banyaks pada beliau
abah tak belikan saya kapal terbang, mahupun helikopter
jauh sekali jet wiu wiu mahal mahal
tapi dia berikan saya sayap (pendidikan) untuk terbang sendiri
untuk book tiket AirAsia walau dia tak pernah kemana mana naik kapal terbang
untuk saya survive dan dapat kerja yang elok (last2 anaknya jadi blogger juga)
dia tak pernah cakap, sms pun tak pernah
tapi saya dapat rasa wpun saya bukan ahli nujum, pasti dia puas
sebab dah lakukan yang terbaik utk anak dia kan?
dan saya, pasti boleh buat lebih baik darinya demi iki terchenta
(masa saya tengah semangat menaip ni, iki tengah geget keybod rosak)
ni bukan group carnivor dah awak neh ki, dah fall under group omnivor
tak dapat membezakan yang mana baik yg mana keybod buruk, sigh ..haha
lihat gambar iklan ni
picky cows produce better milk
biar saya tambahkan…
picky cows produce better milk for baby cow that has 4 stomach
baby manusia hanya ada 1 perut
jadi terang teranglah bahawa cow’s milk(formula) is not for our baby :sengih manjes:
macamana dengan mommy menyusukan yang picky?
biar memilih makanan yang sehat2 sahaja ya!
pesanan khidmat masyarakat ibu menyusukan dari diyaluna sekeluarga
kerana quota untuk milk composition itu akan cuba dipenuhkan sebaiknya oleh tubuh badan kita
demi anak tershenta
oleh itu, berkuranglah nutrien yg tinggal utk mommy
(jika mommy kurang makan makanan berkhasiat)
dan mommy akan mudah sakit bila dah berusia
jika tak menjaga pemakanan semasa muda trang tang tang
baru masuk ke tajuk entry
sejak2 iki dah besar ni, dia rajin la tolong kemas
tolong sibuks, tolong campaks
bila mommy bawa keluar vacuum utk sedut sampah yg banyak itu
dia pun mula panas pampers tak senang duduk
dah puas membelek, iki pun mula vacuum satu rumah
vacuum tak on takpe, janji mulut je bunyi
“uuuuuuu”
oh oh lenguh pula, pegang guna tangan sebelah lagilah!”
tengah dia rajin mengvacuum tu
saya ON kan pam untuk buat stok padanya
seronoks pula lihat ebm tersusun shanteks
rezeki anak…ku nak maintainkan sampai zikry umur 2 tahun
go go sue and zikry!
erk, saya ada panggil zikry ke tadi?
sebab dia dah berhenti mengvacuum rumah & tolong saya mengepam pula
tolong punggah botols dari beg pam saya
tolong tarik tube, tolong meragam guling2 bila dihalang
gaduh punya gaduh berebutkan tube
tertumpahlah sedikit (dalam 1 oz) kat seluar saya
saya buat2 nangis “look what have you done..dah rugi susu zikry sendiri taw”
dia yepi macam biasa siap clap hand “tatatata…mek..mek”
cait!
sempat saya snap hasil pam-an (9 oz)
mungkin ada yang heran, tambah2 yang anak dara/ teruna
napelah si sue ni suka sangat menempeks hasil susunya
begini penjelasannya
no 1-saya sangat suka breastfeeding (i am a breastfeeding evangelist..bleh)
no 2 -saya nak beri semangat pada ibu2 yang masih menyusukan anak
yang mereka mampu menyusukan anak sepenuhnya tanpa bantuan susu formula (langsung)
iki dah 10 bulan, alhamdulillah susu tak berkurang
masih cukup utk iki tumpah2kan macam biasa
kerana, konsep yang saya ulang2 astro iaitu supply & demand
no 3-mana lagi saya nak tempeks gegambar kenangan neh
haruslah dalam blog syok-sendiri-sumeku-campak-sineh kan
ok mommy nak menyimpans susu dalam freezer
iki masuk playpen, tak perlu susah susah je merangkak ikut ke dapur
dalam playpen iki ada banyak toys
iki suka main dengan toysnya
kadang2 iki main dengan ring stack tu
kadang2 leka dengan kereta polis
selalunya main picit2 toys yang keluar lagu
tapi inilah pertama kali
iki selambe jadikan toysnya sebagai batu loncatan, haih!
berpeluh mak!
kan saya asyik kipuchi war warkan yang minggu lepas schedule saya penuh
inilah yang saya cuba buktikan
*dengan cara menempeks gambar bagai
tapi harini pun dah hari Jumaat
dahpun nak masuk hari minggu yang seterusnya kan
agak terkedeks saya buat kerja kan? sigh
okeh mari kita lihat gambar dari kamera si dia
zikry & syasya, ramai yang kata kembar lain mak lain pak
syasya aktif sangat…zikry pula sentimental sket
ala ala malu kucing masa sampai
kepits2 dengan mommy & ayah
jeling jeling dari hujung mata saja

bila syasya merangkak padanya
dia hengat syasya nak kejar dia
(nampak dia gelaks2?)
haih perasan macam mommy lah iki neh!
syasya bukan kejar awaks…
lepas mandi petang & tukar baju
ayah nak bergambar dengan anak-anaks
maklumlah, asyik gambar mommy je interprem kan
syasya dok panggil babababa kat wan
berkenan kat uncle wan ye…jom ikut balik datang rumah jom
acik gediks ni nak join juga
berat woo kamera sidia nak buat gini
tu terlebih sket nampak gusiku itew
salunye buat gini guna handphone pink ku saja,phew!
ha..memang dalam setiap gambar
ayah & mommy je beria
zikry “ape diorg main kat luar”
syasya “aunty, hover tawww…”
zikry berpampers masa nak mandi malam
susah susahje dia kejar cahaya laser merah tu
rangkak sampai dapat
haisy susahnya…
syasya dah siap pakai baju utk malam ![]()
syasya berkepit ngan uncle wan
babababa…dia cari baba dia agaknya
baba dia belum balik kerja..
mana zikry yang ala ala manja tu?
takde dah kepit kepit hokey
dia sibuks main kereta control apebendantah ngan bebudak ni
macamlah awak dah besar sangat
siap masuk dalam bulatan kumpulan!
cait, memang menurun sikap suke interprem
sibuks dia kejar kereta tu
tak lama lagi, dia pula main kereta tu…
eh,tajuk entry majlis pertunangan kak yaya
tapi sumenye kisah iki yo!
nilah dia kak yaya yang shanteks manis neh
sekejap ni je la manis nye
kejap lagi dia keluar jemput org makan
biknik tarik dia “awak yang bertunang…dudukla dalam bilik sopan2″
dia “tapi nilah diriku yang sebenar bikni”
bikni “ha, lain hari baru tunjuk dirimu sebenar, harini dok dalam biliks”
sekejap je la dia duks dalam bilik
tak lama tu saya nampak dia tengah sepak(e=emak) budak opis dia (laki)
sebab budak tu nyakat dia
zikry?
ponat mommy oi…
haus dahaga…nasibbaik ada mommy!
haritu kan saya menjongket dengan bakal pengantins si yan?
dia dahpun selamat menikah kahwin
tahniah ye kawanku yang tersayang
hamekla yan, memang aku sayang ko pun walaupun ko tak pernah belanje aku..haks
(lepas2 kawin ni la ko belanje ehs)
berikut ada beberapa gambar yg ditangkap oleh sidia
memang tak banyak sbb saya runsing menjaga anak seorg diri
harus tukar2 pegang, dia sudah semakin lasak
sidia hanya ambil gambar time saya pegang baby
meh cuci mata tengok yan
lawo ah mekapmu yan
kerdil je rasanya diriku yang penuh bintik2 hitam dimuka bergambar disisimu
tapi memang sengaja ku tak mekap yan
supaya senang org bezakan yang mana satu pengantin
(gaaaaa….bleh)
korang, nampak zikry dengan kasut hitam menyemat(dari perkataan men-smart) tu?
kelakar….tp cute ah!
oh oh, baju yang kupakai ini ialah baju time majlis merisik ku pada 2005
adala org tu…dtg merisik si somel jelita ini, suatu ketika dulu
ini kali kedua kumakai baju ini selepas majlis 2005 haritu!
masih elok kainnya & muat hokeh, Alhamdulillah…
baju zikry bukan dari lebihan kain baju ku la
(cait bagi sesiapa yg berfikir begitu)
bajuku ini ujud sebelum zikry ujud lagik taw
zikry recycle baju raya 2008
yan berdebar haih
unikkan baju kahwin yan kaler putihs
jarang org kawin kaler putih, biasanya kaler2 pelangi (merah,biru, hijau etc etc)
takpo yan, janji vogeh (vogue) okeh
hairi pun nampak nerbes dalam gambo neh
aiceh baru ku perasan ku takde sesi menanti dengan sabar pengantin laki datang ke rumahku
sebab ku gediks sama sama ke dewan dengan sidia
yan, zikry sempat bergambar dengan flower girls mu
memang seshomels la mereka ineh
yang pink2 sebelah kanan itu adalah diriku sedang menyusun atur mereka
zikry? maintain dok situ diam diam terpegun tengok kakak shanteks
rambut masai masai ah zikry neh
mommy malas sikatkan mahupuns potongkan yeh
kat luar rumah pengantins, harus la mommy bergambar dengan iki tershenta
(serius muka iki bosan gile denganku)
tudungku itu memang aci sarung, aci pin mana sempat
tupun nasibbaik acik sompat cari tudung
kalau tak, laki acik pakaikan tudung saji poie kenduri
sempat zikry merasa shendols di rumah kenduri
haik haik, ni candid okeh
masa ni saya tengah tengok gambo di henpon yg baru sidia snapkan
“aih, tak shanteks a bang..nampak tudung sengets2, lagi sekali lagi sekali!”
zikry memang busy dengan saya punya handphone chain itu
dia boleh pegang chain itu sahaja
sambil pusing2kan hp saya yang tak bersalah itu
macam koboi pusing2 tali tu…..
yang ni paling menariks di kenduri yan
yan, aku nak tshirt ni gaks!
semasa iki dh besar muda remaja ni,ramai juga yg kata dia iras ayahnya
ayahnya kembang kempis idung
saya kata, sama…bahagian perut
dia “cait”
saya “betul…”
masa ni saya dh nak balik sangat sebab nak ke majlis yang lain pula
serius acik menjongket berjalan jalan sungguh
penuh schedule!
mak andam yan dah bengang “akak, amek gambar nanti boleh tak, yan dah nak berarak dah”
saya “ha,takpelah.akak nak balik dah.yan,lainkali je la kita hameks gambar”
ala ala merajuk ak a aw dah aku ngan mak andam kau tau yan!
sibbek ko bujuk balik “eh eh, korang, jom amek gambar.korang org penting istimewa especially sue”
*yang ayat last tu kutambah sendiri
tengok, senyum pun dh kurang manis
tengok, tudung pun dah senget2 (takde kaitan hokeh, tudung senget sebab anak tariks..hehe)
pist pist ratna, sume dah upgrade status
ayat standard macik macik kepoh “awak bila lagi?”
*tanak jawab pon takpe, acik tak paksa…hiks
ni jejaka2 single dari ZEN
bila diorg ni nak kawin, diorg je leh jawab
dengan siapa diorg nak kawin, merapu rapu diorg jawab
siti nur haliza lah, jiran tepi rumah lah, anak dara tok penghulu lah
baik takyah tanya, cait!
tangan sape cantik mulus menyebok tu?haruslah tangan saya yg mendokongs anak..
yan & hairi
dari aku, kawan ko yang salu kutuk tapi sayang sebenonye kat ko
tentang Hakikat Sebuah Pernikahan tiu tiu tiuuu
1- Andai pernikahan berlandaskan nafsu, maka selalulah berlaku pertengkaran mengenai servis di kamar tidur.
2- Jika ianya semata kerana harta, maka tergugatlah perkahwinan apabila sedikit susah.
3- Jika pernikahan berlaku berdasarkan kecantikan, larilah pasangan bila rambut mula beruban, muka berkedut seribu atau perut maju kehadapan.
4- Jika pernikahan adalah demi mendapatkan zuriat, maka pasangan akan beralasan untuk mencari yang lain jika isteri/suami tidak mampu memberikan anak.
5- Jika pernikahan adalah kerana keperibadian, larilah pasangan jika ada yang berubah laku.
6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik.
7- Tetapi jika niat pernikahan adalah semata mata demi ibadah terhadap Allah, sesungguhnya ALLAH mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Tiada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.
Rumahtangga itu indah, selamat eh yan!
Ergh, macam serius je kata kata yang kususun diatas itew.
Takpelah yan, bukan utk mu
ku ambels buat peringatan untuk diriku
yang untukmu, gambar sheshanteks neh je ye…selamat dear!
ai lev yu, dan nak yang eloks2 je utkmu…muachs!
haih,semalam seharian saya tak update blog
saya saja…
saja tunggu kalau2 ada yang wendu wiu wiu
saja…..
(adalah somi tanya “ha tak apdet blog!”)
(dan qas yang wendu2 manja ngan akaknye ini…cait)
hokeh, sebenarnya semalam saya sangat busy
pagi pagi dah kena panggil dek bos
ala ala sesi muhasabah diri dan teguran ikhlas dari beliau
mano yang elok, ekao amek lah buat pedoman
mano yang pahit, tapi elok utk ubat, ekao kunyah2, tolan lah yo!
lepas sesi tu mestilah ala ala insaf kan
siapkan kerja, susun meja kemas kemas biar sejuk mata memandang
harini saya plan nak tempeks gambar mentah (raw picture) fresh
dari kamera eba & sidia
yang eba edit, belum sampai ke tangan mama zikry yang gediks manja ineh
meh cuci mata tengok gelagat iki di photography session
baju comels tajaan Sara Kids, kasut mommy & ayah beli di Cheras Leisure Mall
masa mula mula sampai tu
kami macam blur2, sbb cuaca mendung
jadi tanah agak basah
macam tak sesuai biarkan zikry bergelimpangan main di atas rumput
aunty paan letakkan play mat yaya
dan mommy hamburkan semua toys utk iki & yaya
dah siap pakai baju, uncle eba panas panaskan kamera nak amek gambar alam sekeliling, iki & yaya
iki termenung sana, termenung sini
rambut tak bersikat hokey
mommy cari sikat tak jumpak jumpak
ayah parking kereta jauh nun disana pula
malas mommy nak jalan2 cari sikat
(dipertengahan sesi baru jumpak sikat iki)
kak yaya join sekali iki atas playmat
yaya sangat sangat berminat dengan handphone iki tu
dia guna buat call daddy dia yang sedang sibuk dengan renovation kedai Sara Kids
iki dah pakai baju lain pula
aunty paan suruh cepat cepat ambil gambar iki sebelum iki boring
banyak benda yang boleh iki explore
tanah, daun, kekayu, toys etc etc
lambat la lagi iki nak boring…kekek
kalini tukar ke baju casual nampak lengan ketak ketak iki
*klik utk besarkan gambar
kalian lihat mulut iki herot2 bercerita dengan kak yaya
dia tengah cakap “kak yaya, iki guna henpon ni la call 014 mommy tak dapat2″
(sebab handphone tu takde no 0(kosong))
boring atas playmat, kami bawa zikry atas jambatan
garuk kepala mommy risau zikry gatai gatai
pencuci dettol mommy tertinggal kat opis masa cuci beg haritu pula!
zikry?
dia mana lah risau apa apa
(kanke risau tu perasaan yang ujud dalam jiwa lembut seorang mama saje)
dia sibuk mengeksplore sana sini
(first time nak oi, mommy biarkan mu bolen di atas jambatan, di atas tanah. ada semut,kerengga etc etc)
aunty paan tukarkan kepada overall
zikry panjat tiang jambatan nak showoff skill
sengih punya sengih…punya sengih
tiung, tergolek…
zass berlari lah mommy dia terkedek kedek
yang uncle eba & hb selaku photographer yang sukakan benda benda seni (apakah?)
snap gambar iki tergolek dulu baru angkat (gaga…)
mommy pun tak jadi tolong angkat iki
sebab iki tak menangis & pandai bangun meniarap sendiri
that’s my boy!
“cait, daku jatuh sume buat tatau saje”
tukar ke baju merah Oshkosh
mommy tempek gambar yaya sayang adik
memang dia sayang zikry sesangat
baby dalam perut mummy dia
adik ialah zikry
tak lama je lagi, adik yaya keluar ye
zikry pun baik je masa kak yaya give him a big hug
comelskan bebudaks ni…
muka penyets penyets (hihihi..)
tak habis lagi baju aunty paan untuk digayakan
zikry bergambar kat tepi pokok
pokok tu penuh dengan kerengga
menjerit2 gediks mommy iki suruh ayah cari lokasi lain
sebaik sahaja gambar diatas diambil
iki makan kayu tu kunyah kunyah
tiada gambar
semua org terlalu terkujat terkejut!
ni bukan zaman batu kayu nak oi..
mommy, iki fenatlah
boleh rehat minum2 air sekejap?
saya tak perasan gambar di ambil, haruslah saya tak senyum
kalau tak, pasti saya alihkan botol mineral itu dan sengeh2 macam biasa depan kamera
wah..leganya tekak iki dapat air mineral
kembali ke sesi penggambaran yang terhenti
kalini rerumputs tu dah kering
tapi sebab dah penat…mukanya masam saje
(ala, tak penat pun zikry masam..kekeke)
kak yaya tolong aunty sikatkan rambut iki yang masai itu ye
maneleh anak je kan amek gambar gedik bagai
mommy harus joins sekeping
iki minta ayah dukungnya
“penat dah yah…merangkak ke sana kemari”
zikry atas pokok dengan baju Calvin Klein
baju ni saiz 3 tahun
tapi sarung je pada iki since aunty paan dah berbesar hati bawa
iki dah garuk kepala
“apa lagi la org tuha nehh…”
ok, mommy janji ini baju last
tuxedo utk flower boy dari Sara Kids
pada yang mahu menyewa pakaian utk flower boy & girls
boleh call Puan Paan 0126448091
*Paan, ni aku buat promosi nehh
korang nampak muka iki boring dan menyampah pada mommynya?
bersungguh2 la dia menangis minta tolong
uncle eba tolong ambil gambar dia
ayah tolong pegangkan zikry
mommy & aunty paan tolong pakaikan baju zikry
dah siappun pakai tuxedo
bila saya pandang gambar ni
nampak zikry macam tok abah junior
betul korang…
dah habis sesi tu, kami bergambar berempats
(berlima, sorang lagi dalam perut paan)
nape sampai dua keping ku tempeks gambar kami berlima neh?
sebab yg bawah ni nampak gambar kasut iki warna hitam
acik suka sangat…nampak smart
macam kasut ayah masa join askar wataniah dulu (keke…)
dan yaya dengan baby dollnye….
(memang anak pompans shomelss)
ok zikry, we’ve done!
mari mommy sarungkan kembali rompermu
*tak perlu berseluar bagai, acik jimat efisien
jom kita menggeletis wiu wiu ke tempat lains pula, yah!















































































