Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for November, 2008

sebenarnya kan kalian, selain daripada pembacaan dan kursus laktasi
saya baaaanyak belajar daripada ibu ibu di sekeliling saya
(okeh qas pejam mata, ni cerita mak mak :P )

breastfeeding bunyinya senang
dan ianya tak lah payah, cuma perlukan sedikit ilmu
serta kesabaran untuk melatih diri dan bayi
*melatih diri mudah, melatih bayi yang menangis dengan kuat (sigh, easier said than done)

saya agak kelibut dengan persiapan birthday abg bos
(edisi bodekkah?haha)
ketua kerani memang kena buat macam macam kalians..

kalian jenguk kisah umi Humaira Batrisyia 
yang berjaya exclusive breastfeeding kan anaknya
selepas melalui detik2 sukar semasa tempoh berpantang…

ramai yang simpati dengan iki tak suka car seat
jadi semalam Ms S (opishmate) hantarkan saya balik
supaya senang saya pegang iki tak perlu letak dlm car seat (shweet kan)
tengs Ms S (nama dirahsiakan, takut org lain mempergunakan Ms S utk kepentingan sendiri..ahaks)

pagi tadi, iki nangis masa mula mula saya letakkannya dalam car seat
lepas ayahnya “hep….”
dia diam tercebik cebik
dan leka dengan handphone mainannya

tapi tak lama pun dia main handphonenya itu
sbb handphonenya terjatuh ke bawah
tengok gambar di bawah…iki merenung hpnya di lantai kereta

ayah berinya toys baru
iaitu ’sikat rerambut ayah’

dan dari rumah kami sampailah rumah pengasuh
iki leka main pass the comb to ayah
dialog iki “nahhh”

dan iki “bakkk…”

berulang kali tau diorang(iki & ayah) main gitu

mommy dok belakang, join tengokkan je la

asalkan iki diam, sengih2 dah cukup baik sempurna dah hidupku

*iki dah pandai panggil ‘daddy’ :)

hari tu saya cerita pasal iki & mami baby magazine kan
maka semalam saya terkinja kinja minta suami drop by 7-eleven
inilah rupa magazinenya

acik selak selak selak kain magazine
blur kejap di column Selamat Hari Jadi
yang mano satu anakku?
tenung lama lama baru ku jumpa…
*dalam bulatan pink iteww

boleh tak acik tak kenal anak sendiri?
macam lain je muka iki kalian…
lain kan?
rasa macam pernah ku lihat gambar ini
tapi di mana ya…
cuba check di sini

tu iki zaman zaman muda remaja…
umur 6 bulan gitew

ini gambar Farabi, baby Vie yang meninggalkan comment
shomelkan Farabi…..muah muah dari iki & kak sue (kak………tak tahan…kekeke)

kalian, acik malas nak gi redeem hadiah la
biarlah kan… :)

sebenarnya kan, saya tak berapa gemar majalah Mami & Baby ni
sebab translationnya sukar difahami (dan kadang2 tak faham langsung)
ianya bulat bulat ditranslate daripada majalah Parenthood
nanti bila bila saya ada masa, saya kasi contohnya ya..

saya nak sambung fokus kerja, daa….

kelmarin kan kalian
ayah iki dah mula busy dengan project di IJN
jadi saya harus mula berdikari berjatidiri & berwawasan untuk drive sendiri balik rumah
(sebab dia balik lewat)
dari opis saya dah susah hati,macamanalah nak bawa si kecik ni..
gigih memandu tersengih2
terdongak2 lupo bawa bantal buat lapik duduk

dah laaaaaaaaaaaaama saya tak memandu
kali terakhir masa saya pergi kursus laktasi iaitu sebulan lepas 
mula mula masuk kereta, saya remind diri sendiri berkali kali

kanan minyak, kiri brek, kanan minyak, kiri brek, kanan kiri acik tokan sekali
manja lebih dah diriku ineh… 

tu kalians, dari opis sampai la dekat rumah pengasuh
laju tu je acik gorak
tak sama macam za merempits

saya kan sopan santun drive kereta, ala ala wanita perempuan..eh ape tu
wanita melayu terakhir …hihihi

ha, tenang kan mata memandang
lalu jalan dalam,takde kereta banyak2
sebab tu saya bawa 20km/j sahaja 
(kereta belakang tak sabar2 nak motong saya)

memang tidak dinafikan yang saya sangat tekun memandu
sampai tak sempat buka radio kalian..
*tersedar masa dah sampai kat rumah pengasuh iki
“owh patutlah dari tadi dengar bunyi jantung dup dap sendiri je, lupa pasang radio rupanya”

dokong iki yang berat dengan payung, plestik hikmat CD
masukkan iki letak dalam carseat
dia menjerit!
saya biarkan…
dia menangis sakan
saya buat tak dengar dan teruskan drive
dia terbatuk2 menangis
saya berenti tepi jalan, keluarkan dari car seat dan dukung nya

lalu saya terpaksa drive daripada rumah pengasuh ke rumah sambil dukung iki (jarak 1.5 km) kekdahnya
bahaya! memang bahaya!
tapi ku kan ibu tunggal yang kasian melihat anak menangis
(nampak air mata di dagu iki itu)
iki pegang kuat2 tudung ku, trauma duduk dalam car seat

gambar di ambil semasa drive dan dukung iki
(patutlah bahaya, gila bergambar rupanya…) :P

dah pun selamat sampai di depan rumah
sekarang saya kena buka gate
pun dah laaaaaama saya tak buka gate
ingat lagi kah cara2nya?
(tudung harus lah senget2, iki dah tarik..barulah nampak macam ibu yang busy..hihi)
dan airmata iki masih belum kering…siankan…

masuk dalam rumah, iki temankan mommy dinner cereal
mommy suap, dia suap
dah tinggal berdua ni, tak sempat la mommy masak masak (macam selalu masak je bunyinya)
kita makan cereal je ki ye, sementara meroyan menanti ayah balik

bila saya bangun, dia minta didukung sekali
“mamamamama” bunyinya

bila saya dirikannya suruh prektis berjalan
dia menangis sebab tak suka
alaa…sensitip la iki ni….

aunty qas, meh la temankan kak sue amek iki balik keje
dia takmo dok dalam car seat la…

aunty ayang kata iki terpaksa gosok gigi?
salah telahan mu itu wahai ayang
iki saaaaangat suka berus giginya
pagi hari lepas mandi, mommy kasi berus gigi ialah saat yang ditunggu tunggunya

masa gosok gigi, tak perlu pakai baju lagi
siapa ajar berus gigi sambil baring? ntah…ekeke
ayah kut, mommy tak buat gitu
*kekdahnya saya malas nak bawa dia basah2 main air
jadi lepas dia siap ‘menggosok’ gusi, mulut, gigi dan lain lain
saya basuh mulutnya terus… 

mula mula pandang kamera mommy
*gambar takde flash, sbb baby tak leh kena flash dalam jarak 1 meter 

kemudian kipuchi pandang ayah yg tgh gosok baju

dan pandang Malaysia Hari ini di kaca tivi

waklu…lamanya gosok gigi…ahaks
maknanya iki suka la kan..kan yang? 

Related Posts with Thumbnails