hujung minggu lepas kami balik bercuti sempena deepavali di kampung
dan untuk pertama kalinya kami demam anak beranak
ayah-mommy-iki
dah macam kain buruk yang terperuk rupanya
bila makan ubat, badan lesu sengal2 tak larat buat apa apa
iki pula hidung berair, dan meragam semampunya
ayah nak berehat, mommy nak baring2
iki nak nangis2 manja golek golek hek hek
siapo pula nak layan tu kan…
jadi harus la kami balik kampung
boleh la iki menumpang kasih sayang atuk opah kan
apa apa pun, ayah harus topup touch’n'go dulu
tak larat nak beratur panjang di lorong tunai
(padahal selalunya kami beratur panjang di lorong touch’n'go)
gambar balik kg tak banyak sebab saya demam
tak larat senyum bila ambil gambar
bila dah kebah sikit, hari Ahad kami ke Kuala Kangsar Resthouse
untuk urusan catering kenduri kakyong bulan 12 ni
saya bergambar gediks dengan kak yong & abg izat
abg izat lah teraju utama majlis perkahwinan kakyong neh
(selain pengantin lelaki & perempuan lah…hiks)
langsir, wallpaper, itu ini, cake itu ini
dia tolong fikirkan…
saya? saya tolong sibuk2 buat kakyong lagi pening (ahaks)
sambil seronok2 ajak kakyong bergambar bagai =)
mak mertua saya sibuk di counter
sidia? sibuk dengan surat khabar
hari hari dia tanya saya, harga minyak dah turun ke belum
khairi dh cukup syarat pencalonan ke belum
khir toyo dah gi facial ke belum
cait! manala acik tau…
singgah Kuala Kangsar, saya menyopping magazine
Kakyong pun beli beberapa magazinenya
Weh…dah tua rupanya diriku
tak lama lagi dah kena beli majalah MIDI
yang sesuai utk wanita berusia 40 tahun ke atas
Oh ye, menjawab bagi mereka yang bertanya
bila iki keluar magazine Pa & Ma
dengar2nya insyaAllah Disember 2008
waha…hadiah birthday untuk dirinya lah ye
2 muka surat saja kalian
tapi maknye memang hover!
kalian, idung iki dah besar dah
sejak selsema ni, rajinla mommy korek korek
(ala alasan
)
ye la kan, cemane idung iki nak mancung kecils macam Hafeez
hidung ayah & mommy pun tak begitu kan…hiks
iki dalam kereta mengerjakan beg uminya (kakyong)
saya rajin ajak anak bergambar
walaupun selalunya mulut je nampak
macam gambar di bawah neh
saya “iki, dongak sket nak, baru la mommy leh interprem”
iki “gaaaaaaa”
*entry pasal balik kg, tapi gambar dalam kete je banyak (gaa)
tapi puas la kami makan bercuti di rumah
pipi acik pun dah kombang!
Related posts:













