Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox




Entri ini khusus utk Spectra 3 seperti tips2 penjagaan, harga, servis etc etc.
Ups sebelum acik menceceh panjang2, entri ini hanyalah kompilasi daripada pengalaman saya sepanjang mengendalikan Spectra 3 dan pelanggan2.
Ianya tidak mewakili kenyataan daripada UzinMedicare (tuan punya brand Spectra) ye.

Spectra 3 breastpump adalah pam elektrik standard hospital yang dikategorikan sebagai the most affordable breastpump in the Malaysia market.
(saya lah yg menkategorikannya mengikut pandangan matahati ku, selaku duta Spectra lantik sendiri)

Anda boleh refer no pada gambar di atas sekiranya perlu
(tengoklah kalians, acik sesuko hati shontengs2 gambo Spectra 3 di atas)

Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3

1. Mulakan dari minimum ke maximum perlahan2 (sehingga mendapat kekuatan suction yg anda mahukan), dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke minimum sebelum meng-off pam
Sebab: Supaya knob itu tidak stuck dimaximum. Ini adalah kerana, utk mommies yg dah biasa menggunakan Spectra 3, dia akan terbiasa dengan suction max yg paling akhir (jadi ala ala malas nak pusing2kan knob)
Perhatian! Semasa memusing keminimum, tidak perlu sampai tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah). Hanya perlu pusing ke arah min sehingga terkeluar sedikit bunyi angin kus kus.

2. Jangan pusing2 ke arah maximum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang mudah patah jika anda tolak ke arah max secara keterlaluan (pusing sekuat hati)
Akibat : Pam anda akan tiada suction dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian2 tersebut akan menyebabkan air tersebut disedut ke dalam pam anda
Akibat : Menyebabkan patch di bahagian bawah motor yang boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis (tambah grease,check suction, pam berbunyi kuat bagai) (free things are the best :) )
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis (caj semasa adalah RM50-may varies accordingly)

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 (Zhang Ling) untuk meng-arrange proses penghantaran (samada dihantar sendiri oleh anda ataupun dicollect oleh Histopoint (bercaj)

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 hari (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai backup pump (samada manual ataupun iSpectra)

Durability Spectra 3 ialah 1500 hours

Berikut adalah kira kira yg dibuat oleh saya:
Biasanya ibu mengepam 20 minit * 3 kali (di ofis) bersamaan dengan 60 minit(1 jam) sehari
Sebulan ibu mengepam selama 30 jam (hari bekerja adalah 20 hari, ada extra 20 jam di situ)
1500 jam di bahagikan dengan 30 hari ialah 50 bulan
50 bulan bersamaan dengan 4 tahun
Secara rambangnya, Spectra 3 anda tahan selama 4 tahun!
(turut bergantung kepada cara penggunaan)

Pendapat peribadi :
Pro – Affordable & Suction yang tidak menyakitkan. Yang penting, ianya serves the purpose iaitu membolehkan saya menyusukan anak (insyaAllah sehingga 2 tahun)
Contra – Bulky & Perlu ada electric socket untuk menggunakannya.
Cara mengatasinya – Saya letakkan Spectra 3 saya didalam bag nya untuk kemudahan travel & saya beli adapter 3 pin plug untuk menggunakan Spectra 3 di dalam kereta (akan diceritakan di dalam entri lain).

Harga Spectra 3 (semasa entri ini ditulis) ialah RM368
Harga untuk extra shield set (bahagian 4,5,6 & 7) ialah RM70
Tetapi jika anda membeli satu set dengan bag & cooler bag, anda akan dapat semuanya dengan harga RM550

MAHALNYA? fikir fikirkan..
susu formula purata kosnya ialah seminggu RM50
sebulan = RM200
dua bulan = RM400
24 bulan (2 tahun) ialah RM4800
belum dicampur kos anak mudah demam kerana susu formula tiada antibodi
berbeza kan RM4800 dengan RM550…
(sekali lagi, hanya pendapat peribadi acik kipuchi) :)

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Perbandingan Pam Spectra
  2. Adapter Spectra
  3. iSpectra
  4. Growth Spurt-Beralih bulan
  5. opis

34 Responses to “Spectra 3”

  • mizzwani:

    wah!
    tima kasih kak sue di atas info yg bguna..
    rs bsmangat plak nak dpt bby!
    =p
    ————-
    sabar wani : nanti dah ada baby, boleh join kak sue menyusukan ye :)

  • CHENTAHATI:

    rasa macam banyak benar kita membazir kerana susu formula.. hu hu.. sue jahat!
    —————–
    ehem ehem kak zana : tak nape, lepas ni dah ada knowledge dah.akak leh guide mereka mereka di opis akak utk menyusukan anak mereka :)

  • bwghitam:

    mekasehh ye for the tips…

    kira tak pe la ye kalau pusing ke min, tombol tu terkeluar.. masok kkan je balek..

    ingat tak lehh.. risau jerk.. nak test tak leh lagik sebab belom kuar baby :)

    ———————-
    sue takpe : buleh je bwghitam, masukkan balik kalau terkeluar ;)

  • Elyn:

    trime kasih ngan info penjagaan spectra ni…… btw salam kenal……

    —————–
    sue spectra : sama sama, salam kenal lin..

  • Iza:

    Sronok bca blog akak.sya baru je jd ibu utk 42 ari to bby ayesha.sya dh stat pam susu utk smpan b4 return to work.skng pakai medela mini e.time pregnant ada buat survey,browse ndt n jatuh cinta ngn mini e ni.tp its x like i imagne.agak bising n x pam byk.now tgh pk nk switch to spec3.worth it ke?sya nk sgt pam susu byk utk stok
    ——
    salam iza : walau apa pun pam yang iza pakai,yang penting ialah iza faham rules mengepam semasa dalam pantang..
    cuma bila mommy pakai pam elektrik macam spectra 3 (dan mini-e), mommy lebih relaks dan berupaya menghasilkan susu lebih banyak..iza boleh refer link ini

  • faris imran's mummy:

    nk tanye, kalu kite x servis spektra 3 kite xpe ker? ade x condition t’tentu yg menunjuk kn spektra 3 ni perlu di servis.

  • eddina:

    Boleh tak tau ape beza spectra 3 dgn spectra i? Sbb tgh survey antara dua ni…Thanks…

    dina : tengok comparisonnya di sini

  • shakila:

    salm sue nak tanya la camner nak bersihkan wap yang ader kat tiub tu?

    Kila : Kila guna taktik libasan cam cowboy..hihi
    Atau sidai belakang fridge atau CPU, insyaAllah cepat kering :)

  • shakila:

    yariba!!yariba!! sambil mengibas tiub..:)

    Waha Kila : Hihi..hati hati terkibas eh libas jiran sebelah cubicle ye :)

  • BondaHumaira:

    sue, pas baca apa sue tulis ni, terus ayu decide nak beli spectra 3! tak kira la apapun rintangan yg dtg…ecehhh…cam nak g berjuang lak kan? :p tp mr hubby mesti bising la mula2 ni..

    Ayu : Sue saaaaayang Spectra 3 Sue tau Ayu (cubaan menghasut Ayu..hihi)
    Bila Ayu happy mengepam dan membekalkan anak dengan susu ibu, hubby Ayu pun akan happy dan rasa berbaloi..:)

  • rina:

    kak sue..
    spectra 3 mmg best la..tidak lagi tension semasa memerah hehehhehe

    thanks a lot for the good review

    Welcome Rina : Alhamdulillah…Lepas ni makin banyak susu utk anak kita kan.. :)

  • bagusnya info ni…memang betol tak membazir beli spektra 3 ni berbanding bagi susu formula..mahal woo sekarang ni!!!! elok la kite berjimat dengan fully brestfeed…

    Thanks Jemari Kreatif

  • farah:

    isk iskh…ku baru beli spectra…
    tapi ngape skit sgt susu kuar nieaa?? spectra ku yg mslh ke?
    sedihnye bile dpt 2 3 titik jr…tp bilr picit2 niple kuor melimpah2…
    somebody help meee…:(

    Farah boleh refer daripada kedai yang Farah beli mengenai masalah Farah.
    Farah beli dari Sue di Lunatots.com ke?

  • farah:

    x kak sue…farah bli kt bbstore..
    ari ni ade perubahan sket…3x pam kat opis, dpt dlm 8oz…ok x k.sue?
    frh suke sgt bc info dlm ni…cara mengepam kt opis pon frh tiru stail k.sue….hehe…thanks ya…
    tring-in nk jumpa kak sue…….

    Farah : Teruskan mengepam mengikut schedule 3 jam sekali, 20 minit sekali sesi ye
    Farah boleh sertai mana mana kelas penyusuan yang kak sue adakan kalau nak beramas mesra dengan kak sue..hihi

  • farah:

    kak sue xnak ke wat kat area utara nih…
    kalo k.sue dtg cni, kompom farah join bwk rombongan cek kiah..hehe
    kengkawan farah ramai yg bakal jadi raja sehari, sedang hanimun dan akan memboyot…
    leh hasut diorg…:nyit:

    Salam Farah : Farah Utara di mana?
    Kami ada mengadakan kelas penyusuan di Ipoh dan dihandle oleh kaunselor laktasi bertauliah juga.

  • farah:

    owh ipoh ye kak sue…my hometown tu…
    tp skrg stay/work kt penangs larr…
    btw kak sue, farah tgh berusaha utk khatam blog k.sue nih…entri 2005 xhabis lagi ni..hehe..
    beshh…u r a very3 good writter la….
    buat nobel eks pas nih…:tenyum:

    Farah : Ada rezeki kita jumpa. Oh oh masa 2005 akak belum matang. Sekarang lebih matang : ehem ehem betulkan kolar baju: hehehe..

  • farah:

    saye pon perasan yg itu kak…hehe….
    tp, mkin lm mkin menarik..
    sambil ngepam susu lah tegelak2 lgi bc entri mu kak…
    sori la, komen frh xreleven dgn topiks di atas…

    Farah : Itu masa akak muda, darah muda kannnn..hihihi

  • Rozita Abdullah:

    Saya berminat untuk beli spectra 3, tapi nak try dulu coz pam saya sekarang tak keluar susu walaupun breast dah bengkak.
    if nk try mcm mana and kena g ke mana?

    Salam Rozita, Rozita boleh ke outlet Lunatots di 16-2-1, Blok A, Jalan 5/1/01C,
    Cheras Business Centre,
    56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur
    (Berada di bulatan Tesco Extra Cheras-dahulu dikenali sebagai Makro)
    Tingkat 2 di atas kedai komputer berdekatan Maybank Cheras Business Centre
    Waktu operasi Isnin-Jumaat (9am-6pm)
    Sabtu & Ahad (10am-3pm) *Ditutup semasa hari kemerdekaan
    Hubungi saya, Puan Suraya (0125880515) atau Puan Hazarina (0136042348) untuk sebarang temujanji.

  • sofea:

    kandungan skrang sudah 7 bulan lebih, so dah pasang cita2 utk 100% bg susu sendiri kat anak ^_^ , igt nk ajak husband la gi outlet lunatots kat cheras tu dkt je ngan umh, nk beli jgk la set sepctra 3 nih..sbb dah dpt info cara2 utk mengepam/menyimpan & panaskan semula dgn btul…^_^

    Salam Sofea : Spectra 3 sekarang out of stock, tapi kalau Sofea nak dtg ke showroom kami, besar hati kami. Datang je tengok tengok Kak Sue, eh tengok CD dan barang2 keperluan lain..hihi

  • sofea:

    alaa…stock dah abis kerr =( …so bile nk ade stock yg baru? sofia due 26 Nov 09, nnti takut tak sempat lak nk gi belii, ade brand lain ker? tp hati ni mcm dh suke jer kat spectra 3 tuu

    InsyaAllah minggu depan sampai stok. Sofea boleh dtg minggu depan, jangan risau ye dear (edd kita hampir sama :) )

  • sofea:

    orait, insyallah mggu depan nk gi sane laa ari rabu kut (dah ade ker time tuu) – simpan satu utk sofia ek ^_^

    Sofia, insyaAllah dah ada :) boleh call 0125880515 sebelum dtg ye.

  • umidanial:

    dulu beli pam yang murah je Rm 100++,pastu susu langsung xkeluar..buat sakit ajer..
    last2,breastfeed anak sampai setahun gak,tapi campur dengan formula milk=(
    erm,spectra3 ni rase2nye bole keluar x susu kali ni??
    semangat nak bf anak fully even dah masuk keje kali ni..
    saya due 20 november 2009 ni..

    Salam Umidanial, saya cadangkan umidanial sertai kelas penyusuan kami pada 10 Oktober ini bagi memahami konsep penyusuan bagi ibu berkerjaya. InsyaAllah umidanial akan mampu menyusukan secara eksklusif selepas anak kedua kali ini :)

  • mummy_rn:

    dah usha2 s3 nie…dah chk package mom precious smart pack…huhuhu…excitednyer…x sabar nk bf baby exclusively…nasib ader mention camner nk keringkn tiup…mummy kene jd cowboy la jwbnyer…

    Jemputlah ke Lunatots Showroom untuk membeli ye mummy_rn. Haha..ibu perlu kreatif kan kan..

  • Nur:

    Salam Sue..Kalau kat Pantai timur kat mn blh dapatkn S3..ingat nk cuba dulu sblm beli..kat pantai timur takder buat ker kalas penyusuan @ kelas relaktasi..teringin sangat Nur n bb nk join..untuk bb sanggup buat apa saja..
    Semalam pun ader terpikir kalau dikira2 pakai S3 ni lg murah berbanding susu formula..semalam siap servey semula kat pa & ma Ogos 09..hihihi…baru perasan yg kisah Relaktasi kerana tercabar @ rupanyer Sue..Sebenarnya dh byk kali Nur bc article 2 sbb kagum dgn kesungguhan sue..
    Sue buatlh kelas kat pantai timur…semangat ni!!!!!!

    Nur boleh beli melalui laman web http://www.lunatots.com. Penghantaran hanya RM10, dan ini linknya
    Kami boleh ke pantai timur sekiranya ada jemputan dari mana mana organisasi, mungkin Nur boleh cadangkan pada jabatan Nur :wink:

    Nur boleh refer artikel2 Sue mengenai bagaimana susu ibu dihasilkan dan dikekalkan, insyaAllah Nur pun boleh lakukannya :)

  • Nur:

    T.Q…tak sbr nk order S3 tapi kena tggu gj dlu..Sue, kalau nk servis mcm Nur ni jauh sgt nk g antar…kalau pakai courier services blh x..susah gak kalau dh beli nanti tp susah nk g servis masalah gak 2..

    Nur, Spectra 3 jarang rosak kecuali kalau terjatuh dari tempat yang terlalu tinggi :)
    Nak servois, pos saja pada Sue, dah siap..Sue pos kembali kepada Nur
    (wah ala ala percintaan jarak jauh gitu..ekeke)

  • Nur:

    Perlu ke kita hantar servis ms 6 bln pertama 2 dan servis yg 3 bln sekali tu..betul2 nk beli ni..

    Kalau pam Nur dijaga dengan baik, tak perlu Nur. Bagi customer yang jauh2 seperti Kedah, Perak dan Johor, mereka jarang hantar pam untuk servis kerana ianya jarang rosak.

  • atie:

    salam,kak nak tanyala…
    spectra3 nih,bising ke xsbnrnye eh?
    ari tu masa nak servis,org tu ckp pas servis,bunyi cam senyap sket.tp tgk cam sama je sblm n selepas..

    Salam Tie : Spectra 3 senyap..Tie beli dari siapa, kalau dari Lunatots, Tie boleh hantar servis di showroom kami.

  • atie:

    beli dr kawan…smlm hantar sendiri ke histopoint.katanya dah servis.tp masih bising bunyinye..tu yg cam musykil tuh..waranti last esok..hehehe..saje nak anta servis sblm hbs waranti tuh

    Oh Ok :)

  • salam..dynas baru jak beli spectra 3..harap2 bole keluarkan air susu..bersemangat ni mau beri SI pd baby..

    Good luck Dynas!

  • salam..sini saya ada nak tanya..semalam lepas pam susu guna s3 ada kuar lendir putih dan putih2 mcm susu basi?apatu?sebelum ni xpenah begini?

    Salam Dynas : Saya tak lihat bagaimana keadaannya tapi sekiranya botol dan keseluruhan pam dalam keadaan yang bersih serta prinsip penyimpanan susu perahan dipatuhi, ianya sepatutnya tidak basi.

  • linnn:

    salam.. nak tye, ade x jual spare part no.6, yg kaler biru tu jer… nak cari yg tu je sbb yg lain still in good condition..

  • an:

    nak tanye..cane kalo susu dah terbackflow n masuk ke dlm spectra3 ku itu?tensennye takot rosak..tp stakat ni still leh guna

    An boleh hantar pam tersebut untuk servis di tempat An beli pam tempohari.

  • Nurul Ain:

    hye kak sue….saya baru bace k.sue pny review pasal pam susu spectra 3…saya skg tgh preggy 5month,2nd baby….so mmg tgh nak cari pam susu yg efektif sbb keje kan..anak 1st dulu pakai yg cikai2 jek sbb keje pun cikai2 jek…hikhik…
    suke sgt pas baca review akak,sbb trus cam confident nak bli…mmg dah tau pasal pam ni,tapi still ragu2 lg… :)

    kite nak bli la nnt…
    ~Ain~

    Salam Ain, Pam Spectra 3 memang berbaloi.
    Menyusukan anak, leeeeebih berbaloi baloi…hihi

    Selamat menyusukan ye Ain

  • salam…
    pn sue, nak tanya, kalau di area JB ada ke tempat servis spectra 3 ni?

    Salam Nina, pusat servis Spectra 3 ialah di Selangor. Nina boleh semak dengan kedai tempat Nina beli Spectra 3 samada beliau menyediakan perkhidmatan servis. Lunatots, Srisuri dan Sara Kids menyediakan khidmat servis.

Leave a Reply