saya nak berstori mori mengenai iSpectra
breastpump baru dari Spectra yang ringan dan portable
terlebih dahulu, perlu saya kipuchikan di sini bahawa iSpectra hanya sesuai sebagai pam kedua anda
maksudnya selepas anda mempunyai pam seperti Spectra 3
atau Medela Freestyle , ataupun Medela PISA
mengapa? kerana durability iSpectra hanyalah 350 hours
kalau mengikut kira kiraku yang lemah matematik
kalau sehari, ibu mengepam 20 minit kali 3 kali = 60 minit (1 jam)
sebulan 30 hari bersamaan 30 jam
dan jika 350 hours dibahagikan dengan 30 hari sebulan = 12 bulan
berbanding Spectra 3 yang berdurabiliti 1500 hours = tahan selama 50 bulan
checkout article mengenai Spectra 3 disini
sekali lagi, mengapa perlu ada pam kedua?
kerana semasa pam Spectra 3 (atau Freestyle, atau PISA) anda di hantar servis
ianya akan mengambil masa 1-2 hari bekerja
sepanjang tempoh itu, ibu biasanya menggunakan pam manual utk mengepam 3 kali semasa di ofis
yang bukan murah juga harganya , contohnya Medela Harmony ataupun Avent Isis
(dalam RM240++)
daripada membeli pam manual yg berharga RM240++, lebih baik dapatkan yang elektrik & battery dengan harga RM378 (iSpectra) sahaja kan
alah, acik saje je kipuchi
meh kita tengok pam ni..
saya susun kotak ispectra ni atas ironboard saya dan paksanya senyum
sangatlah kecil dan ringan macam saya pam ini
ala ala shenta pandang berkali kali lah saya
cuma bab durability sahaja buat saya merindui spectra 3 saya yang dihantar serbis
okeh okeh, sedia taw
saya nak ON kan pam (nerbes weh..)
dok dendiam atas kotak serber ye iSpectraku
okeh, start..
yang menariksnya tentang iSpectra ni kalian
ada button utk cycle & vacuum (dari 1 ke 5)
kalau cycle 1, laju rentaknya macam baby suck
makin lama pam, bolehla berdikit dikit kita naikkan kepada 5
dan volume adalah utk suction nye power
saya pakai 1 pun dah okeh kalian
saya sangkakan cam spectra 3, kena buh sampai max baru susu keluar
iSpectra ini memang kecil kecil bersuction kuat
——————————–
percaya tak, sepanjang sesi testis pam ini, saya gunakan 6 tiub?
kerana susu termasuk tiub (backflow)
dek kerana susu banyak sangat masa letdown
———————————
*eksplanasi mengenai perenggan ini akan saya eksplenkan di bawah
dan bagi kalian yang dah biasa dengan spectra 3
masa tengah mengepam kan kita boleh main cabut2 corong kan..
kalau guna iSpectra, macam bergaduh sensorang masa kita nak cabut corong semasa pam sedang ON
harus OFF dulu (apo acik cakap belit belit ni)
ok ok, yang cuba saya sampaikan..
suction iSpectra sangat kuat (tapi tidaklah sampai menyakitkan nipple atau luka etc etc)
anak anak dara ngan abg abg pejam mata tau
jangan imagine bukan bukan!
ini gambar saya dengan baju pink bagai semasa sedang men-test iSpectra
yang saya bulatkan dengan kotak pink itu adalah ciri baru tiub Spectra
nampak cam Robocop tak saya?
(siap pegang iSpectra tu kalians..maklumlah selalunya guna Spectra 3 tak merasa la nak pegang gineh..ekeke)
ciri baru lain, terdapat cover shield disediakan
fungsinya, untuk menambah kuat sedutan iSpectra
(sesi kedua mengepam, saya cabut cover shield ni, sbb kuat sangat..)
dan lagi satu, bunyinya kuat dari Spectra 3
(Spectra 3 masih pam yang tersenyap di market)
oh ye, iSpectra boleh juga digunakan dengan menggunakan 4 batteries AA
tempat bateri ada dibahagian bawah pam
*jika anda tak de elektrik socket
ini hasil tenusu-ki (tenusu untuk iki) menggunakan iSpectra
wokeh, saya ingin menjelaskan part backflow (susu termasuk tiub banyak kali)
sila lihat gambar di atas
bahagian yang saya bulatkan ialah bahagian yang menyambungkan ruang udara ke tiub
dan sekiranya anda sesuka hati menanggalkan shield cover (macam acik semasa sesi pam kali kedua)
susu akan mudah masuk ke dalam tiub kerana tiada cover
kira ini adalah improvement dari pihak Spectra kerana shield cover ini boleh mengurangkan risiko backflow
(acik sambil nelepon Spectra, nak tanya shield cover ni leh pakai kat shield Spectra 3 tak)
ramai kawan2ku yang termasuk susu di dalam tube kes di luar sedar (hihi..)
waha kalian, fahamkah?
kalau tak faham, calling ku ye..
*nah..saya tempekkan sekali lagi gambar shield cover
(2 gambar sama dalam satu entri…nampak cam entri ku panjang sket..ahaks)
selamat mempertimbangkan iSpectra kalians!
nak testising? datang umah saya bawa kerepek2 kat cheras
atau calling is sharing ku di 012 5880515
Related posts:















acik…ehehehhe…gurau
sue, suka banget dehhh review mu…
ciri2 seakan mpv tp pemanduan ibarat sedan…oppsss
mcm ciri swing kan? tapi bagus la spectra mengupgradekan pump mereka
and provided yet another affordable pump…
tp aku mmmg suka cara ko meng’review’ paham seolah2 didepan mata..
*thumb up* sue
——————
sue suka aja : aja,ku tak pandai review cam mu yang. ku main sebut apa yg ku nampak & ku rasa
ku takde Medela Swing, rasanya Swing berdurabiliti tinggi kan aja?
ni ala ala mini-e, bezanya single pump
(ergh,ku bersembang pula dengan aja di sini..ahaks)
aja, sambung menceceh kat forum la…keke
anna, aku tak paham kenapa susu back flow.. and benda putih kat tiub tu apa plak? bukan tuk prevent back flow ke? And btw, mmg single pam ek, bukan dual pam?
————–
sue backflow: ann, ku dah tau dah kenapa…sebab masa ngepam tu, nipple cam menghala ke atas. jadi susu terhala ke arah tiub. makanya, ku pam nipple menghala bawah…ahaks..benda putih kat tiub tu ku rasa nak ngetatkan tiub tu pada shield. dan memang single pump, bukan dual
pum ni pum harga cam spetra3 gak ke??? haih teringin plak nk beli yg ni huhuhu
————————–
ku pun memang teringin yang kecik2 neh..menghoyan…ihiks
sue pam : Spectra 3 harga nya RM368 utk single pump. iSpectra RM378
hok shield cover nih den mmg suko la sbb dah penah dah tejadik susu berlari2 anak ke dalam tiup hikkss
——–
sue gelaks : hahaha, itu sbb susu irah byk. lepas ni irah kena perhatikan selalu
ALAAAAAAAAAAAAA mcm beshhh je tgk i spectra niiii…
tapi macik baru beli spectra 3 … harus kena marah kalu sebut terminat i spectra
hihihihiihh
—
Elfi : Sue suka lagi Spectra 3
Buat masa ini, Spectra 3 di hati saya…ekeke
Kak Sue..leen pnjam gmbr ispectra yg gmbr kotak n yg transformers tu utk letak contoh kat website bleh?????
—
Pst Leen, gambar iSpectra dan transformers? Amil lah dan tuliskan credit to diyaluna.com ye. Hihi..
hi sue,saya rancang nak order le i spectra ni as my 2nd pump…….
__
Salam Jamaliah,
iSpectra dah tak available di pasaran Malaysia, distributor ganti dengan Spectra Handy (Manual Pump)
http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=53&products_id=541
bleh tau..sape2 berpengalaman pakai Spectra Handy (Manual)..ok x??tengah cari second pump ni..
—
Ayuni, saya tak pernah pakai…
salam… saya tgh cari review mengenai Spectra Handy (Manual) sebab baru beli tadi. disebabkan dah guna tadi, meh nak kasi review sket. first impression, macam ragu-ragu tahap efficiency pump ni. tapi bila dah guna… masyaAllah. memang superb. pertama, jari tak lenguh. dua, relax sangat sbb while pumping manually kita tak kena duduk static macam pump manual yang lain sbb ada tubing tu kan. tiga, level suction boleh laras mmg best. empat, suction kuat dan efisien. lima, ada warna best iaitu biru or pink muahahaha..
harap membantu!