cloth diaper
Keputusan untuk menggunakan Cloth Diaper(CD) adalah suatu keputusan yang besar
seperti Breastfeeding(BF) iaitu memilih ‘kesusahan’ walaupun ada yang lebih senang (seperti disposable diapers & susu formula).
Dan pastinya keputusan yang anda sebagai ibu (atau bapa) pastinya selepas mempertimbangkan beberapa faktor.
Jika ditanyakan pada empunya badan diri sendiri, mengapa saya berubah kepada Cloth Diaper?
Ianya sekadar pendapatan saya, a mom and a nurturer of iki, a blogger tegar lantik sendirik (owh, I just love it!)
Jawapannya :
- Zikry berkulit sensitif dengan semua jenis diapers yg dipakainya (kecuali Mamy Poko, papa garu kepala pokai)
Ramai orang merasakan lambat tukar diapers menyebabkan rashes.
Tapi sebenarnya bahan kimia di dalam diapers itu ditambah dengan diapers yang lambat ditukar menyebabkan rashes.
Tak percaya? Gunakanlah CD selama seminggu secara eksklusif.
Walaupun anda malas menukar CD (dan biarkannya lenjun basah), tiada sebutir rashes pun yang akan timbul. (Terbukti pada iki) - Mengikut kajian keibubapaan yang dijalankan pada tahun 2007, ibu bapa banyak meng’spend’ duit utk
1.Susu Formula
2.Diapers
berbanding insurans, mahupun pendidikan untuk anak anak. - Selepas membuat kira kira matematik yg akan saya tunjukkan di bawah, saya bercadang untuk mengubah cara kami sekeluarga membelanjakan wang untuk item no 2.
Manalah tau duit tu boleh saya beli handbag,purse, kasut, dan barang2 pink kan..ahaks! - Go green, saya cuba membesarkan anak dengan bahan kimia yang minima.
(Ada byk lagi cara lain, antaranya makan junkfood di ofis semasa anak di rumah pengasuh..gaga..)
Belum ada research dibuat tentang long term efek bahan kimia di dalam diapers terhadap organ reproduktif anak bagaimanapun, terdapat kajian mengatakan bahan kimia tersebut mempunyai efek kepada sistem respiratori anak.
Apakah yang terdapat di dalam diapers anak kita?
– Dioxin, which in various forms has been shown to cause cancer, birth defects, liver damage, and skindiseases, genetic damage, is a by-product of the paper-bleaching process used in manufacturing disposable diapers, and trace quantities may exist in the diapers themselves. Dioxin is listed by the EPA as the most toxic of cancer related chemicals
-Tributyl-tin (TBT) – a toxic pollutant known to cause hormonal problems in humans and animals
– Sodium polyacrylate -If you have ever seen the gel-like, super absorbent crystals in a disposable than you have seen this first hand. Sodium polyacrylate is the same substance that was removed from tampons because of its link to toxic shock syndrome.Disposable diapers adalah antara penyumbang kepada sampah sarap dan pencemaran di muka bumi ini.
Save the earth with Cloth Diaper! Kurangkan pencemaran, back to nature.
- Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training)
kerana mereka rasa basah apabila mereka basah…
Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan
“bayi yang kering, tidur lebih lama”
kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural
kan sepatutnya rasa basah apabila basah?
Zikry sudah berumur 11 bulan semasa saya mula fully CD.
Akak kat sana tanya, mengapa saya lambat bermula?
- Semasa iki berusia 2 bulan, saya menerima respons yang kurang baik daripada penjual CD apabila mengetahui yang saya tidak mempunyai pembantu. Katanya CD tidak praktikal untuk ibu bekerja yang kelam kabut hidupnya (seperti saya lah itu
).
Saya akan eksplenkan walaupun tak ditanya,tentang bagaimana saya meng’handle’ CD walaupun tanpa pembantu. - Saya sentap dengan harga CD yang mahal. RM69? RM89? Owh..sungguh saya sentap!
Tapi sekarang tidak lagi kerana saya telah menjumpai one size CD (adjustable size) yang berpatutan - Saya leka lengah lengah kerana CD sedikit berbeza dengan BF. BF ialah keputusan yang perlu dibuat segera kerana melibatkan apa yang bayi anda makan. CD ialah apa yang anda mahu anak anda pakai.
Fahamkah kalian, saya cuba memeningkan anda?
Maksud saya, saya enjoy the sweet time memikirkan sama ada saya perlu bertukar kepada CD atau tidak.
Begitu juga dengan anda, renung dalam dalam dulu.. CD bermakna komitmen, seperti BF juga..
Sebagai seorang yang rajin mengira, mari kita kira kos memakai diapers dan CD.
Kiraan ini adalah untuk bayi seusia Zikry (applicable untuk semua bayi lepas pantang sehingga bayi yang sudah potty training(3 tahun))
- Sehari iki menggunakan 6 diapers
- Iki mula menggunakan CD semasa umurnya 11 bulan, maksudnya dia akan menggunakannya selama 25 bulan (sebelum usianya 3 tahun)
- Harga diaper biasa ialah RM0.50 (untuk brand Drypers, Huggies Dry) dan RM0.84 (untuk brand Mamy Poko). Jika sehari iki menggunakan 5 pcs diapers, kos sehari ialah RM2.50.
Kos sebulan ialah RM75 dan kos untuk 25 bulan ialah RM1875
(Ayah Iki sila bulatkan mata anda..ihiks.. )
(Itupun jika iki menggunakan diaper Huggies sepanjang hari)
Saya belum mencampurkan kos rashes cream iki - Manakala harga cloth diaper berharga RM49 (secara average) dan saya perlu ada sekurang2nya 10 pcs
5 pcs untuk sehari pakai. Maksudnya, jumlah wang yang dikeluarkan ialah RM490 sahaja. - Wowwie…penjimatan hampir 80% disitu, kan?
Kiraan di atas akan berbeza mengikut usia anak anda, jika anak anda lebih muda dari Iki, maka jumlah penjimatan anda lebih banyak
- CD boleh diturunkan kepada adik adik iki. Jimat in the long run.
Kita beralih ke topik yang lebih menarik iaitu bagaimana saya menguruskan CDs iki
CD terbahagi kepada 2 bahagian,
- pocket pant
- & insert (yang putih tu)
untuk penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan sepanjang 4 jam
(bergantung kepada berapa banyak bayi anda pee)
tukar CD setiap kali baby poo..dan apabila CD sudah berat(3-4 jam)
sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs
*tetapi untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 8 jam
(dari jam 10 malam ke 6 pagi)
ini adalah bahagian dalam CD
*dengan satu insert sahaja
anda perlu memasukkan microfiber insert ke dalam pocket pants
kerana sekiranya insert berhubungan terus dengan punggung anak anda
microfiber material boleh menyerap kelembapan punggung dan menyebabkan kekeringan dan merah merah
(acik cakap pusing pusing ni,kalian fahamkah?)
untuk penggunaan malam hari
*kedua dua insert dimasukkan ke dalam pocket pants
(demi penyerapan yang lebih dan anda tak perlu mangun malam utk menukar CD baby)
semua CD yang baru dibeli perlu dibasuh sekurang kurangnya 3 kali dengan air paip biasa (tanpa sabun) sebelum menggunakannya
ianya adalah untuk mendapatkan maximum absorbency daripada CD tersebut
(ala, towel baru kan mesti basuh dulu
)
Selepas di rendam dan di rinse menggunakan washing machine
’sunning’ atau jemur CD anda ye
hari pertama iki menggunakan CD di rumah pengasuh/nurseri
beritahu pengasuh, sekiranya bayi anda poo/pee
hanya masukkan CD ke dalam plastik (tidak perlu basuh)
sama seperti apa yang mereka lakukan dengan diapers cuma jangan buang (hoho)
‘bekalkan’ 4 CDs untuk kegunaan anak anda semasa hari siang
semasa menjemput anak anda, bawa pulang plastik hikmat tersebut..hihi
Anda juga boleh menggunakan Lunatots Wetbag yang kalis air untuk mengisi lampin busuk anak anda
Dan sekiranya pengasuh membilas CD anak anda pun tak apa
Sebab wetbag ni kalis air
‘Anginkan’ wetbag untuk digunakan semula esok pagi
cara pengurusan CD, utk CD yang terkena najis
siramkan air ke CD itu untuk membuang najisnya ke dalam toilet bowl
Selepas itu, anda boleh membilas CD yang terkena air kencing dan air besar tersebut sehingga hilang baunya
wah..membasuh?
susah bunyi nya kan..
biar washing mashine does the job untuk menghilangkan warnanya
(sebaiknya letak CD anda didalam laundry bag untuk menjaga jahitan CD anda)
tips tambahan, sekiranya bayi anda poo
warna kuning najis agak susah ditanggalkan dengan sekali cucian machine
apa yang saya buat, saya letakkan sabun pencuci (liquid) di insert nya
dan buat ’soak mode’ selama 8 hours
alhamdulillah, kesan kuning semua tertanggal
elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian
pada inner (bahagian dalam) CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap
dah siap rinse dan spin, sidailah CD anda secara berjamaah di bawah kipas
sebab saya sidai di dalam rumah,
maka ianya akan mengambil masa semalaman utk kering
inilah rutin harian mommy iki
pagi pagi angkat CD dan lipatkan 3 untuk ‘bekal’ iki di rumah pengasuh pada hari itu
bagaimana jika bayi anda kecil, dan Lunatots CD ini tidak muat?
jangan risau, ianya mempunyai adjustable button

selamat ber‘cloth diaper‘ kalian
ianya tak susah, sama seperti breastfeeding
saya berCD & berBF adalah kerana kebaikan cloth diaper & breast milk
tetapi sebab paling utama, saya cuba mengurangkan keburukan & risiko bahan kimia dalam disposable diaper & susu formula
anda ibu, anda lebih tahu…
Check out artikel lanjutan saya di sini




wah Sue, sangat informatif lah n3 ini. cukup untuk intan forwardkan kepada Mr Hubbyku bagi menyampaikan niat suci murniku ini yang sedang berkira-kira (bukan berkira okehhh??) untuk membeli CD ini. Nanti jika telah mendapat approval dari dia, nescaya akan ku order CD ini dari kedaiLUNA@kedaimu jua….okeh…hehehheee
——–
haha : okeh intan, selamat menimbang nimbangkan…nanti YMing is sharing ku ye..
Bagusnya…sebenarnya lama da rose NIAT nak cuba. Ada le pegi nengok CD kat MLO aritu. Hmmm rasa mcm lum bersedia lagi le plak…harus hidupku bertmbah serabut. Tengok nanti, diskus2 ngan husband dulu. If jd bleh le calling2 or messaging2 ye (yg pasti bukan bulan ni le)…hehehhe. Kena cuba ni. At least cuba dulu time kat rumah.
———-
betul rose : cuba 1-2 keping dulu, sue dah berhijrah fully-CD dah..alhamdulillah, tak serabut dan kalau ku malas, ku biar je CD tu sehari dua dalam diapers pail..ekeke
Hai Sue.. nak tanya insert tu dia jual asing ke camana eh? maknanya kita kena ada lebih insert untuk spare la kan? sorry saya ni blur..hehe
—————
hi camellia : bila beli CD yang RM39 tu, dia akan datang dengan 2 inserts. camellia boleh beli lebih, harganya RM10 sekeping..
nanti sue jelas kan lagi yang mana blur di artikelku itu ye..tengs dear for the feedback.
hehe ok thanx.. actually I pegnant 1st baby ni..dah 38 minggu. Tengah menghitung hari la ni..mcm berminat nak guna CD ni since nanti ada maid..jadi apa salahnya menambah tugas dia yg memang tak berapa nak banyak tu kan. hehe. nanti dah diskusi2 dgn hubby kita contact awak ehhh…
untuk newborn baby, digalakkan pakai cd sebab mereka kerap poo & pee..
go green!
———
semoga selamat ye camellia : selamat melahirkan
dan kurang pendedahan terhadap bahan kimia
wah hebat n3 kali ni, suda lama ku tunggu. abg din da bising2 dryper hafeez da naik harge. waktu sesuwei memulakan project CD. bole akak bodek2 abg din ngan artikel sue nih. huhuhu…rase yakin da nk menambah tugas ku yg sedia byk dgn project CD plak la. x sabar nk oder CD, make sure ade stok yek, insyallah bln dpn. nak sambar 2-3 keping, wat eksperimen dulu.
——–
sue pun bising : akak, nak tau tak. CD ini memberi ketenangan pada mommy iki.
setiap kali menyalin CD iki, ku tersengih2 (boleh imejin?)
sebab ku tak rasa duit melayang layang pergi…..
okeh, selamat menimbang kan kak nurul, slow2..
Sue..dah decide nak try CD
..ingat nak order 2 leping dulu. tapi su rasa utk new born perlu tak extra insert tu or cukup je 2?
——–
camellia (eh patutnya buh nama sue kan) : buleh order 2 leping…(keping CD kan camellia…kikiki..) sue rasa newborn tak perlukan extra insert lagi..
nanti kalau camellia nak, baru bitau lagi ye..
Aaa ok. I nak order 2 leping(huhu) cd. order sini or masuk kedai nya miss Luna?
Baby I expected Boy so nak colour biru n hijau lembut tu lah..
———-
mama camellia : order di kedaiLUNA dear, nanti order sini, acik lupa…acik kan olwaysss…..sibuk update blog..ups maksud acik, sibuk buat kerja (pandang kiri kanan)
salam sue…menarik ye CD….
Akak pye anak pun akai CD 5 taun yang lepas..tapi kite panggil seluar getah…and napkin…akak pun BF…and, when you BF your baby poo and pee sikit je…penjimatan.Anak akak BF sampai umur 3 taun ( kakak ) and 4 thn ( adk ). Cd memang baik….terutama dari segi kiraan aloran wang keluar…yang penting rajin….
——-
salam kak sue : ye ke kak, wah akak kira otai dalam CD & BF ni, bolehla buka kelas kat sue yang amatur ini
nk tnya… sampai berapa KG boley guna CD ni yer?
)
mmg minat da lama tp nk kuarkan kos nyer… agak mahal dulu… yg ini lebih berbaloi….
———-
salam lia : CD boleh digunakan sehingga baby berat 13kg (mengikut apa yg tercatat di labelnya).
tapi mengikut experience sue dan kawan kawan, CD size berbeza mengikut jenisnya
dan serasa sue, CD yang sue pakai sekarang boleh tahan sehingga iki 2 tahun ++
(sehinggalah baby belajar utk menggunakan toilet sendiri
salam kak! erm! mmg ternyata kalau dikira2 menjimatkan. hari tu, leen ada pergi susuibu.com punya outlet kat bangi tu. nampak CD ni. tp saya rasa sgt pelik sbb saya tak tahu kegunaan dia smpi mcm ni skali punya bagus! good info akak taip entry ni. saya pun tgh bercita2 membuat perkiraan nak slow2 tukar la mcm ni… just nak tanya, total CD yg kita perlu berapa ya? 10 cukup ke?
———-
salam leen:akak pun cari info CD ni sebab tak puas bila tak faham betul2.
tapi sekarang akak sangat puas hati dan memang ianya berbaloi.
akak ada 10 CDs tapi akak rasa kelam kabut sebab kena basuh hari2
(tiada hari utk bermalas malasan basuh CD)
untuk permulaan, 10 okeh dulu..nanti baru tambah lagi 5 ke.. pelan pelan kayuh
wah bagusnya artikel ni. saya pun baru2 nak terjun ke bidang CD ni. hehehe. anak kecik 2 org. tak larat nak maintain dispo diaper tu. mahal lorr…
——-
salam zety:selamat menggunakan CD zety.
mama kan harus pandai berjimat
utk membeli barang2 mamademi anakanda tershenta..ahaks!ala sue…masa dulu pampers kan mahal..walaupun akak nie cikgu tapi baru mula nak idup…suami asik suruh pk macamana nak jimat supaya kami boleh saving. Kepuusannye ialah…BF and pakai lampin…tak terpikir pun pasal bahan2 kimia…padahal akanie cgu kimia..he he he…apa pun mesti rajin ea…yang penting akak suka betul ngan ibu2 muda2 yang lebih bersungguh membesarkan anak…almaklum ea, banyak sumber untuk belajar. Semoga kita semua dapat menlahirkan genarasi yang sihat dan pandai. Tapi bahagian psikologi jangan ditinggal….( ceh nasihat tu )
su kalau free…lawat la blog akak…http://suelovelyhand.blogspot.com
—–
nasihatiku selalu : akak akak, nasihat2 ku selalu ye. nanti ku dok fokus BF ngan CD.
muke masammmm sbb penat pun tak mencapai matlamat juga kan…keke
Mana kedaiLuna tu? actually tgh rushing, nak beli di mana di eBay ke di kedaiLuna :p tolon…cepat..eBay tu promo.sampai 22/12/2008 je (rumah kite tade inet la).no.kita 012-641 6547
——-
sal : kawan sue dah call sal kan..selamat berCD
salam sue..
1.ermm mcm mana kedudukan insert tu bila pakai cd ek?ada poket nk letakkan insert tu ek
2.nnt kalo baby poopoo, terkena kt insert ke? tak kena kt poket sekali kah?
sy agak muskil, tu pasal terpaksa bertanya..hehe
3. and kalau tukarkan CD ni in a day, perlu tukar keseluruhan cd or just tukar insert saje?
mak aiii..mcm soklan tak releven jer kan..tp daku mmg confuse lahh
jawab..jangan tinggalkan daku dgn persoalan penuh di kepala
—-
lydzar, relevan soalanmu itu. Mari ku eksplenkan:
1. CD mempunyai 2 kombinasi iaitu Pocket Pants (seluar antileaking yang berpoket) dan microfiber insert.
2.Bila baby poo poo, keseluruhan poop terkena bahagian dalam Pocket Pants(bahagian luar tak kena). dan biasanya baby akan wee wee sekali kan. Jadi insert akan basah juga dan perlu diganti.
3.Pemakaian CD ni sama macam pemakaian disposable diapers, maksudnya bila kita tukar diapers anak sbb dah penuh dengan kencing, begitulah kita tukar CD (again, CD ialah kombinasi Pants & Insert). Maksudnya tukar CD lain (Pocket Pants lain, Insert lain)
Diharap menjawab ye lydzar
salam..
nak tanya..kalau taulah..saya ada beli cd thai yg jenama palm n ponds 2…tapi sungguhlah mencabar kesabaran..anak saya pun fully bf..4 bulan +++..tapi sekali wee wee je terus basah lencun..akhirnya dia jadi marah2 gitu..sebab asik terganggu tidurnya..saya pakaikan juga bila weekend, siang sbb syg dah beli..byk plak 2…adoila..persoalannya..material cd thai ngan lunatots ni samakah?hehe..kalau x tau xpe..ke anak i mmg heavy wetter?tapi bila pakai dispo diapers ok je..
—-
salam ziah : cd palm and ponds hanya sesuai dipakai utk kegunaan siang(1-2 jam) sahaja.
kualitinya berbeza dengan lunatots. untuk kegunaan malam, sebaiknya gantikan cd anak ziah pukul 12 malam*sebelum masuk tidur (dengan 2 inserts lunatots). Ianya akan bertahan sehingga jam 7 pagi.
Tidur anak dan ibu pun tidak terganggu
salam,
)
ada 1 kemusykilan… apa maknanya “mereka rasa basah apabila mereka basah” kalau cloth diaper ni boleh bertahan dpd 12 tghmlm – 7 pg? maknanya baby x rasa basah spjg mlm???
—
Fatin:
Sorry sbb buat Fatin confuse.
Macamni, syarikat pengeluar disposable diapers sangat meng’war-war’ kan kepentingan tidur yang lena kepada bayi (dan parents mereka)
(Seperti ‘kepercayaan’ memberikan susu formula membuatkan bayi anda tidur lebih lena)
Ups, kita cakap pasal CD dulu ya (kan, saya cepat emosi!
Syarikat pengeluar disposable diaper menggunakan ‘tidur yang lebih lena’ kepada bayi tanpa memikirkan kesan sampingan bahan kimia yang lama terdedah pada anak anak kita.
Maksud saya ‘bayi yang sudah basah sepatutnya rasa basah’ ialah..lampin basah = 3 kali air kecil (lebih kurang 3 jam) *hanya sebagai panduan.
Penggunaan 2 inserts adalah utk anggaran 6 kali air kecil (6-8 jam) * bergantung kepada faktor2 lain seperti keadaan cuaca yg mungkin lebih sejuk menyebabkan bayi lebih wee wee pada malam itu dan menyingkatkan tempoh daripada 8 jam kepada 5 jam (mungkin).
Bayi akan rasa basah dan tidak selesa(merengek) ketika insert mereka penuh iaitu max 4 jam(1 insert) dan 6-8 jam (2 insert).
Harap saya menjawab soalan Fatin.
(Bila sangat excited, saya banyak melalut…hihi)
kak su… katne nak beli CD nih??? macam nak toray aje…
—
ihani boleh beli di http://www.lunatots.com
dear k.sue,
thanks for the CD..yana dh terima n xsabar rasanya nk introduce to my bb.
just nk dptkan clear explanation ttg pre-wash CD ni..berapa kali nk basuh n perlu sabun ke tidak?
after dh guna…basuh dgn sabun apa yg sesuwai?? bole ke guna nappykleen??
tolong ye k.sue…since yana kt jb ni xdpt la nk join gathering CD n Babywearing nnti…=(
kalau x, mesti byk info yana boleh dpt kan!!
—
Dear Yana,
Prewash guna air tanpa sabun, spin dan sidai sehingga kering
*Buat 2-3 kali utk lebih penyerapan
Kak Sue gunakan sabun basuh biasa jenama Tops (paling murah di pasaraya)
Air di level penuh dan sabun 1/4 daripada cup sabun tu.
Nanti kak sue update kan info terkini dari masa ke semasa ye
CAMNE NAK DAPAT CD NI YE,SGT BERMINAT NAK JIMAT BELANJA!!! I NK UBAH MENTALITI MY HUBBY BG DIA PAMPERS LG SONANG DIGUNAKAN TP GUNA BANYAK BELANJA..BBY BOY PTAMA 1 THN N COME SOON UJUNG BLN NOV NI ,NK TRY SGT CADANG CKIT BERAPE KEPING I LEH BELI, shinchan_sizuka206@yahoo.com
—
wan boleh dapatkan di http://www.lunatots.com.
Order di sana, preorder utk harga promosi dan item akan sampai ke Malaysia pada March 2009
Untuk permulaan, wan boleh dapatkan 10 cd untuk permulaan
Atau beli 2 cd setiap bulan
Hi..apa yer nama u
I nak cuba la CD ni
Nanti u sms me to this number then i akan call u
0126896175 @ 019210 4928
Cepat sms i nanti gaji abis melepas u
—
Hi Adzuan : Namaku Sue
Adzuan buleh kontek ku bila bila masa di 0125880515 atau terus ke http://www.lunatots.com untuk membuat order
Wahh…dah masuk gaji ye, jom kite pi kedai makan yang berdekatan tu!
hihi…
salam.
berminat nak tahu lagi dan lagi pasal CD.
kalau beli online, nak beli kat web yang Luna bagi kat Pematahati tu ye?
baby on the way, bulan 8 ni insyaAllah kuar la dia.
nak tahu, kalau beli size S, selama mane baby leh pakai?
kalau beli banyak2, takut membazir tak muat pakai pula..
—
Anis : Sue akan emailkan details mengenai CD.
Beli di http://www.lunatots.com
Anis boleh beli sikit2 setiap bulan, tidak lah terasa sangat keluar duit.
Lunatots CD ialah one size dari S sehingga L, maksudnya CD yang sama boleh dipakai sehingga umurnya 3 tahun (13 kg) insyaAllah
hai sue, nak tanya…my LO skrg 5bln=8kg dan punyai peha yg sgt chubby (yummy~!) skrg pun dah pakai saiz L dek kerana saiz M peha mmg tak ‘muek’…soklan ku adalah
1. agak2 muat ke lunatot dgn anakku~? sbb plan nk beli byk terus…hari tu masa gathering xsempat nk beramas mesra n belek CD2 itu huhu~
2. brand ni dr china ke? bukan buatan sini?
thanx in advanced =)
—
Nyum nyum Herni : Bam bam anakmu macam anakku
Jawapanku ialah:
1. Lunatots CD muat sehingga anakmu 13 kg. Usah risau, anakku 10 kg masih elok Lunatots di muntutnya..Lunatots CD is stretchable
2. Lunatots CD was manufactured at China tetapi brand, design, pemantauan kualiti dan khidmat after salesnya adalah dari Malaysia.
Pst…CD yang dinyatakan Made in US juga di manufactured di China
Dengan kata lain, Lunatots CD made in Malaysia..
lunatot cd nih lebih kurang mcm cd coolababy /bumgenius ker coz sayer pengguna 2 barnd tu..ingat nk beralih ke brand lain plak..
—
Yus : Susah juga nak cakap lebih dan kurangnya..iras iras, buleh? hihi
Terdapat perbezaan dari segi design dan materialnya
Yang buleh ku beritahu, kami akan memantapkan lagi kualiti Lunatots CD bagi membolehkan ibu ibu di Malaysia mendapatkan CD yang bagus dengan harga patut, doakan kami ye…Amin..
bila nk dpt cd?(yg dah pre-order)dah x sabo dah ni..coz fully cd kt bby…de 5 jer..x larat nk basuh..pas pakai trus basuh….ponat
—
Yus : CD akan sampai dalam tempoh 2 minggu lagi, insyaAllah
Sue akan cepat2 edarkan CD sebaik sahaja ianya tiba ye
kak su leh lg wat pre-order ke..n stil dpt harga rm45?
tanye je:)
—
Boleh Mumu : Sehingga stok sampai Malaysia, harganya kembali ke harga asal..
ini pertama kali dengar
kwn post kn info ni
so mane nk beli for trial CD ni ?
—
Azian : Boleh beli di http://www.lunatots.com untuk preorder.
Tak perlu bayar lagi, bila dah sampai next week baru Sue contact utk pembayaran
salam sue..sy berminat nk try CD gak ni..ada tgk promo pack kat lunatots yg hrga RM200++ tu for 5 pcs. bleh tak kalu nk amek kaler campur2? he3.. lagi satu..kalu wat pre order kena byar deposit ke? Maknanya guna CD ni kena bsuh insert n pants jgak kan? x sabar nak diskus ngan main sponsor DD nih (bapaknyee..) msti my hubby setuju 100%.
—
Mommy Hasya : Buleh ambil warna campur2 tapi satu jenis sahaja iaitu Velcro CD
Preorder tak perlukan pembayaran apa apa
Sue akan contact Mommy Hasya sebaik sahaja item tiba
Yup, apaknye mesti setujuk dan gumbira :nyit nyit:
sue, ada soalan lg nih. CD yg dh dipakai n basah, kalu peruk dlm beg until ptg x mnyebabkan tahi lalat or yg seumpama dgnnya ke? tkut nnti berkulat plak..
—
Salam mommy Hasya : CD yang dah dipakai dan basah dengan urin mahupun terkena stool boleh tahan sehingga ke 3 hari tanpa dicuci
InsyaAllah tiada tahi lalat kerana materialnya dicipta begitu
Walaubagaimanapun, petang tu buang stool dan bilas urinnya sebelum di shampaks ke diaper pail
Dalam diaper pail boleh tahan lama sehingga ke 4 hari
sue..soalan lg..apa bezanya lunatots CD ngan yg velcro pants ni? price x sama kan. yg velcro ni w/out insert kan?
—
Mommy Hasya : Ada 2 jenis CD Lunatots, snap button dan velcro.
Velco lebih praktikal dan mudah utk dipakaikan pada baby sementara snap button lebih durable dan tak terlekat2 benang masa basuh.
Harga utk Snap Button CD RM45 utk 2 insert (Pre-order price) sementara Velcro CD RM49 untuk 1 insert (Pre-order price)
salam sue..terlepas la nak wat pre order..pasai dok kt kg seminggu x dpt tenet..so x dpt special price dah ye? baby I br nk masuk 10 bln tp berat dah 12kg rsnya(last mnth masa tgh dmm dh 11kg..) Mmg x nmpak cam baby lgsung, dh mcm 2 thn pun ada. Risau la kalu x muat… agak2 muat x saiz yg paling besar tu? Or I beli satu dulu lah try kan?
—
Mommy Hasya nak yang mana satu dear?
Nanti Ahad depan, calling ku..kalau kalau ada lebih, ku asingkan utkmu
salam sue..agak2 kalu my baby x muat..bleh return tak?? he3 nak order tp wisau lak x muat..
—
Hasya : Kalau tak muat, tak buleh return. Apa kata Hasya datang rumahku, dan test terus?
Buleh mamanya berbual
LEH SUGGEST CD YG MANA SESUAI UTK BBY WAN YG UMUR SETAHUN N BBY AKAN DATANG
—
Wan : Lunatots CD sesuai utk baby newborn sehinggalah usianya 3 tahun (13 kg)
Ada adjustable button di bahagian hadapan
Mungkin Wan boleh pertimbangkan Package of Five yang lebih jimat
http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?products_id=381
camana nk pi umah cik sue oi.. sy kt kedah ni haa..ok la gamble je la beli..kalu x muat bleh simpan utk adik Hasya..he3
—
Ye ke mommy Hasya : jauhnya dirimu…
Okeh..simpan utk adik Hasya (ehem ehem, ada plan suda ye…hihi)
haha..bestla baca penerangan kat sini.sgt informative & funny as well.sy br je berjinak2 dgn cd ni.br bli 4pcs.ms tu x jmpa lg website u.tp sy mmg nk tmbh stock cuma leh suggest sy CD yg bgus x?sy ada bli yg murah hrtu dlm rm50++.tp kualiti mcm x berapa ok.cam pns je kain dia.advice skit
—
Rin : Bila Rin beli CD, Rin kena perhatikan material luar, dalam dan tebal insertnya.
Alhamdulillah setakat ini review daripada pengguna Lunatots CD memberangsangkan dan tidak panas kainnya..
Saya suggestkan Rin ambil Package of Five http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?products_id=381
Selamat ber fully-CD
salam…nak beli di mana ek CD ni??saya baru jer tau pasal CD ni dr kwn..boleh tolong saya???
—
Salam Wahida : Nice to meet you semalam, nanti datang rumahku bawa Khairina lagi ye..
salam…insyaAllah akan ke sana lagi..lps ni akan ku usaha bawa kereta sendiri n tak sesat lagi…
—
Wahida : Jemput datang…ku seronok kalian datang terjah tau..
Lepas ni confirm tak sesat kan
So, I have a question for you…. I love reading about newborn baby stuff but how do you have time to gather and post all this info AND be a parent?
I guess for our sake I’m glad you do, but it seems like a lot of work!
—
Dear Jane : Being a parent is the only thing I do best since I am not good in study and work..ahaha!
Thanks and keep reading
Salam, Kak Sue.. Nak mintak kak sue datang opis buat demo la kat kami. Sebb lin masih banyak nak tau n tanya, nak comment2 ni tak puasla. Leh bagi email address? kat shoutbox ni tak leh bukala email kak sue.
—
Salam Lyn : Malam nanti akak reply emailmu ye dik..
Email akak info@lunatots.com
Nanti akak terjah ye dik!
Salam sue..dh received CD yg I order tu, tp sayangnya muat-muat je ngan si hasya, cmana nak pakai lagi 2 taun..(hasya br 10 bln)..thinking of buying a few more but lunatots punya x bleh la kot. bleh x suggest kan CD mana lg yg bagus n ada saiz L. ada tgk from MLO website tp x detail la penerangan dia cam sue buat. just wondering, sama ke handling n care instructions utk semua jenis CD. tq vm.
hai sue, sukala dgn ntry u informatif..nak tanya boleh ke i basuh CD dengan pakaian2 lain dlm WM enventhough i sumbat CD dlm laundry bag?
tq
—
Boleh mumy jj cuma biasanya reason mengapa kita asingkan basuhan CD dan baju kita ialah :
1. bimbang air kencing dari CD yang tidak dibilas bersih terkena baju lain yang kita nak bawa bersolat.
2. mungkin sabun yang digunakan utk membasuh CD anak dan baju kita adalah berlainan jenis dan fungsi (baju kita memerlukan pelembut sementara CD tidak)
Nak juga bertukar from DD to CD.. but dunno how… Baby dah 11 bulan.. weight 9.5kg.. apa size yg sesuai & kos utk CD? hehehe.. Bajet tetap kena bajet… hahahah
—
Salam MamaQaypo : Anda masih boleh menggunakan CD utk anak selagi dia menggunakan DD. Rujuk artikel http://www.diyaluna.com/CDv2.pdf utk maklumat lanjut.
‘bagaimana jika bayi anda kecil, dan one size CD ini tidak muat?
jangan risau, ianya mempunyai adjustable button
oh ya, ada yang bertanya kekompiusan
di sini saya jelaskan, CD yang berharga RM49 mengandungi 2 inserts
maksudnya tidak perlu beli lebih insert, 2 sudah mencukupi..’
saya nak tanya la.. kat sini tulis cd berharga rm49 mengandungi 2 insert tapi saya order harga rm50 sekeping ada 1 insert je?
—
salam zlan : CD yang berharga RM49 yang dimaksudkan ialah Snap Button CD semasa promosi sementara CD yang zlan order ialah Velcro CD.
Saya harap saya menjawab soalan zlan
slm sue.. nak tanya cd velcro ni ader berapa colour ek…memandangkan snap button akan sampai end of apr ni bole tak kila beli campur2…harga utk snap button braper ek? tak buat pre order ker untuk snap button… (bole buat budget siap2..heheh)
salam ksue, br je jinak2 baca pasal CD nih. rupanya byk buruk ye pakai dispo diapers. ingat nak try, tp ada bayk jenis la plak ye, velcro la, snap button la, suggest skit mana yg ok n value for money. bleh gak nak try. saya pun pecinta alam sekitar. Go Green…
—
Salam Kin : Tahniah kerana memilih yang terbaik utk anak dan alam sekitar!
Ikin boleh try Velcro Package of Five – Promotion berakhir 20 April, dapat satu CD dengan harga RM46.60. Velcro lebih mudah dipakaikan pada baby
ala ksue, nape cepat sgt promo abis, 20 april x smpat la dpt gaji. ape kata sempena Earth Day 22 April ni ksue x10kan promo tu smpai end of this month, smpatle parents2 kat luar tu nak fikir panjang (sebab banyak hari lagi) nak beli promo yg berharga 233 tu hehe… sebenarnye tggu gaji le utk beli 233 banyak tuh…
—
Hihi : Ikin, Earth Day ye 22 April ni..waha..Ada apa apa kita sebagai ibu buleh buat tak?
:Mode menggediks akak dah mai..ekek:
Promotion berakhir 20 April 2009 kin, akak dah war warkan pula..
assalamualaikum…hai sue
walaupun saya blom ada baby,saya amat suka m’cari info yg b’kaitan dgn kehamilan & baby.
saya rasa CD ini amat bagus untuk ibubapa b’jimat..
insya Allah,bile saya dh ada baby nanti,saya nk guna CD…
tapi saya rasa tak ramai org yang tahu pasal CD ni..
sue tak berminat nak cari pengedar ke??terutamanya untuk kawasan2 luar KL…
saya nak tny yg adjustable boleh start dari new born sehingga umur brp?
—
Aren : Dari Newborn sehingga umurnya 3 tahun (15kg)
hai sue….mmg cadang2 nk pakai cloth diapers tp tak sangka pulak ade jenis ni..ingt jenis yang biase lipat2 jadi bentuk segitiga tu n plastik cover tu. hihi..tgh kire2 nk beli jgk.. baby on the way insya allah bulan puasa nanti. soalan ‘tak brapa nk pandai’ saya ialah …bile kite pakai CD ni kat baby kite, baby tak payah pakai seluar la ye? skian time ksih…
—
Ayuni : Terpulang pada Ayuni, nak pakaikan seluar pun boleh. Tak nak pun boleh. Sama macam baby pakai DD (disposable diaper)
and sue…agak2…dalam bulan september nanti ade lagi tk promo CD nih..? nk order skang mcm..tk tau lagi size ape kan….
—
Ayuni boleh beli sikit2 jadi tak rasa beban sangat..Lunatots CD muat dari newborn sehingga 3 tahun (15 kg)
adooiii….(overacting anak wayang) saje try nak wat order online so nti dah tau cara nye kan. n mase tgh acting nak order velcro CD tu tk jumpe pun remarks field utk letakkan colorcode… try byk kali dah ni… di mana ka letaknye remarks field utk color code velcro CD itu ye? tq…
—
Sebelum Ayuni sudahkan order, akan ada field untuk remarks sebagai bahagian nota utk reference Kak Sue.
Kalau tak jumpa, email kak sue di info’at’lunatots.com pun boleh
sue.. camne nk beli CD ni selain dr beli kt lunatots.com?
—
Nisa boleh datang ke rumah Sue http://www.diyaluna.com/diary/2009/02/12/lunatots-showroom/
saya pn br jer berjinak2 dlm dunia CD ni.. agak terlambat gak la sbb BB dah 13bln maser tue.. even tho mmg dh tau psl CD ni tp sbb xpnh try so xtau la benefit nyer.
after few trials, i can see the different nyer in term of financial and my BB skin..
mmg jimat and skin BB pn xder rashes pn.. tp blum ready lg tuk ber-CD bler outing..
bleh tak kasik tips if nk ber-CD bler outing ni..
—
Dear kambing bujang : Nanti boleh cuba Lunatots Cloth Diaper pula
CD tu buleh simpan utk adik2nya nanti kan…
ala kaksue…
promo dah abis ke untuk snap button. xsmpat nak pre-order,
ingat nak tambah lg CD br 5 je, jenuh basuh hari-hari.
bila lg nak promo ni…
—
Shikin boleh order Package of Five ni http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=41&products_id=426
salam..saya ader kemusykilan sikit… benda putih kat tgh2 tu dijual sekali ker dgn cd ni or kene beli asing2…
ummi haiqal ni tgh bersemangat nak bagi haiqal pakai wpon haiqal dah 1 thn 7 bln.
—
Fatonah : Haiqal masih boleh menggunakan CD selagi dia masih menggunakan diapers
Insert disertakan sekali dengan CD Lunatots.
hi…saya dh tgk lunatots nie..nampak cam ok..
cuma..,cara nak guna die,,tak fhm la..
—
Wahida : Cara menggunakannya adalah sama macam penggunaan disposable diaper, bezanya ianya boleh dibasuh dan diguna semula
Refer link ini http://www.diyaluna.com/CDv2.pdf
salam su,
CD lunatots ni leh pakai tak dgn insert dr brand yg lain?mksd saya ngam/ muat tak?
—
Salam Rina : Sue tak pasti mengenai itu kerana insert Lunatots fit dengan Lunatots pocket pants.
bila baca ni ni, terasa nk stat CD utk damia sekrg jugak..
heheheheh… tp lom tanya lagi ngan bb sitter dia sanggup ke tak handle CD…
ingat nk try hujung minggu dulu…
—
Laila : BabySitter tak perlu basuh apa apa,cuma basuh bontot baby sahaja. Bungkuskan CD berserta poop/yg dah basah ke dalam plastik/Lunatots Wetbag
Bagaimana untuk mandapatkan CD tersebut
—
Hisham boleh beli di http://www.lunatots.com
Sue , aku ade 2 org ank yg pandai poo & pee tapi x leh nk cakap lagi… yg sorng tu 2th n another one 3th, ni bini aku tngah mengandung. aku tengok cd ni mcm best je…. ni bini aku x tau lagi niii. kalo die tau,,,kompom dei suh aku order…
—
Mancertex : CD memang praktikal dan menjimatkan bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
Sue nak dapat anak lagi sorang November ni pun tak gusar tentang susu dan diapersnya kerana sudah pasti jimat disitu
kak sue,
pre order sutk snap button tu biler boleh buat yer?
ke da abes?
pastu kalau nk pilih kaler banyak2 utk snap button nk kna tunggu sampai biler?
—
Salam Pinkedish. Preorder insyaAllah akan dibuka pada minggu ini. Pihak Lunatots sedang dalam perbincangan utk finalize beberapa perkara.
InsyaAllah CD akan sampai pada pertengahan Ogos
oo.. kalau mcm tu sy nak buat preorder la.
boleh sy tahu mcm ne nk buat preorder tu?
—
Pinkedish : Saya akan announcekan cara2nya dalam masa terdekat.
salam sue,saya nie rasa berminat benor dengan CD nie,semalam suami ckp dia ada tgk kat tv.so camna nak beli nie,dealer kat utara tak de ke??
—
Salam Faizah : Faizah boleh beli di http://www.lunatots.com ye.
salam puan sue nk tya,kalau baby pee atau poo,kalau taknak guna washin macchine bleh tak guna basuh tgan,aper bhan cucian yang sesuai nak digunakan dan setiap cd ada bper lapis helaian white cloth tue??
—
Salam Fazral, boleh basuh guna tangan cuma mungkin sedikit susah utk menghilangkan kesan najis.
Gunakan sabun yang tidak berenzim, berpeluntur dan berpewangi dan setiap insert Lunatots mengandungi 3 lapisan mikrofiber utk lebih serapan
assalammualaikum
saya mempunyai sorang anak pmpn umur 4 thn (dis 2005). masa kecik (belum setahun) saya mmg pakaikan dia cd sbb pada saya mmg mjimatkan,selamat dan sesuai dgn kulit dia yg alah. walaupun susah sikit sbb kna basuh selang sehari tapi demi anak x pe la kita berkorban. dia pakai cd sampai umur dia 2 thn lebih (dah pandai ckp nak buang air kt toilet). skrg ni suma cd tu saya simpn elok2 utk bakal adik2 dia, insyaallah. kpd yg nak mencuba cd, saya mmg menggalakkan dan menyokong 100%

—
Wah Zu dah biasa dengan CD ye..alhamdulillah anak kita sama sama dapat manfaatnya kan
Dalam masa yang sama, persekitaran kita tidak terjejas dengan pembuangan disposable diaper anak kita.
salam. excellent info, timakasih byk2 kongsi ilmu.
—
Sama sama Momy Maryam, semoga sama sama kita dapat manfaat
tgh semangat ni nk try CD..
dh tangkap 3CD dan 5 inserts… hohohohoh….
wish me luckk…
pas raya nk tangkap lagi 5.. sila simpan stok yeee… hehehe
—
Wah Laila : Jom jom kita ber CD-ing! Hijaukan bumi…hihi
Hai Sue.. sy mmg berminat nk bli cloth diaper ni dh lama tgk tp mcm u jgk ssh nk wat keputusan. So sblm tu nk fhm btl2 sblm buat order. jd sy nak tanya insert tu dia jual asing ke camana eh? cthnya klu kita bli AIO button cloth diaper yg harga rm47 tu adakah kt kena bli plk insert dia? sorry saya ni blur..yg sy fhm skali tp my husband lak ckp asing so tlg trgkan blh? dan yg utk penggunaan disiang + mlm hr tu xde yg jual package ker? 1 lg blh tak u tlg bg pendpt + btau + pilihkan utk sy yg mana elok dan bgs utk sy bli. Ank sy skrg umo 1thn 1 bln. tq
—
Salam Ninie : AIO dah ada insert di jahit bersama sama. Lebih mudah dipakaikan kepada bayi tetapi agak lambat kering dan susah hilang warna kotoran.
Jika jenis berpoket, satu insert disertakan sekali bersama sama cloth diaper. Walaubagaimanapun ianya perlu dimasukkan sekiranya mahu dipakai.
Ada package of five di sini. Untuk permulaan, Ninie boleh cuba jenis berpoket terlebih dahulu
Boleh datang ke showroom kami di Cheras utk lebih info
wah seronok dgr anak2 yg dpt mencuba cd.Tp sy nak tau, ada ke size untuk anak berumur 1 thn lbh dgn berat 18 kg muat pakai cd ni?sy mmg berminat dgn cd ni tp sy x berani mencuba tkut xde size untuk ank sy.Dia mengalami ruam lampin yg agak byk jgk.. mintak nasihat cikit……..
—
Lin, saya cadangkan Lin datang ke showroom Lunatots untuk melihat sendiri samada baby Lin muat tak lampin kain moden Lunatots
Alamat kami ialah : 16-2-1, Blok A, Jalan 5/101C, Cheras Business Centre, 56100 Batu 5 Cheras, Kuala Lumpur.
Hubungi saya di 0125880515 sebelum datang
Pn sue, sofia nk tanye, kite boleh guna CD ni untuk jangka masa kan (selagi ok) tp confirm ke takde kuman/bakteria yg kite tak nmpk walaupun dah di basuh yer..?
—
Salam Sofia : Mengikut konsep ‘bersih’ dalam Islam, ianya tiada warna, bau dan rasa. Jadi selagi CD ini dibasuh sehingga hilang warna dan bau, ianya bersih
Biasanya concern ibu bapa ialah bahan kimia yang jauh lebih berbahaya terhadap anak dan alam sekitar (berada di dalam lampin pakai buang) berbanding isu bakteria dimana risiko untuk mendapat ruam lampin meningkat sebanyak hampir 80% dengan penggunaan lampin pakai buang.
Dan selagi CD anak Sofia bebas bau, ianya bersih dari bakteria
salam pn luna…alohai sonok baca tentang cd ni…saya baru ke belajar pakai kan anak CD ni belom pon seminggu…mula2 kene la sabar…mula2 saya tak tahu kene basuh dulu cd n insert…saye trus pakaikan…saya tak di beritahu kene basuh…baru sejam pakai dah..bocor…agaknye sbb x basuh kot…tapi anak saye memang kuat pee…saya ingat sbb tu…minta pn luna advice saye boleh x….TQ a lot
—
Berapa umur bayi Puan Nieta? Bagi bayi berusia atas 1 tahun terutamanya yang minum susu formula, kencingnya agak banyak dan cepat bocor dimana sekeping cd dengan 1 insert boleh tahan 1 ke 2 jam sahaja.
Bagi mengatasi masalah kebocoran, ibu perlu alert dalam selang masa 2 jam atau puan boleh menggunakan insert hemp (insyaAllah akan available di Lunatots pada bulan hadapan).
mummy dah borong pakej beli 5 + 5 inserts kat sarakids ttdi semlm…hehehe…siap booking awal2 sbb mase g mggu lps byk kaler out of stock…on d same day hawa call stock smpi…insert jer pending…
Beli sikit sikit sementara menantikan kehadiran sikecil
Anda akan rasa berbaloi semua effort anda itu!
xpe…janji dpt CDkn baby nnt…Go GREEN!!
—
Wah mummy_rn
Salam Sue,
Boleh beli CD pakej for 5 through website ke?
Payment terms macam mana?
—
Salam Ibu Adriana : Promo Pakej of 5 sudahpun berakhir, payment term boleh dilihat disini http://lunatots.com/shop/shipping.php
Hai…,saye mule tertarik bila CD ni ade kluar dekat majalah PA&MA.
Tp macam mne klu sye nk beli dlm kuanti 5pc keatas..?
xde discount ker..?
—
Salam Suzieyana : Buat masa ini tiada diskaun sebab harga Lunatots lampin kain berpadanan dengan kualiti dan material yang kami sampaikan
huhuhhu…..gramla…..nape xtau psl CD nie 3taun lpas…..msti dh bjimat skan….erm Pn Sue, jangka hayat CD tue brape lame ek?yela ank kite Tisya dh 3thn n dh x pkai diapers since 2thn 3bln…..(actually Tisya BF smpai 2 1/2taun……jimat3x!!!)So, kot Bie nk bli CD tue tp pkai mayb utk future bb, leh ke?bkan ape, mane taula taun2 yg mdtag2 tetibe CD nie ilang plak…..bagus la CD nie…..teruja mlhatnye…..Good Job Ladies
—
Bie, boleh. CD ni mcm kain baju yang boleh dipassing kepada anak2 yang lain.
eh…..(hehehe) soryla Pn. Sue…lupe nk tanye….mcm kite kn stay kt JB, ktne ek gamaknye leh dpt kdai yn mjual CD nie?kot dpan mate tue mcm puas memndang la….nnt nk xplain kt hsband yg agak blur….nk kne tnjuk demo dpn mate baru pham….
—
Bie boleh refer senarai reseller di laman web lunatots
salam.
kak sue chantek..
saya tempek kan article ni pula eks..
ampun maaf minta halal..
salam k.sue, masa mula2 beli ok… tapi skrng ni cpt dan sllu bocor. kenapa ye? mgkin sbb sabun pncuci ke? kalau kita basuh x paki sabun blh ke?
—
maria boleh cuba buat strip washing atau cuba tambahkan hemp insert di bawah mikrofiber insert.
Kalau basuh tanpa sabun, susah warna najis nak hilang dan fabrik pun tidak berbau segar.
hye sue…dah berbulan2 saye surf pasal cd nie..tapi masih blur..alih2 ptg nih terjumpa ur site…very good explaination..terus faham…
—
Selamat ber CD ye Farah
Sy nk cuba.sy akn cuba c0ntact sue dlm msa tdkt nie.nk kira budget dlu.
—
Salam Rohani, selamat mencuba!
normal ke kalau insert mjadi kuning selepas lama digunakan? saya ada koleksi 20 keping cd utk anak saya..tp cd yg lama tu insert nya agak kekuningan…
—
Puteri , insert adalah dari material mikrofiber macam kain tuala kita. Kalau tuala mandi putih pun akan berubah warna selepas beberapa basuhan kan? Faktor lain juga mempengaruhi macam air yang digunakan utk membasuh (kadang2 kuning), dan sabun. Puteri boleh cuba tips2 memutihkan tuala seperti basuhan dgn air panas.
memang kdg2 saya ada rendam insert dgn air panas…kdg2 saya guna dettol utk bunuh bakteria, hahahaha (agak2 nya sesuai tak cara saya tu?), saya cuci cd & insert dgn pureen HAD…ok ke?
memang kdg2 saya ada rendam insert dgn air panas…kdg2 saya guna dettol utk bunuh bakteria, hahahaha (agak2 nya sesuai tak cara saya tu?), saya cuci cd & insert dgn pureen HAD…ok ke?
wetbag yg ada tali tu takde lg ke pn sue?
kenapa lapisan dalam cd saya tertanggal ek? maksud saya lapisan yang seperti getah tu?
—
Puteri : PUL yang sering terdedah kepada matahari atau sabun yang terlalu ‘kuat’ boleh merosakan lapisan PULnya.
kalau mcm tu kena jemur dlm rumah jer la?
—
Elakkan cahaya matahari secara terus dan biasanya saya sidai dibawah kipas kecuali pada hujung minggu.
saya nak beli benda ni tp taktau kat mana..dkt bangi kat area mana?sy ddk bangi area bandar seri putra
pls.
—
Zarra boleh refer link ini untuk lebih details http://www.diyaluna.com/diary/2009/10/26/lunatots-showroom/
salam sue..
sy br je pakai lunatots…tau pasal CD ni pun dr member.nyesal rsnya xtau awal2 sbb dh byk membazir beli pampers utk ank sulung..bila ada bby br lg la bertambah kos pampers..huhu…rsnya pakai CD ni xde la ssh pun..kene rajin sikiiiit je.. sy nk pakai CD ni exclusive utk dua ank2 tuh tp masalahnya pengasuh xnak..dia ckp kalu baby sy yg kecik tu pakai CD dia ssh nk tdo..so bila kt umah pengasuh dia pakai pampers..kt umah je pakai CD..camne sy nk yakinkn pengasuh ni???
—
Salam Ros : Macam Sue dulu, memang tak hantar disposable diapers ke rumah pengasuh. Jadi, pengasuh tiada choice.
Lepas tu sembang dan beritahunya “anak saya jenis ruam, kena pakai lampin kain” Ianya mungkin membantu!
ye ke susah tidur? bg saya ok je..