cerita teman

kalian, terima kasih atas ucapan tahniah
sama ada di blog, sms, YM mahupun yang calling is sharing
serius acik terharu, asyik senyum2 dari semalam sampai ke pagi ni
macam baru dpt tau pregnant lagi sekali yepinya

dah penuh sangat dengan cerita saya
mari saya cerita pasal seorang teman
saya kenalnya di YM pada May 2008, masa dia nak beli Mom’s Precious Set

untuk anak keduanya yg bakal lahir pada September 2008
dia risau kalau dah invest duit banyak tapi tak mampu nak bf eksklusif
hari hari kami ber YM

saya faham perasaannya, sbb perasaannya sama macam saya mula2 nak beli Spectra 3
bukan murah kan..beratus ratus sekali keluar
hb saya asyik menjeling pam & beg semasa mula mula kami beli
sambil baik hati ingatkan saya yg harganya ialah RM570.50 (semasa kami beli)
cait!
sekarang ni abg utang syg taww…(okeh, ni dialog saya. bukannye cerita teman tadi tu - nak interprem jua)

dan apa yg boleh saya buat, saya akan guide dia
mengenai breastfeeding, mengenai storage, mengenai konsep bf, mengenai pam

bayinya lahir pada 28/8/ 2008 awal 2 minggu dari due date
dia macam semua ibu yang lain, turut mengalami beberapa masalah awal semasa breastfeeding
tapi dia cekal orangnya, kan ‘ibu’ memang diciptakan begitu :)
tiada yang mustahil untuk menyusukan anak sendiri
kecuali atas pengesahan doktor yang ibu & anak itu mengalami beberapa indication yg mereka tidak boleh meneruskan penyusuan.
(akan acik cerita kan kemudian)

dan beliau sudah mula bekerja Isnin tempohari (3 November 2008)
‘adik’ nama panggilan bayi shomels itu
tidak mahu menyusu melalui botols
susah hati ibunya lalu saya sajeskan botol MAM
kerana beberapa teman termasuk saya sendiri mampu memujuk anak menggunakan botol ini
harap2 adik mahu terbujuk :)
dan semalam dia beritau saya, yg adik mahu minum dari botol MAM
berita gembira untuk saya, apantah lagi untuk ibunya!

dan yang paling mengkagumkan saya
beliau ada 230 stok ebm sebelum masuk bekerja!
ternganga saya!
lantas saya minta ijin ceritanya untuk saya pamirkan di blog

ini deep freezernya yg baru dibeli kelmarin
khusus untuk stok ebmnya!
nota laktasi : ebm tahan selama 6 bulan di dalam deep freezer

dan ini stok ebms nya!

untuk adik tanda kasihnya ibu & papa :)

kalian yang sedang mengandung,
kalian juga boleh melakukan
saya ceritakan cara cara membuat stok semasa dalam pantang:

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
- (Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya  tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
- (Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital

2. Bila harus mengepam?
- Refer case 1 - setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
- Refer case 2 - 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
- Case 1 - 15 minit sebelah breast
- Case 2 - 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
- Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
- Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
- Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
- Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping - khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta :)

Selamat mencuba.
Salam sayang, dari kejauhan (macam kat obersea sket)….
sue shanteks (bleh :P )

Leave a Reply

2 Responses to “cerita teman”

  1. Comment by intan@imsintan

    wahahahhaaa…kagumnyer tengok stok dia…jeles…jeles….hehehheheee…

    ——————————
    sue pun jeles : seronok kan intan..sue nye pun tak sebanyak itew..suenye 1/10 daripada 230 bekas.hiks!

  2. Comment by awe

    salam sue,
    thank you very much for helping us :)
    serius sue, mmg ko tolong aku byk sgt utk breastfeeding ni…
    heheh sll kaco call hang citer bf prob…
    sue, aku da suggest web hang kt ramai org ni :p
    moga2 dpt byk untung, leh jadi rezeki iki & adek2 nya…
    skrg suda ada belas2 ebm, targetnya ratus2… doakan ya :)
    ———
    sue sambut salam : awe, sama sama. ku memang nak ramai ramai ibu menyusukan anak kita.
    nanti bolehla sharing is caring ramai ramai kan we..
    selamat menyusukan, selamat membuat stok
    selalu ingat dalam hati, tenangkan fikiran…humayra akan membesar sekejap je
    macam iki,dah pun hampir setahun…jadi fully utilize kan kesempatan ini utk mengulit & menyusukan dia ;)