Spectra 3


Entri ini khusus utk Spectra 3 seperti tips2 penjagaan, harga, servis etc etc.
Ups sebelum acik menceceh panjang2, entri ini hanyalah kompilasi daripada pengalaman saya sepanjang mengendalikan Spectra 3 dan pelanggan2.
Ianya tidak mewakili kenyataan daripada UzinMedicare (tuan punya brand Spectra) ye.

Spectra 3 breastpump adalah pam elektrik standard hospital yang dikategorikan sebagai the most affordable breastpump in the Malaysia market.
(saya lah yg menkategorikannya mengikut pandangan matahati ku, selaku duta Spectra lantik sendiri)

Anda boleh refer no pada gambar di atas sekiranya perlu
(tengoklah kalians, acik sesuko hati shontengs2 gambo Spectra 3 di atas)

Tips Penggunaan / Penjagaan Spectra 3

1. Mulakan dari minimum ke maximum perlahan2 (sehingga mendapat kekuatan suction yg anda mahukan), dan kembalikan knob(bahagian no 2) ke minimum sebelum meng-off pam
Sebab: Supaya knob itu tidak stuck dimaximum. Ini adalah kerana, utk mommies yg dah biasa menggunakan Spectra 3, dia akan terbiasa dengan suction max yg paling akhir (jadi ala ala malas nak pusing2kan knob)
Perhatian! Semasa memusing keminimum, tidak perlu sampai tercabut knob (kalau tercabut pun, hanya perlu pasang kembali sahaja-tiada masalah). Hanya perlu pusing ke arah min sehingga terkeluar sedikit bunyi angin kus kus.

2. Jangan pusing2 ke arah maximum secara keterlaluan
Sebab : Terdapat bahagian yang mudah patah jika anda tolak ke arah max secara keterlaluan (pusing sekuat hati)
Akibat : Pam anda akan tiada suction dan perlu dihantar ke pusat servis.

3. Pastikan semua bahagian (no 4, 5, 6, 7 dan 8 ) dalam keadaan kering.
Sebab : Kehadiran air/wap air dalam bahagian2 tersebut akan menyebabkan air tersebut disedut ke dalam pam anda
Akibat : Menyebabkan patch di bahagian bawah motor yang boleh menyebabkan motor pam anda rosak.

4. Pastikan susu tidak termasuk ke bahagian dalam pam.
Sebab : Sama seperti tips no 3
Akibat : Juga sama seperti tips no 3
Cara mengelakkan perkara itu berlaku : Pastikan postur anda dalam keadaan tegak semasa mengepam (bukan membongkok). Perhatikan dan kawal sesi pengepaman semasa letdown refleks berlaku.

5. Kerap hantar pam anda ke pusat servis
Sepanjang 6 bulan pertama, servis adalah percuma. Jadi hantarlah untuk servis (tambah grease,check suction, pam berbunyi kuat bagai) (free things are the best :) )
Selepas warranty tamat tempoh, anda boleh menghantar pam anda 3 bulan sekali untuk servis (caj semasa adalah RM50-may varies accordingly)

Proses Menghantar Pam ke Pusat Servis
1. Sentiasa simpan warranty card anda. Ambil tahu yang warranty anda bermula 6 bulan dari Purchase Date yang tertulis di kad tersebut.

2.Hubungi Histopoint di 03-5631 7288 (Zhang Ling) untuk meng-arrange proses penghantaran (samada dihantar sendiri oleh anda ataupun dicollect oleh Histopoint (bercaj)

3. Proses servis/repair akan mengambil masa 1-2 hari (bergantung kepada kadar kerosakan). Pastikan anda mempunyai backup pump (samada manual ataupun iSpectra)

Durability Spectra 3 ialah 1500 hours

Berikut adalah kira kira yg dibuat oleh saya:
Biasanya ibu mengepam 20 minit * 3 kali (di ofis) bersamaan dengan 60 minit(1 jam) sehari
Sebulan ibu mengepam selama 30 jam (hari bekerja adalah 20 hari, ada extra 20 jam di situ)
1500 jam di bahagikan dengan 30 hari ialah 50 bulan
50 bulan bersamaan dengan 4 tahun
Secara rambangnya, Spectra 3 anda tahan selama 4 tahun!
(turut bergantung kepada cara penggunaan)

Pendapat peribadi :
Pro - Affordable & Suction yang tidak menyakitkan. Yang penting, ianya serves the purpose iaitu membolehkan saya menyusukan anak (insyaAllah sehingga 2 tahun)
Contra - Bulky & Perlu ada electric socket untuk menggunakannya.
Cara mengatasinya - Saya letakkan Spectra 3 saya didalam bag nya untuk kemudahan travel & saya beli adapter 3 pin plug untuk menggunakan Spectra 3 di dalam kereta (akan diceritakan di dalam entri lain).

Harga Spectra 3 (semasa entri ini ditulis) ialah RM368
Harga untuk extra shield set (bahagian 4,5,6 & 7) ialah RM70
Tetapi jika anda membeli satu set dengan bag & cooler bag, anda akan dapat semuanya dengan harga RM550

MAHALNYA? fikir fikirkan..
susu formula purata kosnya ialah seminggu RM50
sebulan = RM200
dua bulan  = RM400
24 bulan (2 tahun) ialah RM4800
belum dicampur kos anak mudah demam kerana susu formula tiada antibodi
berbeza kan RM4800 dengan RM550…
(sekali lagi, hanya pendapat peribadi acik kipuchi) :)

Leave a Reply

5 Responses to “Spectra 3”

  1. Comment by mizzwani

    wah!
    tima kasih kak sue di atas info yg bguna..
    rs bsmangat plak nak dpt bby!
    =p
    ————-
    sabar wani : nanti dah ada baby, boleh join kak sue menyusukan ye :)

  2. Comment by CHENTAHATI

    rasa macam banyak benar kita membazir kerana susu formula.. hu hu.. sue jahat!
    —————–
    ehem ehem kak zana : tak nape, lepas ni dah ada knowledge dah.akak leh guide mereka mereka di opis akak utk menyusukan anak mereka :)

  3. Comment by bwghitam

    mekasehh ye for the tips…

    kira tak pe la ye kalau pusing ke min, tombol tu terkeluar.. masok kkan je balek..

    ingat tak lehh.. risau jerk.. nak test tak leh lagik sebab belom kuar baby :)

    ———————-
    sue takpe : buleh je bwghitam, masukkan balik kalau terkeluar ;)

  4. Comment by Elyn

    trime kasih ngan info penjagaan spectra ni…… btw salam kenal……

    —————–
    sue spectra : sama sama, salam kenal lin..

  5. Comment by Iza

    Sronok bca blog akak.sya baru je jd ibu utk 42 ari to bby ayesha.sya dh stat pam susu utk smpan b4 return to work.skng pakai medela mini e.time pregnant ada buat survey,browse ndt n jatuh cinta ngn mini e ni.tp its x like i imagne.agak bising n x pam byk.now tgh pk nk switch to spec3.worth it ke?sya nk sgt pam susu byk utk stok
    ——
    salam iza : walau apa pun pam yang iza pakai,yang penting ialah iza faham rules mengepam semasa dalam pantang..
    cuma bila mommy pakai pam elektrik macam spectra 3 (dan mini-e), mommy lebih relaks dan berupaya menghasilkan susu lebih banyak..iza boleh refer link ini