warmer

Antara masalah yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anaknya secara eksklusif
ialah penyediaan ebm di rumah pengasuh/nursery
bukan semua orang bersedia menghandle ebm kerana pada mereka caranya agak payah
hakikatnya, penyediaan susu formula jauh LEBIH payah berbanding penyediaan expressed breast milk (ebm) sekiranya mereka mengikut cara yang sepatutnya
iaitu : air utk membancuh susu mestilah 100 darjah celcius utk memusnahkan kuman didalam susu tepung (dan biasanya org guna air sejuk/suam suam kuku sahaja)
dan semua peralatan semasa menyediakan susu formula wajib disterilize bagai sebelum digunakan
berbeza dengan ebm, peralatan seperti botol dan puting hanya perlu dibasuh dengan air paip
dan dijirus dengan air panas sebelum digunakan
kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dapat mencegah pembiakan bakteria bagai
(ala kalian, ku buh words bagai sebab ku tatau nama bakteria sume tu :-P)

kesimpulannya, ebm TIDAK susah di handle asalkan sebagai ibu bapa kita sediakan keadaan yang selesa utk pengasuh
(bapa jangan buat tak tahu ye…sila take note jua)
dan amalkan peringatan pembelajaran berterusan
(tiap2 minggu ingatkan pengasuh masa sembang2 tu)

antaranya cara yang praktikal:
1. Penyimpanan EBM
- simpan 3 oz setiap botol supaya memudahkan pengasuh keluarkan 1 bekas setiap feeding session

2. Tempat simpanan EBM
-
letak ebm anda didalam cooler bag sebanyak 6 botol (3 oz setiap satu)  supaya tidak mengganggusemak peti ais pengasuh/nursery
*jumlah mungkin berbeza mengikut daily consumption anak anda

3.Pemanasan ebm
Ebm harus dipanaskan dalam suhu 35 hingga 45 darjah celcius. Ebm yang dipanaskan dalam suhu lebih dari 45 darjah celcius akan kehilangan zat & nutrien nya. Hati-hati, pengasuh/nursery mungkin memanaskan ebm anda di dalam periuk dengan menggunakan dapur gas. Ini sangat tidak sesuai kerana :
- suhu yang sangat panas mematikan nutrien
- periuk yang panas boleh mencairkan bottle plastik anda dan memberi efek yg tak elok kepada ebm

Apa yang saya lakukan, saya gunakan Snowbear Warmer
ada beberapa brand lain yang lebih murah (antaranya Grandioz)
tapi saya menggunakan Snowbear kerana warranty 12 bulannya (lebih menyakinkan acik)
dengan menggunakan warmer, ebm anda akan maintain 40 darjah celcius walaupun berada lama di dalam warmer itu (tiada masalah terlebih panas)
inilah rupa warmer..

anda perlu menambahkan air didalam warmer (utk bottle bersaiz kecil)
atau biarkan begitu sahaja (untuk bottle bersaiz wide neck)

anda perlu membeli universal adapter di kedai runcit berhampiran
(berharga rm4-rm10)
sebelum menggunakan warmer ini
pst : acik tersalah tulis, universal converter puloks!

warmer ini sesuai digunakan di dalam kereta juga
dan car adapter disediakan bersama (tak perlu beli dah)

selitan mommy: penggunaan ebm hanyalah semasa bayi berada berjauhan dari ibu sahaja
seperti ibu bekerja, atau opah atuk bawa cucu jalan2 tanpa membawa mamanya..
apabila berada disisi baby, anda perlu menyusukan bayi anda secara direct :)

Leave a Reply

3 Responses to “warmer”

  1. Comment by ayg

    wah..sonang yo..leh ayg jdkan adiah utk kwn2 ayg yg bakal dpt baby..:) btw, baju spiderman akan menyusul. tunggu…;)

    alang, teruskan menulis cerita ceriti tips2 begini, satu cara marketing yg baik. mane xnye, ayg yg x punya anak pun kepingin nk beli. eh, ini sumer ade dlm e-shop alang kan?

  2. Comment by kEchIk

    mommy iki, yg kt e-shop 2 tulis warranty 6 bln je.. ade brape warne warmer nie.. rs t’ingin lak beli..

    ———————-
    mommy iki yang warm: nanti ku cek ye kechik..satu warna saja, putih. kalau nak beli beritahu acik ye, ku kasi diskon bagai :)

  3. Comment by azila

    berapa yek harga warmer satu nih? anak dah besor baru terpikir nak beli…heheh.tq
    ——————
    sue kecik (tak jadi tulis sue beso) : sue pon beli masa anak dah umur 10 bulan. maklumlah, pelan pelan kayuh…kekeke..harganya RM149.90. ada diskon 10% menjadi RM134.90