ingat tak minggu lepas saya gigih buat persiapan untuk majlis abg bos
(ahhh pekerja shontoh sungguh!)
saya lupe nak tempek gambar doorgift utk tetamu
inilah bendanya kalian…(gambar sebelum acik makan cokolat tu)
bukan apa, kalau dibiarkan begitu
masuk angin pula nanti
(lebih baik angin dan cokolat tu masuk perutku kan..keke)
ada mommy yang bertanya, sehari semasa kerja berapa oz ku dapat
berapa banyak yang anda dapat bukan lah ukuran utk banyak sikitnya susu anda
kerana ianya bergantung kepada sesi mengepam – sepanjang 10 jam bekerja (termasuk waktu perjalanan dan lunch time), anda perlu pam sekurang2nya 3 kali iaitu 3 jam sekali.
kalau dapat pam 4 kali dalam tempoh 10 jam itu lebih bagus!
berapa banyak anda dapat dalam satu sesi mengepam ( 20 minit sebelah breast) akan berbeza beza mengikut :
- mood anda (stress kah dengan kerja, terkejar2 kah?)
- pemakanan anda (breakfastkah pagi tadi? minum banyak air kah?)
- pam rosak (ada suction kah? perlu servis kah?)
Apapun, tetapkan MATLAMAT – anda perlu bawa pulang SAMA atau LEBIH BANYAK daripada yang anda hantar pada babysitter pagi tadi.
contohnya saya bekalkan iki 10 oz pagi tadi, dan saya bawa pulang 20 oz utknya
(10 oz lagi boleh disimpan didalam peti ais utk dibekukan)
kalau apa yang anda dapat, kurang daripada apa yang di hantar ke baby sitter:
- Banyakkan direct feeding semasa dirumah utk stimulation
(Baby is the BEST pump
) - Sambung sesi mengepam selepas bayi minum (15 minit sebelah breast)
- Ambil makanan supplement seperti Fenugreek Tablet, Soya Organik, Milkmaid Tea, PIL ASI
Sayur lobak putih, dan horlicks.
Untuk lebih details, check di sini
Related posts:





