birthday iki
hari ini zikry dah hampir berusia setahun 2 minggu
tapi kisah birthday setahunnya tak habis cerita lagi
(kalian, sbb itulah anak anak memerlukan ibu-untuk mengingati birthday sebenar anak
tidaklah terhantar sms Happy 24th Birthday semasa anak berusia sweet 22-ini kisah benar!)
begini kisahnya, semasa menanti kehadiran tetamu
iki main vacuum atok dulu

masa tu lagi moodnya dah tak berapa baik
sebab dikejutkan dari tidur
iki biasanya tidur jam 8 malam sehinggalah 7.30 pagi
tapi pukul 10 mlm saya gediks kejutnya utk birthday celebration
disebabkan dia sedikit meragam, saya biarkan je dia main vacuum sesuka hati nya
jangan kata vacuum, kalau iki nak main tangki air pun mommy tak kisah..hihiĀ
gambar gambar kalini ihsan dari ayah iki
(menjawab soalan kenapa gambar ayah iki tiada, gambar mommy pula penuh satu blog)
banner kecil dah dah pasang, belon dah diterabur teraburkan
lilin pun dah pasang
nyanyian Allah selamatkan kamu pun sudah
(klik utk besarkan gambar dibawah,besarnya saya gelak)
*mungkin saya harus pertimbangkan braces utk memperelokkan barisan gigi?
bila tiba masa utk iki tiup lilin
iki meragam pula
(kebetulan gambar org dalam TV tu mcm nak tiup lilin kan)
dan saya default menyengeh saje, sbb sudah menjangkakan iki akan meragam
jadi pada mereka yang mahu melihat gambar iki tiup lilin
tada…
iki tiup lilin bersama mak su nina
birthday mak su nina yang ke-4 ialah pada 21 disember
kegembiraan lebih terasa bila dikongsi kan
kek pun lebih sedap bila makan ramai ramai
dan birthday pasti lebih meriah bila meniup lilin bersama sama..hihi
lepas tiup lilin, potong kek pula
muka iki dah bosan sesangat
nak ajak mommy tidur tapi mommynya sibuk dengan kek
lepas tu penyampaian hadiah
waha..macam hari penyampaian hadiah sekolah kan
(terasa macam guru besar yang besar tengah sampaikan hadiah)
iki dah mula seronok dengan macam macam toys
tengs semua
tengok ni..mak su nina mengendeng hadiah iki
saya tengah terangkan “yang ni iki punya, yg sana tu nina punya”
sekeping lagi gambar iki dan mommy menyengih
gambar sekeluarga, tapi atuk tiada dalam gambar
Ammar Zikry, mommy doakan Zikry sentiasa dalam peliharaan Allah
semoga sentiasa sihat dan selamat
Zikry nak tulis apa apa pada pembaca?
“ikijijiiiiiiooooiouuuuuuftr ebtdfd fmnr5gb”
maksudnya : terima kasih semua
serius muka iki bangga gila bila buat pertama kalinya saya berinya pegang keybod laptop dan benarkannya menaip
maklumlah, dah setahun
Related posts:
























hepi belated birthday iki!!
—-
tengs kak faiz : faiz mu kenduri next year kan? masih bergelar kakak lah dirimu..
happy belated besday iki…semoga panajng umur, murah rejeki & menjadi anak yg soleh….:)
—-
tengs aunty intan : Dah setahun dah anak
anakku kan..Amin..yer puan sue, next year kenduri saya, kad akan menyusul thn depan yer
—-
faiz : owh owh (macam suara sinchan), sudah tahun baru dah!
alang, rase cepat masa berlalu. haritu baru je rasenye iki dilahirkan. dh setahun dh..;)
—–
tu la ayg, macam alg baru je masuk spital bergambo bagai..hihi..
(eh tak buh nama orang punya dialog pula…biarlah)
wah.. wah… happy belated birthday iki…
seronoknya dia sekrang bleh main dah ngan toys hadiah dia…
—–
hi umi izzuddin : ha a, seronok naik lori, tolak beskal, dah jemu…dia cari benda lain pula