Terpanggil untuk bersharing is caring dengan semua mengenai ‘Growth Spurt’ atau dipanggil juga ‘Beralih Bulan’ sebab info ini amat berguna kepada saya semasa saya mula mula menyusukan iki
(masa tu selalu kompius2 dan tertekan)
Growth Spurt terjadi kepada baby yang berusia di bawah usia satu tahun.
Biasa berlaku semasa usia baby 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan (berbeza mengikut baby anda – more and less).
Growth spurt akan berterusan sehingga bayi anda menjadi toddler dan seterusnya teenagers.
(terjawablah persoalan kenapa saya makan banyak selalunya pada masa masa tertentu..;P )
Ianya juga berlangsung selama 2-3 hari dan kadang kadang sehingga seminggu.
Apa yang berlaku ialah, baby lebih kerap menyusu dan lebih fussy daripada biasa.
Dan biasanya bila ‘orang lama’ nampak, mereka akan kata bayi tak kenyang kenyang minum susu ibu dan perlu ditopup dengan susu formula.
Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah, bayi anda memerlukan lebih susu untuk tumbesaran fizikal dan skills (seperti merangkak, berpusing setempat,membebel berbual dan tersenyum)
Dan susu anda sentiasa ada dan cukup untuk sikecil
Magisnya, susu anda akan semakin bertambah mengikut keperluannya.
Sila educate pasangan anda mengenai Growth Spurt supaya bila baby anda fussy melampau, anda dan pasangan akan lebih tenang faham “oh oh, anakku sedang mengalami Growth Spurtnya..”
Jangan terburu buru memberinya susu formula mahupun makanan tambahan (sebelum usianya 6 bulan).
Makan dan minum secukupnya untuk memberikan (dan menghasilkan) yang terbaik utk anak kita..:loveliness:
Pstt..skemakah acik?
Related posts:




tengs mommy…
—
welcome za : Harap za tak tension dengan adik bila dia nak bergayut je ye.
sebab sue sampai ke hari ni pun ada masanya iki bergayut je selang sejam
adakah growth spurt ni alasan utk ibu2 mkn byk jugak? hehehehehhe…
betul, mmg magic! susu akan bertambah mengikut keperluan. masa pegi antenatal class, LC pun ada bgtau benda yg sama tp saya tak percaya. bila dah bf anak sendiri, baru la percaya. Tuhan tu Maha Berkuasa kan?
—–
haha lize : tu la, sue rasa sue ada Growth Spurt juga tau!
Magis sesangat susu ibu ni, menyesal sue tak tau awal awal. Takpe, kita sharing is caring dengan ibu2 lain pula
Gud info..TQ.. hmmm nak juga tau pendpt sue pasal pemakanan ibu BF ni. Org2 tua keliling ros slalu ingatkan kena pantang beberapa makanan yang dikatakan berangin…cthnya…Tak bole makan tauge, nnti anak kembung. Betul ke ek?
—-
rose(patutnya buh nama sue kat sini..hihi) : nanti sue buat entri pasal pemakanan berangin ni ye
dulu pun semua cakap susu ku kurang..hahaha bila baca pasal nie nak je ku bagitau kat orang yang berkata-kata tu…
—
Nurul : Nurul boleh share knowledge ini pada semua ibu2 kan
sue, ku bingung pasal raina asyik fussy skrg…

then buka balik blog mu, blog mu kan rujukanku
n taraaa dapat jawapan, growth spurt…
sampai ku naik bingung ngan raina, tQ sue
—
Salam Awe, semoga Awe tak runsing dan Raina semakin ceria dan sihat ye
owh growth spurt rupanya…..baru la ira tau…xkan xkenyang asyik gayut je…pastu nangis x tentu pasal….tok depan umah tu ada cakap tp ira ni klu x explain x paham….penin telah diubati…..
—
Lepas ni mama Iffah tak risau lagi bila Iffah asyik minta susu..dia nak pandai ‘sesuatu’
saya masih dlm pantang (30 days).
2-3 hari ni anak saya bila bf cam x cukup…dia tarik2 puting tu pastu nangis.. (3-4 kali)
tu yg terpikir..x cukup susu ker..
nak tanya su…memang camni ker tanda2 baby beralih bulan…tension …konfius pun ada
bila tgk dia camtu, ada masa sy bg stocks ebm (x banyak mana pun..tu yg lg tension)
—
Salam Shary, bila keadaan tersebut berlaku, Shary dan suami (serta org sekeliling) perlu bertenang.
Cuba cek keadaan kesihatan bayi seperti suhunya.
Susu Shary mencukupi untuk keperluan anak Shary. Usah beri ebm kerana ianya akan :
-mengganggu ‘signal’ demand yang bayi mahukan ‘lebih’ susu drpd badan ibu
-stok ebm Shary sepatutnya digunakan semasa Shary berkerja dan bukan semasa dalam pantang
-pemberian susu seawal usia bayi 30 hari boleh menyebabkan nipple preference
Selamat menyusukan anak dan banyakkan membaca mengenai susu ibu ye dear.
so, walaupun baby still menangis selepas die menyusu.. bukan bermaksud die x kenyang disbbkan susu x cukup kan??? i memang berazam utk exclusively bf my baby since pregnant lg.. tp ms dlm pantg tu.. tertekan sgt dgn mak mertue yg slalu kate bb i x kenyang minum susu sbb i x ckp susu.. n die suh i bg fm ms dlm ptg tu.. so, hubby pun terpakse ikut ckp mak die beli gak la fm.. tp bb lg marah n x nak minum lgsg!!! puas ati sgt mase tu.. tp alhamdulillah i dpt perthnkan hak anak i utk mdpt susu ibu tanpa dcampur dgn fm… Tq so much…. Blog ni sgt membantu!!!
Asslamualaikum Puan Suraya,
Semenjak anak saya memasuki 3blan saya telah meghantar dia ke rumah jagaan, dan pihak rumah jagaan tersebut meminta kebenaran utk memberi susu formula kepada bayi saya.mulanya saya keberatan sbb susu badan saya yang diperah lebih daripada mencukupi. Tapi setelah berbincang dgn suami, dan kami bimbang jikalau apa apa terjadi kepada si kecil, saya mula memberikan susu formula di rumah jagaan pada waktu psiang hari,mlm si kecil akan menyusu badn…. tapi bila masuk bulan ke empat susu saya berkurangan…. sekarang saya dalam keadaan tertekan disebabkan susu badan saya sudah totally kering… Sekarang si kecil saya ber umur 5bln stgh…… apakah patut saya lakukan utk terus memberi susu yang terbaik bg sikecil?
—
Salam Azihan,
Susu ibu adalah supply and demand bilamana tiada demand anak atau pam semasa siang, badan akan mula menghasilkan kurang susu.
InsyaAllah bila nursery diberi penerangan yang jelas tentang pengendalian susu ibu, mereka akan faham.
Azihan boleh menyusukan anak secara terus dan mengepam 3 jam sekali semasa berjauhan dari baby (semasa berkerja) bagi menghasilkan semula susu.
Susu perahan semasa di pejabat boleh diberi kepada bayi semasa Azihan berkerja.
Sertai kelas penyusuan yang kami anjurkan untuk lebih maklumat lanjut ye dear.
oooo…baru saya tahu..patut la baby sitter suka kata anak saya cepat lapar…tak cukup susu…yang hairannya kadang2 susu lebih..mungkin masa tak cukup tu baby sedang growth spurt..lega la hti ni…anak baru tiga bulan..selalunya anak sue minum berapa auns untuk sekali minum..??anak nida ni laki…kdg 2.5 ouns..kadang tak habis pun??
—
Salam Nida, kadang kadang bayi minum 2 ke 3.5 oz sekali minum dan kadang kadang berkali kali minum (maknanya bukan habis terus)
Hari yang berbeza, attitude yang berbeza. Bijak anak anak kita
salam sue…
nak tanya ni anak sekarang dah setahun…dia memang breastfeeding tak campur susu formula…yang risaunya ari tu pegi timbang berat dia 8.6kg je..ok ke. Pasal susu tak cukup ke dia jadik berat cam tu…..
salam,
ank sy dah masuk 7 bulan.. sy masih bf anak. masuk 6 bulan ke atas ni sy mula runsing bila ank sy dah xkuat nyusu bila siang hari.. dulu masa 6 bulan ke bawah, sy bekalkan 20oz susu (5 botol x 4oz susu).. dia akan habiskan cuma 4 botol.. skrg dah masuk 7 bulan cuma 3 botol sj siang hari… ok ke?.. sy risau.. sb air masak pun dia kurang minum…
—
Salam Yati, Yati perhatikan perkembangan bayi seperti pertumbuhan fizikalnya ya. Sekiranya normal, tiada apa yang dirisaukan. Bayi akan menyusu dari ibu pada waktu malam.
Baby Yati tak mahu mama susah hati mengepam dengan banyak pada waktu siang
Salam Sue..
Saya berniat menyusukan anak kedua saya (bby boy) sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah skrg dah 2 bulan setengah menyusukan bby (wpn hari tu ada 2 kali bg makan nestum -terpengaruh dgn nasihat mak dan mak mertua.huhuk). Sy rasa tertekan juga kadangkala bila setiap kali anak menangis mak mertua ckp tak puas miunum susu, tak cukup susu la dan suh bg makan nestum..mcmana nk handle ni..
—
Salam Wan, Wan boleh bawa mak dan mertua jumpa doktor atau mana mana anggota perubatan yang menyokong penyusuan susu ibu atau belikan buku panduan penyusuan jadi sambil sambil duduk, sambil baca, insyaAllah terbuka hati mereka
Usus bayi dibawah 6 bulan belum matang untuk menerima makanan lain selain susu ibu. Dibimbangi makanan yang diberi terlalu awal boleh menyebabkan masalah masalah penyakit yang lain. Mesti nenek tak kan sampai hati untuk merisikokan cucu mereka. Wan banyakkan bersabar ya, insyaAllah semuanya dipermudahkan.
saya pun br tahu pasal ni..
dl, ade la jg tensen2, kenapa la baby sy ni asyik melekap je nak nenen je..sampai cik b jd flat terus..
mak plak ckp anak saya menyusu x kenyang..
huhu..