Archive for January, 2009
Gambar dibawah ikhsan dari Cik Puan Zealvia
Diambil semasa Majlis Together Gather Bod Parenting Forum Cari
Masa ni ku tengah tegur “Iki jangan main air”
Sebagai tokoh ibu lebih2 lagi Zea nak ambil gambar, ku senyum meleret je sambil tegur anak
Si suami pun kena paksa pakai baju warna merah jambu

Kalaulah suami kena kerja pagi Sabtu
Tidak lah saya berdua dengan sampai Iki ke gathering ini
Thanks abang for being there..
He’s our little parrot
Saya jerit panggil “Abang”
Dia panggil ayahnya pun “Aban”
Saya sebut cockroach
Dia ketuk2 cockroach dengan berus giginya sampai mati dan sebut “yosh yosh” berulang kali
Dan dia panggil saya “da di” instead of “ma mi”

Penyusuan Bayi secara eksklusif susah utk dijayakan tanpa sokongan pihak suami dan keluarga
Oleh itu, para pelawat lelaki belum berkahwin dan sudah berumahtangga, janganlah blushing pula bila membaca mengenai susu ibu ini ye
Breastfeeding is Not Obscene, mungkin ada yang terfikir/terbayang
Bahagian payudara kan bahagian sensitif wanita, tidak malukah si Sue ini sebut berulang ulang?
Tidak utk Program Penyusuan, kerana fokusnya ialah memberikan yang terbaik utk anak anda selama 2 tahun pertamanya
Pantang larang tak pernah berubah, tapi ilmu pengetahuan sentiasa ke hadapan
Penyusuan Susu Ibu sinonim dengan di anggap kampung,utk surirumah di rumah sahaja, geli, malu membuka baju di public, susu cap gantung, tetek?
Anda orang yang berpengetahuan..anda dari golongan professional
Banyakkan membaca dan bertanya,pilihan di tangan anda/suami/isteri
Oh oh sedikit cerita mengenai Lunatots Online Store
Bagi setiap pembelian daripada 15 Januari sehingga 28 Februari 2009, setiap 2% daripada hasil jualan akan saya salurkan ke Tabung NSTP Fund For Gaza.

Jumlahnya mungkin kecil, berapa sangatlah 2% itu kan
Tapi iki juga kecil, BESAR emaknya impaknya pada saya sekeluarga
Bercerita tentang kisah Palestin
Semoga kita tidak seperti selalunya, hangat hangat mengikut isu Liena hangat
Jenguk jengukkan blog ini untuk cerita mengenai Israel, liga Arab dan Palestin
Dari hari pengeboman berlaku di bumi Palestin
Sehinggalah gencatan senjata 2 hari lepas
saya belum makan McD, KFC, beli barang2 Amerika/Yahudi/sekutunya
kecuali beberapa barangan Nestle ![]()
dah cari brand lain, tapi tak sesedap Nestle products
Nanti saya cuba perlahan lahan utk meng’eliminate’ kan barangan Nestle daripada grocery list saya
Dan saya AMAT teringin makan McD dan KFC (juga A&W-An American Foods)
Tapi ‘teringin’ tidak akan membuatkan saya kejang kebulur
Atau melukakan mana mana bahagian badan saya
Jika dibandingkan dengan rakyat Palestin
Yang kehilangan mak, pak, tok, nenek, suami, anak, semua dalam masa kurang 30 hari
Dan dalam YM list saya, saya nampak status seorang teman

Meh saya jawab
“Kempen boikot ni, barang yang baru nak dibeli.
Kalau dah memang ada bedak Johson di rumah, aku pakai je la. Tapi lepas ni aku beli la bedak Nur Zaitun.
Sama macam barang PC, YM atau apa saja yang aku dah ada, aku masih terus memakainya.
Ko ni paham konsep jual beli ke tak?
Kalau aku tak pakai barang yang aku dah beli, apakah efeknya pada peruncit-pemborong-pengilang?
Jadi haruslah aku pakai…
Meh sini ko, aku nak jentik jari kelingking ko”
Hokeh, saya emosi?
Sebab saya tak suka awek dia jadi saya otomatis rasa nak menyumpah nyumpah pada dia..haha..
Saya boikot Status YM awak!
Dulu masa kami bershenta, saya selalu (read:lebih dari sekali) belikan benda benda shomels utk dia
Bila saya keluar dengan kawan kawan saya
Saya selalu ingat dia yang sedang main game dengan housematenya
Cuma lepas kahwin dan ada anak
Ditambah lagi dengan kerja rumah dan kerja pejabat
Rasa berdebar debar malu malu itu makin kurang
Oh oh, kami sudah menjalani phase shenta yang berlainan kah?
Shenta yang tak perlu disebut hari hari atau SMS selang 2 jam
Shenta yang sendiri sendiri tau
Oh sungguh saya tak mahu
Saya mahu semuanya sugar bugar macam dulu
Tapi apakan daya, kederat saya dah iras iras wanita menopause
Hari ni saya beli sesuatu utk kami
Handphone chain yang saya berkenan

Dan kad penuh dengan LOVE inside and outside

Lama saya termenung sebelum menulis
Ikutkan hati, saya print dan tampal je kertas
*kes handwriting kurang shanteks
Tapi dek kerana tulisan tangan lebih menyentuh perasaan
Dan boleh dikenang kenang seperti “ah bulat bulatnya tulisan ku masa tu..”

Apa yang ku tulis?
Ala sikit sikit ayat shenta je…….: blushing:
Ini envelope pink nya

Dan saya letakkan atas meja di cubiclenya
Memang ini bukan cubicle saya
Cubicle saya bersih dan kemas, juga banyak benda warna pink

Sampaikan saya terpaksa bulatkan envelope dengan bulatan pink
Risau kalian tak nampak..
*banyak sangat kertas atas meja
Harga barang barang di atas tak sampai pun RM10
Tapi rasa nerbes memikirkan bagaimanakah perasaannya nanti, is PRICELESS
Dear Suami,
True love stories never have endings kan kan
and
There is no more lovely, friendly and charming relationship, communion or company than a good marriage
Thanks for being a good friend to me!
Ini kisah Spiderman mommy
Hari hari Spiderman saya tolong saya di dapur
Tolong….
…..
…..
“tolong la jangan kacau mommy masak”
Jadi dapur saya dah ala ala nursery kanak kanak dah kalian
Ini semua utk membuatkannya leka
Toys Iki di tepi plastik beras, gegelung berwarna orange di dalam peti ais
Ball pula di bawah sinki (sungguh huru hara)
Untuk mengambil hatinya, saya berikan kebebasan padanya utk makan cornflakes sendiri
Dia bukan mahu apa apa, cuma mahu diperlakukan seperti orang dewasa
Makan sendiri dimangkuk sendiri, sendiri suap banyak yang dilantai dari yang masuk mulut

Oh oh baju Spiderman ni hadiah dari aunty Ayang
dibeli semasa Zikry baru lahir
waha..lamanya Ayg simpan utk spiderman Alang..
Saya baru perasan yang baju ni ada topi/sarung kepala
Ini rupa iki bila saya cuba tukarkannya kepada Spider-Ki
Dia tak suka diadun adun begitu..
Ah ruginya iki, kalau mommy muat, mesti mommy pakai
Tiap kali saya lihat gambar ini, saya nak tersengih2
Alohai…shomelnya…


Masa ni Iki sibuk makan cornflakes
Sambil temankan mommy memasak

Inilah jadinya lantai dapur saya
Bila iki makan sendiri..

Lepas saya sapu semua kekecahan yang berlaku
Iki “minta lagi…”
Dalam gambar di bawah, nampak macam Iki cuba menyampaikan sesuatu

Kalian dapat tekakah apa yang Iki nak cakap?
Mungkinkah “mommy shanteks, kurus tak nampak jeragat dari jauh….jom tengok SPA-Q 2?”
Minggu lepas dapatlah kami jumpa Armand
walaupun rumah kami tak sampai 40 km (Cheras-Seri Kembangan)
tapi saya & Ms W(mama Armand) jarang jarang berjumpa
kejap dia balik kampung, kejap pak mak saya datang ke rumah saya
kejap sorang kesana, kejap sorang lagi bercuti bersama keluarga
kebetulan minggu lepas kami nak ke Seri Kembangan
terus saya ajak Ms W dinner bersama sama
Inilah gambar Iki & Armand di kedai makan Paradise, Seri Kembangan
Gambar di ambil menggunakan handphone pink saya
(kamera tertinggal di rumah)
Tapi saya tetap nak ambil gambar mereka berdua
Kebetulan pula mereka pakai baju warna oren sama sama

Ammar Zikry tua 2 bulan dari Armand Riezqi
Kerana Zikry lahir awal sebulan dari EDD nya
Walau bagaimana pun, perkembangan mereka lebih kurang saja
Gigi sama sama ada 6 batang

Sama sama dah pandai marah bila tak dapat apa yang dimahukan
Masing masing dah ada keletah dan perwatakan sendiri


Dalam gambar di bawah, Armand nak kan flower di high chair Iki ![]()
dan Iki sedang memanggil mommy
dalam hati “sudah sudahla tu mommy…”

Kalian, seronok lihat anak membesar dengan cepat
Dia kini dunia kami




