Archive for February, 2009
Hujung minggu baring melepak bersama anak sepanjang hari
Saya memasak, iki memasak
Saya online di laptop, dia menaip juga di laptop yang sama
Saya givap, beralih tengok TV
Dia masih khusyuk ‘bekerja’
Lama….
Akhirnya dia givap dan tidur
Saya senyum puas hati
Iki tak heran dengan si Putih saya lagi
Alah bisa tegal biasa kan?
(Karam Singh Walia tepuk dahi baca peribahasa ku..keh keh)
Bila Iki dah tidur, saya mula nak sambung online
Cari cari file di MyDocument tapi tak jumpa!
Takkan lah ada org cemuruk saya lawa lalu deletekan file tu kan
Bukan file itu yang tak ada, My Document folder pun tak ada!
Rupa rupanya folderku dah bertukar nama
Sigh…

Ups, bukak bukak terus nampak gambar tudung permaisuri lagi?
Begini, saya ada ambil gambar saya bersama Majalah Mingguan Wanita Bil 1319
Cover depan Que Haidar dan cikgu Linda Jasmine kahwin
*Linda Jasmine tak pernah ajar saya tapi saya panggil dia cikgu juga
Sebab masa dia ajar budak2 AF menari, diluar sedar saya join kelasnya sekaki..hihi
Bila saya tengok balik gambar yang di ambil di kamera
Iras iras makcik berusia pegang majalah, saya jadi givap
Dan decided untuk letak gambar tudung recycle saya sahaja…hihi

Muka surat 10, kolumn Wanita & Peristiwa
Terselit muka saya sebesar semut merah
Harus saya telefon beritahu orang kampung ni..keh keh
*Yang dalam bulatan pink ialah voucher daripada Lunatots Online Store untuk mereka yang hadir

Kipuchi kan?
Cerita panjang mengenai Gathering ada di sini
Untuk semua yang terlibat, terutamanya penganjur, Puan Zatul
Journalist Karangkraf yang hadir, Puan Zaiton
Pengasas susuibu.com, Puan Kamariah dan Dr Shiha serta semua ibu yang memberikan sokongan sepenuhnya sepanjang acara berlangsung
Salam dari ibu, untuk ibu..
Suraya

Hari Selasa pulang dari kerja, lepas jemput Zikry
Kami roger ke pasar malam di Taman Alam Jaya
Saya malas tak suka jalan ke pasar malam
Sebab tu saya prefer supermarket, parking depan pintu masuk..hihi
Saja bawa Iki jalan jalan
Sian dia, asyik duduk rumah je ![]()
Kami sampai awal, orang baru nak buka gerai

Niat hati saya nak biarkan Iki berjalan atas kaki sendiri tengok keadaan pasar malam
Tapi orang dah mulai ramai
Kesian pula dia dilanggar orang nanti

Itu sahaja gambar yang ada
Saya ada beli kuih ‘telinga keling’
Saya tak tau kalian panggil kuih ni apa
Ada yang panggil Peneram kan?
First time saya nampak kuih ni dibuat
*Tak sempat amik gambar sebab saya ternganga kagum
Kalian, cerita ceriti pasar malam di tempat anda?
Apa yang menarik selain anda?
Saya selalu beli sayur, ikan, ayam dan macam macam lagi di pasar malam
*Pasar malam Taman Alam Jaya ada banyak gerai Bakso
Mungkin untuk mengubat kerinduan kepada perantau Indonesia pada kampung halaman
Kalian, mungkin ada yang hairan dengan iklan Nuffnang yang banyak di entri saya
Jika ada berbaki rasa sayang kalian pada saya, sila klik iklan sponsor utk menyumbang kepada dana saya
Supaya lagi rancak saya berblog
Lagi semangat saya menaip cerita
Sambil menjeling jumlah RM yang bertambah
Kalini saya nak cerita pasal masak masak
Saya tak tahu memasak
Tak terimejin nak campurkan apa dan menjadi apa
Saya pun tak pandai makan
Tak pandai = aci telan, rasa semuanya OK je
Saya tak seperti orang lain yang pandai rasa, ter lebih serbuk perasa lah
Terlebih cheese lah, terkurang itu ini lah
(Saya tulis itu inilah maknanya saya tak tahu pun ingredientnya..kih kih)
Kalau terlebih masin, saya tahu lah
Sungguh saya kagum dengan mereka!
Anda ialah Mrs Estli yang suka dan pandai bereksperimen dengan masakan
Dan Mrs Watie, yang selalu memasak shanteks2 utk hb tershenta
Juga tak diragui lagi, Serindit Rimba yang air tangannya sangat sedap
Saya tahu malu taw pada Mrs Nurul yang masakkan sedap2 bila kami datang bertandang!
Selepas berumahtangga, barulah si dia ajar saya
Bermula dari basic, bawang putih dan bawang merah
Sehinggalah masak-campur-apa-yang-ada membentuk makanan yang boleh dimakan
Selepas Zikry mula makan, saya semakin pandai mencampur2 sesuka hati
Lagi pula saya baru sudah baca buku yang dipublishkan oleh Consumer Association Penang (CAP)
Mengenai makanan segera kanak kanak (nestum) yang tidak ELOK untuk anak anak kita
Dan makanan yang mengandungi pelbagai bahan perasa/pewarna/preservative yang dihasilkan daripada pelbagai sumber
(Antaranya ialah kumbang!)
Mungkin saya boleh sharing is caringkan kemudian
Saya bercita cita murni utk masak sendiri untuk suami dan anak saya
Tidak perlu susahkan diri buat yang pelik2 sehingga mencederakan emosi anda yang sedang penat baru balik kerja
Saya sharing kan bagaimana saya memudahkan perkara yang satu ketika dulu saya rasa susah
Sebenarnya saya salah, sesuatu perkara akan jadi susah bila kita merasakannya susah
Dan perkara (makanan dalam case ini) yang mudah itu sebenarnya adalah antara perkara yang saya take for granted dalam life
(Ga…saya tak pandai bercakap..prff)
Lihat GAMBAR 1

dan GAMBAR 2

Ingredients nya sama kecuali Gambar 2 ada cili padi
Dan sayur sayur dalam Gambar 1 ada dipotong lebih halus ikut suka pisauku
Maksudnya sayur dalam Gambar 1 ialah untuk bubur Zikry
Dan dalam Gambar 2 ialah makanan ku dan daddynya ![]()
Tips of the day:
Senang kan, sekali potong boleh buat 2 hidangan?
Dan menu yang seterusnya semasa duduk2 tengok Majalah 3
Jagung yang saya beli di pasar malam berharga RM2 satu plastik

Basuh dan rebus, tambahkan sedikit gula
*Janggut2 jagung itu saya removekan kemudian..ihihi
Acik nak cepatlah sesangatkan..keke

Kemudian saya blenderkan
Dan boleh siap dihidang kepada anak dan suami tershenta
Tips lagi:
Buah buahan lebih sihat sebagai snacking keluarga anda berbanding jajan atau keropok

Iki tekun tengok Majalah 3 sambil makan jagung
Bakinya boleh disimpan di dalam fridge
Untuk bekalan Zikry hari esok

Biasanya masakan yang saya masak, AMAT SIMPLE
Cukup utk saya, suami dan anak
Kalau org datang nak makan, saya bungkus kan di kedai berhampiran
hihi…bukan maknanya saya tak kisahkan kesihatan mereka
Cuma saya agak segan nak pandang muka mereka setiap kali mereka suap makanan itu
Kurang keyakinan diri agaknya ..kih kih

Macaroni sup penuh dengan sayur untuk Zikry

Ini cubaan saya untuk buat begedil
Bahan bahannya:
Kentang rebus (dilenyek)
Daging cincang
Bawang putih dan merah (ditumbuk)
Jintan manis dan Jintan kecil
Daun bawang/ sup (jika ada)
Sedikit garam

Campurkan dan buat bentuk bulat2
Celup dalam telur sebelum digoreng

Tips of the day:
Libatkan anak anda dalam aktiviti harian anda
Sekiranya saya memasak, Iki juga memasak
Dia dapat mangkuk, tupperware dan kadang2 kuali

Dia boleh campurkan apa yang dia mahu
Selagi keadaan itu selamat untuknya
*Jauh dari minyak dan benda tajam

*Iki marah saya ambil gambarnya
Dia masak wrapper?

Dan dalam gambar di bawah, Iki sedang makan jambu air
Sambil menunggu saya masak

Kalian, kalaupun saya bukan menyediakan yang ‘terbaik’ untuk mereka,
Sekurang kurangnya saya mencuba utk mengurangkan kesan bahan kimia daripada makan malam mereka
Yang baik itu dari Dia
Yang buruk dan terkasar bahasa itu kekurangan saya yang perlu diperbaiki hari ke hari
Selamat Mencuba Menjadi Ibu dan Isteri yang terbaik mengikut definisi hati
Oh masih kisah Sabun Mior?
Untuk saiz paling kecil berharga RM40
Saiznya adalah sebesar kuku kaki saya
*Dalam gambar ni kuku tangan saya sebab kalau saya bubuh kuku kaki saya
Kalian akan kelam kabut nak klik close blog saya..hihi

Tak salah mencuba kan?
Za tagged saya
The rules:
It’s harder than it looks!
Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people.
Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up!
If the person before you had the same first initial, you must use different answers.
You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don’t forget to post it!
1. What is your name: Suraya
2. Four letter word: SYHH
3. A boy’s name: Sirri / Syamil
4. A girl’s name: Suci
5. An occupation: Si Shanteks haha
6. A color: Soft PINK ..keh keh
7. Something you’ll wear: Spenda….uih tak kaber kaber..hihi
8. A food: Sepinggan nasi berlauk ayam
9. Something found in the bathroom: Sehelai rambut
10. A place: Sudut paling hujung dalam hati
11. A reason for being late: Sesat barat saya encik!
12. Something you’d shout: SO?
13. A movie title: Sisak Man ( Cicak Man)
14. Something you drink: Sejuk berais
15. A musical group: Sebuah kumpulan muzik
16. An animal: Small Panda
17. A street: Street walk
18. A type of car: Sebuah kereta besar untuk mengangkut barang2
19. The title of a song: Siapa Dia Sebelum Daku, Anis Suraya & 2 by 2
Wah..kusangka mudah saja tag ini
Rupanya payah juga
Ku tak tag sesiapa,buleh buat kalau ada lebihan masa macamku



