Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Saya rasa macam jawatan tandanama ‘blogger tegar’ sudah boleh ditanggalkan
Sebab saya dah jarang ada kesempatan untuk update blog
Begini alasan kisahnya :
Saya ada banyak gambar untuk diceritakan pada kalian
Imejin, entri ini sahaja dah ada 50 gambar!
Keliru sangka ini photobook kah?
Itupun saya dah cicirkan beberapa gambar yang saya nampak gemuk rasa tak penting
Dan setiap gambar2 itu perlu diedit supaya ianya jadi kecil
Kalau sekeping dua gambar, logiklah juga diedit edit kan
Kalau 50 keping macam ni? Tapi saya gigihkan juga demi pembaca blog tersayang
(Sebenarnya saya yang meroyan nak gambar gambar itu dimasukkan juga)
Lebih banyak gambar bermakna lebih banyak cerita
*kan setiap gambar itu mengandungi cerita :)
Cuma kalau pembaca tak suka saya lambat terkedek2 update blog, saya boleh kurangkan gambar lebihkan celoteh
What say you?

Pulang dari Majlis Hani & Zuraimi di Bagan Datoh
Kami terus ke rumah mertua di Kuala Kangsar
Malam tu sahaja berkali kali saya bangun sbb perut memulas mulas
(kes terlebih banyak sesangat makan masa kenduri)
Sakit sangat2 kalians, macam nak bersalin sakitnya
(Saya tak tahu macam mana sakit contraction nak bersalin, saya memandai agak)
Wah..rasa sakit itu masih saya ingat sampai sekarang
Suami beritahu yang dia sudah merancang utk ke Cameron Highland esok pagi
*sempena hari lahir mak & ayahnya

Ikutkan perut saya yang sakit, saya nak minta dikecualikan
Tapi memikirkan mereka akan bergambar ramai ramai di ladang teh tanpa saya yang tersengih2
Terus saya packing beg baju (hihi…senang dibujuk rayu kan)

Gambar dibawah diambil sebelum bertolak
Tersenyum2 menahan gelora perut
Berbiji2 pil Chi Kit Teck Aun saya makan taww (sepeket kecil memang mengandungi banyaks biji2 kecil :P )

mommy sakit perut



Sepanjang perjalanan hampir 2 jam dari Kuala Kangsar ke Cameron Highland
(melalui exit tol Simpang Pulai)
Zikry libang libu ke depan ke belakang
Dia runsing…saya yang sedang sakit perut dan mula pening pening lagi runsing
*Perjalanan naik Cameron Highland sangat berpusing2
(Dan saya tak belum pregnant – defensive macam selalu)

iki libang libu

Sampai Zikry pun pening (read: meragam)
*Bantal lembut bercadar pelik itu memang saya bawa ke mana mana
Senang kalau Zikry nak me’landing’, mengamuk berguling guling

meragam

Semua org dalam kereta jadi pening
Disebabkan jalan yang berpusing + Zikry meragam jerit jerit
Bila dia senyap sekejap, atuk tanya “diam je Ammar Zikry?”
Saya & mak mertua di belakang geleng kepala menjawab “dia bekerja”
Inilah ‘kerja’ masa lapang Iki – mengutil roti & limau

hasil usaha iki

Surrender Givap dengan Iki yang mengamuk, kami berenti tepi jalan
*Tengok budak baik tgh korek limau
Bajunya saya bukakan takut dia rimas dan panas
(Panas di Cameron Highland? Ah sebarang..)
Masa ni kami dah sampai Brinchang
(Cameron Highland mempunyai 3 pekan iaitu Brinchang, Tanah Rata dan Ringlet)
*Zikry marah dipegang, jadi semua org jaga jaga takut Zikry jatuh

budak meragam

senyum simpuls

Dalam keadaan pening2 itu kami cari juga penginapan
Tak sanggup rasanya balik pada hari itu juga
Kebetulan minggu tu adalah cuti Chinese New Year
Traffic jem berlaku di Cameron Highland!
*Dulu dulu tak pernah berlaku, kata mak mertua saya :)
(Tapi saya tak telefon Laporan Trafik Sinar)

Rate harga hotel jatuh pada Super Peak (wowowo)
Dan banyak bilik/apartmen di Brinchang FULL HOUSE
Mujur ada apartmen yang masih available di Tanah Rata
Apartmen 3 bilik di Parkview Apartment
Zikry sangat suka berlari lari tanpa seluar (CD mesti pakai..nanti cicir2)
Terjingkit2 dia lari sbb lantai sejuk

imgp1068

dapur itu

Rehat sekejap sebelum keluar shopping di Tanah Rata
Kalau Zikry dapat kasut, macam ni lah kalian..

ajak opah jalan

Hampir semua kedai yang kami masuk konsepnya sama
Iaitu ‘strawberry-situ-sana-sini’

shopping cenderamata

Masa ni saya sedang terlopong kagum tengok patung2 kecil yang diukir menggunakan clay

imgp1092

Zikry jalan jalan di Cameron pakai seluar pendek macam org putih masa mula mula sampai Tanah Malaya..ehehe
Mungkin kerana terlalu ramai yang mengunjungi Cameron minggu itu
Sampai udara Cameron sama je macam dalam ofis saya di Cheras kalians..

helo..

Gambar dari Pekan Tanah Rata yang sempat saya ambil
Stesen teksi Cameron

perhentian teksi

Dek kerana tiupan angin yang sangat kuat
Maka daun pokok ni statik begitu

angin kuat

Dah sudah pusing2 pekan Tanah Rata
Kami singgah di kedai makan berhampiran apartmen
Udara malam mula sejuk
Saya tertinggal sweater Zikry di opis maka Iki pakai jacket pink mommy lah ye :)
Saya? Lemak Kulit perut saya tebal, masih boleh tahan dengan kesejukan malam di Cameron

mommy muncung, iki sejuk

Kakyong & suami belanja steamboat :)
Sedap, banyak isinya dan ada 2 kuah iaitu tomyam dan sup

mkn steamboat

Zikry jadi Inspector Gadget dengan jacket pink mommy

inspector gadget

Sempat Zikry bertegur sapa dengan ‘abg’
Abg tu handsome bersweater..anak mommy minjam jacket mommy je..hehe
Itulah kalau percutian yang tidak dirancang
Ada je barang yang tak lengkap, dan jacket pun tak matching kaler tudung mommy
Ayah kata “siapa yang nampak?”
Matahati Mommy nampak tau…*rasa ada je yang kurang..hihi
haluu

Masa kami khusyuk leka dengan makanan
Iki kerja part time dengan kedai makan ni
Tolong susunkan kerusi di kedai :) Ayo…anak kecil ni tak boleh dilarang
Kalau merajuk, dia sentap duduk terus kat lantai :mode tepuk dahi:

tolong susun kerusi

Pagi Ahad, kami bersiap siap nak melawat Strawberry, Teh, Cactus dan sayur sayur
Zikry dah siap awal dan tak sabar2 nak berjalan

zikry tak sabar nak jalan

Kalian, anak saya dah besar panjang
Asal nampak tangga, mesti jakun nak panjat sambil jerit panggil jiran
Dan tak boleh dilarang, kena pujuk lembut lembut…
(sabar…sabar :mode urut dada: )

turun naik tangga sendiri

Seronok tengok Iki seronok

yea

Sarung tangan yang saya berinya pakai
Dia gunakan untuk berkebun …yup, berkebun!

iki berkebun

sibukkan dia

Kami dah sampai di Big Red Strawberry Farm
Refer di sini untuk Strawberry Farms yang lain

iki tgk fish

Iki melihat fish di dalam kolam ikan
*Ada iras2 Bawang Merah panggil ikan kaloi tak kalian :)

ikan canteks

Ha, gambar di bawah ni syahdu sikit
Masa ni Zikry sedang duduk dalam kereta yang kena-masuk-duit-baru-bunyi
Dia berwajah heran sbb kereta baby lain naik berbunyi dan ada lagu
Dan dia punya kereta, statik disitu (ada la bergerak2 sikit masa dia goyang2kan stereng)
Sebab ayah dia dah warn “Naik boleh, duduk je ye. Tak boleh masukkan duit” hihi…

iki naik kereta

Lepas ambil bakul dan gunting, saya ajak Zikry mengutip hasil tanaman yang orang lain tanam
Cajnya ialah RM20 untuk satu pertiga bahagian bakul

jom petik strawberry

Wowowo..saya pakai tudung semalam weh
*Siapa pun tak perasan kalau saya tak beritahu kan kan
Oh ye, selingan – Saya tak perasan sangat sebarang perubahan selepas menggunakan Sabun Mior
Bekas jerawat, masih ada
Double chin, ada sikit sikit
Eye bag, itukan identiti saya
Cuma sejak menggunakan Sabun Mior, saya belum ada jerawat lagi :)
Kalian nilailah sendiri daripada gambar gambar saya ya!
*Saya TIDAK reti edit gambar utk mem’flawless’kan diri sendiri kecuali gambar ihsan dari dia ini
*Boleh right click dan View Image utk besarkan lubang hidung saya

iki sayang

i want it too

Tengok apa Zikry buat dengan strawberry di tanggannya itu
Dan sepanjang hari itu, Zikry berbau strawberry…hihihi

ramas strawberry

ayah n iki

Bila sudah penat, Iki ‘isi minyak’ dengan mommy

iki minum susu

Ini adalah makanan yang berasaskan strawberry segar
Youghurt strawberry, sundae strawberry, tart strawberry
SANGAT sedap dan segar!
Abg, jom kita tanam strawberry depan laman rumah!

makanan berasaskan strawberri

Ahaha…kelakar kan gambar dibawah
Sangatlah bajet shomels kami bergambar sebagai Encik & Puan strawberry!

wajah wajah strawberry

Gambar yang diambil si dia

strawberry nyam nyam

merah muda

Saya shopping cactus BANYAK!
Niat di hati nak hadiahkan kaktus kepada teman teman di Malaysia
(Ehem, rasa perasan macam Cameron tu oversea pula..hihi)
Harapan saya, kaktus kaktus ni hidup lama dalam jagaan saya
Update terkini- SEMUA cactus masih hidup selepas 2 minggu berada di atas rak TV saya

mommy shopping!

Sempat saya beli carrot kecil ini
Update terkini – Saya masih belum sempat masak carrot ini
Mungkinkah akan kering di dalam peti ais?

carrot kecil

buah berjari

Seterusnya kami ke Sungei Palas Tea Plantation
Sungguh ngeri jalan yang hanya muat satu kereta di lereng bukit menuju ke sini
Mungkin ini akan jadi kali terakhir saya ke Ladang Teh

di ladang teh

Iki rambut serabai :)

si kecil kami

kami di ladang teh

daddy..

Saya suka tempat shopping
*Walaupun tempat tu jual kain batik sahaja, atau apa apa
Asalkan boleh membeli!
Teh yang dalam bekas cantik2 itu adalah teh kelas pertama
*mengikut kata jurujual itu
Dan hanya dijual di Tea Plantation Sungei Palas sahaja (woah…)
Saya beli 3 jenis, iaitu Palas Supreme, Sg Palas dan Bukit Cheeding
Harga satu bekas RM15.90
Ada yang teringin nak rasa teh2 ini, jemputlah ke rumah saya
Saya akan bancuhkan dan minum bersama sama :)

shopping teh

anak mommy!

Sekian, entri percutian keluarga di Cameron Highland
*prf…banyak lagi gambar dalam kamera saya
Sekali lagi, kalian prefer entri bergambar ataupun takde-gambar-pun-takpe-acikpink-terangkan-ler
What say you?

sungei palas tea plantation

Dah hampir jam 2 pagi, saya perlu tidur utk kecantikan mata
Esok perlu tekun bekerja :)

*Saya dah bayar msjbox servis shoutbox Junaidix dek kerana frustated dengan Oggix.com
Selamat Hari Thaipusam buat mereka yang menyambutnya!

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Genting Highland Trip
  2. Pasar Malam Trip
  3. Trip to Zoo
  4. One Utama Trip
  5. Econsave Trip

7 Responses to “Cameron Highland Trip”

  • Qas:

    eh.. nape gambo je.. cerita nye tade?

    iki semakin membosa… :)

    tu gambar close up dia tuh. gaya senyum mcam orang beso je. heheeheheheheh

  • ayg:

    iki sgt sesuai pakai vest belang2 tu. nampak dewasa. heheh
    ayg cadangkan alg stori mori kat sini n gmbr sikit2, n letak gmbr (kalo bnyk) dlm album di facebook. nk upload di facebook sonang jo..jd bile alg karang di blog, cuma letak gmbr cikt2 n alg juga x perlu kecikkn gmbr yg begitu bnyk.
    :)

    Ayg : Kalau begitu susahla ayg kena jenguk dua tempat, blog dan facebook kan?
    *Boss Alg ada facebook tau…ngeri la nak letak stori mori gambar gedik di sana

  • ayg:

    oh alg, ayg tgk gigi alg x perlukan braces ponnnn..
    —-
    emm betul ke ayg? braces berguna utk menarik rahang juga kan?
    kalau alg nak rahang yang lebih kecil*tanpa pembedahan plastik?
    alg tgh menabung – utk braces.. :) (eh senyum tutup gigi)

  • keluarga bahagia

    Za : Bahagia itu perlukan kesabaran, dalam mencari titik pertemuan dalam garisan perbezaan.. :) :mode urut dada bersabar:

  • Liz:

    isk, pagi td saya baru berckp dlm otak, “kan bagus kalau ada member pegi cameron highland. leh pesan fridge magnet”.

    cameron highland tu salah satu tempat saya gi jalan2 dgn hubby masa asyik bercinta.. opss, time tu belum bercinta. baru nak kenal. kat situ baru rapat.

    konon nak ada benda yg mengingatkan kenangan manis tu la sbb masa dulu, lupa nak beli.

    adoi, nape sue tak ckp sue pegi cameron highland? hoho, ape kes? saya ni bkn setiausaha sue pun kan? haha

    haha liz : Sue pun tak sangka wan & keluarga nak pegi
    Tu yang baju hitam tudung kuning tu (kes tak bersedia)
    Kalau tidak, harus sue packing sweater warna senada..hihi

    Ho nak fridge magnet kah? Sue tak beli fridge magnet yang biasa, nanti sue tempeks gambar..

    Oh oh, Sue ada kaktus utk diberi. Jemputlah ke rumah utk menjemput kaktus Lize :)

  • Sue, gambo iki no 4 n 5 tuh dah mcm muka hubby sue (abah nyer ler),ada sikit lerr. Tapi selama nih nampak muka iki resemble sue…real pon sama ;)

    hihi..sekali baca ingatkan aja cakap macam muka abah sue (atok iki)
    Bahagian bulu2 baru ikut hb sue aja (maksud sue, bulu mata, rambut..hihi)

  • khalafis:

    salam kak…best nye dpt jalan2 ngan suami n ank..
    yang saya bangga sempat juga akak bagi susu bdn kat bby…walaupun dia dh besar..
    umrnye berapa????saya ada msalah skit tntg brsfeeding ni…yang pilik nye ank saya memng tk nk langsung susu formula….saya tk thu mcm mane nk bagi dia susu formula…..saya bekerja sbg guru n tugsan saya tk ktentu….kdg2 kena turun pgi hhga lah ke ptg…dia hny makan n minum air suam shaj…..

Leave a Reply