Email daripada Nabeela
Dikongsikan bersama supaya semua ibu dapat manfaat
Saya membantu sekadar terdaya
———-
Salam kak Suraya,
saya suka baca blog akak sbb ada byk info pasal bfeeding.
dan sebagai mommy yg berjaya bf anaknya yg dah sethn lebih …saya rasa akak layak mendengar rintihan saya yg nak mengadu domba ni
huhuhuh
saya mommy kpd 6 months old baby, aliyah.
so far alhamdulillah, saya exclusively bfeed dia.
tp sejak awal bulan lepas….saya nye susu sgt2 merudum.
stok beku dah abis dan apa yg dipam setiap ari mmg tak cukup nak bg babysitter. babysitter adalah kakak saya sendrik.
nasib baik la kakak yg jaga so dia paham masalah saya.
sejak dulu mmg saya amalkan makan halba, oat, horlicks, MMT, dan pam 3 kali di opis. di rumah saya wajib pam sekali b4 pi opis.
dan amalan yang kadang2 buat,kadang2 tak; adlh minum melilea soya, kurma etc
longan mmg dah byk kali try…tak berkesan. lobak putih pon tak berkesan
sejak susu saya berkurang awal bln lepas….saya dah try domperidone…dah dekat 50 biji saya makan (ikut prescription)…tak berkesan
last wk beli fenugreek GNC n makan hampir 10 biji sehari….ada la perubahan sikit…
breast rasa berisi time nak tidokan aliyah n masa mlm2 dia bgn menyusu.
waktu lain ….pam kat opis…masih tak dpt byk
fyi, aliyah minum 12 oz sehari
sejak susu drop….saya hanya berjaya dpt 7-8 oz
tu yang asik amik stok beku sampai abis licin :~(
sejak makan macam2 penambah susu tu….saya tak pernah rasa engorgement
mmg takde apa yg bebetol nampak kesan
plg ok yg fenugreek GNC tu la…tu pon cuma rasa breast berisi sket…tp mmg tak engorged
tp smlm n ari ni makan cam biasa….mmg tak rasa berisi
tak tau la aliyah puas menyusu ke tak
kalu kat rumah masa cuti…saya pam mmg dpt 1/2 oz jek
kalu kat opis byk sket sbb aliyah tak nyusu…kalu kat rumah…dia nyusu jek…mmg tak dpt byk
sgt2 sedih ni
takkan la baru 6 bulan lebih….saya dah tak mampu nak susukan dia
nak kata tak stress…mmg tipu la
ari2 dok pk kenapa susu sket
dulu pon takde la susu melimpah ruah tp at least cukup la 12 oz saya pam utk bekalan esoknya
tp skang ni mmg tak cukup lgsg
aliyah dah makan solid….bubur n nestum
tp susu nya masih sama…12 oz gak
tp kalu tak cukup susu…dia tak nah la mengaruk
dia diam jek sampai next feeding bubur dia
tp saya tau dia lapar
skang ni saya bgn kol 3 pg utk pam…mmg dpt 1/2 oz jek
rasa nak nangis
kak, tlg la saya
apa lg yg leh saya buat?
saya tak nak give up lg
saya mmg komited nak bfeed aliyah sampai 2 thn tp kenapa susu sgt2 sikit
kak, pls help
——–
Semua masalah perlu dianalisis dibawah pemerhatian dan evaluation Lactation Consultant
Walau bagaimanapun, kak Sue shanteks cuba beri pendapatan ye dik
Ibu bekerja dan menyusukan akan menghadapi sindrom pam-susu-dapat-sikit dalam bulan bulan tertentu
(Biasanya berlaku semasa bayi berusia 6 bulan, 8 bulan, 12 bulan, 16 bulan)
Mommies don’t read calendar, jadi ianya berbeza mengikut ibu
Sebab berlaku:
- Pengosongan breast yang tidak sempurna. Lebih BANYAK susu perlu dikeluarkan dengan LEBIH kerap. Susu baru akan dihasilkan apabila breast kosong.
- EMPTY breast = FASTER milk being produced
- AIM = keep breast as empty as possible throughout the day
- CARA = pam 2 jam sekali semasa di office dan 3 jam sekali semasa di rumah. 20 minit sebelah breast, setiap sesi.
- STRESS – Ibu bekerja lebih terdedah kepada tekanan semasa bekerja
(Ibu yang lebih tenang mampu menghasilkan susu yang lebih) - SIBUK – Kesibukan dengan jadual kerja menyebabkan ramai ibu tidak sempat mengepam.
Cara meningkatkan milk production:
- Pastikan bayi anda mengosongkan breast anda dengan sepenuhnya dengan cara menyusukan anak anda dengan posisi yang berlainan. Posisi yang berlainan mengosongkan bahagian breast berlainan.

- Tambahkan sesi mengepam 15 minit sebelah breast selepas menyusukan bayi anda atau between each feeding (Contohnya bayi minum pukul 9 pagi, pam pada pukul 10 pagi kerana berkemungkinan (tidak semestinya) dia akan bangun untuk menyusu pada pukul 11 pagi). Tujuan pam :
- Mengosongkan breast supaya susu baru dihasilkan
- Memberi signal kepada brain untuk menghasilkan lebih banyak susu
- Membuat stok beku EBM (Expressed Breast Milk)
- Susukan bayi anda sekerap mungkin semasa anda dirumah. AIM 1.5 to 2 hours semasa siang dan 3 jam sekali semasa malam.
- Biarkan bayi menyusu sebelah breast sehingga kosong dan offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu). Kalau bayi menolak,pam 15 -20 minit untuk mengosongkan.
- Bercuti!
- Luangkan cuti panjang (3 hari) bersama bayi anda dan susukannya sekerap mungkin(siang dan malam) tanpa memikirkan kerja rumah/ofis.
- Tiada penggunaan pacifier dan bottles
- Penggunaan puting (pacifier) dan bottles mengganggu proses breastfeeding yang berkesan. Sekiranya bayi anda terpaksa disusukan selain direct feeding, gunakan sudu atau cup kecil.
- Hanya Susu Ibu
- Avoid air suam, susu formula atau supplement lain jika bayi dibawah umur 6 bulan. Sekiranya bayi berusia lebih dari 6 bulan dan sudah mula makan, cuba kurangkan pengambilan makanannya.
- Ibu perlu bertenang dan sentiasa gembira
- Eat well, drinks a lot of water. Berehat secukupnya dan makan yang bernutrisi serta berkhasiat.
- Consider Galactagogue
- Galagtagogue ialah herba yang boleh meningkatkan produksi susu antaranya ialah fenugreek, blessed thistle, and alfalfa.
Nota : Galagtagogue akan lebih berkesan sekiranya anda meningkatkan frequency pengepaman anda.
- Galagtagogue ialah herba yang boleh meningkatkan produksi susu antaranya ialah fenugreek, blessed thistle, and alfalfa.
Nota Luna:
- Bayi yang fussy, kerap merengek bukan petanda susu anda tidak cukup. Dia mungkin sedang mengalami Growth Spurt. Teruskan menyusui anak anda dan semuanya akan berakhir sebelum anda jumpa puncanya merengek
- Breast yang tidak bengkak bukan petanda anda tidak menghasilkan susu sebaliknya badan anda sudah mulai adjust dengan demand anak anda
- Susu yang tidak leaking juga bukan bermakna susu anda kurang. Badan anda sudah menghasilkan susu yang cukup dengan demand anak anda
Kalians, supply and demand …the more demand is needed, the more milk will be produced
Stok EBM habis? Sambung mengepam semasa dirumah selepas anak minum. *walaupun outputnya hanya 0.5 oz
Selepas beberapa hari anda akan nampak perbezaannya
Related posts:







wah, sue bg penerangan panjang lebar. bagus!
to Nabeela, teruskan usaha dan dgr ckp kak Sue ni. stock kat rumah dia penuh satu peti ais. rasanya nasihat dia tu sgt berguna. belajar dr pengalaman org lain kan?
me berdebar nie.. ada lg 20 bulan. harap2 takde la masalah besar.
sue, ada dpt sms sy psl buku tu tak? kwn sy nak beli. nnt sy ambil kat hujung bln. wah, ada cactus skali ke? ku mau rasa teh yg mu banggakan tu gak. hehe..
—
hihi : Thanks Liz, Nabeela jangan wisau..akak pernah ditempatmu
senior-senior BF cakap “jangan topup formula, force brainmu utk hasilkan lebih susu”
akak pun patuh dengan nasihat mereka
sehinggalah iki dah 1 tahun 2 bulan, alhamdulillah..
Liz, sue dapat SMS Lize..baiklah, sue akan simpankan buku, teh dan kaktus (kalau hidup lagi)
kita minum teh sama sama nanti ye
salam…
saye paham ape nabeela rasa…
penah juge production jadi begitu.. wuuuuu… mmg sedih giler la time tu..
my baby izz danial pulak mmg x mo FM.. mmg amat riso
tp saye cepat2 pulihkan smgt.. cari info.. chat dgn ibu2 yg bf especially kak nurul (katanyer cousin kak sue).. dan juge mestiler masuk blog kak sue ni kan!!
dan jugak makan macam2 utk boost balik milk production…
hasilnyer..
dulu saya pam arini utk stok esok…
arini pam dapat 3 botol, esok bawa p bb sitter dan abes…
tp skrg dlm freezer ade 9 botol.. =)
smlm beli botol baru.. prepare utk stok utk outstation nnt!!
so.. moral of d story…
sue pun pernah!
nabeela.. dun givap okes!!!
yg penting kena think +ve
chaiyok nabeela!!!!
—
betul ibu izz
sehari produce 6 oz (siang, 3 kali pam)
baby iki minum 18 oz…. negatif 12 oz!
kembali bertenang, tarik nafas, lepas..
ambil pemakanan supplement utk menaikkan production susu dan kerapkan pengepaman (walaupun yang keluar hanya angin)
*kak nurul tu cousin sue
sy sotongg penerangan kak sue chantekss tu. Kosongkn lah breast sekerap yg buleh mcm diriku. Ku lagi sedey sbb anakku takmo didirectbfkan..ku masih mencoba!terpaksala ku menopup masa2 yang tidak didirect bfkan tu dengan kekerapan ku mengepam tegar!hehe..go go kak sue shantekss!
—
akak sotong yati jua (sotong kan?)..hihi..
nabeela, selagi nabeela percaya pada kata kata akak,
insyaAllah nabeela akan berjaya
ianya akan ambil masa 1-2 minggu, lebihkan sesi mengepam harian sehingga dapat 12 oz sehari
cam ala ala bekal anak, tidur malam akak selalu terganggu (dulu)
malam malam bangun mengepam sambil fikir “bekal iki esok tak cukup ni..”
ku penah meninggalkan anak sebulan pg kursus xbfeed, stok xcukup, tpaksa top up ngn fm,lepas balik kursus pam mmg dpt cket aje..namum selepas itu ku dapat fully bfeed balik stelah cube tips2 baik dari sue.. n bby kyra full bm skrg,so dun ya worry nabeela..caiyok2!
—
Riez: Mu boleh buat talk di depan dah..Kyra bukan sahaja full BM malahan stok EBM mommynya berkepuk kepuk dah Nabeela
Selagi kita faham konsep susu terhasil, kita tidak akan wisau..
Sukses, sukses!
kak sue n other mommies…
thanx!!!
saya terharu sgt ni…bergenang2 air mata baca reply kak sue n other mommies
mmg saya sama cam tu…bgn tgh2 malam sbb asik teringat2 susu aliyah utk besok tak cukup lg ni…
alhamdulillah…sejak kelmarin ada peningkatan
selama ni pam dpt 7 oz jek n kena topup stok beku sampai abis licin
lepas dah abis tu….saya pam lg dan lg…kelmarin dpt 8.5oz dan semalam dpt 10oz
mmg belum cukup 12 oz spt dulu tp sgt2 bersyukur sbb ada improvement
smoga ari ni aliyah puas la minum berbanding smlm2
ok kak sue…saya akan ikut nasihat kak sue utk tambah pumping session n pumping time
smoga cepat la nampak hasilnya n boleh kumpul stok balik
mmg tak mo giveup
gambate ne
p/s:sorry…saya baru baca entry ni sbb tak tau akak reply kat sini…saya punya la tertunggu2 email…ehehe
thanx kak….jasa mu dikenang jua
—
salam Nabeela : Jangan sedih ye..kami pun senasib denganmu.
Ada masanya susu naik dan kadang kadang susu merudum
Tapi kami tak putus asa
Apa yang penting? Kerjaaasama (ihiks, teringat cerita Wonderpets pula)
sy pn skang ni mgalami prob yg sama. stk EMB la ni tinggal 9 btl jer dr 60 btl:(.. bb lak consume 7btls of 3.5oz.. tiap2 ari pum kat opis 3x/day dpt 4 – 5 btl jer.. la ni tgh nk naik kn semangat tuk ngepum atleast 8x/dy..bb br 9mth klu blh nk full bf spai 2thn:)
—
Mama boleh hubungi saya sekiranya memerlukan sebarang panduan kaunseling. Terima kasih.
uhukks…nape ku sedey ni bc kisah2 kt cni…xpsl merembes ayor mate (ngs leh kurang kn susu x? )
harap syifa membesr bagai johan…cewaahh…
—
Farah : Semangat! Semangat! Semoga dengan cita cita murni ibunya, Syifa membesar bagaikan johan..hihi
CIAN NABELA..APE2 HAL PUN TAHNIAH WAT NABAELA ATAS KESUNGGUHANNYA UT BF BB NYE..
SY ALHAMDULILAH BB DH 8BLN STILL CAN FULLY B/FEED..SUSU PUN ALHAMDULILAH MASIH BANYAK MCM DULU..1HARI SY PAM KAT OPIS DPT DLM 20oz..ALHAMDULILAH SYUKUR SGT ATAS REZEKI YG ALLAH BG PD BB..STAKAT NIE SY X DE APE2 PETUA CUMA MASA MENGANDUNG SY DH NIAT & BERDOA PD ALLAH s.w.t UTK DIBERI PELUANG MENYUSUKAN BB SEHINGGA 2THN..ALHAMDULILAH STAKAT NIE MMG MEMUASKAN LA..BB PUN STAKAT NIE CHAT & CERGAS..DIHARAP PD NABELA TDK MUDAH PUTUS ASA & TRUS MENCUBA AGAR DP B/FEED BB SEHINGGA 2THN..INSYAALLAH SAMA2 KTE DOAKAN..AMINNNNNNNNN…..
—
Terima kasih mama kasih kerana berkongsi dengan kami
salam, sy pernah pegi kelas su, namun xberjy tok full BF, sedih sangat stok ade skt jer, pam kat opis dpt 8oz jer, tpaksa top-up Susu Formula hu2, bila bg formula rasa nk nangis jer mgenangkan anak sendiri minum susu lembu hu3, tolong……….
—
Salam Watie : Proses relaktasi memerlukan effort dan komitmen yang lebih berbanding memulakan penyusuan dari hari pertama. Watie kerapkan pengepaman siang dan malam, insyaAllah susu akan bertambah.
Stimulasi hisapan dari bayi juga penting. Perlahan perlahan kita eliminate pergantungan anak pada susu formula ya
salam kak,
saya masih dalam pantang anak ke2 dan berniat utk bf excl bb ke2 ni. Masalahnya, breast saya sebelah kiri, sekiranya diperah menggunakan tangan akan menyebabkan breast saya sakit seolah2, breast tersebut masuk angin. Mula2 dulu saya ingatkan bengkak susu, tapi bila bb disusukan kerap bahagian breast tersebut masih terasa sangat sakit. Apabila saya menuam n mengurut2 sedikit bahagian sekeliling breast berkenaan barulah reda sakitnya. Jadi saya amat risau sekiranya breast sebelah kiri saya akan kurang menghasilkan susu kerana tidak boleh dikosongkan dengan sepenuhnya. Apa tindakan yg saya lakukan sekrnag ialah, sentiasa susukan bb disebelah kiri dan mengosongkan breast sebelah kanan. Adakah cara berkenaan betul dan bagaimana mengatasi masalah breast sebelah kiri saya???
Satu lagi, selalunya waktu malam saya menyusukan bb secara mengiring> perlu tak bb disendawakan dan sekiranya tidak disendawakan adakah merbahaya???
—
Azren, maksudnya baby hanya minum dari breast kiri dan Azren mengepam susu dari breast kanan? Betul ke apa saya faham?
Adakah breast kiri Azren masih sakit pada setiap kali penyusuan?
Dengan pelekapan dan posisi yang betul, penyusuan tidak sepatutnya menyakitkan. Kalau ia masih berlarutan, saya cadangkan Azren berjumpa dengan doktor/konsultan laktasi untuk penelitian.
Bayi yang minum susu ibu tidak perlu disendawakan kerana tiada udara yang dihisap bayi semasa penyusuan. Semasa bayi melekap pada payudara ibu, ianya adalah ruang vakum.
su
saya x pasti sama ada baby saya cukup susu atau tidak.. so far dia ok xde nangis lps minum susu. Cuma saya rasa dia mcm x cukup susu sbb diapers yg baby pakai jarang berat. biasanya klu pagi lps mandi (9 am) pakai diapers baru masa nk mandi petang tu baru la tukar (5.00-6.00pm). then malam x pernah tukar sampaila keesokan pagi nk mandi tu. bukan x nak tukar tp diapers tu x berat pun.
buat pengetahuan su, baby saya berusia 2 bulan perempuan. last checkup (last week) berat dia 4.5kg (lahir 3.1kg).
—
Salam Shary : Dari kadar pertambahan beratnya, baby Shary nampak sihat.
Penggunaan disposable diaper membuatkan bayi ’sentiasa’ kering dan agak sukar mengakses berapa kali bayi kencing dek kerana serapan gelnya yang ‘bagus’. Dgn menggunakan lampin kain, lebih mudah bagi ibu/penjaga memerhatikan berapa kali bayi kencing dalam sehari.
Praktis tukar diaper anak, 3 ke 4 jam sekali dan bukannya bila berat kerana pendedahan yang lama terhadap bahan kimia di dalam diaper bercampur urin tidak sihat untuknya.
kak sue…
lame x jenguk blog nie…alhamdulillah mummy br jer selamat melahirkn seorang putri pd 29/10 lps…
skang tgh struggle nk bf gul…susu agak bkurangan…tp mummy keep on trying…non stop…
nk tnye, bab pengosongan breast tue…kalo nk pam smpi 15-20mins, kdg2 br 1 mins susu dah x kuar…
perluke teruskn lg smpi 20mins…? huhuhu…
n boleyke kite topup2kn susu2 y sket2 nie every time kite pam utk pengosongan breast…? pliz kak sue…need ur advise…
—
Tahniah Mummy_rn atas kelahiran cahayamatamu.
Teruskan mengepam untuk memberi signal kepada badan ibu. Susu perahan boleh dicampurkan asalkan suhunya sama (disejukkan didalam peti ais terlebih dahulu)
oppsss…ader lagi kak sue…br terbace pasal bayi y nyusu ibu x perlu disendawakan…fuhhh lega rase…
sbb mummy mmg fail bab sendawa anak…slalu tok or daddy gul y sendawakn…hahaha…
disbb mummy ccer mase birth aritue, jd pengsan seharian…pihak hosp swasta dah bg fm pd baby…
alhamdulillah hari ke2 mummy fully awake cume xleh bgn sbb bius masih bersisa lg…(fully bius)…tp
picit2 breast kuar kolustrum terus feed baby…
awal2 mggu pertama dlm sehari ader la 2-3 kali bg fm sbb bdn n pale skt sgt2…bile ok bg baby bf, bile baby minum fm berak2…ader y kate its normal baby berak…n since yesterday br 2 kali bg fm, n lps bg fm 2-3jam pastu baby berak…tp bile bf, baby x berak…kencing jer…ini petanda baik ke…?
n kdg2 baby kuarkn blk susu (bm/fm) y mummy bg, at times same amount y mummy feed baby…baby akan lapar blk ker…? slalu pg2 bile bgn baby akan nangeh2 bile bf, n tepakse bg fm…tp pg td smpi skang alhamdulillah…mummy juz bf jer n she still leh tdo lena…
jd camner ye kak sue…hope leh jwb soklan2 mummy nie ek…thanx…
—
Susu ibu adalah supply and demand dan pemberian formula mahupun air suam boleh mengganggu signal demand dari anak kepada badan ibu.
Selamat menyusukan anakanda ye dear.
salam kak sue..
first time sy masuk blog ni. sy pun fully bf for my daughter. BAru 4 months. Sama mcm permasalahan nabila. Sy pam kat opis 2x sehari. Stok yg ada cukup2 mkn utk sy. That’s mean pam hari ini utk keesokan hari. Dan begitulah seterusnya. Anak sy mnum 4oz x 4 botol. Skrg tgh usaha nak buat stok ebm byk2. Harap usahaku mendtangkan hasilnya. So bila kak sue bagi penerangan yg mcm ni saya, sy rasa lebh bersemangat lg..
—
Salam Mummyzara : 4ozx4 botol = 16 oz. Kalau apa yang mummy pam di ofis tak dapat 16 oz, bawa pulang pam dan mengepam di rumah ya.
salam,
saya suke baca blog kak suraya.. dan saya menyokong semua ibu2 yang memberikan anaknye susu ibu.. tapi saye hanye dapat berbuat demikian semasa saye dalam pantang aje.. now, anak saye sepenuhnye menggunakan susu formula sehingga kini usianye 6 bulan 3minggu.. perkara ini terjadi apabila anak saye tidak pandai mencari puting saye semasa dier baru dilahirkan..saye jadi give up dan oleh kerana saye risau dier lapar saye memberinye susu formula terlebih dahulu.. setelah 2 minggu dilahirkan baru bby saye pandai menggunakan puting saye..sayangnye pada waktu itu susu saye sudah hampir kering.. tetapi saye still bagi dier hisap jugak puting saye walaupun susu da kurang.. untuk pengetahuan akak saye tidak mempunyai banyak susu kerana apabila saye pam susu saye hanye dapat tidak sampai 1 oz pun.. apa sbabnye perkara nie terjadi? bole kak suraya berkongsi dengan saye?
sampai sekarang saye rase terkilan kerana anak saye hanye dapat sedikit sahaje susu saye..
—
Saya cadangkan Farina sertai kelas penyusuan susu ibu untuk lebih kefahaman mengenai susu ibu. Konsep susu ibu adalah supply & demand dimana bila ada permintaan dari bayi, barulah susu ibu dihasilkan.
Teruskan mengepam dan memberikan bayi minum secara terus dari Farina. Ini akan meningkatkan produksi susu ibu.
salam sue..firstly,tq coz byk ilmu yg sy dpt from ur blog. alhamdulillah, sy dh 1thn fully bf my lovely gul. ni pun atas galakan kwn sekolah sy (haza..sue kenal kan). n sy selalu gak baca blog sue ni. memang berbaloi.. ihik.. cuma lately susu merudum sesangat.. stok susu memang dh lama habis, skang memang pam utk guna besok.. biasanya anak sy minum 12oz sehari.. so sy bekalkan 4 botol.. tp 2 hari lepas sy berjaya supply 2 botol jek..huhu..sedih sangat.. then terpaksa bekalkan sample susu anmum kt taska.. takut anak sy lapar plak.. kesian sangat kt dia..lagi2 bila dia taknak minum fm. n sy juga bekalkan milo kotak (katanya kurg elok..yeke?) tp alhamdulillah bila baca kes nabeela ni, naik balik semangat. lately terpikir nk beli anmum, dutch lady n etc.. tp katakan tidak.. nk kena tukar mind set ni.. so hopely dgn tips2 yg ada dlm ur blog bole membantu sy menaikkan kuantiti susu. Insya Allah.. sy juga adalah ibu yg pakaikan anak fully cd. alhamdulillah.. semuanya untuk kepentingan anak kita.. so kepada semua ibu di luar sana termasuk diri sy sendiri marilah kita bersemangat kental untuk kebaikan ank bersama..:-)
—
Terima kasih Jamie kerana berkongsi cerita. 2 botol yang Jamie bekalkan lebih berharga dari setin susu formula
Itu rezeki baby hari itu dan she will be fine. Lebihkan makanan seperti buah buahan dan snack untuknya.
kak sue,bb saya dh bln 1 minggu…dah 3 minggu sy pam2 B.tp masih dlm kuantti yg cikit tak sampai 1oz( tu pn stlh di pam seharian dlm kuantiti tu ). kuantiti tulah yg sy bg stiap hari kak sue.bagaimana sy nk mengatasi perkara ni kak sue? saya mmg berharap nk direct bf pd bb asif.skrg ni bb asif dh tak nk direct,dia menolak 100 %.kuantiti yg sikit tu sy msk dlm botol,alhmdullh,msh di minum…sedey jg kak sue…
saya harap kak sue dpt guide sy blh tak? plz…….
—
Salam Nora : Nora boleh email saya untuk arrange appointment sekiranya Nora memerlukan kaunseling penyusuan ye dear. Terima kasih.