Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Pagi 1 February 2009, ada Gathering Forumner susuibu.com
Gathering bermula seawal 8 pagi (didalam agenda) bertempat di Tasik Shah Alam
Diorganize sukarela oleh Puan Zatul, Terima kasih & Tahniah Zatul

Makanan dan minuman adalah pot luck style
Ada banyak voucher dan freegift hadiah dari ibu2 yang mempunyai kedai
Dan daripada pihak Lunatots,  saya preparekan Free Cloth Diaper dan beberapa Lunatots Voucher
voucher lunatots

2 minggu lepas saya baru sahaja menghadiri Gath Forum Cari Bod Parenting di Putrajaya
Tapi waktu tu Lunatots Cloth Diaper belumpun sampai ke Malaysia
Jadi tak sempat nak hadiahkan buat mommies



Pukul 8.30 am kami bergerak dari Cheras menuju ke Shah Alam
Berpandukan instruction bertaip daripada Puan Zatul
Gigih kami follow GPS tau
(GPS bawa kami pusing pasaraya SACC Mall yang belum dibuka)
Semata mata kerana setting ‘Fastest Route’ :sigh:
Daddy Zikry ikut kelam kabut sbb saya nak cepat sampai ke Gath
30 peserta paling awal akan dapat free gift
Sampaikan dia terpaksa shave dalam kereta di tempat parking!
ayah shave

Ibu bapa jaman sekarang memang perlu kreatif dan multitasker kan kan?

Tema Gath ialah Hijau
Satu keluarga saya pakaikan hijau luar dalam

mommy & iki

Ini adalah beberapa CD percuma untuk diberikan kepada yang bertuah
Dan dalam plastik kuning tu ialah kuih pau yang saya buat goreng pagi tadi
*Dah namanya potluck kan kalian, takkan saya nak datang melenggang makan makanan org lain bawa…ekeke

barang barang

Dah lama saya tak bergambar single sensorang tepi papan tanda macam ni..hihi

kedai kopi

Anak mana?
Anak siapa?
Oh…anak saya dengan daddynya
Jalan jalan ambil angin segar penuh oksigen

iki berjalan sendiri

Ini pemandangan gazebo dari jauh
Dah ramai juga yang datang
Makanan pun banyak ya amat!

gazebo itu

Selepas sesi makan makan dan berborak
Sedikit pengisian daripada Dr Shiha
Dr Shiha ialah doktor di PPUM bahagian Fisiologi yang amat pro-BF
Beliau juga merupakan moderator di forum susuibu.com

dr shiha

Ini ibu ibu hijau yang mematuhi tema Gath

ibu yang datang

Kaum bapa pun bersungguh2 dengar penerangan Dr mengenai breastfeeding

ramaikan..

Zikry duduk diam tumpang Bumbo Seat Humaira
(Masa ni mama Humaira gi amik makanan, mommy iki test try pakai)
*Susah woh nak tarik Zikry untuk berdiri kembali
Ala ala stuck montot anakku ..hihi

iki pinjam

Sesudah habis semua persoalan mengenai Breastfeeding dijawab Dr Shiha
Saya minta suami jagakan Iki semasa sesi saya menerangkan tentang Cloth Diaper
Gambar ini adalah zoom dari tempat duduk saya
Iki tengah ajar ajak ayah dia main gelongsor

daddy temankan iki

Nerbes saya, tak pernah2 dah lama tak buat talk begini

acik baju ijo

Sedar sedar je suara saya terlebih kuat..hihi
Rupa macam marah, tapi sebenarnya saya excited sesangat2 dengan Lunatots Cloth Diaper

Secara basicnya, penggunaan Cloth Diaper sama macam disposable diaper
Iaitu, sehelai CD pakai selama 3-4 jam
Dan sehari perlu ada 6 CDs (siang dan malam)
Guna 1 insert utk penggunaan 3 jam(siang)
malam guna 2 inserts untuk penggunaan selama 7 jam (12 malam sampai 7 pagi)
Kebaikan : tiada bahan kimia, selamat utk bayi dan alam sekitar, jimat utk mommy dalam jangka masa panjang dan boleh diturunkan kepada adik adiknya :)
Menarikkan?
Jom jenguk www.lunatots.com

ha..semangat

Presentation mengenai baby wearing daripada Kak Shai

kak sha

Turut hadir adalah pengasas susuibu.com iaitu Puan Kamariah

puan kamariah & puan zatul

Gambar beramai ramai dihadapan kain rentang yang disponsor oleh Puan Laili

gambar ramai ramai

Sempat juga saya tershopping pouch Kak Shai
Lena Zikry tidur dan saya pun tak lenguh mendukungnya
Nampak macam pouch ni kecil kan?
Tapi saya selesa dan Zikry rasa selamat bila berada didalamnya
Tak perlu bawa stroller yang besar dalam kereta kecil

iki dalam pouch

Lepas ni senang saya nak buat kerja rumah sambil mengendong Zikry :)
Dan kepada mereka yang mahukan pouch custom made utk anda
Boleh order di sini
Anda pasti berpuas hati dengan hasil kerja kak Sha
Bayi pun boleh sentiasa rapat dengan mamanya :)

mommy berposing

Jenguk cerita dan gambar Gathering  di blog mama mama lain:

Nota mommy Luna : Blog saya ni cerita kisah silam je kan
Pada 11 February, saya cerita kisah 1 February..haru..

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Gathering susuibu.com
  2. Pencarian Model Baby Lunatots Cloth Diaper
  3. Gathering Forum Cari
  4. Kelas Persediaan Susu Ibu

9 Responses to “Gathering Susu Ibu”

  • sya:

    mommy luna, seronoknya pergi gathering susu ibu. nak join, tapi bukan aktif forummer pun.. padahal dekat je dah dengan shah alam tu…

    memang best pakai pouch sling ni kan? rasa selesa dan tak lenguh. baby pun boleh tidur dalam tu… :)

    sya : lain kali sya join tau..(pst..sue pun tak aktif..hihi)
    semua ibu ibu peramah sangat, rasa macam dah lama kenal
    *dan makanan pun banyak (itu paling penting) nyam nyam

  • Liz:

    ingat nak pegi gath tu gak tp bertembung dgn kenduri kahwin faiz. kalau tak pegi, faiz kahwin sekali seumur hidup je.

    pouch mcm senang nak pakai. sy ingat nak beli satu. x kesah la kalau size tu tak sesuai utk abg izat. janji saya leh bwk batrisyia

    lepas gath tu sue terus ke kenduri cousin sue di Klang.

    phew, memang penuh aktiviti hari minggu kami…hihi

    betul liz, sue beli jenis ring dulu sbb senang nak share2 bawa iki. Tapi tak berapa pandai guna.
    Sekarang Sue tak larat dukung iki masa jalan jalan and sometime it makes me sad (uhuks..)

    Sejak ada pouch ni, acik kendong je dia kesana kumari :)
    Liz boleh beli di http://bigeyesshop.blogspot.com/

  • ayg:

    alg, ayg dulu mase kena bela luqman (kite cuti pas spm) , ayg pun guna sling mcm tu, cuma ayg wat sendirik guna kain batik. time tu luqman dh 2 tahun, tp sbb buas gt, ayg paksa die ikut ayg ke mana sj ayg g (dlm sling tu). hehehe. x rase berat langsung. kalo nk masak, ayg letak die kat blkg. hehe..rindukan zaman luqman kecik..

    Ayg : Cuba bayangkan kalau Luqman sekarang di bubuh dalam kain batik? hihihi…
    Pandainya ayg jaga adik…Alg kalau takde zikry, confirm tak reti jaga budak budak..
    Ayg patut bersyukur yang Luqman dah besar pandai, tak kecil macam dulu..senang ayg nak bergerak.
    Ayg, apa blog yang luqman tulis pasal bercuti di Cameron tu?

  • yer la…. ummiamsyar pun mcm berminat jer nk join next time punye gath… seronok jugak bersosial bawak anak n hubby sekali. kira majlis ilmu jugak kan…

    Lain kali kalau ada, ummiamsyar WAJIB join ye..
    semua orang berkongsi minat yang sama – Breastfeeding & Parenting
    Jadi seronok sangat perjumpaan (gathering) hari tu :)

  • mamazalif:

    seronoknya dpt tgk byk gmbar gathering ari tu. wpun takde gambr sy (huhuhu sedey gak, gurau jer). best dpt kenal dgn rmi ibu2 kat sana. wpun x semua yg sy tegur at least leh gak tambah kenalan. semua peramah n baik2 belaka. paling best satay hayatie. hehehehe.
    ingat nnti nk beli CD tu nk try kat baby alif sesuai ker x.
    apapun, mommy Luna jgn lupa jenguk blog saya arzalif.blogspot.com
    —-
    Pst mama zalif, kamera mommy iki letak merata..sibuk dengan anak, pouch, makanan shopping
    Lainkali kita bergambar bersama ye :)
    Satay yatie memang sedap, sue tertinggal name card yang Yatie kasi pula..nanti sue letakkan no nye
    CD memang sesuai utk semua baby sebab tiada bahan kimia dan kalau bayi masih ada rashes, mungkin disebabkan sabun yang digunakan
    (bukan material kain itu)
    Yup, sue akan selalu menjenguk alif di blog mama nya..

  • fid:

    Ohh inilah Luna…saya ada bertegur juga…hehhee
    —-
    Fid : inilah saya..hihi..nanti jumpa kat supomaket buleh la tampar2 bahu (wah..ganas bunyinya kan)

  • mamidamia aka zarina:

    hi sue..

    tak kusangka, terselit jugak gambarku disitu. betapa asyik mendengar cerita ceritimu psl CD. nnt ku smsmu ya. harap dpt melayan pertanyaanku dgn sabar. (alamak.. dah terjangkit plak ngan penyakit hayatie)
    —-
    Zarina : ku ingat dirimu. Mu sedang fikir nak beli itu, nak beli ini, nak itu ini untuk baby kan…kan…
    Bertuah babymu dapat mama sebaik mu..hihi
    *Thanks utk name tag yang disediakan,acik tempek kat bahu
    tapi tak lama lepas tu acik tak jumpa dah…hihi

  • Nanie:

    Hhehehee.. nak nyelit gak! Kami nih x dek blog.. tapi nak promote best wwoooooo gathering ari tu… rugi sape x gi!!! (sambil menunjukkn muka berlagaknya..)
    kepala mommies ni sumer giler gak kan.. x padan dgn gelaran mak org!
    But yg paling pntg.. all mommies still vogeh!!!

    ihiks nanie : yup, gathering haritu SANGAT best.
    rasa kalau tiap2 minggu gathering pun takper..hihihi…

    giler? kepala giler? mujur pak pak jagakan anak masa mak mak berborak sakan kan..

  • ziah:

    wah kalau saya tahu su datang shah alam pasti saya terjah…(tapi saya bukan forumer susu ibu,x malukan?)..boleh dapatkan tandatangan su..hehe..saya dah addicted baca blog su ni..setiap hari mesti baca..lepas baca tadi saya dah order pouch sling warna pink..hehe..walaupun baby saya boy.. dia jenis sentiasa nak melekap tau..oh ya..sayapun dah order cd lunatots dari haza/tumitu..
    —-
    wah ziah, datanglah! ku pun sebenarnya joging joging area itu, nampak ada org makan makan, terus ku serbu..hihi
    tandatanganku dari jauh macam cacing tau (dekat2 shanteks juga :P)
    yup, pouch sangat membantu seorang ibu yang nak buat kerja rumah dan anak yang sangkakan dia sebahagian dari ibunya :)
    pink? boy? buleh….

Leave a Reply