Imbas jaman dulu dulu
Saya TAK PANDAI buat stok semasa dalam pantang
Tak pandai = tiada knowledge (tapi saya taknak tulis bodoh)
Bermula dari hari saya membeli Set Spectra Xtravaganza Breastpump
Saya tidak menoleh ke belakang:
- EBM masa Zikry 6 bulan
- Senyum simpul EBM saya bergambar masa Zikry umur 7 bulan
- Gambar EBM Stock masa Zikry 10 bulan
- EBM saya berposing masa Zikry 11 bulan
- Lagi EBM masa Zikry 11 bulan
Tada…update EBM semasa Zikry berumur 1 tahun 2 bulan
Saya ada:
- 15 botol x 8 oz = 120 oz
- 50 botol x 5 oz = 250 oz
- 20 liner x 3 oz = 60 oz
- Total 430 oz
Kembang hidungku gembira sangat kerana bermula dengan 0 stok
Dan setiap hari risaukan bekal utk anak pada hari esok
(Sepanjang 2 minggu pertama)
Sekarang, saya berjaya memenuhkan peti ais dengan susu utk anak
Tak muat dah ruang makanan utk suami…hihi

Ianya kenangan manis saya
Bangun 3 jam sekali utk mengepam susu
Terlentok2 terhingguk2 bangun berkali2 di malam hari
Demi dia, demi anak anak kita….kan ibu ibu?
*Saya perasan, Qas, Ted, Ayang, Angah, Acu dan anak dara yang lain dah mula segan segan nak tinggal komen
Entri saya sangat menjurus ke arah satu golongan pembaca kah?
Saya boleh mengubah, kepada cerita politik semasa mungkin? hihi
Cadangkan, saya akan membangkang pertimbangkannya
Related posts:




ku tak sezannn..eheh! Mari kita berlomba-lomba kumpul stock EBM
psst:Kak sue,pernahkah stok EBM mu melepasi tarikh luput?
—–
oh oh Yatie : sila jangan segan dengan akak
yang mengaku anak darani yeStok EBM akak tak pernah melepasi tarikh luput kerana yang paling awal ialah 15 Dis 2008 (kasi anak minum susu tahun lepas.hihi)
Ala, susu formula tu pun entah bila diperah dari lembu, proses itu ini sehingga menjadi susu formula kan kan..
bukan tanak tinggal pesanan n singgah sayang, blog saya pun berhabuk. saya tak sabar nak simpan stok susu banyak tu, tu suami saya n baby saya.
* suami masuk gak tu kategori baby beso.haha
—
ted : patutlah akak selsema..ikiki
penangan habuk di blog ted rupanya ye
yup, sila tak sabar nak beli pam, mengandung, simpan stok, pakai lampin kain (CD) utk anak dan bawa anak jalan jalan dalam pouch umpama kanggaroo
walla….best kan bile bukak freezer,penuh dgn stok..kembang kempis lobang idung…ehehheheee
—
prff intan : betul betul betul
kadang kadang bangun pagi tu dah terlambat ke opis
ada orang tu selamba lepak depan freezer tengok stok
(ku la orang itu..keke)
wahhh, name ku ade enterframe gituuuu. hahaha
qas tak tau nak komen ape la acik.
lagi 3 4 tahun akan dtg ku dtg komen. hehehehehe
nak? nak?
—
qas : akak buleh ubat entri kepada sesuatu yang mesti qas rasa nak ngomen
qas dah makan? mandi…dah?
wah…meriahnye EBM dia…
tah sy mampu idak utk dapatkn susu sebanyak itu…
jeles!
—
krsty : krsty boleh dapat LAGI banyak dari kak sue kalau krsty buat stok dari dalam pantang
dapatkan pam yang elok, guideline yang betul bagaimana utk mengepam semasa dalam pantang
Refer artikel di sini
salam sue..
eii jelesnya tgk stock EBM dier.. tni nye baru ader 18X3.5=63oz jer..tu cukup 3-4 hari aliff minum jer..skang ni lak penghasilan susu agak merudum..jenuh i duk ngepam..risau den nih..anyway akan ku berusaha sedaya yang mungkin…
—
tini kena berusaha : sambung mengepam di rumah*walaupun hanya angin kus kus yang keluar
aja aja fighting!
salam sue.. tidaklah akak perasan sue ada byk gambar stok ebm (sbb x membelek blog ni sehabis daya…), itulah pasal hari tu mintak gambar stok ebm rizua tu utk dibubuh di blog akak… hehehe… akak ni pulak masa simpan stok dulu xde le pulak nak berposing bergambar… isk…isk… tunggu anak akan dtg le pulak… hehehe… (bilakah agaknya…???) skrg ni xde stok dah… almaklum anak dah menyusu cukup haul, minum stok segera jek

ada soklan nak tanya: boleh ke simpan botol dlm keadaan baring? lagi 1, yg ni akak agak pasti… jgn simpan ebm di bhg pintu peti sejuk sebab suhunya kerap berubah dan x stabil (kerana kerap dibuka/ditutup pintunya)
—
kak nieza:time sue kemas peti ais, barulah sue ajak EBM sue bergambar..ikiki
*sebab tu tak banyak gambar
pasal simpan ebm dalam keadaan baring, pada sue boleh je. Sebab ianya dah beku, dan cuma disusun dalam keadaan baring.
lagipun senang nak tgk date..hihi
apapun, sebelum kita beri baby minum, kita akan cairkan dan gelek botol perlahan lahan untuk mengcombinekan susu dan lemak kan?
jadi walau bagaimana pun susu disusun, sepatutnya tak mendatangkan apa apa efek..hihi
sue simpan peti ais di bahagian pintu sbb dah tak muat freezer
lagipula freezer sue jarang dibuka (kantoi….jarang masak)
buka masa nak masukkan hasil tenusu masa balik keje je
nanti kalau ada deep freezer, tidak lah suhu
badaneh freezer ku tak stabil lagi kan kak..hihihi (ya ya, abg la org yg saya maksudkan)salam kenal…
dulu2 penah gak kawan perkenal blog sue ni… mase tu sue mengepam sambil kursus(kursus lactation counselor kalo tak silap..)
then tadik…
tengah carik2 pil ASI.. terjumpa lak kedai lunatots..n terjah ke blog u.. dh register tadik kat lunatot tu… tapi cam lembab lak server kat ofis ni nak membeli belah…
–>hehehe.. panjang mukadimah…
sebenarnye jeles tengok stok ebm nih..
u pengguna spectra kan??? sy ada beli spectra 3.. tp cam ala2 tak serasi… cam same je ngan avent wpun guna double pumping… same hasil ngan same gak masa utk pam… huuhuhu.. sedih betul.. sekrg tgh nk let go spectra 3 kesayangan tuh…
—
Laila : ku jadi model
lantik sendirimengepam didalam kursusahaha…mu nak PIL ASI? buleh..sila order, ku akan rogerkan pesananmu secepat mungkin!
Saya pengguna Spectra 3 dari bayi masih kecil sampai dah jadi anak teruna
Laila jangan fokus pada output, tapi kekerapan dan masa yang diambil utk pam.
Maksud sue, pam 20 minit sebelah breast dan buat 2-3 jam sekali. Walaupun keluar angin!
Jangan biarkan breast tidak dipam lebih daripada 3 jam.
Enjoy your pumping session, Sue mengepam asyik tersengih2 imejin anak basuh CD..ekeke
Konsep breastfeeding macam bersedekah, lagi banyak kita keluarkan
Perubahan dapat dilihat dalam tempoh 1- 2 minggu.
Lagi banyak kita dapat
Bangun mengepam malam jam 12 malam, 3 pagi dan 6 pagi. 20 minit setiap sesi.. Laila takkan menyesal ada Spectra 3!
(Weh Spectra, amik lah daku jadi spokeperson mu…hihi)
sue nk tanya la ebm yg dah di keluarkan dr peti ais perlu dihabiskan dlm sejam atau 24 jam
—
Kila : Tahan 2 jam lepas dikeluarkan dari fridge
Lepas baby minum, tahan 1 jam je ye dear
Walau bagaimanapun, ini hanya sebagai guidance
Rasa dulu susu itu sebelum diberikan pada baby..
kua….kua…mati2 ku ingat bole tahan 24 jam……sebab ader artikel yg saya baca bole thn smpai 24 jam!
—
Kila : Tahan 24 jam masa dari beku, dimasukkan dalam fridge bawah…harus digunakan dalam tempoh 24 jam
sue nak kasik tau..bukan nak show of tau..tapi idung dah kembang kempis ni…stok ebm kila 5 oz x 9 botol=45 oz ……..(tah aper2 la haku ni…heheheh)…
—
Tahniah Kila : Tepuk bahu demi kegigihan dirimu ye dear!
Biar lebih, jangan kurang…
Ibu ibu lain, chaiyok!
kau ni akak rasa dah boleh jadi celebrity. Tah apa yang kau buat sampai hari-hari mesti nak menghadap laman web ni. Akak berazam nak wat stok ni… peti ais beku akak kosong even ikan pun tak de. Malam ni akak kena bangun…?
—
Akak ku : Mu
lalusudi lihat tudung permaisuri ku hari hari agaknya..hihiYup, sila berazam kak. Kalau dapat pam between feeding baby pun okeh..simpan 1 oz setiap kali lama lama menjadi bukit
sue tolong kritikal ni!! kila baru baik dr breast fever masalah nya tade susu nak buat ebm tade..dah 2 hari dah tak simpan susu..
—
Kila baru baik dari breast fever dan takde simpan susu? Sue tak faham Kila..
maksud kila susu kila takder untuk kila buat stok…just cukup utk baby minum jer…bila pam nak buat stok ebm… takder susu yang kuar
wah….best sungguh tgk semua org berebut2 kumpul stock EBM…
Jun boleh share gambar EBM juga sama sama
—
sonoknyer tgk stok ebm byk cmtuh..
)
—
Azura : Azura buleh buat juga, percaya lah Sue. Sue dulu kais harini beri anak minum esok (eh bukan kais, pam sebenarnya
kagumnye…
—
Takpe lepas ni Nasz pula buat stock
Salam kak sue… kagum dgn ketabahan kak sue perjuangkan susu ibu n CD… mmg betul kate kak sue, memilih untuk BF n guna CD mcm memilih untuk susah (pd pndangan org lain)… n banyak cabarannya… shida pn hampir give up… but bile baca artikel n komen2 kat sini, shida berazam nk teruskan BF sampai baby 2 tahun n nak start guna CD (tunggu kak sue deliver order… hehehe)… cuma rsau skrg ni cam low milk supply je… setiap kali pam dpt 1 – 3 oz je… stok EBM pn baru ade 25 botol x 4 oz… apepun.. tahniah kak sue… org cam kak sue banyak give inspiration tuk ibu2 baru cam shida ni…
—-
Salam Shida : Shida di dalam pantang kan? 1-3 oz sekali pam adalah BANYAK! Tahniah!
25 botol x 4 oz = sudah 100 oz! Sedangkan Sue selalu menasihatkan ibu untuk mempunyai sekurang2nya 50 oz susu perahan (EBM) sebelum mula berkerja.
Susu Shida tidak merosot, perasaan Shida yang risau sbb rasa tak banyak bila dibandingkan dengan ibu2 lain yang lebih banyak stok EBMnya
Banyakkan menyusui anak secara direct (DF), tambahkan dengan sesi mengepam dan selamat ber-CD!
Salam sayang,
Kak Sue
shantekshihihi.. (Ada rasa geli2 tekak?hihihi)thanks kak sue…
skrg nie ari2 mesti ngadap blog nie… byk useful info kat cni… pengalaman ibu2 lain leh jadikan panduan… fyi, shida mula tahu pasal CD n LUNATOTS dr M. wanita… itu pun bace yg adik ipar nyerr… n then getting interested in using CD bile bace artikel pama july lak… Alhamdulillah, bersyukur n happy dpt memberikan yg terbaik untuk si kecil… anugerah terindah buat insan bernama wanita coz hadirnya menjadikan kita seorang IBU…. (berfalsampah la pulak… hehe)
—
Terima kasih Shida
Hihi..best falsafah Shida tu..Amin…(Sue aminkan supaya kita sama sama gembira dan bersemangat dalam melalui proses keibubapaan alami)
Salam,,,,,nak tanya sue…..yanti sedang mengandung 7 bulan boleh ke yanti simpan stok susu dari sekarang kerana anak yanti yg pertama masih menyusu badan..
terima kasih.
—
Salam Yanti, kalau Yanti simpan stok skrg, biarlah ianya utk anak pertama Yanti.
Sebab bila anak kedua Yanti keluar nanti, susu perahan beku itu sudah berusia hampir 3/4 bulan kan?
Bila baby kedua keluar nanti, Yanti boleh mulakan simpanan susu perahan utk anak kedua
Selamat menyusukan
Salam…sue…ira pn ada buat stok ebm masa pantang 30btlX6oz=180oz…Alhamdulillah ms tu susu byk tp sehari demi sehari iffah mula minum byk & ira pulak sibuk & kurang perah susu kat tempat keje….jadi ira mula curi2 stok ebm ira,skang tinggal 12btlX6oz=72oz je….makin hari makin patah semangat….tp bile baca blog sue…ira mula bersemangat semula…skang ni tgh motivate diri utk simpan stok ebm,ikut tips sue kat post ebm ramadhan tu….
ira nk tny,…ebm ni dier mcm ada bau hamis darah sket yer? tp rs dier x masam so ira bagi gak iffah minum even ada bau….tp tgk iffah sedap je sedut…huhuhu….
Kalau ebm Ira tak masam, ianya masih elok utk Iffah, insyaAllah
—
Salam Ira : Semoga lepas ni Ira lebih gigih mengumpul EBM
terima kasih ya sue….byk tlg ira….blog sue ni mmg jd rujukan ira….skang ni da boleh simpan ebm tp 2oz je sehari….at least ada dr langsung xde (pump ari ni minum esk)…..terima kasih byk2…..
—
Sama sama Ira, besar hati Sue kalau dpt membantu sesama ibu
makin membace pasal ebm, makin excited nk menyusu anak…even ramai y kate x semudah y dibace,
mempraktikkn lagi sukar…tp demi anak…daddy bg sokongan penuh if mummy nk bf smpi anak 2yo, nk lebih pun xpe…heheheh…edd early nov’09 tp last chk up dr kate baby dah ready to see the world at any time…
–
Mummy_rn, jangan lupa sertai kelas persediaan penyusuan kami bagi mendapatkan info yang lebih jelas dan tepat mengenai teori dan praktikal penyusuan, insyaAllah 10 Oktober ini.
insya’Allah…sentiase intai2 peluang nk tmbhkn ilmu…untuk anak2…eceh…br nk dpt sorang…
yup, moga gigih!
moge2 azam kental n x tegar…ehek…
—
Amin…untuk anak anak kita juga kan mummy_rn
congrats.saya bangga dgn u. can u tell the diffrence between manual pump and electric pump apa kebaikan electric pump berbanding manual pump. adakan electric pump akan hasilkan byk susu?
saya ingin membeli pump tapi tak pasti nak go for electric or manual, currently yg ada ialah pump manual. tapi air susu byk juga. satu hari saya dpr 16 0z with manual pump. please reply.
—
Salam Sukma, kekerapan menyusukan dan mengepam serta minda yang tenang akan menghasilkan susu dengan lancar.
Electric pump lebih mudah digunakan berbanding manual.
sonoknye tgk stok yg banyk tu…skrg sy ade 20 botol je tuk baby sy….sedih…sgt menurun penghasiln susu skrg…dulu ade 50 botol…skrg makin merosot…mcm2 sy cube…semoge sy tabah untuk terus mencube…
—
Azmah jangan putus asa ye!
Jom kita sama sama mengumpul stok -Acik-tiada-stok-susu-juga-
salam sue….
kaknor sgt berterima kasih kat sue n haza sbb byk bg dorongan kat kak nor masa kak nor ader masalah nk menyusu bb awal november lepas….
skarang kaknor tgh mengumpul EBM tuk buat stok kalu nk tggl bb kt rumah….
bestnyer tgk ebm sue ni…
kaknor letak ebm kt pintu freezer bhgn atas…it ok kan?…
—
Salam Kak Nor, harapnya Kak Nor semakin gigih menyusukan si kecil ya. Sue & Haza usahakan yang termampu selebihnya, Kak Nor yang melakukannya, tahniah!
Boleh Kak Nor, sebaiknya simpan di bahagian dalam freezer.
Salam Puan Sue…saya peminat setia lunatots. baru abis pantang..ngam-ngam dua bulan. stok EBM ada 8 botol jer..nak tanya bolehkah kita mencampurkan semua susu yang diperah dalam 1 hari yang sama dan diletakkan dalam satu botol. Sebab dini perah guna tgn dan mampu kumpul 2 oz setiap kali perah sampailah 6 oz setiap hari…menyesal tak start dari masa pantang utk perah.bagaimana cara utk menggunakan susu ebm yang diletakkan dalam 1 botol besar. adakah perlu memanaskan semuanya dan bagi sikit-sikit atau bagaimana…TQ-DINI
—
Dini, boleh campurkan dan perlu panaskan sikit sikit ye dear.
salam kak sue,
sy br abs pantang.nk tnya if lps perah dari pukul 8am then simpan dlm termos botol ley ke tahan smpi sy blk kj dlm kol 6pm coz ada nurse ajarkan mcm tu.sy xyakin lak.lg satu if sy smpn ebm dlm minibar ley tak coz xmau cmpk ngan lauk bsh tp minibar xbyk tmpt beku.ley ke?
lg satu sy nk tnya, if simpan dlm milk storage bags ley ke recycle blk bag tersebut?