
Ini entri hari Ahad lepas
Mengenai Mini Gath susuibu.com
(Hidup saya huru hara berhutang entri negatif 4 hari)
Pada asalnya, saya cadang nak buat Mini Gath di rumah saya
Refer entri ini mengenai cadangan suci murni saya itu
Dek kerana sambutan yang menggalakkan dari semua ibu
Venue Gath (yang bukan lagi Mini Gath) diubah ke Taman Tasik Permaisuri
Jumlah yang register sehari sebelum Gathering ialah 70 orang!
Jutaan tahniah dan terima kasih dari dalam hati kepada semua AJK
Amyatie, Yatie, Haza, Za, Maryaa, Ika, Aishah, Akma, Bibiemie dan ramai lagi yang membantu
Agak gawat juga sbb dua hari sebelum gath baru kami teringat tentang ‘permit’
Perhimpunan ramai ramai begitu, bolehkah?
Saya dah imejin ramai ramai ibu baju berwarna merah kena naik van DBKL pusing KL
Kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit..hihi
Mujur ada AJK yang cepat bertindak bertanyakan daripada pihak DBKL dan polis
Kami dapat kebenaran dengan syarat – tiada banner, tiada hailer, tiada meja, khemah bagai
Fungsi gambar gigih di atas?
Saya nak tunjukkan yang saya drive!
Sorang2 tanpa anak, tanpa suami
Keluarga mertua saya datang melawat kami
Rasa tak manis kalau saya bawa anak dan suami keluar kan?
Mula mula saya nak bawa suami sbb takut sesat barat
Tapi saya rasa Iki lebih memerlukan daddynya..
Biarlah saya berkorban sesangat..
Mata saya lebam, balik dinner jam 1 pagi malam sebelumnya
(Sekurang kurangnya ada alasan mengapa saya tak shanteks hari itu..hihi)

Acara pagi itu dimulakan dengan Support Group susuibu.com yang dikendalikan oleh Puan Kamariah, Lactaction Kaunselor bertauliah dari susuibu.com
Dan tajuk pada pagi itu ialah Preparing for Baby and Breastfeeding
Support Group seperti ini biasa diamalkan oleh La Leche League Group


Tekun kan muka saya bersharing is caring

PENGUMUMAN
Breastfeeding Refresher Class akan diadakan di MLO pada 28 Feb 2009 (Sabtu)
Kelas ini sesuai utk semua – samada sedang mengandung atau sedang menyusukan anak
Antara topik yang dicover:
- Breastfeeding’s Continued Importance
- Milestone as Your Baby Grows
- New Parents Issues
- Returning to Work
- The Family Table and Weaning
- Where to Find Breastfeeding Help
Bayaran ialah RM80 untuk satu pasangan
Masa : 9 pagi hingga 12 tengahari
Sila SMS saya di 0125880515 untuk mendaftar tempat anda!
Selepas selesai sesi Breastfeeding Support Group
Acara disambung dengan Cloth Diaper Briefing dari Lunatots
Oleh kerana tiada pembesar suara, dan suara saya tidak besar halus mulus
Saya telah cuba menjerit sebaik mungkin
Lihatlah kalian, ramainya ibu bapa yang memberikan sepenuh sokongan terhadap Natural Parenting – Breastfeeding, Cloth Diaper and Babywearing
Acik suka!

Warna tema ialah Merah
Dan semua ibu2 sporting mengenakan pakaian berwarna merah
Ayah dan anak anak pun berbaju merah
Kalian jangan hairan melihat ada yang berbaju merah jambu
Itu adalah AJK Gath yang jambu masuk bakul angkat sendiri…hihi

Semasa hari event, saya tidak mengeluarkan kamera
Mengharap pada yang ada

Gambar2 di ambil dari blog/fotopages ibu2 yang hadir
Muka saya nampak macam sedang marah2?
Tidak…saya sedang eksaited..hihi
Kepada yang tidak dapat artikel Cloth Diaper dari Lunatots, boleh dapatkan disini

Acara disambung dengan demonstrasi Babywearing oleh kak Shada dari Big Eyes Shop

Ada beberapa keping gambar yang di ambil beramai ramai
InsyaAllah cerita dan gambar Gath akan diterbitkan di majalah Pa & Ma keluaran Mei’2009



Sekeping gambar curi, saya dan Za Cinderella
Name tag cantik kami disediakan oleh Za, Thanks Za!

Barisan AJK yang berpeluh2 tapi senyum harus maintain..hihi

Kepada semua yang hadir
BESAR hati kami dengan makanan sambutan menggalakkan yang diterima
Mana yang kurang, kita perbaiki utk gathering yang seterusnya
Terima kasih yang tidak terhingga dari sudut paling dalam hati kami
Check out entri mengenai Gath di blog mama lain:
- Mama Amsyar
- Encik AMS Aqhar
- Puan Nonnie
- Puan Estli
- Puan Mirah
- Puan Nik
- Puan Nilsa
- Puan Shada
- Puan Yokoyopoyo
- Puan Za Cinderella
- Puan Zeti Zin
Related posts:




Sue,
tak kisah kalau tak cantik. Paling penting iki sayang mommy dia kan…?
—
pst akak : sayang sayang sayang (ihiks..)
Sy 1st time join gath mcm ni. Malu nak join mulanya sbb sy sorang jer yg bagi anak fm masa gath ni. Rasa mcm sy ni alien jer. Dulu masa preggie mmg niat nak fully bf tp agaknya sy yg tak cukup semangat & komited nak pam kot. Ntah la. Ne way, baby dah 7 bln tp sy masih pam susu wpun susu yg keluar cuma ada beberapa titik jer.
Utk cd, dont worry. Insya allah sy akan beli drp kak sue. Tunggu la ek sbb skrg dlm proses nak beralih kerja dr kerja private ke gomen, so takut takde gaji, harus ke meroyan (kes tak nak pakai duit asben).
Apa2pun, gath tu mmg happening (cuma sy jer yg kurang happening sbb maluuusss). Congrats pd ajk gak.
—
Rina : Jangan malu sebab susukan anak dengan formula. Kami sama dengan anda…bezanya, kami dapat info lebih awal berbanding Rina
Dan Sue percaya Rina pasti MAHU menyusukan anak yang seterusnya secara eksklusif kan
Kita ibu, berdiscuss tentang Cloth Diaper dan Babywearing pun mengujakan kita..kan?
Nanti lainkali Rina harus join lagi ya!
salam sue,
tahniah pada sue dan ajk semua dpt kendalikan dgn baik gathering hari tu.
kak shada tak sempat nak berbual panjang anak dah meragam.
—
Salam kak Shada : Nanti kami perbaiki yang mana kurang ye kak
Tambah aircond, kuatkan suara etc etc
Terima kasih kak Shada kerana hadir..
owh..x bley bwk hailer ekk…sorry, x tau pulak..apapun the gathering RAWKS!
—
Ha a Nur : Tak boleh bawak hailer, tu yang kurang terurus
apapun, mama mama dan papa papa memang sporting
sue n da ajk gang …congrats..ku frust xdpt bgmbr reramai ari2..xdpt msuk pa ma ek..hehe..tapi ku perasan ku ade gak nyibuk dlm satu gmbr di belakang siku sue..hehe..
—
Riez : Thanks for coming, itu dah besar maknanya buat kami
bayangkan kalau semua tak sudi datang
Mesti AJK nan 6 orang tu je pandang sesama sendiri..ekeke..
hah… muka ku tiada kerana sibuk melayan si bujang main taman… isks..
—
bie : You have done a GREAT job!
Best lucky draw yang dikau organize tauu..*sebab ku dapat hadiah lucky draw
Assalamualaikum semua kawan2 especially pada Sue dan AJK yang bertungkus lumus utk MINI GATH ni… berjaya… alhamdulillah… kami semua happy… TAHNIAH dan insyallah kita bertemu lagi…
—
Terima kasih kak Rash : Terima kasih jua pada bibik kak Rash.
Kalian, bibik kak Rash la jadi photographer kita pada hari itu tau…best
Harus aku jeles sama kamu..
kalau tak kerana kebizianku nak siapkan rumah, aku lah org pertama yg akan dtg..
jeles sungguh ni!!!
—
Pst Yus : Lepas ni kami ramai ramai ke rumah baru mu…keh keh…buleh?
Pst..tudung DIY pink slow ku, adakah?
tlg sket,ank aku susu bdn jer dr kuar smpi skrg dh msk 9bln[jimt oooo] ni ad rezkie lg dh nk msk 8mmg.yg kasihhanye kakak die tak puas lg nk menetek bdn, DR kt bg selang2 gan botol.kalau tak bg lg bagus.kesian wife aku kn mkn bnyk2 utk ank2aku klau nk trs nyusu bdn.APE pendapat yg arif lg bjk sane………………………………………nk trskn nyusu utk kakaknye tak @ pakai susu formula
—
Salam Saksyss : Tahniah kepada Saksyss dan isteri kerana menyokong Penyusuan Susu Ibu pada si kecil anda. Umur 9 bulan ye?
Kakaknya umur berapa?
Isteri anda ibu yang kuat kerana melakukan tandem nursing – iaitu menyusukan lebih dari seorang secara serentak.
Pendapat saya : Sekiranya kakak berumur lebih daripada 2 tahun, dia tidak memerlukan susu formula lagi. Jadi pemberian susu formula/botol bukanlah opsyen disini. Sekiranya kakak dan ibunya selesa dengan penyusuan badan, teruskan lah. Tetapi sekiranya ibu sudah merasakan lesu dan penat, penyusuan susu ibu kakak boleh diberhentikan sedikit demi sedikit *mungkin semasa kakak mahu tidur sahaja
Di waktu lain, berikan kakak makanan lain yang berkhasiat seperti buah, sayur, sup, jus dan nasi.
Ibu tidak perlu makan dengan banyak semasa menyusukan sebaliknya makan dengan berkhasiat tanpa bersukat utk anak. Komposisi dan nutrient susu anak tidak akan berubah dengan kekurangan makanan ibu sebaliknya badan ibu yang akan berasa letih dan lesu.
Saya rasa saya sudah menjawab soalan saksyss..Sampaikan salam saya pada isteri..