Archive for February, 2009

Masa saya kalut kalut roger wanita shanteks Putrajaya untuk contact saya
Semuanya sibuk mengejar kerjaya
Jadi saya pura pura berlakon sebagai pelajar tahun akhir universiti- sendiri
Jenguk2 ke booth pameran yang ada
Nota : Abang yang kerja kat kedai kecil kat depan MECD tu sombonglah Irah!
Sebelum masuk ke kawasan tersebut, saya perlu pakai sticker
Gambar ini di ambil sendiri dari bahagian atas

Ada pelbagai media cetak yang terlibat antaranya
Karangkraf dan Berita Publishing
Mereka menyediakan pelbagai promosi dan sekiranya sesiapa berminat dengan pakej yang ditawarkan
Anda boleh menuju ke tempat pendaftaran memohon subsidi dari MECD
Proses pengesahan ‘grant’ ini akan mengambil masa sehingga 3 minggu
Selepas mendapat grant, anda boleh menghubungi kembali syarikat penerbitan tersebut utk proses yang seterusnya
Seperti ambil gambar, keluarkan cerita, iklankan produk anda
Menarik kan?
Terima kasih kepada kerajaan atas subsidi yang diberikan kepada usahawan di Malaysia

Ini adalah beberapa produk yang mendapat tajaan MECD
Bila lah agaknya Lunatots Cloth Diaper nak berdiri sama rak dengan mereka kan

Selepas sudah sesi merayau saya di MECD
Saya menuju ke Presint 18 (rumah Rizwa)
Saya sudah berjanji dengannya nak letgo Little Haven Ring Sling saya pada dia semasa Gathering Susu Ibu
Tapi dek kerana banyak sangat perkara bersusun untuk perhatianku, ku terlupa nak bawa
Sebab itulah saya menghantar ring sling ini ke rumahnya
Ini lah ringsling
Sesuai utk orang yang tidak rendah (read:tinggi)
Read more about babywearing?
Dan artikel daripada Mrs Estli mengenai babywearing

Saya rasa jakun berada di Putrajaya
Bangunan cantik2 kiri dan kanan
Jalan raya ada warna biru kuning
Kereta ada sikit je
Berbeza dengan keadaan jalan raya di Cheras

Saya dah sampai tempat yang dituju
Teruja pula rasa nya nak terjah rumah orang di hari Isnin…hihi
*Oh kebetulan Riez pun cuti hari itu

Di depan lif rumah Riez, ada signboard ini
Isk… perlu patah balikkah?
Oh, saya bukan jurujual kan?
Saya usahawan…kekeke

Inilah Khaira yang shomels
Kupandang lama lama….macam iki versi wanita lawa kan?
Kisah Rizwa & Khaira pernah ditulis di entri ini

Pipi sama, mulut sama, hidung pun sama ![]()
Khaira sibuk call daddy dia..

Ku datang rumah orang, tengok dan ambil gambar EBM tuan tanah rumah
Apakah? hihihi
EBM Khaira disusun mengikut yang paling lama dok depan

Lepas habiskan makan karipap dan minum air
Saya drive sendiri balik ke Cheras
*Ena, ku memang bukan sepertimu yang suka drive
Ku suka jadi co-driver saja..hihi
Sampai di bulatan depan Tesco Extra Cheras
Ada kereta yang selambe masuk dari arah yang berlawanan dan nak menyelit masuk ke barisan kami
Hairan kan?
Cheras memang ada ramai pemandu begini
Cuma selalunya saya takde kamera nak snap gambar kelakuan sumbang mereka

Gambar di atas di ambil menggunakan mode ZOOM
Saya terus pusing ke arah muka saya
*konon2 nak bergambar menggediks yang nampak kurus
Sekali sedebuk nampak muka saya nan lebar (kamera masih dalam mode ZOOM)
Saya tempekkan di sini sebab dah kebetulan gambar ni ada
Kalau sekadar suka suka nak close up muka saya
Mesti saya larik larik manja sebab rendah diri
Saya nak menjawab soalan beberapa teman yang bertanyakan mengenai sabun Mior
Testimonial dari saya bukan spokeperson Mior
- Anda tidak perlu menggunakan toner sekiranya menggunakan Sabun Mior. Mudah kan? 2 dalam 1.
- Anda perlu mengurut-urut perlahan wajah anda selama 3 minit untuk setiap basuhan ( hanya 2 kali sehari) Pernah dengar tak, bahagian yang selalu diurut membantu pengaliran darah yang lebih baik di kawasan tersebut? Which is good.. Ku jarang ada peluang urut muka..hihi
- ‘Duri’ di hidung mudah ditanggalkan. (Yelah, 3 minit ko urut muka kan..ekeke)
- Tiada jerawat besar dan masalah kulit yang serius
- Tona kulit nampak lebih sekata
- Hanya pakai day cream anda selepas mencuci muka which is VERY practical untuk mother
- RECOMMENDED!
- Untuk tempahan, boleh hubungi Puan Hanim di Butik Rahsia Cantik atau Kedai Sayang Baby Ibu
- Di bahagian kanan mulut saya ada merah2 kesan jerawat sbb sabun Mior saya dah seminggu habis ..uwaaa….

Ini sekadar update mengenai kaktus saya yang saya beli banyak2 di Cameron Highland tempohari
1 pokok dah mati terus
2 lagi masih berjuang, chaiyok2
5 sihat walafiat, alhamdulillah
2 pada Haza, apakah khabarnya?

Iki saya? Dia good boy yang pandai pegang botol sendiri
*Dia habiskan susu balance dari rumah babysitter
Pst…nak tengok masa ziki gelap kecik kecik tak? Klik sini

Kalians, saya pulang dulu…
Nanti saya update lagi kisah yang seterusnya sampai kalian boring..hihi

Pulang dari Gathering Susuibu.com
Kami sekeluarga roger ke Seri Kembangan
Pada siang harinya ada Majlis Sambutan Hari Lahir Muhammad Armand Riezqi
Tapi kami tak dapat hadir siang, kami terjah rumah orang malam malam..hehe
Armand (Birthday Boy) dah tertidur dah masa tu
Mama & ayah Armand pun dah penat melayan tetamu
Tapi Iki sekeluarga sibuk sibuk datang juga..hihi
Harini Armand umur setahun (21 Feb 2009)
Coretan mama Armand untuk beliau, ada di sini

Birthday boy sedang buka hadiah
Yang baju biru tu, ‘tolong’ Armand

Macam macam gelagat Iki dan Armand
Masing masing dah tau nak apa, dan nak bagaimana
Mama masing2 pening…hihi


Armand naik motor, Iki naik kuda
Lumba

Dear Armand,
Selamat Hari Lahir nak..
Ada jalan panjang yang berliku liku di hadapan
Mommy Sue harap Armand dan Iki akan sentiasa positif
Dan anggap ianya rencah kehidupan yang menyedapkan rasa
Doa restu dari mommy sekeluarga untuk Armand Riezqi
:mata berkaca kaca:
Weh weh…ini birthday Armand yang pertama lah
Ucapan saya macam birthday Armand yang ke 20 kan? keh keh..
Saya dah semakin tua…
Nak tgk entri lama lama perkembangan Iki & Armand?

Ini entri hari Ahad lepas
Mengenai Mini Gath susuibu.com
(Hidup saya huru hara berhutang entri negatif 4 hari)
Pada asalnya, saya cadang nak buat Mini Gath di rumah saya
Refer entri ini mengenai cadangan suci murni saya itu
Dek kerana sambutan yang menggalakkan dari semua ibu
Venue Gath (yang bukan lagi Mini Gath) diubah ke Taman Tasik Permaisuri
Jumlah yang register sehari sebelum Gathering ialah 70 orang!
Jutaan tahniah dan terima kasih dari dalam hati kepada semua AJK
Amyatie, Yatie, Haza, Za, Maryaa, Ika, Aishah, Akma, Bibiemie dan ramai lagi yang membantu
Agak gawat juga sbb dua hari sebelum gath baru kami teringat tentang ‘permit’
Perhimpunan ramai ramai begitu, bolehkah?
Saya dah imejin ramai ramai ibu baju berwarna merah kena naik van DBKL pusing KL
Kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit..hihi
Mujur ada AJK yang cepat bertindak bertanyakan daripada pihak DBKL dan polis
Kami dapat kebenaran dengan syarat – tiada banner, tiada hailer, tiada meja, khemah bagai
Fungsi gambar gigih di atas?
Saya nak tunjukkan yang saya drive!
Sorang2 tanpa anak, tanpa suami
Keluarga mertua saya datang melawat kami
Rasa tak manis kalau saya bawa anak dan suami keluar kan?
Mula mula saya nak bawa suami sbb takut sesat barat
Tapi saya rasa Iki lebih memerlukan daddynya..
Biarlah saya berkorban sesangat..
Mata saya lebam, balik dinner jam 1 pagi malam sebelumnya
(Sekurang kurangnya ada alasan mengapa saya tak shanteks hari itu..hihi)

Acara pagi itu dimulakan dengan Support Group susuibu.com yang dikendalikan oleh Puan Kamariah, Lactaction Kaunselor bertauliah dari susuibu.com
Dan tajuk pada pagi itu ialah Preparing for Baby and Breastfeeding
Support Group seperti ini biasa diamalkan oleh La Leche League Group


Tekun kan muka saya bersharing is caring

PENGUMUMAN
Breastfeeding Refresher Class akan diadakan di MLO pada 28 Feb 2009 (Sabtu)
Kelas ini sesuai utk semua – samada sedang mengandung atau sedang menyusukan anak
Antara topik yang dicover:
- Breastfeeding’s Continued Importance
- Milestone as Your Baby Grows
- New Parents Issues
- Returning to Work
- The Family Table and Weaning
- Where to Find Breastfeeding Help
Bayaran ialah RM80 untuk satu pasangan
Masa : 9 pagi hingga 12 tengahari
Sila SMS saya di 0125880515 untuk mendaftar tempat anda!
Selepas selesai sesi Breastfeeding Support Group
Acara disambung dengan Cloth Diaper Briefing dari Lunatots
Oleh kerana tiada pembesar suara, dan suara saya tidak besar halus mulus
Saya telah cuba menjerit sebaik mungkin
Lihatlah kalian, ramainya ibu bapa yang memberikan sepenuh sokongan terhadap Natural Parenting – Breastfeeding, Cloth Diaper and Babywearing
Acik suka!

Warna tema ialah Merah
Dan semua ibu2 sporting mengenakan pakaian berwarna merah
Ayah dan anak anak pun berbaju merah
Kalian jangan hairan melihat ada yang berbaju merah jambu
Itu adalah AJK Gath yang jambu masuk bakul angkat sendiri…hihi

Semasa hari event, saya tidak mengeluarkan kamera
Mengharap pada yang ada

Gambar2 di ambil dari blog/fotopages ibu2 yang hadir
Muka saya nampak macam sedang marah2?
Tidak…saya sedang eksaited..hihi
Kepada yang tidak dapat artikel Cloth Diaper dari Lunatots, boleh dapatkan disini

Acara disambung dengan demonstrasi Babywearing oleh kak Shada dari Big Eyes Shop

Ada beberapa keping gambar yang di ambil beramai ramai
InsyaAllah cerita dan gambar Gath akan diterbitkan di majalah Pa & Ma keluaran Mei’2009



Sekeping gambar curi, saya dan Za Cinderella
Name tag cantik kami disediakan oleh Za, Thanks Za!

Barisan AJK yang berpeluh2 tapi senyum harus maintain..hihi

Kepada semua yang hadir
BESAR hati kami dengan makanan sambutan menggalakkan yang diterima
Mana yang kurang, kita perbaiki utk gathering yang seterusnya
Terima kasih yang tidak terhingga dari sudut paling dalam hati kami
Check out entri mengenai Gath di blog mama lain:

Untuk event Company Kick off Dinner 2009
Saya betul2 tak tahu nak pakai apa
Temanya ialah traditional..
Baju kurung pergi ofis, baju traditional lah kan kalian…hihi
Jadi masa beberapa teman opis berura ura untuk pinjam baju dari kedutaan Indonesia
Saya dah berangan nak pinjam ‘baju set wanita’ mereka
Teringin nak pakai baju cantek macam Bunga Citra Lestari kahwin..hihi

Rupanya baju yang mereka pinjam adalah baju tradisional Acheh, Kalimantan Timur dan Sulawesi
Warnanya SANGAT meriah!

Ini baju wanita -meriah kan?
Selain dari biru, ada merah dan kuning (Wah!)
Memang tradisi tau kalian.. bermanik bersulam penuh
*Ini adalah baju wanita Kalimantan Utara

Ini set kasut lelaki dan wanita
Unikkan kalian, kalau pengantin di Malaysia ni
Perempuan pakai kasut matching dengan baju
Lelaki pakai kasut kerja..hihi

Sudahnya saya cuma pinjam aksesori daripada mereka
Kat mana saya nak sangkut sarungkan, dengan pakaian apa etc etc
Nanti nantilah saya fikirkan kan..hihi

Dan bila harinya tiba, saya sauk sahaja baju yang muat di almari
Baju songket masa muda muda weh…
Ini entri kahwin kami

Dan dipadankan dengan tudung permaisuri lagi
Oh Rose, saya tak jual tudung permaisuri ini di Lunatots
Kerana nanti, semuanya saya gayakan syok sendiri di blog…hihi
Untuk dinner tahun ini, saya tidak sempat bermekap bagai
Jadi saya tempek bedak sejuk apa yang ada
Mujur ada lipstik dan maskara belen (read : balance) masa kahwin dulu
Lama saya duduk depan cermin nak kaber lebaman bawah mata

Saya ambil gambar tersengih2 sebab rasa kelakar
Rasa macam nak pergi menikah pula
(Masamnya muka pantin laki, macam kawin paksa saje…keh keh)

Itu..slide itu, gambar itu, sayalah yang edit kalians
(Yup, saya tak kreatif..)
Dalam entri ini ada BANYAK gambar saya SAHAJA
Sebabnya? Saya rasa tak patut menempek gambar org lain banyak2 sesukak hati
Sebab lain, saya memang suka tempek gambar saya

Dan agenda warna kuning hijau tak masuk langsung ni
Saya print atas mana mana kertas yang ada di ofis
Tak sempat nak beli beli kertas pink dah

Gambar diambil semasa saya sedang berkempen berikan mereka pensil dan kertas utk mengundi Best Dressed Award
Sambil tu saya tunjukkan nama saya untuk diundi

Kalian, kelakar kan muka saya
Inilah rupanya bila saya berfikir (read:tidak tersengih2)
Sebab itulah saya prefer jadi blogger berbanding lecturer

Game yang pertama, main ikat kain atas meja
Isk, kompomlah kami tak menang
Saya jarang ikat2 kain batik ni

Game yang kedua ialah Who’s The Longest
Nasib baik saya bawa selendang panjang
Ikutkan hati saya nak tanggal kain apa yang boleh ditanggalkan
Saya ialah orang yang sanggup buat apa sahaja demi menang..keh keh
Tak percaya, lihat gambar semasa TeamBuilding

Sampai ke luar bilik, kami menyusun apa yang boleh
Sambung baring baring membentuk barisan, apakah?
Serius, sakit peruts saya gelak

Dalam gambar di bawah, saya gelak dengan SANGAT kuat
MC kami pada malam itu sangat…..sangat…… (saya tak dapat cari ayat yang sesuai)
Sangat gile?
Dibawah dia sedang menggoda cik abg cik abg di ZEN
Sampai terdiam hilang taring mereka..keh keh
Ooo..dengan saya, korang berani lah kan?
Banyak lagi gambar menarik yang saya tak patut letak disini
Yang boleh saya katakan, sekiranya ofis kalian mahu mengadakan annual dinner, saya recommend kan MC ini

Gambar ini diambil semasa video yang saya edit ditayangkan
Ngeri lah juga, bukan semua yang saya suka, org lain akan suka kan?
Tapi kalau mereka tak suka pun, kena buat2 suka juga, acik sensitip…hihi

Ada banyak game, antaranya sesi dibawah
Oh, game di bawah sangat mudah lah kalian
Tak mencabar mental dan fizikal saya (kaber sebab kalah)
Dia suruh sebut alphabet M sepanjang mungkin!
Nafas saya bukannya panjang, kalau tidak,mesti lagu latar Spa Q 2 tu saya yang nyanyi Siti takleh cari makan

Ini kad birthday kami seofis kepada Febry
Kalian lihat apa dah jadi
Sikit punya cantik saya print bagai, ada pula tulisan sumbang sambung
“Happy Birthday Asshole!!” keh keh
(Jadi kalian boleh imejin tekanan yang saya hadapi di ofis)

Saya sedang memilih mereka yang layak untuk Best Dressed Award
Kalau saya menang malam tu, kalian faham fahamlah kan
Mesti sebab saya tukar undi semua orang…hihi
Tapi saya tak menang!

Dibawah pula, saya sedang isi evaluation form daripada Boulevard Hotel
Kalian perasan tak, banyak sungguh gambar saya dari tepi
Dari atas, dan bukannya dari depan
Ada beberapa sebab :
- dari tepi nampak kurus
- Yang penting, nampak tudung permaisuri saya…kih kih

Photogroup adalah acara wajib mana mana event
Saya tempekkan gambar Kick Off Dinner 2008
(Masa ni saya pakai baju nikah dan menang Best Dressed Award tauu)

Untuk tahun 2009, Best Dressed Award Male jatuh kepada yang pakai baju Indonesia warna kuning (refer gambar di bawah)
Dan Best Dressed Award Female dimenangi oleh Ms Lee yang memakai baju Punjabi

Oh oh, ini acara wajib kami
Bergambar ala ala sopan penantin baru
Sila tak lalu makan tengok saya senyum malu malu…kah kah

Dan gambar2 dibawah ihsan si dia


Kalau kalian rajin, boleh besarkan gambar di bawah
Dan lihat beza 2 gambar dibawah
Pura pura serius dan gediks tak serius
Kalian akan faham kenapa saya sayangkan ZEN
:mata berkaca kaca:

Harini saya agak kelam kabut
Tak tau nak buat yang mana satu
Queue kerja itu panjang sangat..
Saya buat perlahan lahan ye
Untuk sementara ini, buat yang tertanya tanya
Apa khabar terbaru Iki?
Ini Iki baru bangun tidur pagi tadi
Tanpa basuh muka, tanpa gosok gigi, tanpa mandi tapi bergambar
Saya hantar ke rumah pengasuh

Nota : Saya pakai tudung permaisuri yang lain pula…..kih kih



