Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.

    Do drop by at any Lunatots Outlet ( Your Parenting Partner) to buy breastfeeding, cloth diaper and babywearing item. Our official website is http://www.lunatots.com

    Kindly do not SMS me to ask about breastfeeding problem as I may not be able to reply it.
    Feel free to communicate through my email suraya'at'lunatots.com for counseling appointment.
facebook.com/suelunatots
Suraya Lunatots

Create Your Badge
Leave me a msg for friend request approval purpose
Networked Blog

[Google]
Announcement
    LUNATOTS AMCORP MALL , MAJU JUNCTION & CHERAS
    010-2414050/012-5880515

    LUNATOTS PENANG
    012-5510829/012-5280515

    LUNATOTS PUTRAJAYA
    010-2548020/013-6042348

    LUNATOTS GIANT KOTA DAMANSARA
    012-6362919

    LUNATOTS GIANT BUKIT TINGGI, KLANG
    012-4895567
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Archive for March, 2009

Kalian, saya teruja sangat




Sebab ini hari terakhir saya bekerja
Lepas tu saya akan bercuti bersama keluarga
Dan seterusnya menghadiri kursus di Pusat Perubatan Universiti Malaya
Saya bukan pergi jauh jauh kalian
Hanya Langkawi :)
Saya sudah call Abby dan Abby janji akan selalu ON HP utk saya hubungi
Abby teman lama yang bersikap keibuan semasa di kolej
Cerita yang ada sebut nama Abby ada disini  dan disini

Semalam kebetulan kak Shada YM saya
Saya terus ‘paksa’nya buatkan pouch Rhino custom made utk saya

Jadi kena la ada sesi ukur ukur badan di ofis
Saya gunakan cable charger dan kemudian saya letak di pembaris
(Itupun atas nasihat kak Shada selepas saya terkial kial ukur badan guna pembaris)
Dan pembaris tu susah nak bengkokkan bahagian dada…hihi 

dsc01686-medium

dsc01688-medium

Part yang saya ketawa sampai rasa nak menyorok bawah meja
Ialah saya beritahu kak Shada, kompiden saiz saya ialah 56kg! 
Hihihi…malu weh.. Bukan..itu bukan berat saya…hihi (wah wah org tak cakap pun kan, tapi kelam kabut saya nafikan..ekeke..)
Otak melayang ke Langkawi masa tu…sepatutnya 56cm! 

measure

Oleh kerana saya nak gunakan pouch ni semasa di Langkawi nanti
Maka kak Syada kelam kabut siapkan pouch saya malam semalam untuk pos kepada saya
Supaya sampai hari ini .:thumbs up:.
Kak Syada call saya sbb dia tak dapat buat badak2 ni melintang kerana ‘sue besar sikit’..
Uwaaa….
Bukan, saya bukan nangis kerana badak ni tak melintang macam haritu 
Tapi sbb kak Syada ikhlas bagitau saya ‘besar sikit’ uwaa….
(time time demam memang sensitif lebih sikit kak..ekeke) 

email-100_3116

Hari ini Rhino pouch saya selamat tiba ke ofis saya, alhamdulillah..

imgp1867

Bahagian dalam yang mempunyai kain yang stretchable berwarna cream
Saya suka! 

imgp1869

Anda boleh membuat tempahan di Lunatots Online Store di link ini
Dan pouch custom made size anda akan sampai dalam tempoh 3 hari waktu bekerja!
Pantas kan? 

Pengumuman!
Saya nak letgo Pouch berbunga biru saya – size M
Harga beli RM89.90 dan saya nak letgo dengan harga RM50 sahaja!
Masih berbau kedai..dan saya akan basuh terlebih dahulu
Anda perlu ukur size anda guna cable charger ye

UKURAN POUCH SLING( in inches)

XS – 22
S – 23
M – 24 
L – 25
XL – 26
 

Langkawi,
Here we come..
 

Happy Pouch-ing!

pouch

Saya ‘bujuk’ Mr K untuk pinjamkan wireless modem dia selama seminggu kepada saya
Saya janji bila saya dah ‘berjaya’, namanya akan disenaraikan dalam senaraipanjang masa ucapan terima kasih
Dia lebih prefer komisyen…cait!

Haritu kan ku tulis pasan entry Boikot Barangan Yahudi
Termasuk barang barang yang ada bau bau bacang dengan Yahudi dan Amerika
Sudahnya terdiam lama fikir nak makan dan pakai apa
Betapa besarnya dependency kita kepada negara2 itu
(Oh oh saya guna kata ganti diri ‘kita’ instead of ‘saya’ hihi..)

Selepas refer pada web ini yang menyenaraikan syarikat2 yang mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Israel di atas sumbangan ‘besar’ mereka terhadap pembangunan ekonomi dan negara Israel
Atau dengan kata kasarnya, syarikat2 yang membantu tentera Israel membunuh rakyat Palestin dengan senjata mahal
Saya decided utk memboikot produk daripada syarikat yang disenaraikan

Tapi apapun keputusan anda, saya hormatinya
Kerana kita sudah dewasa dan ada penilaian dari sudut pendirian masing masing kan?

Saya masih makan KFC bila teringin
Dan kalini saya beli kan tabung bermuzik utk Iki
Masa kecil kecil saya teringin tabung ni
Tiap kali keluar iklan, saya rasa saya jakun
Rasa nak menabung tu meluap2 (ahaha)



Dan sekarang saya sudah gemuk dewasa dan bekerja
Saya belikan utk anakanda saya

Itulah rasa yang ada di hati ibu bapa
Biar anak rasa apa yang mereka tak pernah rasa
Ayah sekolah sampai tingkatan 3, anak wajib masuk universiti
Ibu makan ikan bilis pun tak apa, asal anak kenyang perut utk belajar

imgp1734

imgp1737

Semuanya demi anak
Mereka kecil, tapi rasanya semua nak kita curahkan pada mereka kan?
Dan syiling2 saya yang berbaki, semuanya iki curah..

imgp1738

Salam hari Isnin kalians
Saya rendu semua org tauuu…





Prff…kasi saya tarik nafas dulu ye kalian
(Aiceh…kalau berlakon busy, memang no 1)
Hihihi..
dsc_3735

Permulaan entri dimulakan dengan gambar ikhsan kamera si dia
Encik Suami memang suka ambil gambar yang sebegini
Gambar yang selalu membuatkan saya kerut kerut kening
Bila dia tanya “cantek tak?”
Ala ala bila saya tanya dia “Syg cantek tak?”
Hahaha…teknik kerutan (bukan kedutan tau) yang samalah kami gunakan!

Gambar ni buat saya terfikir
Yang rezeki di muka bumi ni Allah jadikan utk dikongsi bersama semut
Kalau ada 100, 10 untuk A, 10 utk B dan begitulah seterusnya
Mungkin C dapat 30 tapi untuk di share bersama C1 dan C2
(haha..peningkan? Macam gred SPM je!)

Apa yang saya cuba sampaikan
Saya percaya yang kalau RM1 itu milik saya dan keluarga
Ianya akan jadi milik kami utk dibelanjakan buat beli barang rumah, dimasak dan hadam dalam perut
Dan andai takdir RM1 itu milik orang lain
Kalau saya rebut2kan, buruk2kan orang sana sini demi mendapatkan duit itu
Ia tetap akan pergi kepada org itu
Wahhh…makin pandai pandai berfalsafah saya ni kan?

Buat semua kawan peniaga,
Mari kita sama sama bersihkan hati, lapangkan dada
Kadang2 ujian yang datang dari bentuk kesenangan LEBIH SUSAH berbanding ujian Allah dalam bentuk kepayahan kan?
Kita kongsi kan yang mana banyak
Kita berjimat yang mana sikit..
Jadikan perniagaan itu jambatan ke akhirat
Refer link ini sebagai tazkirah hati
Peniaga yang baik ialah:

  • Jujur dalam sukatan
  • Penjual dan peniaga tahu bentuknya, rupanya dan kegunaannya
  • Barang yang di jual suci daripada anasir2 yang tidak elok
  • Tidak memonopoli
  • Terdapat perjanjian-akad jual beli
  • Pembeli mendapat manfaat daripada barang yang dibeli (oh oh macamana dengan Nendoroid saya?)
  • Memberitahu pengguna sekiranya terdapat kecacatan
  • Tidak menyorok barang dengan niat menjualnya dengan harga mahal

Rujukan dari web ini dan web ini

Motivasi untuk diri saya sebagai Muslim

“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah.”
dan
“Usahawan yang jujur dan amanah di dalam melakukan urusan perniagaan dan jual belinya akan bersama-sama dengan Nabi, para Siddiqin dan Syuhada’ di akhirat kelak”

Please don’t take me wrong
Info di atas utk diriku sendiri
Supaya ku sedar letak dudukku
Agar ku jadikan Lunatots sebagai jambatan utk ke syurga dan bukannya sebaliknya
Wah…berpeluh weh masa ku tulis artikel serius ni :phew:

Okeh, masuk bab kehidupan harian saya
Ini kisah sambungan minggu lepas
Pulang dari Sara Kids utk sesi HomeSchool Chatter
Saya ke Tesco Shah Alam
Niatnya utk membeli working machine saya yang baru selepas eeePC saya di letgo

Kami singgah beli Dorayaki-Doraemon’s favorite snack!
Read more about Dorayaki here

dsc_3844

Iki masih didalam pouch mommy
Ini ala ala teknik ‘Kanggaroo Care’ – Cara penjagaan anak seperti kanggaroo
Baby dekat dihati dan mendengar denyutan jantung mommy

dsc_3845

dsc_3848

Inilah yang kami nak beli
Boleh buat zero interest installment selama 12 bulan dan harganya RM1499!
Pelaburan berbaloi untuk laptop yang high spec..

dsc_3849

Tapi prosesnya LAMA sangat
Call bank, masuk mailbox, tunggu berjam jam, Call bank tak dapat lagi
Ku pegi jenguk HP baru, ngendeng2 HB tapi tak dapat, patah balik ke kaunter
Menung lagi…
Lama giler urusannya!
Sampai Ziah pun terkejut tengok muka buat2 seriusku
*Ku sengaja buat muka serius biar adik Tesco tu takut..haha

Iki ajak daddynya jalan jalan
Sebab dia kepingin nak susun bekas CD yang kat rumah confirm terabur

dsc_3852

Sekejap dia angkat bakul dan isi BANYAK barang
Wah..sapa pula nak bayar ni Iki..

dsc_3854

dsc_3861

dsc_3860

Dalam gambar di bawah, Iki tengah bergaduh dengan daddy berebutkan bakul

dsc_3858

Macam biasa, mesti Iki menang sambil lambai “Bye” pada kami berdua

dsc_3859

Bila dah penat, Iki minum dengan mommy dalam pouch
Iki selesa, mommy ceria
*Saya sangat penat menanti urusan Easy Installment ini selesai
(hampir 2 jam!)
Dan yang sebelah kanan pipi saya itu bukan lekuk tulang pipi
Tapi parut jerawat..Sekian…ekeke

dsc01652

Terima kasih pada kak Shada atas idea memudahkan mommy dan baby dari BigEyesShop!
*Nak pouch badak…Nak pouch badak….hihi :mode hentak hentak kaki minta Kak Shada buatkan: kekeke

Kesinambungan daripada kisah Iki demam, batuk dan muntah 2 minggu lepas
Baru saya perasan yang banyak lagi komen yang belum saya reply!
Iki masih batuk dan selsema
Saya pula tak sedap badan, sakit tekak, batuk dan selsema teruk!
Rasanya macam demam manja biasa biasa je
Jadi saya tak ke klinik mahupun ambil MC macam selalu tu

2-3 hari ni batuk saya makin kronik
Ditambah tidur lewat, gigih bangun awal menyiapkan beberapa perkara
Ala kalian, memangla org lain tu busy juga tapi maintain lawa je kan?
Tak demam2 pun?
Orang lain tu dah biasa
(Apa lagi eh alasan nak diberi…)
Saya tak biasa lagi..hihi
Nanti bila saya dah biasa,
Mesti saya dah tak sampai demam2 sbb busy :)

Pagi ni tengah sakit dada, saya melangkah ke klinik bawah ofis
Ada customer call bertanya mengenai Lunatots CD
Saya memang teruja bercakap non stop benda yang saya suka
Sampai hilang suara berceloteh sbb dada sesak sangat, dan terpaksa put off the phone
Mujur ibu itu tak kisah dan sayangkan saya (Ros, ampun ye..)
Masa tu sempat juga saya terfikir, kalau jadi apa apa pada saya
Polis mesti cari Ros sebagai saksi terakhir berbual dengan saya…hihi




Yang lain, jangan takut kalau nak calling saya di zero one two 5880515
Saya masih in one piece

Saya batuk berterusan semasa di pintu klinik
Sampai klinik, saya terus tanya “Dik, doktor dengan tisu ada?”
Adik klinik shanteks tu tak buat muka blur, terus jawab “Ada” sambil pass kan tisu pada saya
Haih..Ai lev yu lah adik!

Doktor tanya “So you are the one who cough outside my room”
Ayoo…hihihi malu tau..
Cemane nak batuk slow2 kan..tekanan dari dalam la kalau camtu!

Prosedur biasa, cek hidung
Cek anak tekak, cek blood pressure, cek bunyi dari dalam dada saya menggunakan stateskop
Dan diberi antibiotik utk dihabiskan selama 5 hari
*Gambar di ambil senyap2 menggunakan HP

dsc01682

Dan ini ubat2nya
Selamat utk ibu2 yang menyusukan
Refer disini utk rujukan

dsc01684

Ubat batuk tu membuatkan ku mengantuk
Sekarang ni…
Masa bekerja ni
Boss, ku tidur buleh?

*Penghantaran Lunatots CD batch ketiga pada hari ini
Batch Pertama -Hari Khamis
Batch Kedua – Hari Jumaat
Batch Ketiga – Hari Isnin

Pengumuman, kepada mereka yang SUDAH membuat bayaran tetapi tidak menerima sebarang call/SMS/email daripada pihak Lunatots.
Sila emailkan No Order dan Bukti Pembayaran ke info’at’lunatots.com
Saya ada menerima beberapa jumlah wang yang tidak ketahui pembayarnya
Sila update saya yang pelupa ini ya!
Sesungguhnya perkara yang paling saya takut ialah hilang kepercayaan pelanggan…

Kalian istimewa di hati saya!

phishing

Sepanjang minggu ni saya asyik receive email dari konon-kononnya Maybank
Sekali baca memang kita akan risau tak memasal
Kalau anda dapat email sebegini, abaikan
Atau gerakkan cursor anda ke link yang diberikan (tgk bulatan merah)
Link itu akan menunjukkan site yang di linkkan (weh apakah bahasaku)
Check bulatan hitam
Maksudnya, kalau kita double click link yang diberikan www.maybank2u.com/security.html
Ianya sebenarnya ialah website tipu daripada www.m2uaccess.com/M2ULogin.htm
(Atau mungkin website lain)

Biasanya page tipu (dipanggil taktik phishing) adalah sebijik seperti website M2u 
Dimana bila user key in username dan password
Username dan password itu boleh digunakan oleh ‘pencuri’  utk mengeluarkan duit anda di lain kali!

Maybank mahupun mana mana bank tidak pernah menghantar sebarang email utk pengesahan kepada customer mereka
(oh oh saya bukan spokeperson bank taww walaupun pakai tudung masuk dalam baju)
Hati hati ye kalian semasa membuat transaksi
Pastikan anda tahu dimana dan web apa yang sedang anda masuki
Check out entri mommy Luna yang tak rajin belajar semasa di kolej mengenai keselamatan menggunakan M2U di sini

Related Posts with Thumbnails