Kasut Iki
Entri ini saya update pada pukul 5 pagi
Sebab sepanjang hari ni saya tak update blog
Dan Ayg cakap dia tak suka hari minggu sbb saya tak update blog
Ayg, Alg terharu bila ada Ayg ckp begitu
Mungkin nanti nanti bila Iki dah pandai menulis
Dia buleh updatekan blog Alg di hujung minggu, kan?
Hari Khamis lepas, suami saya nak menghadiri dinner Distributor
Sebenarnya bukan demi menjaga hubungan baik mahupun reputasi yada yada
Tapi dia mahukan bag laptop yang diberikan sebagai door gift
Sekali sekala dia bersosial dengan kawan kawannya kan
Layak dapat anugerah isteri mithali kah
Saya drive sendiri utk pulang rumah dan menjemput Zikry
Oleh kerana saya tertinggalkan car seat Iki di rumah dan malas amik
Iki doks di seat co pilot sambil main model kereta (yang dijadikannya telefon)
Saya tak sangka dia boleh ’sebaik’ ini
Dia doks diam2, ada la merengek sikit2
Saya buat bunyi cat, dog,serigala bird bagai semata mata nak bagi dia bertenang keh keh

Sampai rumah, saya mandi dan online
Masa saya online, Zikry sibuk bekerja
Saya tengok gitu gitu saja
Tak mahu ganggu konsentrasinya
Nanti kang dia ganggu saya pula…hihi
Ini hobi baru Iki
Menyusun sekotak kasut
Ayg, kasut yang Ayg kasi ada di Meru tertinggal masa menghadiri kenduri
Maklumlah, Iki datang kenduri lengkap berkasut berbaju melayu
Balik dari rumah kenduri berdukung pakai diapers saja…hihi
Watie, sandal yang diberikan ada di rumah pengasuh
Jadi kalian jangan marah ye bila kasut/sandal tersebut tiada dalam ‘kotak sakti’ Iki
Setiap kali pergi supermarket dan melintasi rak kasut
Iki mesti teruja dan menjerit “nak…nak…”
Kami akan belikan kalau tak mahal ada size yang sesuai
Ms Lee (boss) beri beberapa pasang kasut anaknya yang dah tak muat
Semuanya saya himpunkan dalam kotak ini
*Miss Fasha, kasut hadiahmu dan Anna Iki dah muat pakai
Jadi, kaki Iki ada 2, tapi kasut berpasang pasang banyaknya

Bermula dari kotak ini, Iki akan susun atas sofa lusuh mommy
*Sambil susun kasut sambil tengok berita ye kalians



Dari satu tempat ke satu tempat dia alihkan kasut kasut itu

Yang terakhir, saya nampak semuanya berada di bawah sofa
Siap ditolak2 ke bahagian dalam

Oh, selain kasut, ada banyak lagi benda di bahagian bawah sofa kami
Ada botol air mineral, pen, remote TV, plastik maruku, gelas air
Tak percaya? Jemputlah datang ke rumah Iki
Dan dalam kereta kami yang sedia bersepah itu, bertambah sepah dengan kasut Iki pula :sigh:
Bila lah projek penanaman cili padi saya nak bermula ni kan..hihi
Related posts:












hihihihihi..
tu teknik mengemas time kecemasan tuh..tolak je semua bawah sofa..hehe
—
Acu:keh keh
Bila alg tanya iki “mana remote”
otomatik dia akan meniarap dan jenguk bawah sofa :ai maluu..: hehe
chomelnyaaa…bestnya dapat pakai kasut, kaki ibrahim debak, semua kasut bb tak muat..Iki tlg kemas kasut auntie
—
Maryaa: Iki buleh ngemaskan kasutmu sampai mu tak jumpa dah kasut itu..keh keh..
Ku tak pernah jumpak Ibrahim lagi, gambar nya pun tiada di blog mu kan Maryaa..
alalala..tiut nye die main susun2..adakah beliau future architect? or engineer? moge iki menjadi insan yg berjaya..amiiiin..
—
Riez: Kih kih..penuh bawah sofa ku Riez…macam macam ada..
Pakcik Astro tu pun pening kepala kalau dia nampak..keh keh