Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Calendar
Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
ShoutBox

Kalian, kadang kadang ada beberapa ayat di dalam blogku yang diulang berkali kali
Ada yang betul2 penting untuk diambil perhatian
dan ada yang ku yang dah tua ni tak sengaja terulang banyak kali
(dah dekat nak menopause dah ku neh)
Maklum saja, ku lah pengarang, ku lah editor lantik sendiri

Awareness terhadap kepentingan susu ibu semakin meningkat berkat usaha kalian semua *Yang membaca, dan menyebarkan ilmu
Perlu saya beritahu di sini bahawa kesemua kebaikan susu ibu yang terdapat dalam mana mana artikel hanya akan diperoleh apabila bayi disusukan secara eksklusif selama 6 bulan pertama
Eksklusif bermakna tiada air kosong, air woodward (utk mengelakkan/mengatasi colic), apetah lagi susu formula diberikan kepada bayi.
Kerana ‘bendasing’ tersebut akan menghakis lapisan perlindungan immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi.
Nota : Ini adalah penjelasan kepada mereka yang merasakan bayi mereka masih mendapat khasiat susu ibu walaupun dicampur dengan susu formula.

Kerana itu, tujuan saya membebel sorang sorang bukan sekadar menggalakkan ibu ibu utk menyusukan anak tetapi menyusukan secara EKSKLUSIF.

Penyusuan Eksklusif ialah Susu Ibu SAHAJA selama 6 bulan pertama (tiada air kosong mahupun apa apa makanan), dan meneruskannya selama 2 tahun.
Makanan tambahan diberi semasa bayi berusia 6 bulan.

Panduan utk ibu ibu yang sedang mengandung dan mahu menyusukan anak SECARA EKSKLUSIF:

1. Hadiri Kelas Persediaan Breastfeeding atau kaunselor/konsultan laktasi
Terdapat beberapa Hospital/Breastfeeding Centre yang mengadakan Kelas Persediaan
Sertainya dan bawa suami atau org tua yangakan menjaga anda semada dalam pantang
Breastfeeding is natural, tetapi ianya masih skill yang perlu dipelajari antaranya latch on yang betul
Breastfeeding sepatutnya TIDAK menyakitkan

h5550926

Mulut bayi terbuka luas dan bibirnya merangkumi bahagian aerola (bukannya terlipat ke bahagian dalam)
Nipple ibu sepatutnya berada di bahagian lembut rahang atas mulut bayi
Dan bukannya bahagian keras

Proper latch penting demi:

  • Mengelakkan nipple sakit atau crack
  • Mengelakkan breast engorgement
  • Melancarkan pengaliran air susu
  • Merangsang pengeluaran susu
  • Mengenyangkan bayi anda

Kadangkala pembacaan tidak cukup ‘puas’ atau ‘faham’ kan?
Hubungi saya, di info@lunatots.com atau 0125880515 untuk arrangement sekiranya anda mahu kaunseling personal dari saya

2. Kenal pasti doktor, komplikasi dan tempat melahirkan
Proses birthing yang dirancang dan tidak memenatkan memberi lebih peluang kepada anda utk fokus terhadap keperluan baby
Beritahu secara bertulis kepada pihak hospital supaya bayi anda tidak disusukan dengan susu formula kerana anda mahu menyusukan nya sendiri
Refer entri ini untuk mengetahui kepentingan penyusuan awal (susu ibu) terhadap bayi anda

4.Faham anatomi dan fisiologi payu dara anda
Semasa mengandung, tubuh anda sudah bersedia menyediakan payu dara anda utk menyusukan anak yang bakal dilahirkan
Maksudnya, susu anda sudah ada sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan
Tidak ada org yang TIADA SUSU atau BELUM ada susu
Tiada sedutan dari bayi bermakna tiada stimulation
Dan boleh mengakibatkan susu tidak keluar
Maksudnya : Susukan bayi anda sebaik sahaja selepas melahirkan
Bayi anda tidak perlukan susu formula yang disediakan 3 oz setiap sesi oleh pihak hospital

5. Rooming In dan BF On Demand
Tidur bersama sama baby semasa di hospital dan susukannya setiap kali dia merengek/ cooing

6.Sediakan breastpump sebelum melahirkan
Anda boleh mula mengepam seawal hari ketiga kelahiran
Prepare for the worst, mungkin bayi atau anda terpaksa di tahan di wad
Anda masih boleh menyusukan anak anda dengan susu ibu dengan cara mengepam susu
Refer entri ini untuk panduan mengepam
Ramai ibu gusar untuk membeli breastpump yang bagus (dan mahal) kerana bimbang diri tiada susu (dan membazir)
Again, pam yang mahal akan berbaloi dengan kualitinya berbanding anda menggunakan pam murah dan menyakitkan, kan?

7.Sediakan aksesori utk kemudahan breastfeeding:

8. Knowledge is Power

Get the right INFO, from the right sources terutamanya pakar laktasi atau BF Mother Support Councelor (macam acik)
*Bukan semua doktor faham mengenai BF

Menyusukan anak selama 2 tahun adalah TIDAK MUSTAHIL :)

Puan Suraya
0125880515
info@lunatots.com
YM!diyaluna


Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Mengapa Saya Menyusukan?
  2. Peaches 17 – Menyusukan Anak Angkat
  3. Inspirasi Untuk Menyusukan Anak
  4. Ubat untuk ibu yang menyusukan
  5. Let Down Reflexs

12 Responses to “Saya Sedang Mengandung & Mahu Menyusukan”

  • fiza:

    kak sue,
    sy copy entry akak ni dlm notes FB sy..
    jgn marah ye..
    sbg pembakar semangat meneruskan penyusuan susu ibu

    tqvm
    wassalam

    Salam Fiza : Copy dalam notes BF mu kah?
    Buleh, simpan no akak utk calling seandainya mengalami apa apa masalah ye :)

  • mommy hasya:

    salam sue.. ms baby I br lahir, mak mentua ckp baby x kenyang minum susu I coz cam x keluar sgt, padahal I rs my baby ok je, x meragam n maintain je hisap x henti2..so mak mentua soh beli susu formula top up. nasib baik x lama sbb pas seminggu dia lahir susu badan dh mencurah2 keluar. then dlm pantang tu jugak ada bg woodward water, mak mentua la suruh sbb baby kembung. air msk pun ada bg jgk but only after 2 or 3 mths camtu. I br tau la yg even campur air msk pun consider not exclusive anymore…tp dlm kes ni, kalu I tau pun x guna..since mak mentua lebih tau segala2nya..tmbah plak I br first baby ni..camna eh? kang membantah dikatanya menantu degil..serba salah la kan..

    Salam mommy Hasya : Org tua kita giving the best their can melalui pemerhatian dan word of mouth yg mereka dgr
    BF exclusively selama 6 bulan tanpa air suam mahupun air woodward is IMPORTANT kerana :
    - 80% daripada susu ibu ialah air, jadi tak perlu air lain
    - Air lain selain susu ibu mem flush out lapisan perlindungan yang susu ibu bina
    - Air suam belum tentu bersih dan selamat utk bayi
    - Pemberian air suam mengenyangkan baby dan mengurangkan dia minum direct dari ibu. Ini boleh menyebabkan
    1) Supply susu ibu berkurang
    2) Breast engorgement dan kadangkala mastitis kepada ibu

    Mengenai mak mertua/mak sendiri, bagus kalau bawa mereka ke kelas Persediaan Penyusuan jadi mereka faham
    Atau cuba terangkan perlahan lahan berkali kali :)

    Good luck Mommy Hasya dan ibu2 lain..

  • ttiba tfikir… masa check up + cucuk, depa ada kasi ubat elak demam… kasi ubat tu pun dah dkira x xclusive ke???

  • adzira:

    wow…baru dapat idea yg kene beli breastpump awal…ingat lepas cuti 2 bulan baru nak beli sbb dah nak stat gi opis…sronoknye dapat baca info berguna macam ni….
    saye ni dah masuk 30 weeks pregnant…tapi tatau nak beli breastpump dan macam mana nak guna..
    kalau boleh saya nak beli breast pump kat sini….bole recommend kan yg harga berpatutan? thank u

    Salam Adzira : Breastpump patut disediakan awal incase terjadi apa apa yg tidak dirancang :)
    Kebanyakan ibu risau dia ‘tak ada susu’ kalau dia beli pam mahal2, tapi ianya tidak benar. Adzira jangan risau, SEMUA ibu mampu menyusukan anaknya sendiri tak kira berapa besar atau kecil saiz payudara masing2 :) insyaAllah..

    Saya gunakan Spectra 3. Ianya antara pam termurah di pasaran, dah setahun 4 bulan Sue menggunakannya..masih elok dan saaayang sangat. InsyaAllah utk adiknya pun masih boleh digunakan..hihihi

    Lebih baik Adzira dan suami join breastfeeding class supaya lebih jelas info2 nya berbanding pembacaan. Apapun, Adzira dah buat langkah pertama yang bijak iaitu – inisiatif utk menyusukan. Semoga dipermudahkan, amin..

  • dadin98:

    member akak ada beli spectra3 ni dari pn rita rahayu..dier mmg bercita2 nk fully BF anak dier…dier beli complete set..nursing pillow, extra bottle dan yg sewaktu dgn nyer..cuma silap dier masa dlm pantang dier tak buat stok..dah start nak kerja baru nak buat then..masuk kerja, stress kerja menimbun, susu tak kuar, ebm tak cukup…anak tak mahu hisap…pam2 tak nak kuar lagi tambah stress dan anak dier tak mau susu badan lagi….

    so set tu dier pakai kurang dari sebulan jer…aci tak akak yg penjimat@kedekut ni nak beli dari dier…dier kata ok jer kalu nak jual sbb next bby dier plan 3 tahun lagi….

    Kak Huda : Gigih kawan akak, sampaikan salam sue pada dia ye :)
    Breastfeeding journey lebih mudah kalau berteman ..buleh buat kawan mengadu keluh kesah tau kak
    Nanti Sue dan kawan kawan di sini temankan akak :)
    Aci akak sebagai penjimat beli dari dia..nanti duit lebih buleh beli benda lain ye tak..hihihi

  • ayuni:

    sedih juge dgr citer mommy hasya. saya akan bersiap sedia memprotect anak ku dari gangguan orang lain semasa BF ketika dalam pantang nanti…boleh tak macam tu? huhuhu…tumpang tanya sue..
    1) EBM boleh tahan brapa lama..?
    2) klu stock up dlm freezer, bau2 lauk basah yg lain tak terserap ke kedlm EBM tu? bace2, kate..susu menyerap bau..
    3) n bottles yang sekali satu set dgn spectra 3 boleh halang bau masuk tak?
    4) klu tk cukup bottles, bekas ape lagi boleh gune utk stock up.
    5) n klu sue ade info psl pakar laktasi atau BF Mother Support Councelor in ipoh?
    mintak maaf..byk soalan pule :)

    Ayuni : Sue cuba jawab dalam bentuk yang ringkas ye.

    1) Mengikut suhu (berbeza antara suhu bilik dan suhu peti ais yang berbeza jenis)
    2) Sepatutnya tidak. Makanan basah boleh diletakkan dibahagian bawah sementara susu di bahagian atas
    3) Boleh
    4) Bekas kaca, bekas dadih, atau liner
    Nak tgk liner, cuba ke link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=24&products_id=420
    5) Ayuni boleh hubungi Puan Haniza di http://www.momschoice.com.my untuk consultation.

  • hi sue…saye nak tanyer….semasa pregnant perlukah kita cuci nipple kita supaya nanti nipple tak block ……betul ker semua orang akan mengalami pengeluaran susu awal masa pregnant 7 bulan……saye rase stress coz most of my friend having the same exprience tapi saye tiada. saya takut jika saye tidak boleh menyusukan nanti….tapi saye mmg hendak menyusukan baby saye nanti

    Jam : Cuci guna air paip semasa mandi menggunakan tangan secara lembut sudah memadai.
    Susu dalam bentuk kolustrum akan keluar sebaik sahaja bayi dilahirkan nanti. Jam usah risau ye.
    Saya cadangkan Jam menghadiri kelas bagi lebih kefahaman dan menghilangkan kegusaran Jam mengenai susu ibu.

  • sarah:

    saya ada baby 8 bulan and tengah mengandung 2 bln. boleh ke continue bf?

    Sarah perlu evaluate beberapa perkara. Mungkin artikel di link ini boleh membantu http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/28/nursing-while-pregnant/

  • saya skrg ni peggy 2 bln.saya nak tanya sue,
    1.kalau kite dah mula berkeje bg stok EBm kt bb sitter,kalau guna botol saya takut bb akan rejek direct BF pulak.kalau bg guna cawan @ sudu macam mana yek?
    utk bb ke dua ni saya risau jg nk guna botol.kalau blh mmg tk nak guna botol…

    2.tp kerisauan pulak kalu bb sitter fkr menyusahkan je nk kena panaskn stok EBM,nk kena bagi guna cawan lak tu.macam mana nak mengatasi perkara mcm tu.. saya ada dua persoalan diatas td ye.
    saya takut perkara masa anak pertama berulang kembali..

    Salam Rasidah, tidak susah memberi bayi minum menggunakan cawan. Penggunaan picagari dan cup kecil membantu pengasuh ‘mencatu’ jumlah susu yang anak kita minum berbanding botol.

    Biar bayi minum susu dari botol 10 hari sebelum mula berkerja, insyaAllah dia akan lebih sukakan DF berbanding botol.

  • salwa:

    salam puan suraya,

    saya mempunyai masalah untuk menyusukan anak. pada hari pertama, kedua anak saya BF macam biasa. masuk hari ketiga anak saya mula x nk BF.aleesya seolah2 marah.sy yang tiada pengalaman kerana ini merupakan kelahiran yg pertama meminta suami untuk membelikan susu formula wpun sy tahu BF adalah yg terbaik untuk aleesya. tapi pada masa itu tiada lain yg saya fikir hanya kasihan kan aleesya. untuk pengetahuan. semasa mengnadung lagi sy mmg dah bertekad untuk BF anak. sy tidak pernah mengikuti kelas persediaan BF. saya byk membaca buku dan secara online mengenai BF. dan semasa bersalin di hospital seremban, saya dapat mengikuti ceramah mengenai BF sebelum saya keluar wad.

    apa yang menjadi masalah sekarang ialah sehingga minggu kedua saya masih lagi memberikan aleesya susu badan dan pada masa yg sama susu formula. keran setiap kali sy cuba untuk BF aleesya, die akan marah dan menangis walhal susu keluar. dan pada masa yg sama saya juga pam susu wpun tidak byk yg saya dapat. sehinggalah apabila aleesya mengalami masalah susah untuk membuang air saya bercerita dengan doktor masalah yang sy hadapi. doktor tersebut memberitahu saya jika anak saya tidak menghisap susu badan dan sy kerap pam susu susu tersebut akan kering akhirnya. persoalan ini yang bermain2 di fikiran saya. sy rasa amat cemburu sekali melihat kawan2 yg BF anak masing2. apa yg patut saya lakukan ye puan? sehingga kini sy masih mencuba untuk BF aleesya. masalahnya pada mula2 saya cuba menyusukan aleesya saya tidak mendapat support daripada suami dan pada awal kelahiran, sy berpntang di rumah mak mertua.mak mertua juga tidak memberikan support malah mengatakan yg dia juga dahulu tidak BF anak. sy amat kecewa dgn persekitaran sy. tlg la saya puan suraya.

    Salam Salwa, Salwa boleh bawa suami/mak mahupun mertua menghadiri kelas persediaan penyusuan supaya mereka dapat membantu Salwa dalam usaha menyusukan Aleesya.
    3 hari ialah usia bayi mengalami Growth Spurt
    Entri mengenai Growth Spurt di sini http://www.diyaluna.com/diary/2008/12/30/growth-spurt/

  • puan sue,next time ada buat lagi tak kat kuching? alamak,ruginye saya coz saya masa tu pulang kampung suami n kg saya.cuti sy tak lama 1 minggu je kali ni… .ada perkara nak di uruskan.. harap2 adalah buat lagi kan tahun ni.jangan putus asa ye puan sue nak datang kuching… banyak sangat saya nak bertanye denagn pn sue.nk brtulis2 ni leceh lah.baik face to face… :-( aduhai rugi besar ni…waaaaaaaaaa

    Rasidah, ada lagi di Kuching bulan Jun 2010. Nanti saya update tarikhnya ya.

  • nora:

    saya nk tny kak sue,puting jenis ape yang sesuai bg bb yg nk gunakan botol apabile saya sudah kembali berkerja.saya harap kak sue dapat membantu

    Salam Nora, Nora perlu cuba beberapa jenis puting dan botol yang sesuai untuk bayi Nora. Secara keseluruhan, semua botol adalah sama iaitu berisiko menyebabkan bayi menolak payudara.
    InsyaAllah jika bayi tidak diperkenalkan dengan botol terlalu awal, dia akan lebih linean menerima botol semasa ibu berkerja dan menyusu direct dari ibu apabila ibu pulang dari kerja.
    Selamat mencuba.

Leave a Reply