Semasa anda menyusukan bayi, stimulation di aerola menyebabkan nerve di sekitar nipple menghantar signal ke otak
Kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling milk gland mengecut dan mengalirkan susu ke milk ducts.

Inilah yang dinamakan Let Down Reflex.
Ibu akan merasa seperti nyeri/ jejarum di breast semasa menyusukan ataupun mengepam
Dan susu memancut keluar dengan banyak
(Dapat dilihat semasa mengepam)
Bagi ibu yang baru melahirkan, mereka perlu melatih menyusukan bayi secara terus (Direct Feeding -DF) diminggu minggu awal sehingga mendapatkan Let Down Reflex yang well establish
Susu akan mengalir dari breast yang tidak ‘diminum’ oleh baby semasa Let Down Reflex berlaku
Let Down Refleks juga berlaku semasa anda mendengar bunyi baby menangis
Atau melihat gambar anak anda ketika mengepam
Fungsi Let Down Refleks:
- Memastikan breast dikosongkan sepenuhnya
Baca mengenai kepentingan mengosongkan breast di sini - Memastikan pengaliran susu yang lancar kepada bayi anda
Poor Let Down Refleks
Poor Let Down Refleks menyebabkan:
- Breast tidak dikosongkan sepenuhnya and it could lead to other problem such as engorgement and mastitis
- Bayi tidak ‘seronok’ menyusu
- Ibu tension menyusukan kerana merasakan bayi menolak breast ibu
- Pemberian Susu Formula
Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan poor Let Down Refleks, antaranya:
- Nipple Cracked dan ibu dalam kesakitan dan takut utk menyusukan
Refer artikel tentang kepentingan proper latch on di sini - Stress, gelisah dan tertekan contohnya jika terpaksa terkejar2 mencuri masa utk mengepam
- Jauh dari bayi contohnya jika bayi di warded di hospital dan ibu terpaksa menggunakan pam utk mengepam susu
- Pembedahan mengecilkan/membesarkan breast yang pernah dilakukan yang telah merubah sebarang normal nerve pathaway to the nipple
Cara Melancarkan Pengaliran Susu dan mendapatkan Let Down:
- Bertenang, pasangkan muzik yang anda gemari
- Mengepam/Menyusukan bayi anda di dalam keadaan yang selesa, sunyi dan tempat yang familiar
- Banyakkan sentuhan kulit-ke-kulit dengan bayi anda ketika tidak menyusukan (biarkan bayi hanya memakai CD sahaja
) - Urut breast anda dalam bentuk circle secara lembut selama seminit (Jangan tekan dengan terlalu kuat)
- Letakkan tuala lembab yang direndam dengan air suam pada breast atau mandi air suam sebelum menyusukan/mengepam
- Urutan belakang untuk menggalakkan pengeluaran susu (Suami anda boleh melakukannya!)

- Jika anda mengepam semasa bekerja, bawa gambar bayi anda didalam beg mengepam
- Minum air dengan banyak dan teruskan pengambilan vitamin semasa mengandung
- Makan makanan berkhasiat, anda tidak akan gemuk semasa breastfeeding
Anda membakar 600 kalori sehari (iaitu lebih daripada apa yang anda perlu utk mengekalkan berat sebelum mengandung)
Harap artikel ini membantu anda mencapai ‘Let Down Refleks’ yang sempurna!
Related posts:




mmg ku syg kau cik sue shanteks… thanks.. muahhh
—
Kebetulan ku sedang menulis untuk Pa & Ma dear.. ku tempekkan disini alang alang
Tq sue sbb tulis psl let down refleks ni. Tp, sygnya sy tak pernah rasa susu keluar dr B sblh bila yg sblh lagi baby menyusu wpun dlm pantang. Biasanya cuma rasa mcm kena cucuk jarum jer. Agaknya sbb poor let down refleks kot. Klu pikirkan sekali mcm nak pregnant lagi & bersalin lagi & susukan baby lagi. Tp….tunggu la Amir Syah ku besar sikit lagi. Lagipun aritu Amir Syah taknak lahir normal, nak ikut tingkap. Rasa ngeri czer tak abes lagi nih
—
Pst Rina : Mungkin waktu tu Rina nerbes dengan org sekeliling yang mengharapkan Rina ‘ada susu’
Masa berpantang, Sue pun tak pernah rasa Let Down Refleks sampai bila mengepam, Sue pam for the sake of stimulation (20 minutes each session)
Sampai baby dah 3-4 bulan, barulah Sue faham kenapa Let Down Refleks is important dan kita kena dapatkannya dengan cara berimejin tentang bayi
Penyusuan susu ibu adalah bonding..ia lebih dari sekadar nutrition kan Rina?
Wah, bila nak mulakan projek adik Amir Syah…hihi (sibuk je kan…)
uish..dah dapat column kat pa ma ke sue dear? sue, cane nak dpt let down reflexs more then once?
—
Riez: Bukan column, tapi ruangan surat pembaca..keh keh
Let down refleks perlukan rangsangan Riez, diadvisekan supaya ibu bertenang semasa mengepam, sambil imejinkan anak nak susu buat bekal esok..
Ianya perlukan latihan (macam olahragawati je bunyinya kan..)
insyaAllah badan kita akan produce susu lagi banyak
ada satu tips yg ku guna pakai… heheh..cubalah ye untuk dapat multi let down.. :
.. iskh.. tak reti nak explain.. su..lukiskan gambar!..hahahahha
sebelah B dipam.. sebelah lagi B plak… gunakan jari telunjuk… tap tap tap kat B.. biar kena susu sket… cam ketuk manja kat hujung nipple tuh….
ku let dapat sampai 3-4 kali let down..tgk musim la tapinya….
zura x penah langsunglah alami let down ni,biarpun dlm pantang maupun skrg ni.. adakah keadaan tu normal sue??
—
Zura : Let down beberapa kali sepanjang penyusuan dan ada ibu yang hanya merasakannya sekali sahaja.
Begitu juga ada ibu yg tidak perasan ke’ada’annya, walaubagaimanapun..ianya tetap berlaku.
Zura jangan risau ye
owh..sungguh syok bila dpt rasa let down (geli2 menyocok-nyocok-xtau nak terang camne) tu kan? susu memancut2 keluar dan hati pon gumbira sekali…
Hormon oksitosin yang dihasilkan semasa perembesan susu adalah hormon penenang
selalunya bila baby isap sebelah kanan or pam belah kanan, yg kiri pon mula terasa…
—
Betul Farah
boleh x terjadinyer let down reflleks jika kita jarang beri breast feed…….tp kerap pump breast kita…
—
Salam Jam, let down refleks berlaku apabila hormon oksitosin dibebaskan samada ketika menyusukan, mengepam dan kadang2 ketika mendengar bunyi tangisan bayi atau memikirkan tentang bayi
salam kak sue….
sy nk tanye psl pil ASI….mostly yg mkn pil tu production susu ok ke?…1 lg,ade side effects pd ibu n bb x klu mkn pil tu?…fyi,sy mkn pil fenugreek dkt 2 bln tp production susu still same….dh minum air byk giler dh..hehe…n then sy try minum air halba terus…mmg first2 xthn bau halba tu,tp skrng da lali dh…minum air halba ni sy ok la…nmpk perubhan pd production susu….tlg kak ei bg feedback psl pil ASI tuu..klu kak su cite pengalaman sendiri mkn pil tu pun lg bagus….by the way,suke sgt blog kak sue!…xbosan baca n semangat nk BF bb….tqvm kak sue!…
—
Sama sama Dila,
Makanan penambah susu yang berlainan memberi efek yang berlainan kepada lain lain ibu.
Dila boleh mencuba sendiri
salam…,saya setiap kali bf my baby tiap kali tu juga la rasa ‘Let Down Refleks’…xpe ke mcm tu?normal ke?sbb tu bila nk bf baby je kena sediakan tisu or towel kecik utk cover B yg lagi satu…kdg2 kena tekan puting utk halang susu kuar..bole ke buat mcm tu?nnt byk susu meleleh keluar….time dalam pantang dulu walaupun puting melecet teruk n rase sakit sgt bila bb hisap tp saya tabahkan hati utk bf my baby…walaupon mak mertua suruh bg susu formula…tp saya xnak…rasa bersalah plak kalo bg bb minum benda lain selain susu ibu…
—
Monaa, tahniah kerana bayi Monaa dapat minum susu ibu sepenuhnya. Banyak khasiat susu ibu dan pemberiannya mengurangkan risiko infeksi yang mungkin terjadi jika bayi diberi minum susu formula.
Monaa boleh mengepam sebelum atau selepas menyusukan bayi untuk mengurangkan lelehan susu keluar semasa menyusukan anak. Dalam masa yang sama, Monaa boleh menyimpan susu untuk stok semasa berkerja
“Susu akan mengalir dari breast yang tidak ‘diminum’ oleh baby semasa Let Down Reflex berlaku”
Boleh ke susu itu ditadah/disimpan?
—
Boleh Zeti, simpan sebagai stok bila ibu keluar berkerja nanti.