Dalam monyok2 saya kerana Lunatots CD tertunda
Saya harus bangun juga kalian
Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..hihi
*Sebenarnya saya gediks gatal kaki ajak husband berjalan
Oh gambar dibawah adalah normal
Kes camera tak centre sbb sendiri pegang, sendiri menyerongeh
Ku sedang paksa Iki cakap “cheeseee”

Kami gigih bangun pagi Ahad cuci muka ala kadar sbb saya nak menghadiri
Homeschool Chatter di Sara Kids
Muka suami masam begitu kerana dia terpaksa ikutku jadi suami contoh…kekek
Iki tengah meragam nak duduk dengan daddy masa daddy drive
Very the dangerous ohh..

Sesampainya di Sara Kids, saya harus rejister dulu
Itu staff Sara Kids namanya Leeya
Orangnya sangat baik dan shantekss macam Kak Sue muda muda dulu..uhuks

Iki memang dah ambil ruang untuk bermain
Ada meja shomels utk kanak kanak
Masa ni Sara & Sasya belum datang

Mama Fiza dari LittleKittle, speaker pada hari itu sedikit lewat berikutan roadblock di Puchong
Inilah orangnya, she’s so sweet, energetic and young!
:mode berpeluh:

Antara ibu dan bapa yang menyertai Module Homeschool ini
Banyak sungguh pertanyaan dan diskusi yang dibincangkan
Antaranya :
Is homeschooling is legal in Malaysia?
Any document, artwork or visit by Kementerian Pendidikan needed?
Bagaimana emosi anak homeschool?
Saya tak kreatif weh, bagaimana nak buat buat kreatif depan anak?
Asal saya nak buka laptop, dia kipuchi join sekaki hentak2 mouse, apa perlu saya buat?
Peranan ayah – The King, Kid’s Hero and Decision Maker
Peranan ibu-Queen of Kid’s Heart, The Manager, Home Organizer
Leader of the week – Anak anda SUKA menjadi ketua
And the phone can wait, but your KIDS are growing!
Phew, saya selalu utamakan phone berbanding Iki…sigh


Yang paling penting, anda hanya perlu menjadi KAYA dengan KASIH SAYANG untuk memulakan homeschool
Homeschool bukan utk org berduit sahaja
Dan ye…bukan utk org yang takde duit nak hantar anak ke sekolah ye
Hihi…(tengok, acik cepat sentap)
Ibu bapa adalah GURU terbaik pelengkap anak anda sebagai STUDENT yang terbaik
Ha, jangan muncung2 lagi, habiskan baca dulu..hihi
Bagi mereka tidak yakin samada mereka mampu memberikan apa yang guru di sekolah dapat berikan
Anda boleh menghantar anak anda ke mana mana kelas
(Be it, sekolah rendah, sekolah agama, kelas mengaji, menari ballet etc etc)
Oh oh mungkin ada yang tak faham saya belit belit
Prosedurnya agak panjang
Ambilla yang mudah, think creative to have FUN with your kids!
Walaupun anda bekerja 8-5 am
Atau anak anda bersekolah pagi-petang (bukan fully homeschool)
Mereka adalah permata yang paling mahal dalam diri anda
Aset yang perlu digilap
Anak saya pun sibuk dengar speech dari MamaFiza

Selitan sekejap, ini Maya anak Ida Murni yang shanteks..
Maya tengah leka main

Datang Iki dari hadapan nak join sekaki
Maya tak mo share..hihi

Iki tengah memujuk utk share
Memujuk kah?
Muka macam sedang marah je..ekek
Kepada ibu bapa Maya, jangan ambil hati dengan Iki ye
Anak anak kita, macam macam karenah kan?
Ianya menceriakan dan menguji ketabahan kita dalam mendidik mereka

Walau bagai manapun ‘angin’ Iki
Dia tetap buah hati saya
Dia boleh buat saya marah sampai hidung panas
Dan menangis lagi kuat dari dia hokeh kalau dia jatuh atau sakit, muntah
Dia boleh buat saya ketawa bila dia ketawa
Dia buatkan saya rasa hidup saya berbaloi demi membesarkan dia
Saya ala ala Breastaurant – Open 24 x 7, No reservation needed
Istimewanya susu ibuĀ bilamana susu itu bersih, tidak perlu dibancuh dan easy access (ahaha!)
Anak membesar sepanjang 2 tahun pertama dalam pelukan ibu (10- 20 minit setiap kali menyusu, 10-12 kali sehari = 2 jam sehari!)
Dan setiap helai rambut, daging, darah yang mengalir mahupun ruam ruam yang terhasil semuanya dari ibu!
Words can’t describe how lucky a mom is!


Saya minjam anak orang, Sasya Adalea latest edition dari Paan & Shaiful
Dah besar dah anakanda kedua Paan ini

Ini Iki meraih kasih sayang mommy
Wah wah macam ada jodoh je baju mommy, Iki dan karpet Sara Kids ni
Haha…

Gambar Iki, Sara, Mommy dan Bonda Farah (Paan) dari Sara Kids

Nak jenguk gambar Iki berposing sakan dengan Yaya, klik sini

Gambar2 ini asalnya utk promotion Sara Kids di Pa & Ma
Tapi berikutan Pa & Ma ada model yang lebih ganteng dari Iki iaitu Wafi
Maka Iki jadi model blog mommy je ye
Wafi dah segak berjalan, Iki masih merangkak masa tu..hihi
Gelagat Iki dan Yaya di Sara Kids di entri ini
Iki menjerit bersama daddy
Adoyai, main jerit jerit tak ajak mommy ye

Masa ni mommy sibuk beramas mesra dengan tetamu yang hadir
Dalam gambar di bawah MamaFiza tengah cakap “ala pendek kecik je owner lunatots. Tak sangka..”

Ehem ehem..kami tak besar, kami tak kuat
Apa yang penting…kerjaaasama hihihi :mode Wonderpet:
Dan gambar di bawah membezakan kata sifat dengan jelas ye adik adik
Mok – slim, pendek kecik – tinggi, lebar – slim,dulu muda skrg tua – masih muda
Ahaha…

Ada sesi babywearing talk daripada Liza daripada SnuggBaby

Liza adalah bekas doktor yang kini menjalankan perniagaan babywearing sepenuh masa (phew!)
Kembang hidung weh leh amik gambar tepi doktor gini
*salu tu ku rendah diri nak bergambar dengan doktor di klinik…kikiki

Apa yang saya dapat sepanjang hari sesi tersebut?
Saya lebih menghargai my little hero sebagai seorang insan dan bukannya bayi yang tidak tahu apa apa
Saya bertekad mahu menjadi ibu yang terbaik buat dia, keluarga dan diri saya sendiri!
Siapa peduli di dalam hati simpan sendiri, saya akan lebih mengukir senyum tanda saya menghargai setiap saat anugerah Dia
Dan saya dapat pouch baru! Haha…
Harga pouch daripada BigEyesShop ini ialah RM79.90

Dan saya let go pouch Rhino saya pada Linda yang lebih kecil dari saya dan sesuai memakai pouch size XS itu!
Kak Shada…uwa…buatkan ku Rhino pouch saiz ku
Nampak tak mata ku berkaca kaca melihat pouch Rhino ku di letgo? hihih

Ibu ibu yang hadir ke sesi Homeschool Chatter
Hope to see all of you again for the next module

Kepada yang berminat, Module kami pada hari itu ialah Module 1
Introduction & FAQS About Homeschool
Untuk menyertai Module2 yang seterusnya, sertai kami!
Boleh bergambar sakan denganku…hihi

Dapatkan maklumat lebih lanjut di LittleKittle dan Sara Kids
Kepada yang berkenankan baju yang di pakai kami sekeluarga
Sila ke link Baju Kanak Kanak dan Parents Shirt untuk melihat koleksi kami
Dapatkan 1 set pakaian ini dengan harga RM115 (harga asal RM127.70)
Size Available ialah :
Daddy L -72cm (L) x 53 cm (W)
Mommy XL – 64cm (L) x 44cm (W)
Baby S – 40cm (L) x 31cm (W)

Anda berhak kelihatan shomels atau buat buat shomels macam kami..hihi
Related posts:




luna.. ku kan dah lama bercita2 nak menghomeschoolingkan zafran.. kompom syiok,kan.. ku dah lama baca mamafiza nye pengalaman menghomeschollkan anak2nya…. seronoknya dunia mereka bersama2…
—
Yup Haza : Ku kan cam selalu take for granted banyak benda.
rumah = rehat = baring
Sudahnya Iki takde aktiviti denganku, setakat baring2..di rumah pengasuh pun dia baring kan kan?
Ku anggap kerja ku di ofis, balik rumah, nak rehat…anak takleh ngade ngade..
Hakikatnya, merekalah dunia kita sebenarnya…dan kita kerja mencari duit utk menceriakan lagi hidup mereka cuma selalunya ia terpesong menjadi “mommy busy, janganlah kacau mommy!”
Oh kalau ku cakap pusing2, maknanya emosi ku terganggu…keh keh
memang sue cinonet je..masa sue lalu bawak iki dlm sling tu rasanya bawah bahu ku je..giant x gua?haha..tapi sue mmg lbh cantik kat luar dari kat gambar..hehe..so suruh cameraman adjust sket..psst..ku pun ada sling tu..ku ukur saiz s..tapi baby ku x maulah ddk dalam tu..kecil sangat ke?..ups..salah org ? soalankah..
—
Prfff Ziah : Ku rasa dalam gambar leh la ku tacap amik dari sudut yang dimahukan..ekeke
Kalau in real, memang terbuntang luas la mukaku…ekek
(Low self esteem wehh..)
Ku ambil size M, sedikit selesa..Ku sajesan mu ukur sendiri size mu dan beri kepada kak Shada BigEyeShop.
Kalau mamanya mula2 pakai mmg anak tak mahu duduk dalam. Tapi lepas mama expert, anak lena tidur didukung mama
Dia boleh menyusu direct juga! Best!
salam sue,
seronoknya…
woww…sibadak dah berhijrah…hehehe…
takpe sue jangan susah hati si Badak akan kembali lagi…..coming soon patern….dalam projek menjahit ni…boleh call akak.
—
Kak Shada : Ku mahu cop 1, ku akan call mu…..
ala cik sue… trimas la padamu banyak2.. yup sue, aku nak betulkan diri ini dlm mendidik anak2. biarpun anak2 ke sekolah, tp bonda mereka tetap di hati. jgn lupa study ye, exam nenen dah dekat =)
—
Thanks Mummy Sara & Sasya : Yup, meh kita sama sama jadi ibu yang shantekss di mata anak dan suami
ha ye lah. masa pestime saya jumpe pemilik lunatots, saya amazeddddd beliau kecik sangat2 dari saya.
baju tu dari tadi ku tenung2.
takpe. dua tahun lagi ku datang lagiks.
yang hari2 shomel
Qas
—
Qas haritu (ke hari hari) shomel: Pemilik lunatots kecil?
Dari segi ketinggian saja, cuba tgk dari sudut lebar kawasan..haha, berani lawan?
Baju shomels kiut sesuai utk Qas sekeluarga lagi 2 tahun…hihi.. amin..
i wish i was there too..!!!
sekarang i kat rumah (SAHM ke WAHM ke tatau la).. rasa sgt rugi kalau tak guna betul2 kan.
—
Yup Mommy Lyna : I wish to be at home too..Dengan anak
anakmenari bersama.Join module yang seterusnya nanti, nak?
huwa…merah mak ngah btol t-shirt nih…
santeks sgt…tp segan nk beli atau pakai..hehee
—
Prff krsty: Mu segan? haha…ku pakai je sambil sengih2 sepanjang hari tau krsty..hihi
uwaaa… teringin sangat pegi tp ade family reunion laks…
nnt akan menyusul kemudian…
huhuh kan bagus leh jadi suri rumah ajar anak2 kite sendiri :p
—
Awe : Awe join module yang seterusnya ya!
Kita masih boleh jadi best friend anak walaupun bekerja 8-5 we, cuma kena transform diri jadi superwomen..:phew:
cik luna,
untuk mommy tu yg long sleeve ada tak?
ibu berkenan lah tengok…nak pulak warna merah…lagi berkenan…
—
Takde ibu Sufi, ada short sleeve je