Kalian, saya teruja sangat
Sebab ini hari terakhir saya bekerja
Lepas tu saya akan bercuti bersama keluarga
Dan seterusnya menghadiri kursus di Pusat Perubatan Universiti Malaya
Saya bukan pergi jauh jauh kalian
Hanya Langkawi ![]()
Saya sudah call Abby dan Abby janji akan selalu ON HP utk saya hubungi
Abby teman lama yang bersikap keibuan semasa di kolej
Cerita yang ada sebut nama Abby ada disini dan disini
Semalam kebetulan kak Shada YM saya
Saya terus ‘paksa’nya buatkan pouch Rhino custom made utk saya
Jadi kena la ada sesi ukur ukur badan di ofis
Saya gunakan cable charger dan kemudian saya letak di pembaris
(Itupun atas nasihat kak Shada selepas saya terkial kial ukur badan guna pembaris)
Dan pembaris tu susah nak bengkokkan bahagian dada…hihi


Part yang saya ketawa sampai rasa nak menyorok bawah meja
Ialah saya beritahu kak Shada, kompiden saiz saya ialah 56kg!
Hihihi…malu weh.. Bukan..itu bukan berat saya…hihi (wah wah org tak cakap pun kan, tapi kelam kabut saya nafikan..ekeke..)
Otak melayang ke Langkawi masa tu…sepatutnya 56cm!

Oleh kerana saya nak gunakan pouch ni semasa di Langkawi nanti
Maka kak Syada kelam kabut siapkan pouch saya malam semalam untuk pos kepada saya
Supaya sampai hari ini .:thumbs up:.
Kak Syada call saya sbb dia tak dapat buat badak2 ni melintang kerana ‘sue besar sikit’..
Uwaaa….
Bukan, saya bukan nangis kerana badak ni tak melintang macam haritu
Tapi sbb kak Syada ikhlas bagitau saya ‘besar sikit’ uwaa….
(time time demam memang sensitif lebih sikit kak..ekeke)

Hari ini Rhino pouch saya selamat tiba ke ofis saya, alhamdulillah..

Bahagian dalam yang mempunyai kain yang stretchable berwarna cream
Saya suka!

Anda boleh membuat tempahan di Lunatots Online Store di link ini
Dan pouch custom made size anda akan sampai dalam tempoh 3 hari waktu bekerja!
Pantas kan?
Pengumuman!
Saya nak letgo Pouch berbunga biru saya – size M
Harga beli RM89.90 dan saya nak letgo dengan harga RM50 sahaja!
Masih berbau kedai..dan saya akan basuh terlebih dahulu
Anda perlu ukur size anda guna cable charger ye
UKURAN POUCH SLING( in inches)
XS – 22
S – 23
M – 24
L – 25
XL – 26
Langkawi,
Here we come..
Happy Pouch-ing!

Saya ‘bujuk’ Mr K untuk pinjamkan wireless modem dia selama seminggu kepada saya
Saya janji bila saya dah ‘berjaya’, namanya akan disenaraikan dalam senaraipanjang masa ucapan terima kasih
Dia lebih prefer komisyen…cait!
Related posts:




ala…kiutnyeee pouch tuu…jelesnyeee…iki pinjamla satu.aufa nyer pouch boringlaa.hihihi
—
Raudhah : Meh kita sama sama berpouching meh
Komisyen.. komisyen…
Tak bawak balik apa-apa dari Langkawi nanti…
siap ler…
huhu
—
Oh oh, Mr K : Ku pakai modemmu malam pertama je..malam seterusnya ku tidur awal…hihi
(Cubaan men-cut komisenmu)
oh selamat bercuti sue..
alorr..kak sue, kite size S arr..xdpt kumiliki pouch tu,,kite ske munge biruu itew waaaa…(adakah buleh di oter)
salam sue;
nak tanya apa beza pouch badak yg ini (kaler merah) dengan pouch badak dlm link tesco-compaq tu?
—
Pouch yang ni besar sikit follow size Sue. Pouch badak sebelum ni kecikk…tak muat kami anak beranak nak buh dalam tu..hihi
salam sue. cam best jer guna pouch tu. compared to dukung lagi senang nak carry baby ek? kadang hubby malas nak bawak stroller gi jejalan. lenguh ku dukung anak. kalau anak makin besar, guna size yg sama je ke?
—
Yana : Bila anak makin besar, kita akan menggunakan pouch yang sama sbb pouch tu berdasarkan saiz kita dan bukannya saiz anak. Senang kerja mommy
sue, kalo saiz pouch tu terbesar blh di alter tak?.sy yer terlebih besarla…bila pakai jadi tak selesa dan bby pon cam tak selesa gak…
—
Salam Fatonah, boleh alter. Hantar kepada org yg pandai menjahit, tinggal kelim sikit je.