Archive for March, 2009

Prfff…ihsan dari Shentahati yang tersayang
Terima kasih! Acik sukaaaa sangat! Rasa nak melompat lompat setempat!
Ai lev yu…Thanks…
———
Ini adalah Sticky Entry
Entry baru di bawah ye
Dalam monyok2 saya kerana Lunatots CD tertunda
Saya harus bangun juga kalian
Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang..hihi
*Sebenarnya saya gediks gatal kaki ajak husband berjalan
Oh gambar dibawah adalah normal
Kes camera tak centre sbb sendiri pegang, sendiri menyerongeh
Ku sedang paksa Iki cakap “cheeseee”

Kami gigih bangun pagi Ahad cuci muka ala kadar sbb saya nak menghadiri
Homeschool Chatter di Sara Kids
Muka suami masam begitu kerana dia terpaksa ikutku jadi suami contoh…kekek
Iki tengah meragam nak duduk dengan daddy masa daddy drive
Very the dangerous ohh..

Sesampainya di Sara Kids, saya harus rejister dulu
Itu staff Sara Kids namanya Leeya
Orangnya sangat baik dan shantekss macam Kak Sue muda muda dulu..uhuks

Iki memang dah ambil ruang untuk bermain
Ada meja shomels utk kanak kanak
Masa ni Sara & Sasya belum datang

Mama Fiza dari LittleKittle, speaker pada hari itu sedikit lewat berikutan roadblock di Puchong
Inilah orangnya, she’s so sweet, energetic and young!
:mode berpeluh:

Antara ibu dan bapa yang menyertai Module Homeschool ini
Banyak sungguh pertanyaan dan diskusi yang dibincangkan
Antaranya :
Is homeschooling is legal in Malaysia?
Any document, artwork or visit by Kementerian Pendidikan needed?
Bagaimana emosi anak homeschool?
Saya tak kreatif weh, bagaimana nak buat buat kreatif depan anak?
Asal saya nak buka laptop, dia kipuchi join sekaki hentak2 mouse, apa perlu saya buat?
Peranan ayah – The King, Kid’s Hero and Decision Maker
Peranan ibu-Queen of Kid’s Heart, The Manager, Home Organizer
Leader of the week – Anak anda SUKA menjadi ketua
And the phone can wait, but your KIDS are growing!
Phew, saya selalu utamakan phone berbanding Iki…sigh


Yang paling penting, anda hanya perlu menjadi KAYA dengan KASIH SAYANG untuk memulakan homeschool
Homeschool bukan utk org berduit sahaja
Dan ye…bukan utk org yang takde duit nak hantar anak ke sekolah ye
Hihi…(tengok, acik cepat sentap)
Ibu bapa adalah GURU terbaik pelengkap anak anda sebagai STUDENT yang terbaik
Ha, jangan muncung2 lagi, habiskan baca dulu..hihi
Bagi mereka tidak yakin samada mereka mampu memberikan apa yang guru di sekolah dapat berikan
Anda boleh menghantar anak anda ke mana mana kelas
(Be it, sekolah rendah, sekolah agama, kelas mengaji, menari ballet etc etc)
Oh oh mungkin ada yang tak faham saya belit belit
Prosedurnya agak panjang
Ambilla yang mudah, think creative to have FUN with your kids!
Walaupun anda bekerja 8-5 am
Atau anak anda bersekolah pagi-petang (bukan fully homeschool)
Mereka adalah permata yang paling mahal dalam diri anda
Aset yang perlu digilap
Anak saya pun sibuk dengar speech dari MamaFiza

Selitan sekejap, ini Maya anak Ida Murni yang shanteks..
Maya tengah leka main

Datang Iki dari hadapan nak join sekaki
Maya tak mo share..hihi

Iki tengah memujuk utk share
Memujuk kah?
Muka macam sedang marah je..ekek
Kepada ibu bapa Maya, jangan ambil hati dengan Iki ye
Anak anak kita, macam macam karenah kan?
Ianya menceriakan dan menguji ketabahan kita dalam mendidik mereka

Walau bagai manapun ‘angin’ Iki
Dia tetap buah hati saya
Dia boleh buat saya marah sampai hidung panas
Dan menangis lagi kuat dari dia hokeh kalau dia jatuh atau sakit, muntah
Dia boleh buat saya ketawa bila dia ketawa
Dia buatkan saya rasa hidup saya berbaloi demi membesarkan dia
Saya ala ala Breastaurant – Open 24 x 7, No reservation needed
Istimewanya susu ibuĀ bilamana susu itu bersih, tidak perlu dibancuh dan easy access (ahaha!)
Anak membesar sepanjang 2 tahun pertama dalam pelukan ibu (10- 20 minit setiap kali menyusu, 10-12 kali sehari = 2 jam sehari!)
Dan setiap helai rambut, daging, darah yang mengalir mahupun ruam ruam yang terhasil semuanya dari ibu!
Words can’t describe how lucky a mom is!


Saya minjam anak orang, Sasya Adalea latest edition dari Paan & Shaiful
Dah besar dah anakanda kedua Paan ini

Ini Iki meraih kasih sayang mommy
Wah wah macam ada jodoh je baju mommy, Iki dan karpet Sara Kids ni
Haha…

Gambar Iki, Sara, Mommy dan Bonda Farah (Paan) dari Sara Kids

Nak jenguk gambar Iki berposing sakan dengan Yaya, klik sini

Gambar2 ini asalnya utk promotion Sara Kids di Pa & Ma
Tapi berikutan Pa & Ma ada model yang lebih ganteng dari Iki iaitu Wafi
Maka Iki jadi model blog mommy je ye
Wafi dah segak berjalan, Iki masih merangkak masa tu..hihi
Gelagat Iki dan Yaya di Sara Kids di entri ini
Iki menjerit bersama daddy
Adoyai, main jerit jerit tak ajak mommy ye

Masa ni mommy sibuk beramas mesra dengan tetamu yang hadir
Dalam gambar di bawah MamaFiza tengah cakap “ala pendek kecik je owner lunatots. Tak sangka..”

Ehem ehem..kami tak besar, kami tak kuat
Apa yang penting…kerjaaasama hihihi :mode Wonderpet:
Dan gambar di bawah membezakan kata sifat dengan jelas ye adik adik
Mok – slim, pendek kecik – tinggi, lebar – slim,dulu muda skrg tua – masih muda
Ahaha…

Ada sesi babywearing talk daripada Liza daripada SnuggBaby

Liza adalah bekas doktor yang kini menjalankan perniagaan babywearing sepenuh masa (phew!)
Kembang hidung weh leh amik gambar tepi doktor gini
*salu tu ku rendah diri nak bergambar dengan doktor di klinik…kikiki

Apa yang saya dapat sepanjang hari sesi tersebut?
Saya lebih menghargai my little hero sebagai seorang insan dan bukannya bayi yang tidak tahu apa apa
Saya bertekad mahu menjadi ibu yang terbaik buat dia, keluarga dan diri saya sendiri!
Siapa peduli di dalam hati simpan sendiri, saya akan lebih mengukir senyum tanda saya menghargai setiap saat anugerah Dia
Dan saya dapat pouch baru! Haha…
Harga pouch daripada BigEyesShop ini ialah RM79.90

Dan saya let go pouch Rhino saya pada Linda yang lebih kecil dari saya dan sesuai memakai pouch size XS itu!
Kak Shada…uwa…buatkan ku Rhino pouch saiz ku
Nampak tak mata ku berkaca kaca melihat pouch Rhino ku di letgo? hihih

Ibu ibu yang hadir ke sesi Homeschool Chatter
Hope to see all of you again for the next module

Kepada yang berminat, Module kami pada hari itu ialah Module 1
Introduction & FAQS About Homeschool
Untuk menyertai Module2 yang seterusnya, sertai kami!
Boleh bergambar sakan denganku…hihi

Dapatkan maklumat lebih lanjut di LittleKittle dan Sara Kids
Kepada yang berkenankan baju yang di pakai kami sekeluarga
Sila ke link Baju Kanak Kanak dan Parents Shirt untuk melihat koleksi kami
Dapatkan 1 set pakaian ini dengan harga RM115 (harga asal RM127.70)
Size Available ialah :
Daddy L -72cm (L) x 53 cm (W)
Mommy XL – 64cm (L) x 44cm (W)
Baby S – 40cm (L) x 31cm (W)

Anda berhak kelihatan shomels atau buat buat shomels macam kami..hihi
Kalians…
InsyaAllah CD akan saya poskan sebaik sahaja tiba pada 26 March (Khamis)
Supaya ianya boleh tiba ke tangan anda pada hari Jumaat ataupun Sabtu
Ampun kan saya, berkali kali saya minta maaf atas kelewatan pihak kilang
Saya akan buat yang terbaik saya demi kalian :mode genggam tangan bersemangat:

Right click dan view image utk melihat email dari kilang..uwaa
*Sila jangan terkejut dia panggil saya Diya – Sebab email saya Diyaluna
Saya pula tak betulkan asalkan CD saya segera sampai…hihi
Oh oh harini saya sedikit sibuk
Terima kasih atas semua komen di entri mahupun shoutbox
Saya SUKA membaca SEMUA msg kalian
Lebar saya senyum tawww…
Jom tgk wallpaper saya nak?
Sebelum ni kan wallpaper saya kosong, bersih macamni
Tapi lepas lepas saya meroyan bajek comel ni kan
Wallpaper saya jadi seperti yang dibawah
Bagi yang mahu mendapatkannya dari kedai di Malaysia, klik sini

Suka kan?
Shomels kan?
What say you?

Saya tutup mata mengaku saya meroyan
Lepas pegang2 Nendoroids minggu lepas
Rasa macam mode longlai longlai gitu
Rasa cam hari kurang bermakna…ekek
Sengaja saya sharekan Nendoroid org di atas…manyakkan..belum kira yang di tingkap..hihi
Saya suka buang duit beli Nendoroid!
Sepanjang minggu lepas saya mandom tak shanteks tau
Berikutan CD lambat sampai
Patah hati macam orang bershenta
Rasa hati dikerat2 dengan pisau kecil 15 sen tu
Saya paling risau hati customer
Mesti kalian pun dah merancang itu dan ini
Saya minta maaf…tak cukup rasanya dengan sekadar maaf
Saya tambah ngan muah muah, bulehkah …hihi
Saya sebenarnya tengah gemuk susah hati
Mula mula kata nak hantar harini, Selasa sampai
Kemudian kata sampai 25 March (Rabu)
Saya minta maaf kalian, boleh tak beri saya sedikit masa utk finalizekan bila supplier akan hantar CD-CD kita?
Saya akan keep updating semua mommies melalui blog ya!

Hari Sabtu lepas kami berkampung malas mandi di rumah sahaja
Iki pandang saya, saya pandang daddynya, daddy pandang komputer
Wahaha..tengok, saya update blog di atas perut saya
Kih kih…
Kalian, lepas ni kan
Saya tidak dapat berulit mesra dengan laptop putih ini lagi
Kerana saya dah letgo pada officemate saya
Working machine baru saya? Nanti saya perkenalkan pada kalian
(Biar saya fikirkan namanya dulu)

Bila mommy Iki buat2 sibuk dan dalam keadaan murung kerana CD lambat sampai
Iki dan daddy menggodek PC & TV
Saya nak terangkan pun tak berapa pandai
Saya terangkan juga ye walau kalian tak tanya
Begini, dari PC kita boleh connect ke TV
Dan di screen PC tu boleh jadi 2 bahagian, sebelah utk pasang youtube utk Iki di TV
Sebelah utk daddy tgk movie tanpa Iki kacau di PC
Kalian fahamkah apa saya cerita ni?
Tak techy kan saya? hihi
Masa saya murung2 tak mendatangkan faedah itu
Saya nampak daddy Iki membulinya…kejam kan?

Iki sibuk mengejar cursor mouse itu…keke

Kalian, ada anak kecil kan, semuanya mengujakan taw
Dia kejar cursor pun kita rasa cute
Kalau saya yang join sekaki buat buat cute kejar cursor
Mesti hb saya cepat2 shutdown PC kan kan…hihi
Malam hari, kak yong dan family datang melawat kami
Mereka ajak ke Hot Air Ballon Fiesta di Putrajaya

Iki tidur awal..
Kalian, tgk ape rupa Iki tidur dalam pouch saya
Yang sebelah itu pembantu baru saya
Rumah saya SANGAT KEMAS sampai saya boleh lihat muka saya di lantai
Ehem, dulu tu boleh juga
Cuma dulu agak kabur kabur…hihi
Dia sentalkan rumah, dinding, bilik air rumah saya
Wah wah…saya sangat bahagia : wo oh, macam dapat suami yang baik sahaja lagaknya:

Ada orang tegur saya “baju belang belang ginikan menampakkan imej gemuk”
Uwaaa….
Acik tengah mode sensitif ni kalians, takleh ditegur tegur apatah lagi dijatuhkan semangatnya : bajek manja: hihi..
Meh kita tengok belon2 yang shanteks
Gambar ikhsan suami saya
(Saya ada cuba keluarkan kamera pink saya, tapi si dia segan nak guna)
Apakah…grrr



Kasian hb dan kakyong asyik risaukan saya bermuka ketat
Kalian, saya bermuka begini kerana saya risaukan CD-CD saya dan penerimaan customer
Saya tak mahu dilabelĀ sebagai penjual bermulut manis..uhuks
:Mode meraih simpati dan sadis :
Semuanya didalam kuasa saya dari hari mengorder, tansaksi pembayaran dan tarikh ianya sampai ke Malaysia
Tapi bila jadi aral melintang, saya libang libu : uwaa:

Sebaik sahaja sampai dirumah
Saya pengsan dengan anak anak
Penatnya jadi emak….



