Archive for April, 2009

Kalian, hobi tu ialah aktiviti pengisian masa lapang kan
Kalau jadi ibu dan bekerja 8am – 6pm, mana ada masa lapang kan kalian
Dengan kata lainnya, bercita cita tinggilah anda utk mempunyai hobi
Kalaulah dianugerahkan lebih tenaga, bulehla tersengih2 bercucuk tanam dengan anak di laman rumah
Bolehlah saya anggap hobi ialah perkara yang membuatkan anda rasa muda?
Macam Nendoroid yang saya pernah dapat dari jiran
Saya masih tak bukak dari kotak
(Nak cerita betapa terujanya saya)
Sebab saya tanak ianya berabuks..atau kena kotoran duniawi apa apa (hihi)
Dan minggu lepas, saya terima satu lagi Nendoroid
Tapi kalini yang petite
Tak agak agak rakus saya membuka kotaknya
Buang plastik2 dan start sambung2 anggota badannya

Selepas dah siap sambungkan Ritsuko, dia duduk elok elok atas speaker saya
Tengokkan Temankan saya blogging buat kerja
Garangkan muka dia..
(Haa..sbb tu saya jarang YM-ing kalians..hihi)

Nendoroids lain yang berada di sekeliling ofis saya?
Oh saya tak tahu apa nama dia..
Tapi dia seksi kan? wiuu wiuu
Berada elok di tepi hiasan bunga colleague saya

Atas meja jiran sebelah cubicle saya yang amat ‘kemas’ hehe

Sempat saya duduk sekejap di mejanya dan tukar2 aksesori Nendoroid nya
Sampaikan bila ada teman yang call “sue buat buat sibukkah?”
“sibuk juga..tgh main nendoroids…hihi”

Prfff….bagi mereka yang berminat utk mendapatkan Nendoroids Petite ni
Beritahu saya, nanti saya poskan kepada anda
(Ha…acik jual Nendoroids pula)
Harganya RM50 seketuls dan designnya adalah random
Maksudnya anda tidak tahu apa design yang anda akan dapat
Tapi kesemua design adalah cute miut..
Beza saiz Nendoroid besar dengan petite adalah seperti dalam gambar di bawah

Ryoko Sakura ni baru sampai ke ofis saya pada minggu lepas
Menariknya, Sakura ni buleh tukar2 rambut!

Dan esok insyaAllah Kokonoe Rin akan sampai ke muka pintu ofis saya
Wah wah..harus saya tunggu courier guy tu dtg dan copet (curik) Rin masuk dalam baju bawa balik rumah…haha

Details mengenai Kokonoe Rin di sini
Benda benda lain yang tak layak dibuat oleh wanita matang seusia saya
Download lagu Yuna-Dan sebenarnya, Faizal Tahir-Coba, Nidji- Laskar Pelangi, Alif-Akan Tiba, Aizat-Sahabat
Dan menyanyi dengan kuat amat bajek suara sedap

Sepanjang hari rasa macam umur 18 yuu…
Harini saya tanak jumpak sesapa
Nak dok diam2 dalam cubicle macam MC tak datang opis
Baju bunga, tudung senget bunga aci selit2?
Bedak yilek pocik, lipstik Iki letak mane ntah..
See jeragat2 lebaman bawah mata itu..very the serasi bersama kan?
(Sengaja ckp kuat2 incase ada sarikat kulit amana mana nak model sebelum menggunakan produk)

Kali terakhir kami sekeluarga ke Melaka ialah semasa Iki berusia 4 bulan
Refer entri ini
Buat buat tak nampak beberapa ‘kesilapan’ saya iaitu memberi Expressed Breastmilk (EBM) didalam botol berbanding direct feeding
Masa tu ala ala malu tak kena tempat nak direct feeding anak di public
Jadi saya pam dan beri dalam botol (naif kan..)
Kalian yang dah berilmu, jangan jadi macam saya ye!
Mata diblurkan, Puan Suraya -bukan nama sebenar
Ingat, susukan bayi anda di mana sahaja on demand dan pakai pakaian yang sesuai utk menyusukan
Masa ni saya chubby lagi
(Nak beritahu yang skrg kurus sket..kih kih)

Kononnya balik Melaka kalini kami nak bergambar bagai
Rupa rupanya saya penat melampau
(Wah..siap bubuh rupa rupanya…hihi)
Malas nak keluar rumah, malas nak siapkan Iki
Malas nak bersiap diri sendiri
(Itu namanya malas melampauuu…bukan penat…hihi)
Sudahnya kami duduk makan banyak je dirumah mama Sumaiyah
Plan nak bergambar bagai pun tak kesampaian
Ada sekeping je gambar saya bukti saya sampai ke Melaka
Mots kan? Kemain ‘besau’ tudung saya dan tak matching dengan baju kan…keh kehhh
Bukit Beruang kan dah lainnnnn sangat
‘Rumah hantu’ yang berada berdekatan station bus pun dah takde
RSU dan RSI pun takde (restoran saya dating malam malam)

Bergambar dengan Sumaiyah di Kedai Kah Kah
Iki tidur dirumah, mommy roger wiu wiu beli air botols
Melaka panas weh..lama tak hujan…
Iki berbogels sepanjang di Melaka, pakai CD je
Saya suka balik Melaka
Artikel berkaitan dengan Melaka semasa saya muda di sini dan sini
Lainkali, bila saya dah gigih semula
Kami balik Melaka, posing sana sini ye ![]()
Terima kasih Sumaiyah dan keluarga kerana sudi menumpangskan dan memberi makan kami bertiga

Hujung minggu lepas (bukan minggu lepas, ni lagi lepas kurun dulu punya..hihi)
Kami doks rumah je sepanjang hari
(alolo sedih2 pula kan…padahal hari Sabtu tu pergi Pesta Buku di PWTC)
Ahad tu je dok rumah diam diam
Oleh kerana Kak Ummi Ina cakap pesanan yang ku pos itu tidak cukup
(kes kalut kalut mengepos hari Jumaat..huwaa)
Dia berada di Semenyih dan akan balik Perak Isnin pagi
Dan saya pun teringin nak jumpa Kak Ummi Ina yang shanteks
Diringkaskan cerita, kami berjumpak di Satay Kajang
Tak banyak gambar yang diambil sbb saya busy kunyah satay sambil bersembang
Ibu2 shanteks ini pun semuanya kelibut dengan karenah anak anak
Dah malam, dah waktu tidur masing2…
Dalam gambar di bawah, Iki di dukung oleh Ja
Haza dengan Zafran
Kak Ummi Ina dengan Syafiqah dan saya dengan Alysha

Salam jumpa lagi ye Kak Ina & Haza
Malam ni pun nak ke Satay Kajang lagi cadangnya…slurpp…
Mengidamkah?
Gambar gambar ni dah lama di desktop saya
Gambar kami sekeluarga ke Pesta Buku PWTC pada 18 April 2009
Entri saya yang terdahulu menimbulkan beberapa keraguan
Seperti : Seorg ibu dapat 50 CD teruskah?
Tidak..terdapat 50 Lunatots CD available to be given
Dan : Sue berada di sana setiap harikah?
Juga tidak..
Booth ini dijaga oleh staff Karangkraf
Mereka ajak saya berada di sana bersama sama mengeksplenkan mengenai Lunatots Cloth Diaper
Cuma dengan keadaan beranak kecil bertudung senget
Saya rasa kurang sesuai saya berada disana setiap hari
Tambahan pula booth itu sendiri sudah penuh dengan staff Karangkraf
Dan umat manusia yang AMAT RAMAI
Beberapa kali juga saya dan Iki berhenti duduk di kerusi yang disediakan
Dah ala ala join marathon setempat penatnya…hihi
Oh ye, sebelum itu saya jumpa customer di PWTC, Mrs Juhana
Beliau sedang mengandung 7 bulan dan drive sendiri berjumpa saya!
Kagum kan dengan kegigihannya!
Bersungguh2 utk menyusukan dan men-cd-kan bakal babynya
Yup, jimat duit etc etc hanyalah kayu ukur
Yang paling utama ialah kebaikan susu ibu dan cloth diaper itu sendiri, kan?
Saya terharu melihat ibu yang begini
Dan saya wish saya dulu pun begitu…haih, yang lepas usah dikenang kenang kan
Saya tahu untuk yang seterusnya saya akan begitu

Sangat jongos muka saya tersengih2 begitu
Orang keliling ramai tolak2 lemak saya
Tapi saya harus maintain sambil tanya “dah snap dah abg? dah?”
Tapi kebelakangan ni saya tak sibuk2 nak tgk balik
Dan mintanya ambil lagi kalau saya tak shanteks
Mungkin dah dewasa agaknya saya :mode pasrah pada diri sendiri:
Kepada mereka yang mendaftar sebagai pelanggan Pa&Ma semasa Pesta Buku PWTC
Anda akan mendapat sekeping Lunatots Velcro with wording secara percuma!
Gigih la acik ni pergi subscribe as Pa&Ma subscriber bermula Ogos 2009
Selama ni tiap2 bulan saya minta encik suami terjah Seven Eleven sana sini…hihi

Vangga bila ada Lunatots Logo dalam banner senarai penaja ![]()
Setapak demi setapak, walaupun sopan kecil tapakku..
Ku akan menapak lagi dan lagi (waha, pantun apakah)

Ini merupakan team Karangkraf yang sangat ceria
Walaupun bekerja di hari minggu
To be honest, saya kagum dengan Team Karangkraf yang tak kisah kerja hari minggu
Kalaulah saya kena kerja hari minggu
Pasti muncung saya boleh buat ikat liner
(Liner ni plastik simpan expressed milk..hehe)
Gigih kan mereka?

Tak banyak gambar saya di Pesta Buku
Encik suami hanya carikan buku yang dipesan FIL-Sirah Nabawiyah
Saya cari juga buku nursing mahupun parenting
Tapi….tak buleh bergerak dek kerana ramainya manusia
Kami makan di cafe yang disediakan dalam PWTC
Sebelum keluar dari beribu ribu manusia, saya bergambar di pokok2 daun2 dinding
Sebab ada ramai org lain amil gambar disitu (kes tak mau kalah)..hihi
Saya bercerita tentang pouch ye
(Kak Shada, kalau salah tolong betulkan ye)
Refer artikel mengukur size anda di sini
Sekiranya anda beli betul2 size anda
Pouch itu akan selesa utk hip carry dan back carry
*Tak perlu pegang montot baby dah
(Refer gambar di bawah)
Ianya sedang elok di pinggang ibu

Bagaimanapun jika size pouch anda lebih besar (2-3 inci) dari size anda
Ianya akan selesa utk cradle carry dan breastfeeding session


Moral of the entri : Agak agakkan kegunaan pouch berdasarkan umur dan keperluan bayi anda
Bayi atas 10 bulan sudah gemar melihat sekeliling berbanding baring di dalam pouch semasa ibunya berjalan jalan
Jadi jika ditanya pilihan saya, saya prefer menggunakan SIZE SEBENAR saya (warna merah)
Dan pouch biru sudah diletgo kepada Mrs Oya

Seperti yang di war-warkan, Lunatots Office Visit sudahpun mula berlangsung
Bagi beberapa kawasan yang berlainan (KL, Cheras mahupun Cyberjaya) Lunatots Lady yang berlainan yang datang ke office anda
*Waha…kellas kan, lady lady semua…hihi
Pada hari Jumaat lepas, saya roger roger keliling Klang Valley
Yang peliknya kalians, saya hanya ambil gambar SEKEPING sahaja
Kebelakangan ni selalu penat sengal lutut jadi bila tenaga makin berkurang
(uhuk uhuk)
Kejakunanterujaan terhadap diri sendiri pun semakin surut
Haha..taklah, sebenarnya saya kasiankan kalian penat lihat gambar saya penuh satu blog
(Kalau nak tempek pun, agak agak la kan..hihi)
Jadi saya lebihkan bercerita, kalian lihat gambar yang lama lama ye?
Pagi hari saya keluar rumah, 6.30 pagi gelap gelap dah hantar anak ke rumah pengasuh
Sian anak saya kalian (hihi..padahal org lain pun buat begitu juga hari hari kan?)
Syahdu kan rasa itu?
Kalau ada pilihan lain wang juta2 RM dalam bank, saya memilih tinggal dirumah bergolek menari dengan anak
Tapi bila difikir dalam-dalam, ibu keluar bekerja kadang2 bukan untuk wang
Tapi lebih pada kepuasan dan matlamat kehidupan ibu itu kan?
Betul tak kalian?
Sekeping gambar saya di Pejabat Karangkraf sementara menantikan ‘date’ saya tiba
Sangat shanteks Pejabat ini
Penyambut tetamu, macik sapu sapu semuanya cantek2 belaka
(Waha…macam ada apa apa je puji puji ni kan..)
Yang kurang shanteksnya, saya je kalian
Dah buh tempek2 bedak, lipstik bagai
Tapi sinaran aura macam Mawi tu kurang..hihi

Lepas bersembang diskusi mengenai beberapa perkara,
Saya roger ke Cheras utk Office Visit di office teman
Malangnya dek kerana jem melampau di tengahari Jumaat
Saya terlewat tiba berbanding waktu yang dijanjikan (1 pm)
Saya sampai dah nak dekat 2.30 pm dan mereka perlu kembali bekerja
Ampun…
InsyaAllah ada kelapangan di lain kali, saya teringin mencuri masa mereka cuma kalini saya akan pastikan saya ON TIME
Seterusnya saya terus ke Kajang menghantar barang
Saya calling sbb tak jumpa rumah
Adik yang angkat phone jawab “ni akak posmen ye?”
Hihi..comel kan?
Bayangkan, kalau saya jadi posmen
Mesti Pos Malaysia hari hari bersidang membantah tanak tukar uniform kepada warna pink…hihi
Pastu semua motor, van, lori…jadi merah jambu
Menyerlah lip lap lip lap kan?
Seterusnya saya ke Lembaga Koko Bandar Baru Bangi
Berpusing2 saya mencari Pasaraya Warta/Bintang
GPS suami tunjuk Pasaraya Warta di Kajang!
Saya dah rasa something was not right somewhere bila saya terpaksa patah balik belakang!
Sempat berhenti tepi jalan beli air kelapa dan jambu batu dulu
Sambil confirmkan jalan by phone dgn customer…
(Mula mula tu berlagak nak ikut GPS…amek ko!)
Very the berlengas tau masa tu
Tapi muka maintain sengih2 dengan akak jambu batu
Yela, kalau saya masam masam nanti akak tu kurangkan jumlah jambu2 saya…cemane tuu kan
Bila dah sengih2 camtu, ada la peluang mengadu bomba yang diriku ini sesat
*Akak tu kesian, kasi air percuma
See, rezeki datang dalam pelbagai bentuk kan?
Office Visit di Lembaga Koko SANGAT menyeronokkan
Semua kawan kawan di sana peramah2 dan mengamalkan natural parenting (Support breastfeeding, soon to be CD-ing dan baby wearing)
Pacik pacik, abang2 pun duduk dengar pasal Natural Parenting
Tiada apa yang memalukan, lelaki/ayah pun parents juga ![]()
Bukannya ibu sorang yang bertanggungjawab dalam memilih ‘cara membesarkan anak’..kan?
Saya dapat sepaper bag coklat dan risalah mengenai koko!
Wah wah…sampai ke malam saya teruja
Ulang2 beritahu encik suami dan Iki betapa gembiranya saya
Bagi saya, nilai gembira bukan diukur dari banyaknya order yang diterima
Tapi bila dapat menyampaikan ‘sesuatu’ yang does make sense
Dan berfaedah utk semua tambahan lagi saya very into it….the value is PRICELESS
Saya suka abg hensem staff Lembaga Koko!
Petang hari saya jumpa Yah di depan McD
Yah ni putih versih shanteks tau kalian
Berkisah kisah dengannya tentang Cloth Diaper
Dia dah biasa pakai Bum Genius, Happy Heinys dll
Jadi saya agak malu malu ayamlah bawa Lunatots kepadanya..hihi
Tapi kan kalian, saya akan sentiasa jujur kepada customer saya
(Wahhhh..ayat tak hengat la kan)
Saya minta mereka supaya tak tinggi expectationnya kepada Lunatots
Kami sentiasa memperbaiki mutu kualiti hari demi hari dan after sales kami
Kepada teman, anda di hati kami, setiap hari!
Save the earth, save mommy’s money, and back to natural!
Ingat, kita tidak mewarisi bumi dari ibu bapa kita sebaliknya kita meminjamnya dari anak cucu kita (pinjam tag Abby Fana)
Yang MUDAH dan SEDAP banyak melekakan dan membahayakan
Seperti susu formula, disposable diaper, msg, gula berlebihan, cikedis, fast food (the list goes down)
Lihat puteri2 Sara Kids bergaya dengan Lunatots CD di sini
Saya tak bawa kamera, suka giler Yah ajak bergambar
Walaupun saya berminyak macam org minyak, kami tetap sengih2 dalam kepanasan petang
Jadi ibu harus kuat kan Yah
Jadi setakat bergambar tengah panas lepas balik kerja apalah sangat kan?

Baca mengenai perjalanan kisah Yah dalam menatural parenting kan anak anak tershenta di sini
Kalian, tak cukup rasanya jari jemari saya utk buat semua benda
Mujur ada Lunatots Team yang ringan tulang BANYAK membantu
Update terbaru : Lunatots Velcro CD SOLD OUT di pasaran selepas 20 hari berada di Malaysia
Anda boleh menghubungi mana mana reseller kerana mungkin mereka masih ada stock Lunatots CD
Kindly being informed that Promo Package of Five sudahpun tamat dan Lunatots CD kembali ke harga asal
- Srisuri, Puncak Jalil
- Sara Kids, Taman TTDI Jaya
- MomsLittleOnes, Seri Kembangan
- Butik Mydreams, Bandar Baru Bangi
- Puan Ida Murni (0122969054), Melaka
- Puan Ina Hashim (0132626536), Perak
- SayangBabyIbu, Cyberjaya
- Ummimall, Klang
- AwraStore, Nilai
- Baby Umi Shop, Jalan Semarak
InsyaAllah esok kami sekeluarga nak ke Melaka
Tempat saya suami isteri bermadu asmara duluuuu…hihihi
Bye kalian, Selamat Hari Jumaat!
Nota Luna : Semalam ‘sesuatu’ terjadi kepada blog saya selepas saya pandai pandai tukar setting bagai
Masa tu saya sangkakan career blogging saya akan berakhir
Saya baru bercadang nak jadi Arianna dalam cerita Matahari petang2 tu
Cantek, masuk kelas tarian, slim, cantek…hihi
Tak sangka encik suami berjaya kembalikan semuanya ke keadaan asal
Besar hati saya memakai name tag blogger semula




