Sebenarnya kan kalian yang tersayang
Saya dah lama teringin ke Langkawi
Asyik dengar cerita cerita orang je pasal pinggan, pasal laut, pasal sejarahnya
Masa saya pregnant 7 bulan dulu, saya dah book tiket flight hotel bagai
Tapi terpaksa dibatalkan kerana suami sedang sibuk dengan kerjanya (pada ketika itu)
*Nampak macam saya sengaja membiarkan encik suami seorang yang bersalah
Padahal keadaan perut saya pun tak mengizinkan kami naik flight Air Asia dah ..ahaha
Entry mengenai Breastfeeding akan saya buat selepas saya selesai update kisah Langkawi ni ye kalians
Saya akan rasa runsing selagi berhutang entri
(Sebenarnya saya rimas lemas tgk gambar2 saya sendiri yang penuh di desktop saya dalam folder GoBlog)
Check it out entri Langkawi pendek pendek di entri sebelum ini dan ini
Kebetulan Kayong dan suami nak berhoneymoon di Langkawi
Maka kami sekeluarga ambil peluang roger sekali
(Ya saya tau anda hairan kenapa kami ikut org lain honeymoon..ahaha)
Kami pergi sbb Kayong kata “takpe..jomlah”
Jadi kepada kalians, jangan berani cakap ‘takpe’ dan pelawa2 saya
Nanti saya akan betul2 ikut siap bawa anak dan suami…hihi
Kalini kami pergi naik kereta sehingga ke Jeti Kuala Perlis dan jeti sampai ke Pulau Langkawi
Banyak rupanya tempat parking di Kuala Perlis ni
Rate parking berbumbung ialah RM30 utk 3 hari
Ini adalah rate weekdays dan bukan cuti sekolah
(Kalau hari perayaan-mencecah RM20 sehari!)
Tak banyak gambar dalam jeti sebab kami bertolak jam 12 pagi dari KL
Sampai Kuala Kangsar jam 5.30 pagi dan teruskan perjalanan ke Kuala Perlis
Sampai jeti jam 10 pagi!
Encik suami yang memandu tapi saya yang kepenatan..hehe
Tiap kali dia hairan kenapa saya mewakili dia penat, saya cakap saya breastfeed Iki
Kalaulah Iki tidak lagi disusukan, apa lah alasan saya agaknya kan?
Oh oh point saya ialah : TIADA gambar saya kerana saya ya amat amat shomots pada hari itu
(Takut pada realiti sebenar..ahaha)

Gambar di ambil sebaik sahaja kami tiba di Jetty Point Pulau Langkawi
Rasa macam di oversea tau kalians (memang seberang laut kan)
Dalam banyak banyak gambar Iki, saya rasa gambar ini saja yg macam budak kecil yang innocent
Yang lain….nanti kalian geleng kepala lihat sendiri…

Oleh kerana baju yang Iki pakai adalah dari rumah babysitter semalam
Maka saya mandikan dan tukarkan bajunya di toilet Jetty Point
Baju saya baru pakai tau (defensif wooo…ahhaha)

Singgah minum sekejap di restoran mamak berdekatan
Mots kan anak saya?
Air liurnya meleleh sbb masa pregnant mommy tak dapat kereta baru nak tumbuh geraham bawah

Tadi saya kata tanak tunjuk gambar super duper mots kan?
Dek kerana nak tunjuk saya pakai pouch baru ihsan Kak Shada ni
Saya pasrahkan diri tau kalians…ahaha
(Jadi sekarang kalian dah tau mana turunnya kuah (gen mots) kalau tak pinggan Cornell kan)

Dah sampai sampai hotel kami berehat sebentar sebelum panaskan enjin untuk shopping
Kami menginap di Hotel Aseania berdekatan Pantai Chenang
Terima kasih Kayong for the arrangement

Ralat juga sbb saya Iki tak sempat bermandi manda di pool hotel
Sebab kami keluar pagi pulang malam ke bilik
Banyak masa di habiskan di dalam kereta dan kedai pinggan mangkuk pilih yang mana berkenan..hihi

Ini Agenda kami- full kan?
:mode tangan kipas kipas leher walaupun tak menghasilkan angin:

Breakfast yang disediakan pihak hotel, bulehla di makan
Bukan susah kan kalian, buka mulut, kunyah2, telan…hihi
Cuma nasi lemak hari hari mau akak bawah opis ni tetap menjadi pojaan hatiku

Saya teruja nak cari perfume di kedai yang dikatakan murah
Perfume2 saya sebelum ini TAK PERNAH habis
Konon nak jimat, beli bekas besar
Tapi bila besar, lama pula nak habisnya
Saya pakai hari hari, tapi tak surut surut..isk..
*Cubaan kona kona kan ayat nak minta perfume baru..hihi
Sebelum masuk, kita bergambar dulu!

Pilih punya pilih, cium punya cium
Saya ambil Burberry – The Beat ( ala ala vanila baunya)
Dan utk encik suami Davidoff – Silver Shadow (Attitude) Berbau segar…hmpphh
Utk ayah mertua – Hugo Boss (Dia tak suka perfume lain)
Ibu mertua – Saya berinya Hugo for Women saya yang setahun tak habis habis tapi dia sukakannya ![]()
Murahkah kalian? Saya lihat murah dalam RM12-RM40 (mengikut jenis dan kuantiti)


Haa..senyum senyum dapat perfume tau kalian
Pinggan mangkuk set purple tak dapat, perfume pun okeh la…hihi
Malam, kami makan di Dataran Lang
gelap gulita begitu, tak dapat lihat tugu helang di Langkawi ..

Malam dah larut (hampir jam 11)
Tapi saya minta Abby datang ke hotel kami
Saya sangkakan dia bersama suaminya..jadi saya tak risau sangat dia drive malam malam
Rupanya dia drive sorang dengan anaknya, Iskandar Khilfi!
Abby, terima kasih sebab sudi datang menjenguk kawanmu nan seketul ini
Korek korek balik, ada sekeping gambar saya dan Abby di blog
Tengok balik entri lama saya di sini
Wah wah, gambar Dato S pun ada, nostalgiknya..klik sini untuk melihat gambar saya semasa muda!

Saya kan sibuk nak tgk tempat sejarah
Jadi kami ke Beras Terbakar yang sengaja dibakar bagi mengelakkan dirampas tentera Siam
Ni ala ala kami tak dapat, ko pun takleh dapat la kan? hihi

Saya pandang tempat beras

Iki buka mata besar besar lihat melalui jaringan gate

Dan saya “tak ada apa pun bang”
Encik suami “tempat bersejarah memang takde apa apa”
Mujur ada tangga batu rumah orang utk bergambar…hihi

Dan di bahagian masuk ke Beras Terbakar terdapat banyak gerai gerai yang menjual kain batik, baju baju dengan harga rendah berbanding di Pekan Kuah
Saya tak beli apa apa pun kalians

Habis habis saya main kejar bubble dengan Iki
Senang mengendong anak dalam pouch ni kalians
Lari marathon berganti ganti baton pun buleh rasanya…hihi


Sementara mertua saya shopping, kami sekeluarga tunggu dalam kereta
Sempat saya check SMS dan missed call di HP

Kesian pula Iki buat muka boring, Jadi saya ajaknya bergambar
(Lagi la dia boring..haha)


Kemudian kami ke Muzium Mahsuri
Merasalah bergambar berdua sbb anak lena tidur dalam kereta dgn atuk & opahnya

Close up sket jeragat di hidung ..Harga tiket ialah RM5
Ibu mertua saya kata dulu RM3 je..hisy baik saya pergi dulu kan?

Ini persembahan gamelan dari pihak Muzium
Adik adik ni duduk2 sembang2 gosip je..
Ikut kak Sue balik semenanjung la nak?
(Bajek dok melancong luar negara)

Sekeping gambar saya di tepi makam mahsuri
Takde perasaan lihat tempat bersejarah..ekeke

Dalam kawasan Muzium tu, kami terus menuju ke rumah Pandak Mayah (ayah Mahsuri)

Bila saya naik rumah tu, saya ala ala perasan
“Mahsuri ni cantek tinggi Sue je abg”
(Pintu tu betul2 saiz saya!)
*Di Muzium tu ada jual buah2 dan kuih telinga keling goreng di situ..sedap!

Ini keadaan di dalam rumah Mahsuri
Lama tahan kipas Mistral ni dari 1819 Masihi..hihi
Rumahnya kecil je..dan tak berbilik
Maksudnya Pandak Mayah anak beranak tidur je ramai ramai di ruang tamu
Patutlah wujud fitnah Deramang(penyair yang menetap di rumah Pandak Mayah) ketika Wan Derus (suami Mahsuri) pergi berperang
*Fitnah dimulakan oleh ibu mertua Mahsuri sendiri
Bahagian dapurnya sama besar dengan ruang tamu
Di bahagian ruang tamu ada lantai jarang
Ada makcik tu beritahuku senang kalau org bersalin, darah bersalin turun ke tanah..
(Saya cerita, kalian imejin ye..)

Dalam jarak 3 meter dari tangga rumah, ada telaga Mahsuri
Sinilah Mahsuri mandi manda..
Menurut lagendanya, keluarga Pandak Mayah orang berada dan mempunyai sawah yang besar
Dan selepas Mahsuri dibunuh, dia dikebumikan di sebelah harta yang mahu digunakan oleh keluarganya sebagai tebusan
*Jarak 50 meter dari rumahnya
Suaminya, Wan Derus membawa anak mereka, Wan Hakim keluar dari Langkawi (dan mengikut cerita mereka pergi ke Siam)
Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi juga menetap di pulau Phuket Thailand ketika dijejaki
Makam Mahsuri diperelokkan semasa zaman Tunku Abdul Rahman menjadi pegawai daerah
Tun M turut membantu dalam pembangunan bumi Langkawi yang sebelum ini menjadi sarang lanun dimana suatu zaman org pernah berkata ‘kerbau lagi banyak dari manusia’
Read more here

Hari esoknya kami ke Langkawi Underwater World
Iki adalah insan PALING SERONOK
Pictures do tell kan?


Dia tak suka di dukung2

Sepanjang di dalam Underwater World dia meronda kawasan sendiri

Bila anak happy gumbira, mommy pun sengih tak tutup mulut senang hati

Kemudian kami roger ke Langkawi Wildlife Sanctuary
Kat sini haru sikit sebab Iki takut dengan bunyi burung2 di sini

Kesian dia..

Banyak jenis binatang di sini
Bagi yang suka belajar, melihat dan mengeksplorasi..Langkawi Wildlife Sanctuary is the place for it!
Saya huru hara tudung senget memujuk Iki

Sekeping gambar hasil ‘tangkapan’ saya
Kelam kabut, risau burung unta ni suka patuk saya..ekeke
Dimasa yang sama Iki tengah menjerit2 ketakutan!
Gambar2 burung (dan binatang) lain adalah hasil seni encik suami
Jadi saya rasa tak adil saya main ambels letak di blog syok sendiri ini kan
Ada dengar2 sang ibu lain bertanya saya “Iki kan dah besar, tak malukah menyusukannya di public?”
Saya tak pernah malu.. Dia dahaga dan lapar, jadi itukan haknya
Dia pun baru 1 tahun 4 bulan, belum 2 tahun ![]()
Masih memerlukan nutrien dan zat dari susu ibu
Selain dari makanan yang diambilnya
Kadang terselak ternampak juga (itu kelemahan saya)
Jadi ibu lain ambil yang baik2, yang buruk2 tinggalkan ye

Kami dah nak pulang ke Perak!
Iki tengah sakit gigi dan demam
Ditambah bacteria infection yang menyebabkannya gatal2 seluruh badan
Dia menangis berjam2 di Jetty Point sampai macik jaga kiosk tu beri dia minyak gamat percuma!
Kemudian sambung menangis di dalam kereta dalam perjalanan pulang
Wah…mencabar telinga rupanya menjadi ibunda!

Selamat tinggal Pulau Langkawi
Nanti2 saya kembali lagi bila anak anak dah besar..hihi
(Bercuti dengan anak kecil, memang di luar daya saya)
Mujur ada keluarga yang membantu..Terima kasih semua
Related posts:




waa..borong sakan di langkawi..huhuhu dah hilangkah sengal2 kaki tangan mu itu
—
Dida : Ku sengal sengal mendokongs Iki..sambil layankan dia menangis uwa uwa….ihiks..
penah g langkawi masa kimi (anak sulung) lebey krg baya iki..senang sbb dia breastfeed masa tu..tak byk brg naik flight..:)
—
Ha a : tak perlu bawa botol, termos, susu tepung, stroller..hihi
Tinggal bawa pinggan mama, coklat mama, kain batik mama…:nyit:nyit:
ishk..ni tak sabar nak beli pouch gak ni..
aa..sue,yah pon suka sgt burberry the beat tu..wangiiii!
—
Yah : Sonang koje acik pakai pouch..hihihi
Yah, sue dah cek blogmu..Sangat berlengas kita berdua..ahaha!
hehhee.. lamaaa dah tak p langkawi.. sue, tak borong coklat ka?tadak pon entry coklat?
tak suke cokelat ya?hanya suke pinggan pink purple??hohoho
—
Ku tak beli coklat Haza, eh ada…ku beli 3 Ferrero Rocher itupun sbb ku merajuk “kite tak beli coklat punnnn”
Jadi encik suamiku amikkan 3 FR itu..ahaha!
seronok kn, g tempat2 sejarah
ayg masa g dulu selalu berangan ayg secantik mahsuri. hehehe
—
Ayg memang lebih shanteks dari Mahsuri yang..