Gambar gambar ni dah lama di desktop saya
Gambar kami sekeluarga ke Pesta Buku PWTC pada 18 April 2009
Entri saya yang terdahulu menimbulkan beberapa keraguan
Seperti : Seorg ibu dapat 50 CD teruskah?
Tidak..terdapat 50 Lunatots CD available to be given
Dan : Sue berada di sana setiap harikah?
Juga tidak..
Booth ini dijaga oleh staff Karangkraf
Mereka ajak saya berada di sana bersama sama mengeksplenkan mengenai Lunatots Cloth Diaper
Cuma dengan keadaan beranak kecil bertudung senget
Saya rasa kurang sesuai saya berada disana setiap hari
Tambahan pula booth itu sendiri sudah penuh dengan staff Karangkraf
Dan umat manusia yang AMAT RAMAI
Beberapa kali juga saya dan Iki berhenti duduk di kerusi yang disediakan
Dah ala ala join marathon setempat penatnya…hihi
Oh ye, sebelum itu saya jumpa customer di PWTC, Mrs Juhana
Beliau sedang mengandung 7 bulan dan drive sendiri berjumpa saya!
Kagum kan dengan kegigihannya!
Bersungguh2 utk menyusukan dan men-cd-kan bakal babynya
Yup, jimat duit etc etc hanyalah kayu ukur
Yang paling utama ialah kebaikan susu ibu dan cloth diaper itu sendiri, kan?
Saya terharu melihat ibu yang begini
Dan saya wish saya dulu pun begitu…haih, yang lepas usah dikenang kenang kan
Saya tahu untuk yang seterusnya saya akan begitu

Sangat jongos muka saya tersengih2 begitu
Orang keliling ramai tolak2 lemak saya
Tapi saya harus maintain sambil tanya “dah snap dah abg? dah?”
Tapi kebelakangan ni saya tak sibuk2 nak tgk balik
Dan mintanya ambil lagi kalau saya tak shanteks
Mungkin dah dewasa agaknya saya :mode pasrah pada diri sendiri:
Kepada mereka yang mendaftar sebagai pelanggan Pa&Ma semasa Pesta Buku PWTC
Anda akan mendapat sekeping Lunatots Velcro with wording secara percuma!
Gigih la acik ni pergi subscribe as Pa&Ma subscriber bermula Ogos 2009
Selama ni tiap2 bulan saya minta encik suami terjah Seven Eleven sana sini…hihi

Vangga bila ada Lunatots Logo dalam banner senarai penaja ![]()
Setapak demi setapak, walaupun sopan kecil tapakku..
Ku akan menapak lagi dan lagi (waha, pantun apakah)

Ini merupakan team Karangkraf yang sangat ceria
Walaupun bekerja di hari minggu
To be honest, saya kagum dengan Team Karangkraf yang tak kisah kerja hari minggu
Kalaulah saya kena kerja hari minggu
Pasti muncung saya boleh buat ikat liner
(Liner ni plastik simpan expressed milk..hehe)
Gigih kan mereka?

Tak banyak gambar saya di Pesta Buku
Encik suami hanya carikan buku yang dipesan FIL-Sirah Nabawiyah
Saya cari juga buku nursing mahupun parenting
Tapi….tak buleh bergerak dek kerana ramainya manusia
Kami makan di cafe yang disediakan dalam PWTC
Sebelum keluar dari beribu ribu manusia, saya bergambar di pokok2 daun2 dinding
Sebab ada ramai org lain amil gambar disitu (kes tak mau kalah)..hihi
Saya bercerita tentang pouch ye
(Kak Shada, kalau salah tolong betulkan ye)
Refer artikel mengukur size anda di sini
Sekiranya anda beli betul2 size anda
Pouch itu akan selesa utk hip carry dan back carry
*Tak perlu pegang montot baby dah
(Refer gambar di bawah)
Ianya sedang elok di pinggang ibu

Bagaimanapun jika size pouch anda lebih besar (2-3 inci) dari size anda
Ianya akan selesa utk cradle carry dan breastfeeding session


Moral of the entri : Agak agakkan kegunaan pouch berdasarkan umur dan keperluan bayi anda
Bayi atas 10 bulan sudah gemar melihat sekeliling berbanding baring di dalam pouch semasa ibunya berjalan jalan
Jadi jika ditanya pilihan saya, saya prefer menggunakan SIZE SEBENAR saya (warna merah)
Dan pouch biru sudah diletgo kepada Mrs Oya
Related posts:



