Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for May, 2009

Iki nak apa?
Taucu?
Tahu?
SEJU?

all_about_fenugreek_pregnancy

Dah lama saya tertangguh untuk menulis mengenai Nursing While Pregnant
Rasa rasa macam belum cukup ilmu dan kekuatan untuk menulis
Tapi kalau tak bermula, maka tak ada lah artikelnya kan

Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya
Ianya mungkin menepati situasi dan keadaan anda dan mungkin juga totally different dengan apa yang anda sedang/pernah alami
(Sekiranya anda sedang/pernah menyusukan semasa mengandung)

Saya akan perbaiki hari demi hari sehingga artikel ini boleh menjadi rujukan oleh expecting mom di Malaysia, insyaAllah

Pregnant semasa masih menyusukan adalah tidak mustahil kerana LAM (perancangan keluarga dengan cara menyusukan dimana ovulation disupress oleh baby’s suckling) hanya boleh dipercayai jika :

  1. Bayi berusia kurang 6 bulan
  2. Bayi tidak makan/minum apa apa selain susu ibu
  3. Ibu belum datang haid

Berikut adalah concern ibu mengandung yang mahu meneruskan penyusuan. Saya simpulkan dalam tulisan berwarna merah ye.

Milk Supply?
Statement yang ‘cliche’ iaitu pregnancy akan menyebabkan produksi susu merudum kadangkala menyebabkan susu ibu merudum SEBAIK sahaja dia tahu dia mengandung
(Emosi mengambil alih peranan disitu)
Setiap ibu mengalami proses yang berbeza walaubagaimanapun bagi diri saya tiada perubahan produksi susu semasa 3 bulan pertama.
Penyusuan dan pengepaman (3 kali di ofis) masih berlangsung seperti biasa.

Produksi susu saya merosot pada bulan ke 4  kehamilan dimana  sekali sesi pam ialah 0.5 oz ke 1 oz
(Refer gambar di bawah di dalam office fridge)
imgp2236Walaubagaimanapun saya masih terus mengepam mengikut jadual

Baby’s Nutrition
Susu ibu bukan lah sumber utama nutrien bayi bagi yang berusia selepas 6 bulan
Umur Iki ialah 1  tahun 5 bulan dan minum EBM sebanyak 7-8 oz sepanjang siang
Meal beratnya ditambah kepada 3 sesi, pagi, petang dan malam
Snack nya seperti coco crunch, roti, biskut dan buah juga ditambah bagi memenuhi keperluan nutriennya
Dalam usia Iki, dia memerlukan kalsium dan iron yang tinggi
Selain daripada susu, sumber kalsium yang baik ialah soya, bijan, almond, brokoli, carrot dan orange
Sumber makanan yang tinggi iron pula ialah lean meet (beef), tuna, salmon, tofu, beans, ayam dan turkey
Selingan:
Alhamdulillah saya ada banyak stok EBM
*Untuk Ayg yang pernah bertanya, nak buat apa stok EBM banyak? Jualkah? Hihi…
TUJUANNYA : Dimasa masa ibu tidak menghasilkan consumption susu yang Iki perlukan
Saya boleh bergantung harap kepada stok EBM saya sementara menanti colustrum datang pada bulan ke-7 kehamilan nanti

Setelah hampir sebulan saya survive
Daily masukkan 3 oz tetapi keluarkan untuk Iki minum 8 oz (negative 5 oz)
Inilah yang berbaki

Ini stok bulan February 2009 ( 7 bekas * 5 oz = 35 0z)

imgp2230

Bulan March 2009 (46 bekas * 4 oz =184 oz)

imgp2233

April 2009 (dalam plastik lagi satu) 20 bekas * 4 oz =80 oz

imgp2235

EBM sepanjang May 2009 (13 bekas * 4 oz = 52 oz)

imgp2232

Total?351 oz
Jika dibahagikan sehari negative 5 oz
Saya masih (akan) boleh survive selama 70 hari  menyusukan Iki saya dengan susu ibu
Bahagi 20 hari bekerja, ianya 3 bulan setengah (phew!)

Miscarriage Risk?
Menyusukan semasa mengandung adalah selamat
Benar, terdapat risiko contraction yang disebabkan pengecutan di payudara semasa penghasilan susu
(Sekaligus pengecutan di bahagian uterus)
Walaubagaimanapun reseptor contraction di bahagian uterus masih ‘belum matang’ untuk bereaksi dengan contraction yang boleh menyebabkan kelahiran/miscarriage
Untuk ibu2 yang pernah mengalami keguguran, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan gynae anda

Mom’s Health Condition?
Ibu perlu mendapatkan ilmu ‘eat-for-three’ iaitu makan apa sahaja yang nampak berkhasiat :)
(Wah wah..macam senang je kan :) )
Sekiranya anda mengalami light head, makan portion kecil sebelum anda mengepam atau menyusukan
Pastikan anda ada coklat, biskut atau buah di atas meja kerja anda untuk dimakan selang 2-3 jam
Minum air dengan banyak
Dan dapatkan berat yang bersesuaian pada setiap kali checkup (anggaran 10-15 kg bagi setiap kehamilan)
Daily calories intake untuk BF Mom ialah 1900 calories
Semak kalori makanan anda di sini
Kalori yang diperlukan bagi ibu BF+Pregnant:

  • 1 st Trimester : No additional cal
  • 2 nd Trimester : Additional 340 cal
  • 3 rd  Trimester : Additional 450 cal

Amalkan pengambilan kalsium dan iron pills yang disyorkan oleh gynae anda

Fetus health?
Estimated Fetus Weight(EFW) haruslah berkadaran dengan yang sepatutnya (di cek pada setiap kali checkup)

Baby’s Condition?
Setiap titis susu ibu itu beneficial kepada anaknya walau berapa tahun usianya
Penyusuan selepas usia 1 tahun adalah lebih kepada ikatan ibu-anak
(Untuk ‘ubat’ tidurkan bayi contohnya - Comfort Sucking)
Berbanding sebagai sumber nutrisi utama bayi
Setiap kali bayi anda menyusu dari anda, perhatikan samada ada tindakan menelan (swallowing)
Perhatikan juga jika bayi kerap bangun untuk menukar ke payudara sebelah lagi

Perubahan susu mommy?
Seperti yang saya katakan, susu ibu mengandungi khasiat yang baik utk bayi
Dan semua ibu mengalami proses yang berbeza
Ada yang mengalami pertambahan susu semasa mengandung
Pada trimester kedua, ibu akan menghasilkan weaning milk yang kurang laktosa (kurang manis) dan lebih sodium
Jadi baby akan lebih minum air kosong selepas minum susu ibu (berbeza mengikut bayi- Iki begitu!)
Biasanya, pada trimester ketiga kehamilan badan ibu akan mula menghasilkan susu dalam bentuk colustrum
Oleh kerana colustrum mengandungi laxative maka poo poo bayi anda mungkin akan berubah keadaannya-Jangan risau, ianya bukan diarrhea

Nota Mommy Luna:
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian rapi seperti:

  • Umur bayi yang sedang menyusu dengan anda sekarang
  • Usia kehamilan anda
  • Keadaan kesihatan ibu samada mengalami nausea, light headed etc

Dan melalui pembacaan, Nursing While Pregnant adalah keputusan ibu dan bayi. Sekiranya ibu gembira dengan apa yang sedang dilakukannya,tahniah dan teruskannya!
You are a great mother!
Nursing while pregnant juga adalah unexpected dimana bayi anda mungkin weaning (bila merasakan susu anda kurang atau berubah rasa)
Dan continue nursing bila susu anda ada kembali(pada trimester ketiga)!
He’s/She’s a BIG brother/sister!

*Sumber rujukan : Adventures in Tandem Nursing by Hillary Flower

—————-

Hubungi Puan Suraya di info ‘at’ lunatots.com bagi sebarang temujanji konsultasi. Saya tidak dapat memberikan konsultasi secara SMS mahupun email (apatah lagi blog).
Penulisan di blog adalah PENDAPAT dan PENGALAMAN saya dimana ianya mungkin tidak valid di dalam sesetengah case.
Terima kasih.

Ini update saja saja tiada unsur ilmiah..hihi
Cerita saya, cerita Iki, cerita kami
Haritu saya tengok gambar2 didalam kamera encik suami
SEMUA gambar saya bermata kuyu tak lalu
Kalau bukan mata kuyu, mulut otomatis muncung tak larat
Kira tak cantik dari dulu jadi model candid
Sbb gambar yang ready2 posing pun tidak jadi seperti yang diingini…hihi

Kisah saya dan Iki
Haritu masa pergi birthday Aimin dan Armand
Dapat topi dan spek kertas ni
Saya simpannya dalam kereta sbb Iki tak suka topi, spek dan apa apa bendasing selain benda yg memang melekat padanya (rambut,mata etc etc)
Semasa duduk2 berdua dengan Iki, saya pakai dan belagak gile beritahunya…”mommy cantekkkk” (sambil belek2 cermin)
Dan dan dia nak pakai juga!
Hisy, tak senang tgk org cantek lah Iki ni…keh keh
(Mulut dia nganga2 sbb cermin tu kan atas sket kat penghadang cahaya tu, Jadi dia nak balance kan spek kertas tu susah sikit…hihi)

dsc01745

Gambar di ambil menggunakan handphone
Keburukannya : Tak sharp, blur2 tona muka kami
Kebaikan : Yea yea tak nampak jeragat…hihi



dsc01747

Lunatots Cloth Diaper sudah available di link ini
Ini lori yang menghantar barangan pada hari Sabtu lepas
Sempat mereka minta kad utk promote pada kawan kawan mereka kerana pada mereka Cloth Diaper is a great invention. It is!
dsc01754

Ho ho ruang tamu+ruang makan saya penuh dengan kotak
Dimasa yang sama kotak2 ini dijadikan meja makan saya dan tempat letak air masa hidang tetamu…ekeke
Shipment haritu adalah separuh dari shipment kalini
Apa yang saya cuba sampaikan ialah..Lunatots Cloth Diaper ada stok yang cukup utk semua ibu bapa di Malaysia men-CD kan anak tersayang :)

dsc01755

Ini adalah entry lompat2 takde tujuan kan
Sebab haritu saya nak tunjuk gambar yang di ambil utk PA&MA August 2009
Dari kamera encik suami
Apa yang saya fikir?
Saya sendiri SUSAH mencari gambar saya yang elok (elok = mata bulat, hidung tak kembang, senyum manis ikhlas, rambut tak keluar2)
Dan saya tak terimejin macamana susahnya graphic/photographer nak pilih shot saya yang elok …kasian mereka

Dalam gambar di bawah, ramai org dibelakang tabir sedang memujuk Iki supaya senyum
Tapi dia maintain begitu….:sigh:

dsc_4305

Dia senyum simpul bila dapat peluang main bunga dan daun
Shot yang ringkas (kurang daripada sejam) tapi berpeluh2 basah baju kami anak beranak

dsc_4318

dsc_4330

Sekeping gambar saya dengan journalist dan photographer yang..
macam saya cakap, senyum lebar dan cantik bermekap walaupun kerja Sabtu Ahad!
Saya kagum kesungguhan dan semangat mereka!

dsc_4341

*Baju lain sbb utk sesi yang seterusnya :)

Saya sibuk harini nak bungkus bungkus order
Dan untuk mengelakkan terbungkus Iki sekali, saya minta ayahnya hantar ke rumah pengasuh
Saya siapkan barang Iki
Lori mainan hadiah Umi
Baju dan CD serta susu secukupnya
Iki naik kereta dengan daddy
Saya tutup gate sambil lambai 
Iki tak menangis tapi jerit2 suruh saya duduk dalam kereta
Macam ni dialognya “mommy, dudok…dudok…”
Sambil tepuk2 tempat co-pilot
Oh oh sedihnya..
Oleh kerana tak mahu anak kacau saya buat kerja
Saya hantarnya pada org lain
Kalau diberi pilihan duit dan mommynya
Mesti Iki nak dudok bersama mommy dia kan?
:Mode mata berkaca kaca:
*pepandai je,mana tau kut2 Iki pilih duit? hihihi 

Nota : Org mandung memang cantek sensitif ke ye?

Hah, kalini mengenai sesi Mingguan Wanita pula
InsyaAllah untuk keluaran 6 June 2009
‘Keibubapaan Alami’ dari Lunatots.com ruangan Wanita & Bisnes
ihihi..saya tak tau sebenarnya apa tajuk yang journalist nak tulis

Pagi2 saya dah hangkut barang2 satu rak
Dengan anak sekali..sesekali merasa berjalan dengan anak tanpa suami di sisi
Saya cuba keluarkan kamera semasa wartawan interview ‘teman’ saya
(Oh oh saya ber’teman’ tau ke Karangkraf)
Siapa dia….nantikan 6 Jun 2009
Eh sambung sambung…tapi kamera saya show ‘battery depleted’
uwaaa….nanti takde gambar nak disharing is caring kan
dsc01731





Sudahnya saya berharap pada handphone teman saya itu
Mujur ada sekeping gambar saya muncung2 menjawab soalan journalist
Dan…
Soalan itu sangat susah dek saya!

Seperti rancangan masa hadapan Lunatots?
Apakah itu ini…oh oh berkerut2 dahi saya
*Belum lagi menjawab soalan2 gosip seperti “Adakah you teman tapi mesra dengan Fahrin A*mad seperti yang dinyatakannya?”
Atau ‘Sejauh mana hubungan you dengan Dato’ S? ”
Harus menggigil2 bebulu kaki saya
*Anak saya pun bekerja…(tengok apa Iki buat)
dsc00636-small

Kemudian kami bertiga roger ke Sara Kids utk sesi photography Iki di Berita Harian
Ironinya, punyala mommy Iki beria
Tapi Iki sempat pakai 3 baju je sebelum mengamuk berjam jam
Oh :mommy mode pegang dahi picit picit:
Gambar dia mengamuk, takde siapa sudi rakamkan…ngeri…hihihi

dsc00637-small

Polo Shirt ,Jeans , kasut Mother care dan lokasi tajaan Sara Kids
Terima kasih Puan Farah, dan ampun maaf pasal jeritan tanpa henti Iki yang tak semena mena di Sara Kids itew..ohhhh

Related Posts with Thumbnails