Dah seminggu saya resah gelisah mencari buku bank saya yg tak tahu letak dimana
Tidak lah banyak amount duitnya cuma kalau hilang di tangan org yg tidak bertanggungjawab, sadis juga kan?
*Teman saya hilang ATM card, RM2300 duitnya dikeluarkan dek ‘orang’ itu secara berdikit2 hokeh
Anehnya, tak salah2 pula pencuri tu key in pin number!
Moral of the story : Sedihkan bila duit hasil kederat titik peluh di ambil begitu sahaja oleh orang2 yg tidak sepatutnya
Dalam mencari cari di mana letak duduknya buku bank saya itu
Sambil2 lah saya kemas cubicle yang berselerak di ofis
Sampai sesak nafas saya ala ala athma tu
Macam macam saya jumpa
Ada kalendar 2009 yang pernah diberi oleh bos saya masa awal tahun dulu
Saya ingat lagi dialognya “Sue, i ingat ini sesuai beri pada u sebab ada resipi”
Saya “ohh..terima kasih bos, ini memang sesuai beri pada saya yang rajin memasak”
Dan selepas itu saya dengar bunyi batuk2 merusuh tanda tak setuju oleh teman2 ofis saya yang lain
Tapi…..ada saya kisah? haha!

Saya simpan dalam kotak kalendar itu
Bila tiba hidayah masanya, saya akan memasak jua
Lepas tu jumpa magazine Ikea 2009
Saya minta dari Agip (21 tahun consultant termuda di office)
Dialog saya “Agip bukan nak hias rumah pun kan, beri magazine ni pada kak sue lah”
Dia “okehh..kak sue ada tenaga masa ke nak hias2 rumah?”
*Baik kan dia…Dia selalu gelak2 tak bersuara bila saya mengaku sebaya dengannya depan orang lain
Dengan adanya majalah ni, senang saya kira bajek nak beli tengok sofa Ikea ke kan

Oh saya juga ada buku ni
Dimana saya belum sudah sudah baca
Saya bacanya sehari satu ayat setiap kali sesi mengepam (dahulu)
Sekarang saya mengepam di cubicle sahaja..jadi sibuk chatting tak sempat membaca lagi
Jadi saya simpan dalam kotak sajalah ye

Eh..ini pun ada?
Pamplet ni saya simpan sbb senang nak tunjuk pada encik suami model mana satu saya nak yang canteks

Ha…asal Tahun Baru Cina, tin2 kuih semuanya saya simpan
Kuihnya pun saya habiskan

Atas meja saya ada sekeping birthday card yang saya beli sebab saya suka
Saya tak tahu nak beri pada siapa
Saya beli sebab saya suka


Tiap kali officemate kami pergi jalan jalan
Mereka akan beli cenderahati untuk semua staff
Semua ni ada elok dalam simpanan saya
Kadang2 ada yg beli pen, kadang2 penanda buku
Biasanya saya minta 2 penanda buku dan beritahu alasan “Kak Sue ada 2 buku yang sedang dibaca”
(Saya bahasakan diri as Kak Sue, paling tua berusiakah di ofis)

Oh dalam sibuk2 sesak nafas, saya menonton youtube Tomok OIAM
Kepada Tomok, tak payah susah2 tukar nickname kepada Indrawan
Sekarang pun dah tukar Tomok OIAM kan
Jangan sedih2 biar org kata sore pernah sengau ke
Muka kontrol hensem memang hensem ke
Biar….diorang ada 1 juta?

Haha…..share lah sket dengan kak sue Tomok…ihiks
Related posts:




ku pun baru kemas meja.dah tukar tmpt duduk pun dah buring duk tmpat sama.ku jmpa rm50 masa kemas2.huhuhu duit sapakah itu.
—
Dida : Ku jenguk2 blog mu tadi…hihi
Duitku kah?
tu dia..sekali dia menaip ..panjang lebar… n byk entry lak tuh..hehe.. tersengih2 ku baca…
—
Ahaks Haza: Lepas tu senyap lama….hihi (cubaan menghilangkan jeragat)
ahahhaa.. sgt suka ayat dlm birthday card tu.
—
Ayatnya best kan Liz..sbb tu Sue beli dan tak tau nak beri pada siapa..hihi
ni mengemas sambil bergambar kah?..