Kalian, penuh blog saya dengan cerita kami sekeluarga kan
Hihi..bukan saya tak mahu bercerita mengenai Breastfeeding
Semuanya terlalu banyak bertimpa timpa rasanya dalam kepala
Jadi blog ni ala ala tempat curah semua rasa meroyan..hihi
Kepada ibu yang memerlukan konsultasi, sila email saya untuk temujanji
Temujanji boleh diadakan sama ada dirumah anda, hospital tempat anda melahirkan, rumah saya mahupun ceramah laktasi di pejabat anda
Refer link ini utk ke rumah kami
Konsultasi melalui phone dan email hanya diberikan kepada pelanggan sebagai konsultasi susulan kepada pelanggan yang sedang dalam rawatan
Kes kes khas seperti relaktasi dan induce lactation memerlukan perhatian khas dan tidak dapat diselesaikan melalui email sahaja
Selain itu soalan soalan berkenaan BF di SMS, email mahupun blog akan dijawab secara ringkas bagi tidak mengecewakan teman teman yang sentiasa menyokong saya
Hujung minggu lepas kami sekeluarga tiada aktiviti khusus
Selain ‘menyerbu’ rumah Miss Watie dan Kayong
Kami menyerbu One Utama..hihi
Last sekali pergi masa tengah bershenta kots..lupa dah (lama sangat)
Tempat yang pertama sekali kami masuk ialah MPH
Uwohh nganga2 mulut saya lihat buku yang banyak
Selama beberapa tahun ni saya ulang alik ke Popular Leisure Mall dan Popular Jusco Balakong sahaja
Betul betul happy saya pegang buku sana, cuit buku sini
Tapi tak beli apa apa sbb baru je beli macam macam buku minggu lepas
Dan belum habis baca mukasurat pertama lagi

Cerita gambar dibawah ni begini
Semasa Iki sibuk susun buku dengan ayahnya
Saya panggil “Iki…mommy nak ambil gambar”
Lantas dia berpusing dan buat muka begitu
Bila saya kata “dah”
Dia pusing balik (dalam keadaan mencangkung) menyusun buku di MPH..hihi

Buku kanak kanak banyak amat disitu
Iki ‘baca’ yang sudah dibuka
Dah puas Iki baca, kami ajaknya pulang…ekeke
Ibu jimat, keluarga selamat kan kan

Tujuan utama kami ke OU ialah mencari sandal utk Iki
Dia suka berjalan ke sana kumari
Tak lalu pakaikan kasut peluh2 kakinya
Susah juga mencari kasut anak sbb semuanya Spiderman, Angel bla bla, Batman, Spongebob, Wall-E
Tak ada yang plain gitu


Cari kasut mommy takde saiz available pula
Saya mahu yang pinkkkk saiz 5 ye kawan kawan…hihi

Baiklah, urusan sandal Iki dah selesai
Sekarang ni urusan perut mommy pula…keh keh
Saya sukaaa gambar Iki dan daddynya ini
Dah abang besar kan anakanda saya?

Tips dari Iki : Bila penat jalan jalan, cangkung kejap utk berehat
Sumpah bukan saya ajar…hihihi
Tips blog Luna: Kalau takde gambar macik pink tu maknanya…
Saya comot melampau, sarung tudung pegi pasar , pakai tshirt basahan rumah, selipar asal buleh disarung..hihi

Related posts:




alg, ayg pun teringin nk beli kasut ala2 crocs. alg saiz 5? kita sama saiz. alg nk kaler pink? ayg nk kaler itam, kelabu, biru tua, merah. hehe. kalo ade set 10 pasang kan best. beli 1 free 9.
—
Wah Ayg : Ha a..size 5. Tapi takde size warna pink tu. Mungkin Ayg boleh amik yang orange, nak?
Nanti kalau Alg pergi, Alg cekkan size.
Iki… i love u la…. he he..comel giler iki pakai kasut tu…!
—
Dia dah masam kan kak..seronok dia pakai kasut..hihi
assalamualaikum sue
heheh…dah order lunatots…tak sabar tunggu sampai…anyway,nak tanya sikit saja lagi pasal BF. kalau sue buzy, ibu-ibu lain yang lain lebih experienced pun harap dapat bagi input ya….
saya berminat nak buat stok EBM masa dalam pantang, tapi fridge kami ni satu pintu aje. beli dari sejak kawin dah dekat 6 tahun pun, tak ada apa masalah (sebab saya pun sangat jarang memasak hahahah)..baca punya baca , rupanya fridge macam ni, freezernya cuma boleh simpan susu untuk 2 minggu saja ya? susahlah gitu kan …kalu 3 bulan , okay lah jugak…
1) kalau simpan juga dalam freezer begini selama 3 bulan, kemudian beri pada baby,. adakah ada apa-apa masalah kesihatan yang akan / boleh terjadi?
2) pernahkah sue atau ibu-ibu lain terjumpa masalah begini? selalunya apa penyelesaiannya? adakah website mana-mana yang menawarkan freezer untuk disewa short term ke apa, sebab cik abang memang tak nak beli fridge baru 2 pintu tu la…dia kata elok lagi , nak beli baru buat apa (heheh, betul juga dia kata tu…)
harap dapat feedback ringkas…mekasih…
—
Salam Mama Siti: Terima kasih atas sokongan terhadap Lunatots
Panduan menyimpan susu perahan (ebm) adalah guideline sahaja. Ianya turut dipengaruhi faktor faktor lain seperti suhu freezer itu, kekerapan membuka peti ais ataupun rumah selalu blackout etc.
Secara asasnya, panduan menyimpan utk peti ais satu pintu ialah 5 hari di bahagian sejuk dan 2 minggu di bahagian beku.
Ini bagi mengelakkan risiko terberi baby susu yang kurang elok.
Suggestion Sue : Samada Mama Siti terus dapatkan deep freezer (boleh simpan susu beku selama 6 bulan) atau tidak membuat stok dengan banyak (which is agak bahaya bila time susu merudum).
Kita dengar ibu lain cakap apa ye