Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

all_about_fenugreek_pregnancy

Dah lama saya tertangguh untuk menulis mengenai Nursing While Pregnant
Rasa rasa macam belum cukup ilmu dan kekuatan untuk menulis
Tapi kalau tak bermula, maka tak ada lah artikelnya kan

Artikel ini ditulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya
Ianya mungkin menepati situasi dan keadaan anda dan mungkin juga totally different dengan apa yang anda sedang/pernah alami
(Sekiranya anda sedang/pernah menyusukan semasa mengandung)

Saya akan perbaiki hari demi hari sehingga artikel ini boleh menjadi rujukan oleh expecting mom di Malaysia, insyaAllah

Pregnant semasa masih menyusukan adalah tidak mustahil kerana LAM (perancangan keluarga dengan cara menyusukan dimana ovulation disupress oleh baby’s suckling) hanya boleh dipercayai jika :

  1. Bayi berusia kurang 6 bulan
  2. Bayi tidak makan/minum apa apa selain susu ibu
  3. Ibu belum datang haid

Berikut adalah concern ibu mengandung yang mahu meneruskan penyusuan. Saya simpulkan dalam tulisan berwarna merah ye.

Milk Supply?
Statement yang ‘cliche’ iaitu pregnancy akan menyebabkan produksi susu merudum kadangkala menyebabkan susu ibu merudum SEBAIK sahaja dia tahu dia mengandung
(Emosi mengambil alih peranan disitu)
Setiap ibu mengalami proses yang berbeza walaubagaimanapun bagi diri saya tiada perubahan produksi susu semasa 3 bulan pertama.
Penyusuan dan pengepaman (3 kali di ofis) masih berlangsung seperti biasa.

Produksi susu saya merosot pada bulan ke 4  kehamilan dimana  sekali sesi pam ialah 0.5 oz ke 1 oz
(Refer gambar di bawah di dalam office fridge)
imgp2236Walaubagaimanapun saya masih terus mengepam mengikut jadual

Baby’s Nutrition
Susu ibu bukan lah sumber utama nutrien bayi bagi yang berusia selepas 6 bulan
Umur Iki ialah 1  tahun 5 bulan dan minum EBM sebanyak 7-8 oz sepanjang siang
Meal beratnya ditambah kepada 3 sesi, pagi, petang dan malam
Snack nya seperti coco crunch, roti, biskut dan buah juga ditambah bagi memenuhi keperluan nutriennya
Dalam usia Iki, dia memerlukan kalsium dan iron yang tinggi
Selain daripada susu, sumber kalsium yang baik ialah soya, bijan, almond, brokoli, carrot dan orange
Sumber makanan yang tinggi iron pula ialah lean meet (beef), tuna, salmon, tofu, beans, ayam dan turkey
Selingan:
Alhamdulillah saya ada banyak stok EBM
*Untuk Ayg yang pernah bertanya, nak buat apa stok EBM banyak? Jualkah? Hihi…
TUJUANNYA : Dimasa masa ibu tidak menghasilkan consumption susu yang Iki perlukan
Saya boleh bergantung harap kepada stok EBM saya sementara menanti colustrum datang pada bulan ke-7 kehamilan nanti

Setelah hampir sebulan saya survive
Daily masukkan 3 oz tetapi keluarkan untuk Iki minum 8 oz (negative 5 oz)
Inilah yang berbaki

Ini stok bulan February 2009 ( 7 bekas * 5 oz = 35 0z)

imgp2230

Bulan March 2009 (46 bekas * 4 oz =184 oz)

imgp2233

April 2009 (dalam plastik lagi satu) 20 bekas * 4 oz =80 oz

imgp2235

EBM sepanjang May 2009 (13 bekas * 4 oz = 52 oz)

imgp2232

Total?351 oz
Jika dibahagikan sehari negative 5 oz
Saya masih (akan) boleh survive selama 70 hari  menyusukan Iki saya dengan susu ibu
Bahagi 20 hari bekerja, ianya 3 bulan setengah (phew!)

Miscarriage Risk?
Menyusukan semasa mengandung adalah selamat
Benar, terdapat risiko contraction yang disebabkan pengecutan di payudara semasa penghasilan susu
(Sekaligus pengecutan di bahagian uterus)
Walaubagaimanapun reseptor contraction di bahagian uterus masih ‘belum matang’ untuk bereaksi dengan contraction yang boleh menyebabkan kelahiran/miscarriage
Untuk ibu2 yang pernah mengalami keguguran, anda dinasihatkan mendapatkan pandangan gynae anda

Mom’s Health Condition?
Ibu perlu mendapatkan ilmu ‘eat-for-three’ iaitu makan apa sahaja yang nampak berkhasiat :)
(Wah wah..macam senang je kan :) )
Sekiranya anda mengalami light head, makan portion kecil sebelum anda mengepam atau menyusukan
Pastikan anda ada coklat, biskut atau buah di atas meja kerja anda untuk dimakan selang 2-3 jam
Minum air dengan banyak
Dan dapatkan berat yang bersesuaian pada setiap kali checkup (anggaran 10-15 kg bagi setiap kehamilan)
Daily calories intake untuk BF Mom ialah 1900 calories
Semak kalori makanan anda di sini
Kalori yang diperlukan bagi ibu BF+Pregnant:

  • 1 st Trimester : No additional cal
  • 2 nd Trimester : Additional 340 cal
  • 3 rd  Trimester : Additional 450 cal

Amalkan pengambilan kalsium dan iron pills yang disyorkan oleh gynae anda

Fetus health?
Estimated Fetus Weight(EFW) haruslah berkadaran dengan yang sepatutnya (di cek pada setiap kali checkup)

Baby’s Condition?
Setiap titis susu ibu itu beneficial kepada anaknya walau berapa tahun usianya
Penyusuan selepas usia 1 tahun adalah lebih kepada ikatan ibu-anak
(Untuk ‘ubat’ tidurkan bayi contohnya - Comfort Sucking)
Berbanding sebagai sumber nutrisi utama bayi
Setiap kali bayi anda menyusu dari anda, perhatikan samada ada tindakan menelan (swallowing)
Perhatikan juga jika bayi kerap bangun untuk menukar ke payudara sebelah lagi

Perubahan susu mommy?
Seperti yang saya katakan, susu ibu mengandungi khasiat yang baik utk bayi
Dan semua ibu mengalami proses yang berbeza
Ada yang mengalami pertambahan susu semasa mengandung
Pada trimester kedua, ibu akan menghasilkan weaning milk yang kurang laktosa (kurang manis) dan lebih sodium
Jadi baby akan lebih minum air kosong selepas minum susu ibu (berbeza mengikut bayi- Iki begitu!)
Biasanya, pada trimester ketiga kehamilan badan ibu akan mula menghasilkan susu dalam bentuk colustrum
Oleh kerana colustrum mengandungi laxative maka poo poo bayi anda mungkin akan berubah keadaannya-Jangan risau, ianya bukan diarrhea

Nota Mommy Luna:
Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian rapi seperti:

  • Umur bayi yang sedang menyusu dengan anda sekarang
  • Usia kehamilan anda
  • Keadaan kesihatan ibu samada mengalami nausea, light headed etc

Dan melalui pembacaan, Nursing While Pregnant adalah keputusan ibu dan bayi. Sekiranya ibu gembira dengan apa yang sedang dilakukannya,tahniah dan teruskannya!
You are a great mother!
Nursing while pregnant juga adalah unexpected dimana bayi anda mungkin weaning (bila merasakan susu anda kurang atau berubah rasa)
Dan continue nursing bila susu anda ada kembali(pada trimester ketiga)!
He’s/She’s a BIG brother/sister!

*Sumber rujukan : Adventures in Tandem Nursing by Hillary Flower

—————-

Hubungi Puan Suraya di info ‘at’ lunatots.com bagi sebarang temujanji konsultasi. Saya tidak dapat memberikan konsultasi secara SMS mahupun email (apatah lagi blog).
Penulisan di blog adalah PENDAPAT dan PENGALAMAN saya dimana ianya mungkin tidak valid di dalam sesetengah case.
Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Growth Spurt-Beralih bulan
  2. Inspirasi Untuk Menyusukan Anak
  3. Pasir-Dory-Nursing Strike
  4. Kelas dan Kaunseling Khusus Relaktasi

16 Responses to “Nursing While Pregnant”

  • liza:

    kak sue, liza xde pe nak komen ..info sudah baguih..

    cume kak sue kene edit part ni hehe…no heart feeling k..

    (Pregnant semasa mengandung) tidak mustahil kerana LAM (perancangan keluarga dengan cara menyusukan dimana ovulation disupress oleh baby’s suckling) hanya boleh dipercayai jika :

    Haha : Ha a sepatutnya pregnant semasa menyusukan…okeh Liza :)

  • Great info sue…

    Join liza tambah info..

    Tambah sikit tang misscarriage risk tu, kalau tak keguguran tapi ada bleeding pon tak sesuai.. especially kalau ada rasa cramp kat perut.Sebab takut leads to keguguran… ;)

    Thanks Aja :)

  • salam kak…

    saya dan suami langsung tak merancang untuk anak kami yg kedua…sebab belum puas agi rasanya berikan raziq susu ibu yang sepatutnya untuk dia…namun saya juga tidak menolak seandainya ada rezeki awal…anak itukan rezeki Allah…

    tp sekurang-kurangnya info ini dapat menepis keinginan utk anak kedua…hehehe…sekurang-kurangnya anak saya dapat menyusu in 6 month…tapi kalau nengok stok ebm saya kini…insyaallah cukup…cuma apa yg saya harap saya mampu beri dia sehingga 2 tahun…

    Salam Izzah : Betul tu…
    Lepas ni ibu2 lebih yakin to get pregnant walaupun semasa sedang menyusukan anak mereka :)

  • Liz:

    sue, mak saya nye kes lebih kurang mcm apa yg awak tulis di akhir artikel.

    adik ketiga saya berhenti menyusu bila mak saya mengandungkan adik keempat.

    bila adik keempat lahir, dia sambung nyusu blk..hehe..

    x sangka rupanya mak saya pernah tandem nursing!

    Liz : Wah…hebatnya mak Liz..
    Zaman tu kan kurang info macam sekarang. Jujurnya bila mula2 pregnant dah rasa libang libu pasal Nursing while pregnant ni..
    Tapi sekarang tidak lagi, rasa tenang je providing ‘the best’ untuk junior :)

  • kak sue, info yg sgt berguna. ank sy umr 1thn 5bln++ pun stil nyusu bdn wlpun sy dh nk msk 32mggu ngandung.. dlu tkt2 jg nk bg sbb mcm2 org ckp tp wt xtau je sbb tgk xde ape2 ksn ngtf pun..

    Wah..tahniah Anim
    Yup, tiada kesan negatif sebaliknya ibu berasa lebih tenang kerana anak masih menyusu dari ibu walaupun ibu mengandung :)

  • dadin98:

    sue…

    akak rasa ada miscalculate la utk stok EBM sue tu…
    masa bulan yg akhir tu 13*4=52oz….
    so total EBM sue 351oz…dgn negative 5oz rasanya dari 93 hari sue dah jadi 70 hari….

    uwaaa yeke kak huda…
    makin berkurang :(

  • ainazura:

    pepun kak sue, salutelah bila tgk EBM stok akk… sonoknyer iki ble minum susu mommy puas2…hrp sgt sy cmtu.

    Salam Azura : Jom kita buat EBM sama sama. Sehari dapat 1 oz buat stok beku, lama lama jadi banyak dear :)

  • erm, bagusnye info ni.. cume umi nak tahu lagila… katakan la ibu menyusu tapi masa baru pregnant tu jenis yg tak leh nak telan makanan masa 3 @ 4 bulan pertama (jenis alahan teruk semua makanan dia makan muntah balik, so camne dia nak dapatkan “Ibu perlu mendapatkan ilmu ‘eat-for-three’ iaitu makan apa sahaja yang nampak berkhasiat ” ni utk hasilkan susu yang mencukupi?

    Lyn : Ibu perlu tahu apa yang dia mampu. Mampukah dia menyusukan semasa mengandung, dia yang tanggung..
    Pengalaman Sue, se tak larat mana ibu tu, bila pandang anak lama lama, dia akan bangun juga :)
    Dimana biasanya pregnancy kali ke 2 dan seterusnya lebih mudah dari yang pertama
    Apapun, kalau ibu itu rasa tak larat, dia boleh weaning kan anaknya lebih awal ;)

  • fizah:

    sue,
    alhamdulillah byk pengetahuan tentang penyusuan susu ibu yg diperolehi….terima kasih kpd teman sekerja, lia yg memperkenalkan website ni…semoga saya terus berusaha n berusaha untuk memberikan yg terbaik kepada si comel….tahniah sue…saya doakan juga hasrat sue untuk memberikan susu bdn sepenuhnya kepada iki sehingga usianya 2thn dimakbulkan serta dipermudahkan..amin:-)

    Amin utk Fizah dah baby :) Kita buat yang termampu kan Fizah, selebihnya ketentuan Tuhan
    Terima kasih Fizah, semoga apa yang Sue rancangkan, terlaksana..

  • ooo.. tq sue diatas petunjuk mu yg bagus.. kalau lin pregnent lai nnt banyak dak ilmu dari sue disini.. nnt cite lagi yerk.. lin suke bace ni :)

    Welcome Lin..Sue sharekan supaya mommy2 tak risau utk terus menyusukan anak mereka walaupun mengandung;)

  • sharifah:

    sue…u can do it..insyaallah dipermudahkan…jaga kesihatan yer..utk baby dlm perut juga big baby iki :)
    i pun tandem nursing gak last year..1 st doter 1 year..pregnant 2 nd..org kata klu bfeed baby dlm perut kecik ..x cukup khasiat..tp alhamdulilah my baby lahir sihat walafiat 4.2kg..

    Thanks Sharifah: Yup, Sue akan teruskan menyediakan susu utk Iki..Aturan Dia lebih cantik kan Sharifah?
    Menyusukan tidak akan menyebabkan bayi dlm perut tak cukup khasiat…hihi

  • haza:

    luna! good article.. menepis kegusaranku untuk pregnant semasa mnyusukan.. owh..haruskah ku pregnant sekarang?hehehehhe
    and again.. jadi ibu perlu semangat yg kuat kan.. nak menepis rasa malas.. dulu pregnant suka tdo..ngantuk jek manjang..

    Haza : Bila pregnant kali kedua, kadang2 terlupa yang kita ni pregnant.
    Tak buleh angkat barang berat, makan tak boleh skip, harus baring rehat2..hihi..
    Nak muntah2 sickness di sinki pun bila anak pandang je (sambil merengek2) terus tak jadi…kekeke

  • sue, mcm susah je nak wat dua benda penting dlm satu masa.. mmg perlu kesabaran dan motivasi yg tinggi kan? mmg sue mommy yg kuat semangat! n the best thing bout u >>Yes! u r really a great mother sue! harap ku pun begitu! amin…

    Ayu : Betul tu Ayu, sebab itu lah hari ibu tu sgt bermakna buat insan yang bergelar ibu..
    Tak terimagine anak dara yang suatu ketika dulu malas amat, suke tido, bla bla banyak lagi sikap buruk (hihi..diriku la itu)
    Boleh otomatis menjalankan pelbagai peranan dalam satu masa
    Dan tidak boleh gagal dalam setiap peranan itu (ibu, isteri, staff, boss) kan? :Mode berpeluh:

  • intan@imsintan:

    sue.. anakku aina suraya, ttp BF hingga adiknya lahir. ikut kata gynae.. tak kisah, as long as no bleeding. Dan yg penting ibu mesti makan makanan berkhasiat yg cukup utk anak yg BF, baby dlm kandungan dan untuk diri sendiri… BTW..good info sue, utk ibu2 yg dilemma…

    Thanks Intan :)

  • Azila:

    Sue, is it true that if ur nursing while pregnant, bayi yang dikandungkan itu mempunyai risiko untuk dijangkiti polio? Saya pon masih menyusukan anak pertama. Cumanya rasanya nak slowly wean off. Mungkin next post sue boleh cerita tentang cara nak wean off baby yg masih menyusu. tq

    Azila : Sya tak pernah terbaca mengenai itu. Nanti saya cari ye :)

  • Saya pernah menyusukan toddler girl saya semasa pregnant selama dua bulan sebelum saya stopkan lagipun dia dah dua taun.sometime jer dia gayut2 rindu

    Ye ke AzniScott : Tahniah kerana menjadi ibu yang gigih :)

Leave a Reply