Archive for May, 2009
4 hari sebelum shooting, saya kelam kabut mencari model baby
Shooting diadakan pada hari Isnin (hari bekerja!)
Dan bayi mesti yang duduk diam elok elok masa pakai CD
(memang bukan Iki!)
Terima kasih kepada ibu ibu yang menyertai ‘panggilan’ saya
Saya akan poskan sekeping Lunatots Cloth Diaper kepada bayi anda ![]()
Beri saya sedikit masa utk adjustkan perut masa dan CD2 di rumah ya
Sekitar sesi photoshoot berlangsung di bilik penggambaran Karangkraf
Kami berbincang mengenai apa yang saya mahu dan pendapat-an photographer
Yelah, tak semestinya apa yg saya mahu itu possible dek mereka kan

Dan sampai sekarang saya tak faham kenapa saya senyum masa pakaikan CD
Sedangkan awal awal dah cakap, yang masuk hanya tangan saya..keh keh
Mujur takde org tegur diorg layannnkan je, kalau tak, mesti malu wehh
Dan model bayi itu sedang bermood baik, alhamdulillah..

Lepas shooting baby dan CD, sesi produk Lunatots pula berposing
Pencahayaan bagai di bilik itu membuatkan tangan saya flawless amat
Lepas tu saya ada ura ura nak minta photographer amik gambar flawless Sue pula
Tapi dia beritahu dia ada task lain pula…keh keh (uwaa…menangis dalam hati)

Ini gambar saya dan Karangkraf team tengah huru hara
Dari jauh nampak macam saya jual kain batik rumah ke rumah je kan…ahaha!

Dan dari dalam hati saya, team karangkraf SEMUANYA ceria ceria belaka
Walaupun terpaksa bekerja hari Sabtu, Ahad, birthday agung, birthday sendiri
Mungkin sbb mereka shenta kerja mereka
Anda bagaimana?
Kalian, penuh blog saya dengan cerita kami sekeluarga kan
Hihi..bukan saya tak mahu bercerita mengenai Breastfeeding
Semuanya terlalu banyak bertimpa timpa rasanya dalam kepala
Jadi blog ni ala ala tempat curah semua rasa meroyan..hihi
Kepada ibu yang memerlukan konsultasi, sila email saya untuk temujanji
Temujanji boleh diadakan sama ada dirumah anda, hospital tempat anda melahirkan, rumah saya mahupun ceramah laktasi di pejabat anda
Refer link ini utk ke rumah kami
Konsultasi melalui phone dan email hanya diberikan kepada pelanggan sebagai konsultasi susulan kepada pelanggan yang sedang dalam rawatan
Kes kes khas seperti relaktasi dan induce lactation memerlukan perhatian khas dan tidak dapat diselesaikan melalui email sahaja
Selain itu soalan soalan berkenaan BF di SMS, email mahupun blog akan dijawab secara ringkas bagi tidak mengecewakan teman teman yang sentiasa menyokong saya
Hujung minggu lepas kami sekeluarga tiada aktiviti khusus
Selain ‘menyerbu’ rumah Miss Watie dan Kayong
Kami menyerbu One Utama..hihi
Last sekali pergi masa tengah bershenta kots..lupa dah (lama sangat)
Tempat yang pertama sekali kami masuk ialah MPH
Uwohh nganga2 mulut saya lihat buku yang banyak
Selama beberapa tahun ni saya ulang alik ke Popular Leisure Mall dan Popular Jusco Balakong sahaja
Betul betul happy saya pegang buku sana, cuit buku sini
Tapi tak beli apa apa sbb baru je beli macam macam buku minggu lepas
Dan belum habis baca mukasurat pertama lagi

Cerita gambar dibawah ni begini
Semasa Iki sibuk susun buku dengan ayahnya
Saya panggil “Iki…mommy nak ambil gambar”
Lantas dia berpusing dan buat muka begitu
Bila saya kata “dah”
Dia pusing balik (dalam keadaan mencangkung) menyusun buku di MPH..hihi

Buku kanak kanak banyak amat disitu
Iki ‘baca’ yang sudah dibuka
Dah puas Iki baca, kami ajaknya pulang…ekeke
Ibu jimat, keluarga selamat kan kan

Tujuan utama kami ke OU ialah mencari sandal utk Iki
Dia suka berjalan ke sana kumari
Tak lalu pakaikan kasut peluh2 kakinya
Susah juga mencari kasut anak sbb semuanya Spiderman, Angel bla bla, Batman, Spongebob, Wall-E
Tak ada yang plain gitu


Cari kasut mommy takde saiz available pula
Saya mahu yang pinkkkk saiz 5 ye kawan kawan…hihi

Baiklah, urusan sandal Iki dah selesai
Sekarang ni urusan perut mommy pula…keh keh
Saya sukaaa gambar Iki dan daddynya ini
Dah abang besar kan anakanda saya?

Tips dari Iki : Bila penat jalan jalan, cangkung kejap utk berehat
Sumpah bukan saya ajar…hihihi
Tips blog Luna: Kalau takde gambar macik pink tu maknanya…
Saya comot melampau, sarung tudung pegi pasar , pakai tshirt basahan rumah, selipar asal buleh disarung..hihi


Harini saya tak YM
Dari jauh nampak sibukkkkkk buat kerja
Padahal tengah main lumba menaip
Keybod saya ni selalu tertekan A di luar sedar!
Tapi saya asyik menang no 1 je…. :hidung kembang kempis:
Cuba join game ni di sini jom!
Eh kalini dah jadi 50 wpm pula!
Tak sia sia saya berlatih dalam makmal MMU di bod IRC #kuiz
Sekian.

Saya sedar saya selalu buat buat penat
Malas melampau lampau, moody tak semena mena
Lalu saya buat UPT test 3 minggu lepas dan ianya positif walaupun kabur kabur
Menunggu hari yang sesuai sbb bergantung kepada available slot encik suami dan gynae
Hari Khamis 2 minggu lepas kedek kedek kami ke hospital untuk appointment pukul 12 pm
Register dulu di meja pendaftaran ye
Ha? Saya moks? itu ilusi baju la…kih kih

Lepas tu tunggu laaaaaama depan pintu bilik
Oh oh saya sangat naif bertanyakan pekerja di kaunter
“Dik, takde ke prosedur2 biasa macam urine test, timbang etc etc”
Kih kih…adik tu kata “nanti kak ye. tak menyabo akak neh!”
Sebenarnya saya dah bosan menanti sebab datang awal pukul 11…
Dan taknaklah nanti baru terkejar kejar nak buat semua tu kan
Time efficiency gitu ..hihi

Ku tak kembali ke gynae Iki dulu sbb dia dah berpindah ke government
Kalini ku cuba gynae lain..
Kalau okeh, baik, ku teruskan
Kalau dia malas layanku, ku cari gynae lain..kih kih

Sementara menanti giliran saya, handphone si dia asyik berbunyi2 kerana dia sedang kerja
Oh oh makin bosan lah saya
Saya tak bawa kamera, lalu ke hulu hilir lah saya ambil gambar hospital guna handphone..hihi
Kalians, tengok ni…gambar 3D baby dalam perut
Ada yang jelir lidah, ada yang menguap, ada yang mencebek
Ha..rasa nak ada baby juga kan?

Lepas pusing2 satu floor, kami kembali ke depan pintu gynae
Nak tengok macik pink mot amat?

Bilik doktor amat shanteks dan semua prosedur seperti timbang berat, ambil tekanan darah dibuat di dalam bilik
Saya malu malu ayam beritahu doktor yang UPT test kabur2
Jadi ada possibility saya keluar dari bilik doktor dan tidak mandungs kan?
Nak kira kira tarikh pun agak susah sbb saya belum period dari lepas melahirkan Iki :sigh:
Sesi scan baby ![]()
Mulut saya muncung sbb tengah fokus tgk skrin di hujung kaki saya
Saya menjangkakan ada kantung dan sebiji bebola kecil didalamnya
Rupanya SEJU dah bersilat berpusing di dalam
Video dan gambar SEJU disini

Dah 3 bulan (hampir penghujung first trimester)
Doktor baik : Awak tak perlu muntah2 tak lalu dah
…dah nak masuk golden trimester (second trimester)
Haha…adoi…saya baru nak start moody2 tau dr ni!

Sebelum pulang, saya dibekalkan ubat, kad susulan rawatan dan CD SEJU

Oh mengenai gynae ini, beliau sangat baik, peramah, humble etc etc
Dan sangat pro-BF!
Hospital ini juga menyediakan bilik utk menyusukan bayi

SEJU SEJU SEJU..tak sabar ni

BF Class for Expecting Parents.
Time : 9 am – 12 pm
Date : 6 June 2009
Day : Saturday
Venue : Sara Kids, TTDI Jaya Shah Alam
Fees : RM50 per person/RM80 per couple
Topic :
- Pengenalan
- Persediaan Semasa Mengandung
- Memulakan Penyusuan Semasa di Hospital
- Meneruskan Penyusuan Semasa dalam Pantang
- Praktikal Tips untuk Meneruskan Penyusuan Selepas Mula Bekerja
- Mitos Lazim Tentang Penyusuan
Daftar kehadiran anda dan suami di info’at’lunatots.com
20 0 tempat masih kosong.



