Disclaimer
    The entire contents of this blog are based upon the opinions of author unless stated otherwise noted. The information in this blog is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from the research of author. This blog outlines sources, ideas and suggestions on breastfeeding your baby. The author and family disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained in this blog.
[Google]
Announcement
    Lunatots Booth (Maju Junction)
    Date : 1-30 Sep 2010
    Venue : LG Floor, Maju Junction KL
    Time : 10.30 am - 7 pm
    Contact No : 010-2414050 (HOTLINE)
Luna’s Counter
Friends Online

View My Stats
Nuffnang ADV
Sponsor





Luna’s Shop
Readers
Lunatots @HotFM
Luna’s Sponsor
ShoutBox

Archive for June, 2009

Kelas Persediaan Susu Ibu untuk Ibu Mengandung (July 2009) akan diadakan pada:

Tarikh : 5 July 2009
Hari     : Ahad
Masa   : 9 am hingga 1 tghari
Tempat : Sara Kids, TTDI Jaya

MAP
Yuran : RM50 seorang/ RM80 satu pasangan
Topik  :

  • Mengapa Susu Ibu? Kesannya kepada bayi, ibu dan keluarga
  • Posisi dan Cara Menyusukan (Teori dan praktikal)
  • Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Berkerjaya
  • Mitos Penyusuan
  • Q & A Session

Pendaftaran boleh dibuat dengan cara membuat bayaran ke MBB 1540-2632-6859 (Siti Nur Suraya) dan emailkan bukti bayaran kepada info@lunatots.com

Buat semua bakal ibu bapa,
Mengapa anda perlukan kelas ini?
Penyusuan susu ibu tidak susah namun ianya perlukan persediaan awal mental dan fizikal
Insya Allah dengan pengisian dan pemahaman yang berkesan,
anda mampu menyusukan anak anda secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga 2 tahun

Pusing sekeliling anda, dan ramai yang tidak dapat menyusukan anak dalam tempoh itu
Dengan pelbagai sebab yang tersendiri
Dan ramai yang mampu melakukannya berkat ilmu didada

Knowledge is a treasure..anda boleh lakukannya!

Dan kami barisan kaunselor laktasi, besar hati membantu anda…

Salam sayang,
Puan Suraya, Kaunselor Laktasi Anda

1.Mengapa saya perlu memakaikan lampin kain moden (cloth diaper-CD) kepada anak saya?
Lampin kain moden (CD) adalah alternatif yang mudah, selamat dan praktikal kepada ibu bapa berkerjaya yang mempunyai anak kecil. Ianya juga selamat untuk alam kita dimana mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus2 tahun untuk lupus. Kajian mengatakan pemakaian DD meningkatkan kadar ruam dikalangan bayi daripada 7.1% ke 61%.

P1T5_nsl2

2. Apa bezanya dengan lampin kain dulu2/seluar getah?

p5066899

Material lampin kain adalah daripada cotton dan perlu dipin menggunakan baby safety pin. Selain itu, anda perlukan seluar getah bagi menghalang air kencing bayi daripada bocor. Ianya tidak praktikal bagi ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah pengasuh atau nurseri kerana remeh dan mengambil masa.

Lampin kain moden (CD) adalah dari material PUL (luar) yang menghalang kebocoran,  fleece (dalam) yang lembut, selesa dan menyebabkan bayi rasa kering sementara mikrofiber insert yang diletakkan di dalam poket adalah untuk menyerap kencing bayi.
Pemakaian CD adalah serupa dengan DD dimana ianya berbentuk seluar.

how to use cd

3. Berapakah harga sekeping CD?
Lunatots CD mempunyai 2 pilihan samada snap button CD ataupun velcro CD.
Anda juga boleh memilih samada berpoket atau jenis all-in-one(AIO)
Refer link ini untuk stok yang masih available

4. Adakah insert disertakan sekali dengan CD itu?
Ya, 1 insert disertakan sekali. Bagaimanapun, anda boleh membeli lebih insert di sini.

5. Apakah perbezaan Snap Button CD dan Velcro CD? Dan yang manakah lebih bagus?
Snap Button CD menggunakan button untuk waist adjustment sementara Velcro CD menggunakan hook and loop fastener. Velcro CD lebih praktikal bagi mereka yang menghantar anak ke rumah pengasuh bagi kemudahan penjaganya. Sementara Snap Button CD (nampak) lebih tahan lama dan sesuai untuk bayi yang masih kecil dan belum lasak.

6.Bagaimana memilih saiz CD untuk anak saya?
Lunatots CD adalah one size CD dimana setiap CD mempunyai barisan butang yang boleh diselaraskan mengikut saiz.
sizecd

Bermakna, CD yang sama boleh digunakan untuk bayi anda ketika bayi sehinggalah dia belajar kencing sendiri. Lunatots CD sesuai untuk bayi berat 3 kg(newborn) sehingga anggaran berat 15kg.

7. Berapa lamakah CD ini boleh dipakaikan kepada bayi?
Pakaikan sekeping CD dengan satu insert selama 3-4 jam dan 2 insert untuk pemakaian 6-7 jam

8. Berapa lamakah jangka hayat CD?
Ianya ibarat baju dan seluar anak kita yang kerapkali dipakai dan dibasuh. Maksud saya, ianya bergantung kepada cara pembasuhan, jenis sabun, cara pengeringan dan lain lain.
Biasanya CD yang sama boleh diguna selama 2 tahun lebih dan disimpan untuk dipakaikan kepada anak yang seterusnya. Sekiranya berlaku kerosakan pada CD anda (katakan di bahagian getah peha) selepas menggunakannya selama 1 tahun atau lebih, anda boleh men-DIY sendiri :) ! Jimat kan?

9. Berapa banyakkah CD yang saya perlukan untuk seorang bayi? Dan jika saya mahu fully-CD (tidak membeli DD langsung), berapa helaikah yang diperlukan?
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 6 CD sehari utk seorang bayi. Rujuk artikel ini untuk maklumat lebih lanjut.
Jika anda mahu fully-CD, 10 keping CD adalah memadai. Cuma jika anda mempunyai lebih (seperti 20 atau 30), anda tidak perlu membuat basuhan CD setiap hari kerana cukup stok untuk 3 hari.

cloth-diapers-pocket-diaper

10. Bolehkah saya menukar insert didalam sahaja setiap kali bayi kencing?
Tidak boleh. Anda perlu menukar keseluruhan CD dan insert dengan yang baru kerana keseluruhan CD sudah terkena air kencing bayi.

11. Apakah prewash?
Prewash ialah basuhan awal sebelum menggunakan CD bagi tujuan membersihkan CD baru. Selain itu, prewash juga bertujuan untuk ‘melatih’ mikrofiber insert yang baru untuk menyerap air. Semakin tinggi kadar basuhan, mikrofiber insert akan semakin menyerap dan risiko untuk bocor adalah rendah.

12.Bagaimanakah cara basuhan?
Terdapat 2 fasa basuhan CD. Yang pertama, CD yang terkena najis (air besar atau air kecil) perlu dibersihkan terlebih dahulu dengan cara menyiram air yang banyak bagi menghilangkan bau dan bentuknya.
Selepas itu, masukkan CD anda ke dalam laundry bag dan basuh menggunakan mesin basuh.
Anda boleh refer link ini tentang cara mengendalikan lampin kain moden.

13. Bolehkah saya membasuh CD menggunakan tangan (jika tidak ada mesin basuh)?
Boleh, dengan cara merendam CD supaya warna najis hilang. Jangan sental CD menggunakan berus kerana material fleece nya akan rosak dan berbulu.
Selain itu, anda akan mengambil masa yang lama untuk mengeringkan insert yang tebal (kerana tidak di-spin)

15.Apakah sabun yang boleh atau tidak boleh digunakan?
Anda boleh menggunakan sebarang jenis sabun SEKIRANYA bayi anda sesuai (tiada ruam atau rekahan kulit).
Sebagai panduan, gunakan sabun Pureen HAD atau sabun murah yang tidak berenzim, tidak peluntur dan tidak berpelembut.

16. Bagaimana jika bayi saya masih ruam selepas menggunakan CD?

  1. Jika anda menyusukan bayi anda, kurangkan pengambilan dairy product seperti susu, yoghurt dan keju.
  2. Jika anak anda sudah mula makan, perhatikan sebarang makanan yang baru diperkenalkan yang mungkin memberi kesan alergi kepada bayi.
  3. Cuba tukarkan sabun basuh CD anak anda.
  4. Kerapkan penukaran CD daripada 3 jam kepada 2 jam sekali.

17. Mengapa CD anak saya kerap bocor?

  1. Pastikan CD anak anda sudah di prewash berulang kali sebelum digunakan.
  2. Saiz yang sesuai adalah PENTING semasa memakai CD. Sekiranya CD bayi terlalu longgar di bahagian peha, ianya akan menyebabkan kencing bayi mengalir keluar jika bayi bergerak (atau berjalan).
  3. Pastikan mikrofiber insert diletakkan elok2 dan merangkumi bahagian keseluruhan cawat.
  4. Ini adalah kes yg jarang2 berlaku tetapi perhatikan samada PUL (lapisan luar) CD anda dalam keadaan elok (tidak koyak). Sekiranya anda baru sahaja membelinya, tukarkan dengan penjual CD anda. Ianya mungkin manufacturing defect.

18. Bagaimana mendapatkan Lunatots Cloth Diaper?
Anda boleh melayari www.lunatots.com dan membeli belah secara online.Ianya mudah, cepat dan selamat. Lunatots Online Store adalah laman web yang telah beroperasi selama 2 tahun dan reliable untuk anda. Cara cara membeli belah secara online disini. Anda juga dijemput datang kerumah saya di Batu 9 Cheras untuk melihat lampin kain moden ini secara terus.

Selain itu, reseller Lunatots juga berada di serata Malaysia amnya dan Lembah Klang khususnya disenaraikan di dalam list ini

19. Apa bezanya Lunatots Cloth Diaper dengan jenama lampin kain moden yang lain?
Anda ibu bapa yang arif tentang nilai wang yang dibelanjakan dengan kualiti barang yang anda akan dapat.
Kami di Lunatots mementingkan kualiti dan after sales service. Sekiranya terdapat kekurangan dalam produk kami mahupun layanan, sila nyatakan kepada info@lunatots.com.

Selain itu, Lunatots CD adalah produk Malaysia yang boleh dibanggakan. Kami pernah muncul di majalah keibubapaan utama di Malaysia iaitu Pa&Ma(Julai 2009) dan suratkhabar Berita Minggu, 21 Jun 2009.

Produk Lunatots adalah inspirasi keibubapaan alami daripada saya sebagai pemilik, untuk anda yang kami hargai.

Sumber :

Entri ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada ibu bapa mengenai pemakaian lampin kain. Sekiranya anda mahu men-copy sebarang bentuk tulisan didalam web ini, hubungi Puan Suraya di info@lunatots.com dan ianya harus dikreditkan kepada www.lunatots.com. Terima kasih.

CD anda bocor? Refer link ini

Kepada ibu2 yang cuba menghubungi saya semalam
Handphone saya mengalami sedikit masalah teknikal iaitu tak buleh ON
(Itu bukan sedikit, itu masalah besar!)

InsyaAllah esok pagi saya akan roger ke kedai handphone utk beli yang baru membaikinya

Tinggalkan pesanan anda melalui SMS/email dan saya akan segera membalasnya sebaik sahaja talian beroperasi semula :)

Assalamualaikum teman teman,
Ada banyak mesej di blog dan shoutbox yang saya belum reply
Saya akan kembali kepada anda dengan kadar segera :)



Harini saya tidak bekerja
Berlatih jadi Homemaker
Pagi hari hantar anak ke rumah pengasuh dan suami ke pejabat
Sarapan dengan suami di kedai makan
Dan memulakan tugas yang saya assignkan utk diri sendiri

Ke kedai stationary fotostat apa yg perlu
Ke bank ambil apa apa dokumen yang penting
Dan ke pejabat pos utk mengepos barang

Singgah ke tempat cuci kereta untuk mencuci kereta
Tiap kali saya ajak suami, dia akan kata “Takpelah, nanti abg cuci”
Tapi nak tunggu ‘nanti’ dia tu…hihihi..lamanya bang :icon tongkat dagu menunggu:

Dan sekarang saya dirumah didepan laptop
Ada kerja yang perlu saya lakukan
YM akan berstatus busy

Saya akan kembali menceceh blogging!

Saya ialah….

HomemakerInTrainingButtonBlue

Semoga suatu hari yang indah
Saya dapat berkerja begini
Amin..

mother_son




Assalamualaikum, selamat pagi semua
Semoga pagi ini pagi yang ceria dan menggembirakan utk anda :)

Menjawab soalan
——–
aleeya_fazdlin : Terima kasih kak haza…tp, kak mcmn saya nak tahu yg pencuci tu ade enzim pemutih ke tak? apakah keywords nyes? bole tlg terangkan pd saya..
——–
Aleeya, kita boleh merujuk kandungan yang terdapat di dalam sebarang produk yang kita gunakan di bahagian belakang produk tersebut
Ia sepatutnya ada
Seperti sabun Nappi Kleen (refer gambar di bawah)

IMGP2312

20 Jun 2009, Lunatots Cloth Diaper (atau lampin kain moden) dipaparkan di surat khabar utama Malaysia
Berita Minggu
Terima kasih Siti (jurnalist) atas garapan story yang hebat!

IMGP2313

Ianya revolusi baru untuk keibubapaan di Malaysia
Lampin kain moden yang boleh dibasuh. Menjimatkan dan terbukti selamat utk alam sekitar dan anak.
Kepada yang berminat untuk menjadi ejen jualan Lunatots, hubungi info@lunatots.com
Anda akan mendapat pelanggan hasil daripada promosi Lunatots di surat khabar dan majalah2 utama keibubapaan di Malaysia

IMGP2314

Gambar dibawah belum pernah saya tempekkan dalam blog
Iki dan Yaya bergaya dengan koleksi baju Sara Kids
Saya tak sabar nak shopping di Sara Kids utk hari raya yang bakal tiba!

IMGP2318

Sepanjang minggu lepas, Iki demam, batuk dan selsema
Pagi ni dia masih demam dan hanya baring di depan tv rumah mak (pengasuh) masa saya tinggalkan dia
Ianya rasa yang menyedihkan bagi seorang ibu…  :)

Related Posts with Thumbnails