Dah lama saya takde entri suka suka luahkan perasaan la sangat…ekeke
Bukan dah kurang perasaan atau semakin matang :ehem ehem:
Cuma biasanya siang sibuk dengan anak yang tak mahu berlekang, tak mahu mandi, tak mahu basuh pampers dan tak mahu gosok gigi
(Ianya kanak-kanak yang sama, tapi ada 4 ketakmahuan :sigh: )
Bila siang dah penat nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star dan lesu ke hulu hilir membahagikan masa antara kerja rumah dengan anak di kaki
Bila anak tidur jam 8 malam, biasanya saya join sekaki
Bangun pagi esok baru kelam kabut masam muka dengan laki sbb huru hara bungkus barang
Motifnya? Nampaklah macam saya ni busy sangat dengan anak dan malas tak larat nak buat SEMUANYA malam malam
Kepada mereka yang pernah call HP saya tapi tidak berjawab
Saya bukan sengaja tidak mahu angkat-jadual saya sangat tidak tentu
Bila nak tidurkan anak, saya perlu silent phone bimbang dia tak jadi tidur dan nak tgk IPIN IPIN TUI TUI TUI
Bila dia dah tidur, mommy dia join sekaki pula
Bila bangun, blur2 cari HP di mana?
Maafkan saya, saya jamin keadaan ini tidak akan berlarutan
Buktinya, malam semalam dan malam ni saya gigih bangun selepas tidurkan anak!
Dan dapat ambil gambar anak tidur berlenggeng ![]()
Maksudnya, saya dah ada tenaga kembali..hihi
Ha? Biasalah itu bila sarung bantal dengan cadar berlainan warna dan tema..hihi
Apa yang buat Iki penat sangat harini?
Dia temankan mommy dan daddy shopping barang dapur di Giant
Beli sayur, ayam, daging, beras, minyak masak (semuanya bahan asas yang dah lama rasanya habis di dapur kami)
Kenapa siang saya tak update blog?
Saya takde can duduk depan laptop sbb Iki conquer meja kerja saya
(Kata nak buat kerja padahal laman web yang Iki tgh tgk tu ialah laman web pasal Wan Zaleha Radzi yang cantik ya amat di usia 43 tahun!)
Prffff…saya yang 23 tahun ni pun rasa macam dah sengal2 sana sini
(Em, saya ada tersalah typo umur ke tadi? )
Kalian, jaga diri..Saya nak masuk tidur
InsyaAllah jika ada lebihan kekuatan anugerah Dia usaha saya
Saya akan meroyan blogging selalu macam dulu dulu.
Related posts:



